Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Adakah cita-cita kita setinggi beliau?


As-Syahid Abdul Kadir Audah (Hakim yang syahid: 1906-1954)
Kedudukan dan Dakwah
Ustaz Abdul Kadir Audah merupakan tokoh gerakan Islam kontemporari, Daei Islam di zaman moden dan pemimpin besar Ikhwanul Muslimin. Kata-katanya didengar semua orang, mempunyai kedudukan yang tinggi pada Ikhwanul Muslimin dan rakyat Mesir secara umum. Beliau berperanan penting dan berpengaruh dalam perjalanan pelbagai peristiwa di Mesir setelah syahidnya Imam Hasan al-Banna pada 12 Februari 1949. Beliau memikul amanah besar bersama Mursyidul Am kedua, Ustaz Hasan al-Hudaibi.
Ustaz Abdul Kadir Audah adalah seorang ulama yang fakih, hakim yang berpengalaman dan seorang pakar dalam bidang perundangan. Buku beliau yang terkenal, at-Tasyri’ al-Jina’i fil Islam Muqarrinan bil Qanun al-Wadhi’ telah menjadi fenomena dan mencipta perubahan yang besar pada pemikiran kaum intelektual di Mesir kerana buku ini telah memperlihatkan keunggulan Undang-undang syariat atas undang-undang konvensional. Ianya telah menjadi rujukan ulama’, ahli fikah, pengamal undang-undang dan pensyarah di pelbagai universiti.


Selepas kesyahidan Imam Hasan al-Banna
Ustaz Abdul Kadir Audah termasuk orang yang paling dicintai Imam Hasan al-Banna dan namanya sering disebut-sebut di depan anggota Ikhwan. Beliau juga orang yang paling rapat dengan Mursyidul Am kedua, Hasan Hudaibi. Beliau telah mengundurkan diri dari Jabatan Kehakiman dan terpilih menjadi Wakil Am, Ikhwanul Muslimin selepas kesyahidan Imam al-Banna.
Revolusi 1952
Ustaz Abdul Kadir Audah termasuk orang-orang Ikhwan yang menyokong Revolusi 23 Julai 1952 dan berbaik sangka kepada Jamal Abdul Nasir dan memandang baik tindakannya kerana dia adalah perwira dari Ikhwanul Muslimin yang wajib diberi dukungan. Ini kerana beliau mengira Jamal Abdul Nasir merealisasikan kebaikan yang diisytiharkan di depan rakyat. Sokongan beliau ini telah mengundang kemarahan ramai Ikhwan dan para pecintanya. Namun setelah terselah niat jahat Jamal Abdul Nasir, beliau menjadi orang yang paling lantang menentang segala pembohongan dan kezalimannya.
Menuju Syahid
Pada tanggal 28 Februari 1954, rakyat Mesir dalam jumlah yang besar berkumpul di lapangan Abidin menuntut pemerintah meninggalkan kezaliman dan menyingkirkan orang-orang yang zalim. Perhimpunan besar-besaran itu menuntut Presiden Najib membebaskan para tahanan, menyingkirkan orang yang kejam, menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang membunuh demonstrator di Kaubari Istana Nil dan menerapkan syariat Tuhan semesta Alam. Keadaan genting ini, membuat Presiden Najib meminta bantuan Ustaz Abdul Kadir Audaz menenangkan rakyat dan berjanji akan mengabulkan tuntutan mereka.
Di atas balkoni Lapangan Abidin, beliau berdiri dan meminta perhimpunan itu dibubarkan. Secara spontan, lautan manusia itu bersurai dalam beberapa minit. Peristiwa ini telah membuatkan Ustaz Abdul Kadir Audah diangggap orang paling berbahaya kepada pemerintah kerana “Jika dia menekan loceng, nescaya mereka menyahut seruanmu atau dia menekan tombol, nescaya akan bergerak, berdiri dan duduk dengan sendirinya”. Hal ini terbukti dengan beliau dan teman-temannya ditangkap petang itu juga dan diseret ke penjara perang. Mereka dipukul dan diseksa pegawai penjara dan algojo(orang yg melaksanakan hukuman mati) dengan kejam sekali. Tidak lama selepas itu, beliau dihadapkan ke mahkamah palsu dengan tuduhan yang tiada kaitan langsung dengannya bahkan beliau tidak mengetahuinya sama sekali. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman mati terhadap Ustaz Abdul Kadir Audah.

Di Tiang Gantung
Ketika pemerintah telah menjatuhkan hukuman mati terhadap beliau dan 6 orang sahabatnya, Hakim As-Syahid Abdul Kadir Audah maju ke tiang gantung dengan berani dan mendekatkan diri kepada Allah menerima ketentuan-Nya. Perkataan yang beliau ucapkan sebelum perlaksanaan hukuman itu dan ruhnya mengadap Allah “Darahku akan menjadi laknat atas pemimpin Revolusi. Sedikitpun aku tidak ragu dan tidak bimbang, apakah aku mati di tempat tidur ataukah akan mati di medan perang, aku mati di tahanan ataukah aku mati dalam kebebasan, sebab aku akan bertemu dengan Tuhanku.”
Perlaksanaan hukuman mati ini berlangsung satu persatu selama 3 jam. Hari itu, kebencian dan kemurkaan memenuhi penjuru dunia Arab dan Islam. Permintaan pengampunan dari para raja, pemimpin dan ulama Islam langsung tidak diendahkan.
Semoga As-Syahid Abdul Kadir Audah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, amalnya diterima Allah, darah dan semangat beliau dapat membangkitkan semangat para mujahidin.
 “di antara orang-orang mukmin ada sekelompok manusia yang benar-benar telah berjanji kepada Allah untuk berjihad, di antaranya ada yang sudah meninggal dan sebahagian lagi masih menanti”. (Al-Ahzab : 23).

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates