Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Cerita-ceriti Kelantan




Kelantan sudah lebih daripada 20 tahun di bawah pemerintahan PAS, dibawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. Mengapa rakyat Kelantan begitu menyayangi menteri besarnya?  Hal ini kerana kepimpinan Tok Guru sendiri. Tok Guru merupakan seorang  yang rendah diri, penyayang dan kuat pegangan agama. Apabila disebut “kuat pegangan agama”, rakyat berbangsa Cina, India dan bukan beragama Islam yang lain bersama bimbang dan takut. 

Saya ada 1 cerita yang saya hendak kongsi bersama anda. Sahabat saya berbangsa Cina hari itu kebetulan ke Kelantan. Dia menginap di rumah abang saudaranya ( Ah Seng, bukan nama sebenar) yang menetap di negeri Kelantan. Tempoh hari, kereta Ah Seng, “brake-down” di tengah-tengah jalan. Ketika itu, Ah Seng bersama isterinya yang sarat mengandung.  Tiba-tiba, sebuah kereta menghampiri dan seorang pemuda berbangsa Melayu keluar dari kereta tersebut lalu menyuruh Ah Seng mengahantar isterinya ke rumah terlebih dahulu.

             
“Tadi saya lalu jalan ini. Bos saya nampak kereta u. Die tengok bini u mengandung. Dia soh saya cepat-cepat hantar balik rumah dan suruh saya datang tolong u. U guna saya punya kete, hantar bini u balik rmh dulu. Kete nanti pk mcm mana nk setel, “kata pemuda itu.

                “Terima kasih banyak. Saya hargai sangat-sangat.Sape u punya bos? Saya nk jumpa dan ucap terima kasih la, “ balas Ah Seng.

                “ MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz, “ jawab pemuda itu.

Keperihatinan pemimpin seperti ini yang membuatkan rakyat Kelantan menyokong kepimpinan beliau. Perwatakan beliau cukup “simple”, tidak mewah, dan menunjukkan kehidupan sebagai seorang pemimpin yang sederhana. Beliau tidak kaya, tidak memiliki tanah mahupun banglo. Jika hendak berjumpa dengan beliau, bila-bila sahaja boleh berjumpa dengannnya, tidak perlu mengambil "appointment" terlebih dahulu.



Sumbangan Tuan Guru Nik Aziz

Seperti yang kita tahu,PAS kali ini membawakan tema Negara Berkebajikan yang boleh disifatkan sebagai satu anjakan paradigma pemikiran politik PAS selaku sebuah gerakan politik-dakwah yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Negeri Kelantan yang telah ditadbir selama 21 tahun oleh menteri besar, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat berpandukan dasar Membangun Bersama Islam, maka boleh katakan Negeri Kelantan adalah mini model untuk Negara Berkebajikan yang wujud masakini. Meskipun berlaku kekangan kewangan dan hak royalti petroleum dinafikan, namun sedaya upaya pelbagai dasar yang mesra syariat dan memberikan kebajikan kepada rakyat Kelantan telah berjaya dilaksanakan.

Antara pembaharuan yang diperkenalkan di Kelantan di bawah pemerintahan beliau ialah :
·        
ski 1. Skim kebajikan berpandukan syara’ seperti Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer tanpa dikenakan sebarang bunga. Natijahnya bila dibandingkan dengan pinjaman PPTN yang jelas membebankan peminjam kerana dikenakan kos perkhidmatan sebanyak 4 peratus.
      
      2. Skim pajak gadai Islam Al-Rahn sejak tahun 1992 yang berkebajikan berbanding pajak gadai konvensional yang mengenakan ‘bunga’

      3.   Cuti bersalin selama 60 hari daripada 40 hari yang diamalkan sebelum ini dan cuti 2 hari seminggu
·         Skim Armalah dan Bantuan Anak Yatim yang pastinya diberikan bantuan sosioekonomi atau bantuan kewangan kepada yang layak

·      4. Skim Kesihatan Sakit Kronik

·     5. Skim Takaful Kifalah untuk warga emas

·     6.  Skim al-It’am iaitu agihan beras percuma kepada rakyat yang tidak berkemampuan

·     7.  Skim Ladang Rakyat yang bertujuan ke arah meningkatkan sosioekonomi  negeri dan taraf hidup penduduk serta berusaha membebaskan peserta dari belenggu kemiskinan.

Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Di samping kesibukannya,beliau masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Apa pula sumbangan kita kepada ummah?

sumber : -http://freemahesa.blogspot.com/-

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates