Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Berkenalan dengan Ulama' nusantara




PENGENALAN RINGKAS

Yang Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang adalah anak jati Kampung Rusila, Marang,Terengganu. Beliau merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mendekati rakyat terutamanya kaum petani dan para nelayan. Berbekalkan ilmu agama yang telah disemai dalam jiwanya sejak kecil lagi, beliau telah menjadi insan yang dihormati dan disegani terutama di persada politik tanah air mahupun antarabangsa.

LATAR BELAKANG DIRI DAN KELUARGA

1.      Nama penuh: Haji Abdul Hadi bin Haji Awang
2.      Tempat kelahiran: Kampung Rusila, Marang
3.      Tarikh Kelahiran: 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947
4.      Bilangan adik-beradik: 5 daripada 9 orang (4 daripada mereka telah meninggal dunia)
5.      Nama bapa: Hj. Awang Mohamad bin Abd Rahman (telah meninggal dunia)
6.      Pekerjaan bapa: Guru agama, Imam di Masjid Rusila, Marang
7.      Nama ibu: Hajjah Aminah Yusuf (telah meninggal dunia)
8.      Status: sudah berkahwin
9.      Nama isteri:
a.      Hajjah Zainab bt. Awang, 47 tahun dan
b.      Dr. Norzita Taat, 37 tahun

10.  Bilangan zuriat: 14 orang ( 11 orang daripada isteri pertama dan 3 orang daripada isteri kedua)

PENDIDIKAN        
                                                                  
1.      Sekolah Kebangsaan Rusila
2.      Sekolah Arab Marang
3.      Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (1965 - 1968)
4.      Ijazah Pertama Syariah  (B.A) Universiti Islam Madinah (1969 - 1973)( tajaan biasiswa oleh kerajaan Arab Saudi)
5.      Sarjana Siasah Syariah (M.A) dari Universiti Al-Azhar, Mesir (1974 - 1976)

PENGLIBATAN

1.      Badan bukan kerajaan: Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu (1977 – 1978)

2.      Pengalaman kerja: Pegawai Yayasan Islam Terengganu setelah tamat belajar  (1977 – 1978)

3.      Peringkat Antarabangsa

·         Fasa pengajian tinggi
a.      Ketua Pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah, Madinah
b.      Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah
c.       Semasa di Asia Barat: aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi
d.      Di Mesir: Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

·         Fasa selepas tamat pengajian tinggi (sebagai pemimpin kanan PAS)
e.       Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
f.        Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
g.      Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
h.      Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
i.        Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
j.        Menyertai delagasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
k.       Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

4.      Politik Tempatan
a.      Setiausaha PAS, Cawangan Kg. Rusila (1964 – 1969)
b.      Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat (1976)
c.       Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (1977-1980)
d.      Naib Presiden PAS (1983)
e.      Timbalan Presiden PAS (semasa Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor dilantik menjadi Presiden PAS pada tahun 1989)
f.        Memangku jawatan Presiden Pas (setelah Ustaz Fadzil kembali ke rahmatullah pada tahun 2003)
g.      Presiden PAS (selepas disahkan di dalam muktamar pada tahun 2005 sehingga sekarang)
h.      Menteri Besar Terengganu (November 1999-Mac 2004)
i.        Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
j.        Ketua Pembangkang (2003 – 2004)


5.      Pilihanraya
a.      Pilihanraya 1978 di DUN Marang
                                                              i.      Sebagai calon PAS menentang Tengku Zahid, calon Barisan Nasional
                                                            ii.      Keputusan: kalah dengan kekurangan 64 undi
b.      Pilihanraya 1982 di DUN Marang
                                                              i.      Sebagai calon PAS menentang Tengku Zahid, calon Barisan Nasional
                                                            ii.      Keputusan: menang dengan majority 360 undi
c.       Pilihanraya 1982 di Parlimen Dungun
                                                              i.      Sebagai calon Pas menentang Haji Awang Jabar
                                                            ii.      Keputusan: kalah
d.      Pilihanraya 1986 di DUN Rhu Rendang (menang)
e.      Pilihanraya 1986 di Parlimen Marang (kalah di tangan Abdul Rahman Bakar)
f.        Pilihanraya 1990, 1995 dan 1999 di Parlimen Marang (menang)
g.      Pilihanraya 1990 hingga sekarang di DUN Rhu Rendang (menang dan mengekalkan kemenangan di DUN ini)

KEGIATAN LUAR


Walaupun Tuan Guru Haji Abdul Hadi merupakan seorang ADUN, tetapi beliau tetap memberikan khidmatnya kepada penduduk Kampung Rusila khususnya memberi kuliah, ceramah seterusnya menjadi pakar rujuk dalam bab-bab agama.

Tanggungjawab Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk memberi ilmu dan nasihat kepada rakyatnya, tidak pernah diabaikan walaupun beliau sibuk dengan tugas rasminya di DUN dan Parlimen. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan masa beliau menyampaikan ilmu kepada rakyat.

Hobinya suka memancing, menjala dan menaiki bot tidak pernah dilupakan. Beliau juga gemar ke laut untuk menikmati keindahan alam. Kebijaksanaan Tuan Guru Hj.Abdul Hadi membahagikan masa antara tugas sebagai wakil rakyat, pendakwah, ayah dan suami menyebabkan beliau amat disenangi oleh seluruh rakyat khususnya pengundi di Marang.

Semuanya ini menjadi hobi Tuan Guru sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Gelaran Yang Berhormat tidak sedikitpun menjejaskan imejnya untuk turun ke sungai memancing dan menjala ikan, serta memelihara kuda yang disayangi.

Pendek kata kewibawaan, keilmuan, kesufian, serta sifat tawadhuknya meletakkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi amat disenangi rakyat dan merupakan seorang pemimpin yang wajar dicontohi dan memang ditunggu-tunggu untuk membawa perubahan kepada negara ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates