Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Baraa' Bin Malik : Sahabat yang dirasuk KEIMANAN



Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama-Nya saya cuba menulis

Pertama, utama dan selamanya saya berpesan pada diri yang sering alpa agar kembali merafa' setinggi kesyukuran kepada Ilahi yang tidak putus memberi nikmat kepada hamba-Nya. Kemudiannya ditambah pula kenikmatan merasai Iman dan Islam kepada hamba-Nya yang terpilih. Alhamdulillah.

Setelah beberapa waktu saya tidak mengupdate laman ini InsyaAllah kali ini saya cuba berkongsi mengenai tentang seorang sahabat nabi Muhammad SAW yang telah menjiwai nikmat IMAN sehingga sanggup bertaruh nyawa demi Islam. Semuanya berpunca dari KEIMANAN yang merasuk mereka. Mudahan kita mampu mencontohinya sedikit sebanyak.

PENDAHULUAN

Pernahkah mendengar atau tahu tentang apa itu rasuk?

Ya, rasuk seperti orang kita selalu faham. Rasuk dengan Jin. Mungkin ada yang berpengalaman merasai atau melihat. Setidak-tidaknya pernah mendengar, bukan?

Bagaimanakah keadaannya ketika sedang dirasuk?

Seperti ada sesuatu yang sedang mengawalnya. Segala tindakan bukan lagi terkeluar dari fikiran manusia. Hati, pemikiran, gerak tubuh badan dan perkataan dikawal oleh benda yang masuk dalam tubuh dan jiwa. Bukan lagi dari manusia.

Mm..Macam itulah sahabat-sahabat Rasulullah dahulu. Kes rasuk muncul sejak dulu lagi. Tapi, mereka buka secara individu. Bahkan secara berkelompok besar. Sehingga dilabelkan satu generasi yang dirasuk.

Cuma bezanya zaman sekarang apabila sebut sahaja rasuk mesti kaitkan dengan hantu dan jin. Tapi, mereka dulu (merujuk sahabat-sahabat Rasulullah) pula dirasuk oleh KEIMANAN yang benar kepada Allah. Mereka buat apa semuanya kerana Allah dan yakin balasan bagi orang beriman adalah SYURGA.

Apabila Rasullah berkatakan sesuatu sama ada berbentuk jaminan atau kenyataan, mereka terus mengerjakannya. Tanpa berlegah-legah dan banyak songeh, mereka terus melaksanakan. Sebab mereka yakin apa yang dikatakan Rasulullah adalah benar dan sebenarnya datang dari Allah.

MasyaAllah..

KISAH BARAA' BIN MALIK R.A

Baraa' bin Malik. Beliau merupakan saudara kepada Anas bin Malik R.A - khodim Rasulullah. Beliau seorang sahabat Rasulullah SAW yang sungguh tinggi keazamannya dan sangat gagah di medan peperanagan. Kejaguhannya tidak diragui. Walaupun beliau bertubuh sederhana dan kurus tidak menjadikan alasan baginya untuk terus menegakkan panji-panji Islam. Sehingga ada pepatah yang mengatakan 'badannya hanya tinggal tulang' yang membawa maksud betapa kurusnya beliau. Ketekadan beliau untuk memburu Jannah telah menyebabkan beliau tidak pernah tinggal peperangan sejak peperangan Uhud. Beliau juga salah seorang sahabar Rasulullah yang telah dirasuk oleh IMAN.

AL-KISAH MUJAHID YANG KUAT TEKAD UNTUK KE JANNAH-NYA


Tercatatlah kisah masyhur pada beberapa pertempuran..

Kisah yang biasa dan popular diceritakan adalah semasa penyertaan beliau dalam peperangan menentang Musailamah Al-Khadzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi. Itu menandakan panggilan jihad memanggil. Lantas orang-orang yang dirasuk iman segera menyahutnya termasuklah Baraa' bin Malik. Pertemuan antara dua pasukan telah menjadi pertempuran. Berlakulah sebuah pertempuran yang sangat sengit antara puak Islam dengan puak Musailamah Al-Khadzab. Kekuatan musuh yang agak kental telah melemahkan semangat tentera orang Islam.

Kemudian, segera beliau menjerit, "Wahai manusia, Demi Allah tiada lagi Madinah buatku, dan di depanku adalah Jannah!". Segera beliau memukulkan kudanya dan menuju ke tengah-tengah pasukan pihak lawan. Sekali beliau menyerbu ke dalam pasukan pihak lawan, diibarat seperti terjadinya lorongan-lorongan kerana ramainya tentera kufar yang gugur. Akibat dari itu, semangat tentera Islam kembali bangkit menyala api yang hampir terpadam buat beberapa ketika.

Ternampaknya kebangkitan semangat tentera Muslimin, tentera Musailamah kembali berundur dan masuk ke dalam benteng pertahanannya. Selepas semua pihak lawan masuk ke dalam kubunya, mulalah peperangan 'pengecut' yang hanya serang dari atas kubu menggunakan panah. Berfikir seketika Baraa' akan strategi yang perlu digunakan untuk tentera Muslimin masuk ke dalam kubu tersebut. Kerana, jika tidak tidak berbuat sesuatu kemungkinan besar tentera Muslimin akan kalah dalam peperangan tersebut gara pertarungan teknik 'pengecut' pihak lawan.

Bersuara Baraa' yang meberi isyarat kepada sahabat-sahabat yang lain untuk menawarkan dirinya untuk dilemparkan masuk ke dalam kubu tersebut bagi tujuan membuka pintu utama kubu. Bagaikan tidak logik dibuatnya tetapi itulah natijah selepas keimanan merasuk dirinya demi mengharapkan balasan Syurga abadi. Para sahabat pun melemparkan dirinya yang bertubuh sederhana dan kurus masuk ke dalam kubu.

Selang beberapa ketika pintu utama terbuka yang membawa maksud kejayaan Baraa' membukanya. Terdapat beberapa kesan luka semasa perlemparan dirinya sebentar tadi akibat daripada busir panah dan tetakan semasa pembukaan pintu tersebut. Kemudian, segera tentera Muslimin bertempur dan Allah berikan kemenangan buat pihak Muslimin. Dilaporkan oleh Khalid Al-Walid bahawa tidak kurang dari 100 kesan luka pada badan Baraa' semasa Khalid mengubatnya.

CUBAAN SETERUSNYA MEMBURU JANNAH

Walaupun pertempuran tersebut memihak kepada Islam namun beliau tidak berjaya membawa gelaran syahid pada medan tersebut. Beliau tidak putus asa lagi untuk mencapai cita-cita murninya itu - memburu Jannah.


Muncul pula beliau pada suatu peperangan yang lain yang menyembah api. Kali ini lebih dahsyat, kelengkapan pihak lawan begitu lengkap. Dipendekkan cerita, saudaranya yang disayangi, Anas bin Malik R.A telah terkena sauh yang panas (alat senjata pihak lawan yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan kemudiannya dileparkan kepada kaum Muslimin. Sesiapa yang terkenanya pasti melekat pada sauh tersebut dan hancur luruh kulitnya).

Terlihat Baraa' akan saudaranya itu, segera dia berpaut pada sauh tersebut dan cuba melepaskan saudaranya. Dalam menghadapi kesakitan teramat, beliau berjaya membebaskan Anas tetapi dirinya kali ini tidak dapat diselamatkan. Beliau gugur syahid pada pertempuran itu. Berlumuran darah yang wangi telah membasahi bumi. Tamatlah riwayat Sang Pemburu Jannah yang telah dirasuk IMAN.

Wallahu a'lam..

 Tulisan: http://destinasibaru.blogspot.com/2011/05/baraa-bin-malik-seorang-sahabat-yang.html

Ungkapan Jiwa As-Syahid Abdul Qadir Audah




Dakwah ini adalah kepunyaan Allah 

bukannya milik individu. 

Allah telah mengajar orang-orang beriman

 bahawa dakwah terikat dengan 

kehendakNya bukan kepada para duah, 

nasib setiap individu daripada dakwah 

ialah sesiapa yang beramal untuknya 

maka Allah akan memuliakannya dengan 

sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan

 beramal untuk dakwah maka Allah akan 

menjauhkan kebaikan daripadanya dan 

dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun..

Akhlak Islam : Ke arah Pemantapan Nilai Murni dan Asas Kualiti




Muqaddimah .

Sebagai insan yang diamanahkan untuk mengurus kehidupan di dunia serba mencabar ini , pastinya nilai murni yang mantap adalah pengaruh utama dalam membentuk kualiti dan standard value diri ini di dunia bahkan melewati sempadan akhirat.

Tanpa syak pula , Nilai Murni tersebut dengan segala ciri dan sifatnya adalah bertunjangkan Akhlak Islami yang tulen .

Dari Abi Darda’ Rha. bahawa Rasulullah saw bersabda :

مَا مِنْ شَئٍ أَثْقَلَ فِيْ مِيْزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلْقِ وَ أَنَّ اللهَ تَعالى لَيَبْغَضُ اْلفَاحِشَ اْلبَذِئ

Sebahagian dari suatu yang memberatkan timbangan amal seorang mukmin di akhirat kelak ialah Akhlak yang Murni dan Allah swt. sangat murka terhadap kekejian ( penyelewengan ) yang menjijikkan.

Diriwayatkan oleh At Tarmizi

Dari Abi Hurairah Rha. telah berkata : Rasulullah saw. bersabda :

مِنْ حُسْنِ اْلإِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

Sebahagian daripada keelokkan Islam seseorang ialah “meninggalkan suatu yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya”

Hadith Hasan di riwayatkan oleh At Tarmizi dan lainnya dan
berkata Az Zarqani dalam Syarah Muwatta’ :
Sanadnya Hasan bahkan Shohih.

Akhlak Islami.

Akhlak Islami atau keperibadian Islam adalah nilai watak dan perilaku yang berasaskan prinsip “ Sifat Mahmudah” dan “Uswatun Hasanah” . Nilai ini tidak hanya lahir dari bakat dan tuah seseorang tetapi ianya perlu dibentuk dan dibina melalui system pendidikan dan penghayatan .

Rujukan rasmi untuk mencula setiap perilaku dan watak yang dimiliki oleh setiap individu agar ia menepati piawaian akhlak yang ditetapkan oleh syara’ ialah Tokoh bertaraf Rasul yang ma’sum . ( Baginda saw. ) Firman Allah swt :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah saw. itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Al Ahzab : 21

Sabda Rasulullah saw :

إِنَّمَا بُعِثْتُ ِلأُتَمِّمَ مَكَارِمَ اْلأَخْلاَقِ

Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan Kemuliaan Akhlak.

Sistem Nilai dalam Akhlak Islami .

Penampilan watak dan penonjolan perilaku yang kelihatan baik pada mata kasar dan juga pandangan umum bukan merupakan indeks yang menarafkan kemurnian dan kemulian .

Sebaliknya prinsip “Sifat Mahmudah
[1]” yang direalisasi dan dihayati bersama dengan watak dan perilaku yang baik itulah menepati nilai murni dan mulia . Itulah Akhlak Islami .

Cth.1 : Seorang pekerja yang mempunyai rekod “punch card” yang baik tetapi ia datang dan pulang tanpa keikhlasan dan Itqan ( kerja bersungguh dan teliti ) dalam bekerja , ia tidak dianggap berakhlak dengan nilai Akhlak Islami .

Cth. 2 : Seorang pekerja yang berupaya membukti kerajinan dan kesungguhan bekerja tetapi segalanya dilakukan tanpa tawadhu’ dan Istiqamah , ia juga tidak dianggap berakhlak dengan nilai Akhlak Islami.

Cth. 3 : Seorang yang mendapat hasil lumayan dari kerjanya yang bermutu ( gaji dan bonus ) tetapi diurus pendapatannya tanpa qanaah dan taqwa , ia juga tidak dianggap berakhlak dengan nilai Akhlak Islami .

Pengaruh Akhlak Islami .

1- Formula berkesan untuk membunuh segala sifat mazmumah 
[2] ( keji ) yang merosakkan elemen berkat [3] ( tambah nilai kebaikan dan produktif ) dalam tugas seharian malah seluruh kehidupan .

2- Menghiasi diri dengan Akhlak Islami dalam setiap watak dan perilaku adalah meletakkan dirinya senantiasa berada dalam Ibadah . ( Mendapat redho dan ganjaran dari Ilahi . )

3- Hubungan “Hablum minannas” menjadi erat . ( justeru semua orang suka dan percaya kepada nilai Akhlak yang mulia ) Realiti ini meletakkan kita dalam situasi yang positif dan terbaik , malah berdaya saing .

Pembentukan Akhlak Islami .

1- Tafaqquh fid Deen : adalah aktiviti wajib disertai oleh setiap individu membina Akhlak yang kontan / mantap. Ianya melalui proses mendalami sirah kehidupan Baginda rasul saw. dan memahami serta menghayati seluruh tuntutan syara’.

2- Anjakan paradigma : dengan meletakkan mindset yang positif untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Hanya unsur Iradah Nafsiah ( Kehendak yang lahir dari lubuk hati sendiri ) yang benar – benar meletakkan kita mampu membentuk dan membina Akhlak Islami .

Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itulah yang bersedia merubah ( sikap dan prinsip ) diri mereka .

Ar Ra’d : 11

3- Mujahadah An Nafs : ( kesungguhan menentang dan menolak anasir maksiat dan mungkar ) menjadi benteng menghalangi pencerobohan segala sifat mazmumah yang boleh merosakkan nilai – nilai murni .

[1] Al Ikhlaas , Al Amaanah , Al Istiqaamah ,Al Itqan , Al Qanaah , At Tajarrud , At Tawaadhu’ , Al Amru bil Ma’ruf , An Nahyu A’nil Munkar , Al Mujahadah , As Sidqu , As Sobru , Al Hayaa’ , Al I’ffah , At taqwa , Az Zuhd , Ar Ridho , At Taubah , At tawakkal , Asy Syukru , As Solaah الصلاح, Husnuzh Zhon dsb.nya .

[2] Riya’ , U’jub , Takabbur , Hasad , Suu’u Zhon , Khianat , Kazzab , Kaslaan ( curi Tulang ) , Risywah dsb.nya .

[3] Lihat Feqh Sirah Durus wa I’bar susunan Dr. Musthafa As Sibaai’e rhm. dan hayati kisah ( sebagaimana yang diceritakan oleh maisarah ) keberkatan Nabi saw. sewaktu bertugas membawa barang dagangan Syadatina Khadijah Rha. , telah berjaya membawa keuntungan berlipat ganda dengan Akhlak mulia yang ditonjolkan sewaktu bertugas .

Lakukanlah perkara bermanfaat

‘Umar bin Abdul ‘Aziz Radhiallahu ‘anhu berkata:
“Barangsiapa beranggapan perkataannya merupakan bagian dari perbuatannya (niscaya)
menjadi sedikit perkataannya, kecuali dalam perkara yang bermanfaat baginya.”


‘Umar bin Qais Al-Mula’i Radhiallahu ‘anhu berkata:
Seseorang melewati Luqman (Al-Hakim) di saat manusia berkerumun di sisinya. Orang
tersebut berkata kepada Luqman: “Bukankah engkau dahulu budak bani Fulan?” Luqman
menjawab: “Benar.” Orang itu berkata lagi, “Engkau yang dulu menggembala (ternak) di sekitar gunung ini dan itu?” Luqman menjawab: “Benar.”Orang itu bertanya lagi: “Lalu apa yang menyebabkanmu meraih kedudukan sebagaimana yang aku lihat ini?” Luqman menjawab: “Selalu jujur dalam berucap dan banyak berdiam dari perkara-perkara yang tiada berfaedah bagi diriku.”


Abu ‘Ubaidah meriwayatkan dari Al-Hasan Al-Bashri Radhiallahu ‘anhu bahwasanya beliau berkata:
“Termasuk tanda-tanda berpalingnya Allah dari seorang hamba adalah Allah
menjadikan kesibukannya dalam perkara-perkara yang tidak berguna bagi dirinya.”


Sahl At-Tusturi Rahimahullahu berkata:
“Barangsiapa (suka) berbicara mengenai permasalahan yang tidak ada manfaatnya niscaya
diharamkan baginya kejujuran.”


Ma’ruf Rahimahullahu berkata: “Pembicaraan seorang hamba tentang masalah-masalah yang tidak
ada faedahnya merupakan kehinaan dari Allah (untuknya).”


(Jami’ul ‘Ulum wal Hikam 1/290-294) 

Secebis Kisah Orang Berilmu...


Sungguh saya terkesima dengan kesederhanaannya. Pengajarannya sungguh bersahaja tetapi berwibawa. Dalam kuliah selepas Subuh itu, dia merujuk kepada kitab kuning – Muniyatul Musolli, karangkan Syeikh Daud Al Fatani. Dia bukan ustaz yang popular, pun bukan ilmuwan selebriti yang sering muncul di kaca TV. Dia hanya imam biasa, bergamis dan berserban seadanya. Namun dia punya suara yang merdu dan bacaan qiraat yang sangat mantap. Rela mengajar, walaupun dengan bilangan murid yang paling minima!
Saya masih ingat analoginya, "lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu..."
Dia menyambung, "maka begitulah kita harapkan semasa belajar ini. Kita harapkan Allah ampunkan kita jika kita berterusan belajar. Ibadah kita banyak lagi kecacatan dan kekurangannya, tetapi apabila kita berterusan belajar, semoga Allah memaafkan kita. Contohnya, solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? Semuanya sudah tepat seperti solat nabi? Tidak ada siapa yang berani. Lalu apa jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar. Insya-Allah, Tuhan akan ampunkan kita sekiranya kita masih belajar solat."
Benarlah, seorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang berilmu. Semakin kita belajar, terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Inilah sifat sejati orang berilmu. Lihatlah imam-imam besar bertahap mujtahid yang berterusan belajar tepat seperti yang sering diungkapkan, tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.

Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit. Justeru, sebanyak mana pun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Justeru, jika terdapat ahli ilmu yang sombong, dia hakikatnya bukan ilmuwan tetapi hanya seorang hina dari kelas bawahan!
Bergaullah dengan ahli ilmu yang sebenar, kita akan terasa tenang dengan kerendahan hatinya. Tutur kata dan tingkah lakunya sangat menyenangkan. Semakin tinggi penghormatan yang diberikan oleh manusia kepadanya, semakin tinggi pula penghormatannya kepada manusia lain. Ketangkasannya dalam berfikir disepadukan dengan kelembutan hatinya dalam berzikir.
Kini semakin ramai orang yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi dan kepetahan berkata-kata yang sangat memukau. Namun, kita masih kekurangan orang yang mempunyai ketinggian budi dan kehalusan pekerti. Oleh kerana itu para ilmuwan kini kebanyakannya hanya mampu mengumpulkan peminat, bukan pengikut. Kata-katanya hanya menjadi hiburan penyedap pendengaran, kurang diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang membawa penyelesaian.
Betapa Tok guru dahulu, hidupnya sederhana tetapi terlalu kaya dengan karisma dan wibawa. Orang sanggup mati kerananya. Kata-katanya diikuti dari hati, bukan sekadar ambil hati. Apa rahsianya? People dont care how much you know, untill they know how much you care – manusia tidak peduli sejauh mana pengetahuan anda, sehingga mereka tahu sejauh mana anda ambil peduli!
Ya, ulama-ulama dahulu bukan hanya mewarisi ilmu para nabi tetapi yang paling utama mereka mewarisi 'hati' para nabi. Sifat-sifat mahmudahnya begitu ketara. Jika mereka berbicara, pasti disebut kelebihan-kelebihan guru-guru mereka sebelumnya. Jatuh pena di tangan, tidak akan diletakannya di atas kitab atau Al Quran. Jangan ada sesuatu yang diletakkan lebih tinggi daripada Al Quran dan Al Hadis... Bukan sahaja di dalam hati, bahkan daripada segi kedudukan fizikalnya.
Sering kali mereka menjawab 'wallahuaklam' pada soalan-soalan yang diajukan. Mereka tidak berlagak seperti manusia serba tahu.
Mereka boleh bertukar posisi, bertindak sebagai murid yang banyak mendengar apabila dirasakan orang yang dihadapinya lebih mengetahui. Bukan mudah menjadi 'pendengar' ketika selalu berperanan sebagai 'penutur' tetapi kerana sifat tawaduk mereka, para ulama silam sanggup kelihatan bodoh daripada terus berlagak pandai dan memandai-mandai.
Sesungguhnya, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Biarpun mungkin tidak punya peminat, tetapi pengikut yang setia tetap ada. Jiwa sufi yang tersemat di dalam diri menyebabkan mereka kaya di dalam kesederhanaannya. Mereka itulah murabbi sejati, sekalipun bukan seorang selebriti.
Guru yang mengajar kitab kuning, yang saya ceritakan pada awal tulisan ini hanya menaiki motosikal... tetapi sungguh, saya jarang memandang wajahnya melainkan di situ ada senyuman!
Ustaz Pahrol Juoi

Pemuda: agen pengubah


Rasul Allah saw. bersabda : ”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” [Riwayat Bukhari].

Duhai pemuda, ketahuilah bahawasanya pemuda dan dakwah itu sangat akrab. Generasi pertama yang menyebarkan dakwah Islam ini adalah dikalangan pemuda. Khalifah yang 4 adalah mereka dikalangan pemuda, sahabat-sahabat Nabi juga mereka yang terdiri daripada golongan pemuda yang gagah dan berani.

Ya Allah, sediakan umat ini dengan para pemuda yang berani dan tegas, tinggi daya juang, pengorbanan dan jihad yang tinggi sebagaimana orang-orang terdahulu dari kami.

Melihat cabaran kehidupan yang semakin menggila, ketempangan akidah semakin membarah, akhlak umat Islam semakin rosak akibat serangan musuh Islam dari hari ke hari tidak pernah henti. Maka, umat ini memerlukan mereka yang jiwanya sangat hampir dengan Tuhan, hatinya sentiasa berpaut kepada cita-cita dan kemenangan Islam, maka pemuda adalah jawapannya. Mengapa pemuda? Sebab pemudalah mempunyai karakter yang disebut oleh as-Syahid al-Imam iaitu iman, ikhlas, semangat dan amal.

“Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan persiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat, dan amal merupakan karakter yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.” (Risalah Ila Syabab)

Anak-Anak Muda Mewarnai Sejarah Islam

Itulah mengapa sejarah Islam diwarnai oleh para pemuda. Zaid bin Thabit pada usianya 13 tahun sudah menyibukkan diri dengan Islam, Zubayr Al-Awwam menjadi pahlawan dan panglima perang ketika usianya sangat muda, Usamah bin Zaid panglima tentera perang ketika berhadapan dengan tentera Rom di Syria ketika usianya 18 tahun, Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sanggup menjadikan rumahnya sebagai tempat penyebaran Islam walaupun mengetahui cabaran yang akan mendatang, Mus’ab bin Umair seorang pemuda yang ditugaskan oleh Rasulullah untuk menjadi pendakwah dan mengislamkan setiap rumah di Madinah, Khalid Al-Walid seorang yang tangkas di medan perang serta mempunyai kemampuan startegi perangnya.

Begitu juga, dengan sejarah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW dakwah ini diwarnai oleh mereka dikalangan pemuda. Pernahkah kita mendengar kisah pemuda Ashabul Kahfi, pemuda di dalam kisah Ashabul Ukhdud, Zulkarnain, dan sebagainya. Mereka inilah pemuda-pemuda yang mempunyai jiwa yang berani dalam mempertahankan kebenaran dan tidak takut kepada celaan musuh Allah SWT.

Tidak cukup dengan zaman tersebut, dunia Islam pernah dikejutkan dengan para pemuda yang teguh dan thabat dalam jalan dakwah. Sultan Muhammad Al-Fateh pada usianya 21 tahun sudah memimpin bala tentera dan membebaskan Kota Konstantinople, Saifuddin Qutuz pada usianya muda menentang tentera Tatar di Ain Jalut ketika itu umat Islam diambang kejatuhan kerajaan Abbasiah lalu bangkit seorang pemuda mempertahankan umat Islam di Mesir serta Al-Azhar As-Syarif sebagai kiblat ilmu umat Islam, Salahuddin Ayyubi juga pada usianya yang muda menentang Eropah yang ketika itu sudah menawan Jerusalem ditangan tentera Salib sehingga 2/3 dunia ini adalah milik Islam.

Begitu juga, Revolusi Timur Tengah 2011 seperti Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Yaman dan lain-lain semuanya tunduk ditangan pemuda.

Ayuh anak-anak muda, sedarilah masa muda ini sangat bermakna. Manfaatkan usia muda untuk Islam serta ummah. Usah kita memisahkan dunia kita dengan dunia mereka yang yang sangat dahagakan kefahaman Islam. Mari kita bina generasi pewaris dikalangan pemuda.

Perancangan Musuh Islam Terhadap Anak Muda

Orang Yahudi dan musuh-musuh Islam tidak akan membiarkan pemuda-pemuda Islam dekat dengan ilmu dan iman, mereka akan memisahkan diri pemuda dengan jihad sehingga menyebabkan pemuda Islam menjadi lemah dan kaku. Protokol Yahudi ada menyebut:-

“ Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak disetiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”.

Begitu juga kata pemimpin penjajah Kristian : “Gelas arak dan pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”.

Perancangan musuh Islam tidak akan pernah sunyi, mereka akan bekerja siang dan malam untuk menghancurkan iman pemuda-pemuda Islam, kerana mereka percaya golongan pemudalah sebagai pemimpin sesebuah Negara pada masa akan datang.

Solusi

Apakah yang perlu kita buat selaku mahasiswa Islam yang belajar di Ardhul Kinanah? Kerana kitalah yang mengaku sebagai pemuda Islam dan Rijalu Taghir (agen perubah). Maka disini antara yang perlu kita persiapkan diri :-

1) Sentiasa melazimi usrah/muzakarah berkelompok setiap minggu.
2) Solat berjemaah di masjid.
3) Mewujudkan biah yang solehah di kalangan kita.
4) Membaca buku-buku fikrah dan pembinaan diri.
5) Sentiasa cakna dengan isu umat Islam, mengetahui sejarah jatuh bangunnya Islam, dan serangan pemikiran terhadap umat Islam.
6) Sentiasa mengikuti program-program tarbiyah dan pembinaan diri.
7) Menyibukkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kerja-kerja Islam.

Apa yang disebut diatas ini adalah sedikit sahaja yang perlu dilakukan, selebihnya terpulanglah pada anda selaku anak muda yang mengaku sayang pada Islam. Lakukanlah sesuatu untuk ummat yang semakin jauh dengan Islam yang sebenar. Andalah pemuda! Andalah mampu merubah dan mengubah segala-galanya.

Penulis,
Mohd Faizzudin Ghazali
Naib Presiden I
(Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM)

Hidup untuk akhirat..




Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa akhirat menjadi obsesinya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar,hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi obsesinya,maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.”


Barangsiapa akhirat menjadi kesibukan utamanya dan obsesinya, maka setiap hari ia ingat perjalanan hidupnya kelak, apa pun yang ia lihat di dunia pasti ia hubungkan dengan akhirat, dan akhirat selalu ia sebut di setiap pembahasannya. Ia tidak bahagia kecuali kerana akhirat, tidak sedih kecuali kerana akhirat. Tidak redha kecuali kerana akhirat. Tidak marah kecuali kerana akhirat. Tidak bergerak, kecuali kerana akhirat. Dan tidak berusaha kecuali kerana akhirat.

Siapa saja yang beroleh seperti itu, ia diberi tiga kenikmatan oleh Allah Ta’ala. Nikmat yang Dia berikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya. Iaitu orang-orang yang menyiapkan jiwa mereka hanya untuk ALLAH Ta’ala dan tidak ada selain DIA yang masuk ke hati mereka, baik berupa berhala-berhala dunia, atau perhiasan, atau pesonanya.

Nikmat tersebut adalah sebagai berikut:

1. Seluruh urusan hidupnya lancar
Allah SWT memberinya ketenteraman dan kedamaian, mengumpulkan semua ideanya, meminimakan sifat lupanya, mengharmonikan keluarganya, menambah jalinan kasih sayang antara dirinya dan pasangannya, merukunkan anak-anaknya, mendekatkan anak-anak padanya, menyatukan kaum kerabat, menjauhkan konflik dari mereka, mengumpulkan hartanya, ia tidak bimbang memikirkan perniagaannya yg tidak begitu baik, tidak bertindak seperti orang bodoh, membuat hati manusia terarah padanya, siapapun mencintainya dan melancarkan urusan-urusan yang lain.

2. Kaya hati
Nikmat yang paling agung adalah kaya hati, sebab Rasulullah SAW bersabda dalam hadith sahih, yang ertinya;

“ Kekayaan hakiki bukan bererti harta melimpah. Tapi, kekayaan ialah kekayaan hati” (HR. Muslim)

Imam Al Manawi berkata; maksudnya, kekayaan terpuji itu bukan banyak harta dan kebendaan. Ini kerana banyak sekali manusia dijadikan kaya oleh Allah, namun kekayaannya yang banyak itu tidak bermanfaat baginya dan ia bercita-cita menambah kekayaannya, tanpa peduli dari mana sumbernya.

Ia seperti orang miskin, kerana begitu kuat keinginannya. Orang seperti itu miskin selama-lamanya. Tapi, kekayaan terpuji dan ideal menurut orang-orang sempurna adalah kekayaan hati.

Di riwayat lain disebutkan kekayaan jiwa. Maksudnya, orang yang punya kekayaan jiwa merasa tidak bimbang akan rezekinya, menerimanya dengan lapang dada, dan redha dengannya, tanpa memburu dan memintanya dengan menekan.

Barangsiapa di jaga jiwanya dari kerakusan, maka jiwanya tenteram, agung, mendapatkan kebersihan, kemuliaan, dan pujian. Itu semua jauh lebih baik dari kekayaan yang diterima orang yang miskin hatinya. Kekayaan membuat orang yang miskin hati terperosok dalam hal-hal hina dan perbuatan-perbuatan murahan, kerana kecilnya obsesi yang ia miliki. Akibatnya, ia menjadi orang kerdil di mata orang, hina di jiwa mereka, dan menjadi orang paling hina.

Jika seseorang punya harta yang berlimpah, namun ia tidak qana’ah (merasa cukup) dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya, maka ia hidup terengah-engah seperti binatang buas dan menjadikan hartanya sebagai tuhan baru. Sungguh, ia orang miskin sejati, kerana orang miskin ialah orang yang selalu tidak punya harta dan senantiasa merasa tidak cukup.

Dikisahkan, seseorang berkata kepada orang zuhud, Ibrahim bin Adham, lalu berkata,

“Saya ingin anda menerima jubah ini dariku.” Ibrahim bin Adham berkata,”Kalau Anda kaya, saya mahu menerima hadiah ini. Jika anda miskin, saya tidak mahu menerimanya.” Orang itu berkata, ”saya orang kaya.”

Ibrahim bin Adham berkata, ”Anda punya jubah berapa?” Orang itu menjawab,”Dua ribu jubah.” Ibrahim bin Adham berkata,”Apakah Anda ingin punya empat ribu jubah?” Orang itu menjawab, “Ya.” Ibrahim bin Adham berkata,”Kalau begitu anda miskin (kerana masih memerlukan jubah lebih banyak lagi). Saya tidak mahu menerima hadiah jubah ini darimu.”

3. Dunia datang kepadanya

Saat ia lari dari dunia, justru dunia mengejarnya dalam keadaan tunduk. Seperti yang dikatakan Ibnu Al-jauzi,

” Dunia itu bayangan. Jika engkau berpaling dari bayangan, maka bayangan itu mengekorimu. Jika engkau memburu bayangan, maka bayangan menghindar darimu. Orang zuhud tidak menoleh kepada bayangan malah diikuti bayangan. Sedang orang (rakus tidak melihat bayangan setiapkali ia menoleh kepadanya.”

Sedang orang yang dunia menjadi obsesinya, ia hanya memikirkan dunia, bekerja kerananya, peduli kepadanya, tidak bahagia kecuali kerananya, tidak berteman dan memusuhi orang kerananya. Akibatnya, ia dihukum Allah dengan tiga hukuman;

1. Urusannya kacau

Allah SWT mengacaukan semua urusannya. Hatinya menjadi gundah tidak tenang, fikirannya kacau, jiwanya goncang dan kalut dalam pelbagai hal. Allah SWT mengacaukan hartanya, mengacaukan anak-anak dan pasangannya. Allah SWT membuat manusia antipati kepadanya. Tidak ada seorangpun yang mencintainya sebab Allah SWT menentukannya dibenci orang di bumi.

2. Selalu miskin

Hukuman ini membuatnya selalu tidak puas, padahal memiliki harta banyak. Ia senantiasa merasa miskin. Dan itu menjadikannya lari hingga terengah-engah di belakang harta.

3. Dunia lari darinya

Dunia selalu lari darinya. Ia memburu dunia namun dijauhi dan ia berlari dibelakangnya, persis seperti orang yang mengira fatamorgana itu air. Ketika ia tiba di fatamorgana, ia tidak mendapatkan apa-apa.

Inilah yang membuat Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu berkata, “Obsesi dunia itu kegelapan di hati, sedang obsesi kepada akhirat itu cahaya di hati.”

Bagaimana karakteristik dari orang-orang yang terobsesi pada akhirat?

Kita dapat mengukur dengan membandingkannya pada diri kita.
Sebelumnya mengenai hal ini, ada tiga kelompok cara pandang manusia terhadap kehidupan:

1. Orang yang lebih sibuk dengan akhirat daripada dunia.
Mereka membuat hidupnya didominasi oleh akhirat. Dunia hanya diletakkan di genggaman tangannya bukan di hatinya. Ini adalah kelompok orang yang beruntung.

2. Orang yang lebih sibuk dengan dunia daripada dengan akhirat
Mereka begitu cinta dunia hingga dunia menguasainya dan membuatnya lupa kepada akhirat dan mereka juga tidak tahu bahawa dunia itu jambatan menuju akhirat. Ini adalah kelompok orang yang celaka

3. Orang yang sibuk dengan keduanya sekaligus.
Mereka tidak ingin masuk pada kelompok pertama atau kedua, namun ingin mendapatkan sebahagian karakteristik kelompok pertama dan sebahagian kelompok kedua. Mereka ini adalah kelompok yang berada dalam situasi krisis.

Tentunya kita tidak ingin masuk ke dalam kelompok kedua dan ketiga, kerananya kita perlu mengetahui karakteristik kelompok pertama iaitu orang-orang yang berjaya.

Karakteristik dari kelompok pertama antara lain:

1. Sedih kerana akhirat
Sedih kerana akhirat membuatkan seseorang memiliki perasaan takut kepada Allah Ta’ala menghisab dirinya pada Hari Kiamat, lalu ia menghisab dirinya sebelum ia dihisab kelak di akhirat.

2. Selalu mengadakan Muhasabah (evaluasi diri)
Umar bin Khattab ra berkata “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab. Timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang. Dan, bersiap-siaplah menghadapi Hari Kiamat.”

3. Selalu beramal untuk akhirat
Amal soleh bukan hanya solat, puasa, membaca Al-qur’an dan dzikir, tapi amal soleh adalah apa saja yang dicintai Allah Ta’ala.

4. Tersentuh dan sensitif melihat pemandangan kematian
Seorang tabi’in Ibrahim An Nakhai berkata, “Jika kami datang ke rumah orang yang meninggal dunia atau mendengar ada orang yang meninggal dunia, hal itu membekas pada kami hingga berhari-hari, kerana kami tahu ada sesuatu (ajal) datang pada orang tersebut, lalu membawanya ke syurga atau neraka”

Itulah ingatan bagi kita semua, bahawa sesungguhnya kehidupan ini adalah jalan untuk kembali kepada Allah, sekolah yang laporannya nanti akan diserahkan di akhirat. Mari kita sama-sama mengevaluasi diri kita, selalu meluruskan niat kita hanya kepada Allah dan berdoa kepada-Nya memohon ketetapan iman di hati sampai pada hari penutup kita nanti.

“Yaa muqollibalquluub tsabbit qolbiy alaa diinika” Wahai Dzat yang membolak-balik hati, kukuhkan hatiku tetap berada di atas agamamu

Sumber: Halaqah Muntijah

Kehebatan Allah melalui perumpamaan ayat Al-Quran~



Ayat-ayat yang berkait dengan perumpamaan ini terlalu banyak disebut oleh Allah Taala di dalam Al Quran. Di awal surah ini telah dijelaskan tentang dua perumpamaan ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud,
 "Dan telah dijadikan kegelapan dan cahaya". (Surah Al An'am:1).

Sebahagian Para Sahabat R.A telah menghuraikan tafsiran berkenaan dua orang lelaki yang berbeza disebut oleh Allah dalam ayat ini iaitu-lah seorang lelaki yang hidup manakala seorang lelaki yang lain mati.

Saidina Umar Al Khattab R.A berkata, "Perumpamaan orang yang hidup dan mendapat petunjuk ialah seperti mayat manusia (orang mati) kemudian dihidupkan Allah. Selepas itu Allah Taala telah menyinari perjalanan hidupnya dengan cahaya yang membolehkannya berjalan dengan betul di kalangan manusia". Dikatakan bahawa Amar bin Yasir dalam menafsirkan ayat ini berpendapat yang dimaksudkan dengan orang yang berada dalam kegelapan kesesatan sehingga dia tidak dapat keluar darinya ialah Abu Jahal, Amr bin Hisyam (laknat Allah ke atasnya).

Yang sahihnya ayat ini adalah umum, menyentuh siapa sahaja yang berada dalam petunjuk dan kesesatan, tentu kedua-dua keadaan itu mempunyai perbezaan yang jauh antara satu sama lain. Tidak ada kesamaan antara yang hak dan yang batil, petunjuk dan kesesatan, benar dan salah, Islam dan kufur buat selama-lamanya. Setiap orang yang beriman dan kafir membabitkan diri dalam dua keadaan ini dan sudah pasti ada dua perbezaan dalam kesudahan dan pembalasannya sama ada ke syurga atau ke neraka Allah di hari akhirat kelak.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Yang demikian itulah kami hiaskan (rasa baik dan bagus) ke atas segala perbuatan orang kafir itu". (Surah Al An'am:122)Yakni sebagaimana iman itu diperlihatkan bagus di hati dan perasaan orang-orang yang beriman maka demikianlah juga kesesatan, kufur, maksiat dan kejahilan itu diperlihatkan baik pada pandangan orang-orang kafir. Mereka merasa selesa dan bahagia (kononnya) dengan kesesatan itu pada hal ia telah memudaratkan kehidupan mereka di dunia ini sama ada mereka sedar atau tidak. Ini semua adalah satu pengajaran dan hikmah yang besar dari Allah untuk manusia seluruhnya agar mereka memilih jalan yang betul dan hidayah Islam sekaligus meninggalkan segala perkara yang bercanggah dengannya.

Tiada sekutu bagi Allah dalam semua perkara yang dilakukan oleh manusia. Ertinya sekiranya mereka men-yengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam kehidupannya sudah pasti ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. Justeru, pilihlah jalan petunjuk yang terkandung di dalam Al Quran dan jalan petunjuk yang dinyatakan oleh Nabi S.A.W, melalui hadis-hadisnya yang banyak. Manusia memerlukan petunjuk Allah walau sebijak mana sekalipun pemikiran dan akal yang ada pada mereka. Ini kerana manusia tetap lemah dan mempunyai kelemahannya yang banyak.

Dengan kelemahan yang ada pada manusia itu, mereka memerlukan petunjuk dari Tuhan Yang tidak ada sebarang kelemahan dalam segala hal dan tindak tanduk-Nya sama ada pada sifat, nama dan perbuatan-Nya, dalam penciptaan-Nya dalam hukum hakam-Nya dan dalam kemutlakan pemerintahanNya.

Di dunia manusia diberi kuasa pemerintahan mentadbir bumi buat sementara waktu dan menggilir-gilirkannya di kalangan manusia sama ada di kalangan orang beriman dan kafir. Tetapi kekuasaan dan pemerintahan mutlak ialah di tangan Allah, tidak ada siapa boleh mencabarNya khususnya di hari kiamat kelak. Di hari itu tahulah siapa yang berada di pihak yang benar dan siapakah yang sesat, namun penyesalan pada hari itu tidak ada gunanya lagi. Allah telah jelaskan petunjuk di dunia ini melalui Al Quran dan Sunnah Nabi S.A.W untuk panduan manusia.

Justeru carilah sesuatu yang sempurna untuk mengaturkan kesempurnaan kehidupan bukan mencari yang kurang dan lemah untuk mengatur kehidupan manusia. Berdegil dalam mencari kesempurnaan ini, buruklah akibat balasan dan kesudahan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Mereka perlu membuka dada untuk menerima petunjuk Allah kerana itulah caranya untuk menyelesaikan segala kemelut kehidupan manusia sehingga hari kiamat. - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates