Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

KEMANAKAH "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan???


"Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.kemanakah????

" Slogan ini merupakan slogan pentadbiran baru di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Dengan semangat slogan itu, Perdana Menteri, dalam ucapannya mengajak seluruh rakyat bersama-samanya melaksanakan transformasi besar untuk negara.



 Namun apakah slogan yang dilaung-laungkan ini masih rasional untuk digunakan? Sedangkan ada rakyat yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dan ada pula sebahagian rakyat yang terpaksa menanggung bebanan kenaikan harga-harga barang yang kian meruncing. Ironinya, rakyat yang menderita sedangkan ada pemimpin-pemimpin negara yang enak dibuai harta yang melimpah ruah. Nah, slogan ini masih perlu dijulang-julang?



 Isu kenaikan harga barang bagi sesetengah pihak bukanlah satu isu yang besar. Bahkan ada yang berpendapat, jikalau harga naik, barang makin mahal, rakyat perlu terus gigih berusaha dan gigih mencari pendapatan sendiri. Mungkin mereka yang berpendapat sebegini adalah mereka yang berasal dari golongan kaya mahupun golongan yang berpendapatan lebih. Bagaimana dengan mereka yang punyai gaji yang murah dan punyai keluarga yang ramai untuk ditanggung?
Apakah rasional dengan harga yang makin melambung tinggi namun gaji tetap sama? Tepuk dada tanya diri sendiri, anda punyai jawapan tersendiri.

 Purata kenaikan gaji rakyat Malaysia 2.5% setahun tetapi kenaikan harga barang-barang keperluan adalah sebanyak 8.5% setahun.Kenaikan harga barang-barang memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah terutamanya. Kos hidup yang meliputi semua aspek mampu membebankan rakyat yang sedia punyai kekurangan.

Sebagai contoh, seorang pengawal keselamatan yang mempunyai gaji purata RM1000 sebulan dan punyai 5 atau 6 orang anak yang masih bersekolah. Jika dikira perbelanjaan seharian, bayaran sewa rumah, bil-bil yang sedia ada seperti air dan eletrik serta perbelanjaaan anak-anak ke sekolah, cukupkah dengan gaji sebanyak itu?

Tambahan pula jika hidup di kawasan bandar-bandar yang kita sedia maklum jauh lagi mahal kos hidupnya berbanding tinggal di pinggir bandar ataupun kampung. Kesan dan impak dari kesusahan hidup kadangkala menyebabkan hilangnya pertimbangan dan kewarasan akal fikiran. Demi sesuap nasi untuk si anak, seorang ayah terpaksa mencuri. Untuk meneruskan kehidupan, ada ibu yang sanggup melacurkan diri. Nah. Kita bukan hidup di dunia yang berbeza, kita hidup di bumi Malaysia yang dicanang-canang sebuah negara yang maju dan mewah. Sungguh ironi.

 Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, Tokoh Disegani



“Wahai manusia! Barang siapa mentaati Allah, wajib ditaati, siapa yang mendurhakaiNya tidak boleh ditaati oleh seorang pun. Wahai manusia! Taatilah saya selama saya mentaati Allah dalam memerintahmu dan jika saya menderhakaiNya tidak ada seorang pun yang boleh mentaati saya.” Ucapan Khalifah Umar bin Abdul Aziz selepas dilantik menjadi khalifah.

Kisah ketokohan Khalifah Umar bin Abdul Aziz sewaktu pemerintahannya sangat masyhur.

Walaupun hanya sempat memerintah selama dua tahun sebelum beliau dikatakan dibunuh, beliau telah menunjukkan sifat-sifat can ciri-ciri kepimpinan yang semua orang perlu ada terutama pemimpin-pemimpin yang sedia ada. 2 tahun satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan, tetapi Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya.

Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri.

Bahkan ada yang mengatakan pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz inilah binatang-bintang seperti serigala dan kambing mampu bersahabat baik. Binatang-binatang kekenyangan, apatah lagi manusia yang hidup pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Apakah kita tidak mahukan pemimpin kita sebegini rupa? Adil, amanah dan saksama. Malah sangat berwibawa dalam mencorak pentadbiran negara.

 Apakah kita tidak mahu mencontohi kecekapan Khalifah Umar dalam mentadbir negara?

Sifat zuhud, tawadhuk, pentingkan akhirat dari dunia perlu diamalkan dalam jiwa setiap insan. Ketokohan begini perlu dicontohi untuk kebahagian dunia dan akhirat.

 Kesimpulan Negara Malaysia, negara yang dicanang negara yang punyai hasil bumi yang begitu banyak. Namun, kemanakah hasil-hasil bumi yang ada?



Kenapa seringkali rakyat dimomokkan dengan ketidakcukupan hasil bumi sedangkan kita mampu menjana ekonomi yang baik dan mantap dengan sendiri?

 “Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang kerananya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur, dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya, dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”
(Surah Al-Hadid : Ayat 20)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates