2. Saya tidak tahu apakah sentimen yang membuatkan samseng itu mengganas melainkan ianya adalah episod malang yang menimpa iklim sosial negara kita. Ertinya negara kita tidak selamat untuk berkumpul dan berkhemah. Berkhemah di tempat terbuka seperti Dataran Merdeka pun tidak terlepas dari ancaman keganasan samseng, apa jaminan untuk rakyat selamat di ceruk kampung dan desa yang jauh dari balai polis dan ibu pejabatnya.
3. Tahap kesedaran demokrasi pada sebahagian anggota masyarakat masih terlalu rendah justeru kerajaan sendiri sebelum ini terlalu banyak menunjukkan tauladan buruk kepada masyarakat dalam perkara ini yang membawa kepada pencabulan demokrasi seperti menggunakan polis, FRU dan water cannon untuk membelasah rakyat sendiri yang berhimpun secara aman. Saya tidak hairan apabila ada segelintir anggota masyarakat bertindak samseng ala-ala polis dan FRU menyurai perhimpunan aman anjuran Pakatan Rakyat sebelum ini.
4. Lebih malang apabila pihak polis yang balai mereka tidak jauh dari Dataran Merdeka seperti tidak mampu berbuat apa-apa untuk memberi keselamatan kepada masyarakat awam dari gangguan samseng dan pengganas. Sekaligus memberi gambaran buruk kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia tidak selamat! Dataran Merdeka amnya adalah kawasan tumpuan pelancong. Jika kawasan tumpuan pelancong seperti ini, samseng boleh bermaharajalela, ertinya tahap keselamatan negara dalam keadaan parah!
5. Himpunan Mahasiswa adalah aman. Mereka berkhemah dan duduk santai menyuarakan tuntutan mereka kepada awam amnya dan kepada kerajaan khasnya. Kenapa mereka mesti dilayan sedemikian rupa? atau siapakah yang mengupah samseng ini? atau mereka mahu menarik lebih ramai lagi mahasiswa berkampung dan berkhemah di Dataran itu?
6. Asalnya mereka berkumpul dalam jumlah yang kecil sekadar untuk menyatakan tuntutan mereka. Apakah kerana jumlah mereka yang berkumpul itu kecil , maka mereka boleh dibuli sedemikian? itu hanyalah warm up kepada Himpunan Besar pada 28 April ini! atau memang mereka mengumpan agar mahasiswa seluruhnya turun berkampung di Dataran Merdeka? Jangan hairan jika selepas ini, himpunan ini makin bertambah ramai.
Saya harap mahasiswa dapat bersabar mendepani cabaran provokasi ini. Teruskan dengan tuntutan anda! jangan mengalah dengan cabaran kecil ini.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
0 comments:
Post a Comment