Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

KERAJAAN HUTANG,RAKYAT BEBAN..BAGAIMANA???

KERAJAAN HUTANG,RAKYAT BEBAN.

Semakin hari,rakyat malaysia semakin tersesak ,terhimpit,tertekan dengan isu  kenaikan harga barang dan Rakyat berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi ekoran kerajaan menaikkan harag keperluan asas sementara pendapatan mereka tidak berganjak .


Kerajaan bertindak MENGURANGKAN SUBSIDI untuk beberapa barang utama dan  KERAJAAN telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen bagi setiap liter bagi MENGAWAL DEFISIT NEGARA 14.9 BILION.

"Tindakan menaikkan harga petrol ini SANGAT  memberi kesan dan impak negatif kepada rakyat bawahan.

KENAPA BERLAKU

1.KENAIKAN HARGA BARANG adalah berpunca daripada KELEMAHAN KERAJAAN mengurus ekonomi dengan baik dan AMANAH.
2.RASUAH DAN KORUPSI BERLELUASA




KEGAGALAN  mengawal kenaikan harga barang itu adalah kesan daripada KELEMAHAN KERAJAAN  BN menambah pendapatan negara melalui aktiviti pelaburan dan perdagangan yang lebih baik di samping aktiviti ekonomi tidak bermoral seperti KETIRISAN DAN RASUAH yang gagal dibendung dan berlaku secara berleluasa..

Di negara maju yang lain, bila ekonomi negara bermasalah, kerajaan akan potong perbelanjaan yang tak diperlukan, bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa.
Di MALAYSIA, bila negara tak ada duit, rakyat pula yang ditekan dengan pelbagai alasan lapuk sedangkan pemimpin hidup bermewahan.

Bayangkan seorang ketua keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana, perlu mengambil kira paling minima setiap bulan keperluan wajib antaranya, bayaran sewa atau ansuran bulanan rumah kediaman, peruntukan ansuran kenderaan, duit minyak dan servis kenderaan, belanja keperluan dapur serta makan minum, duit perbelanjaan sekolah anak-anak, bil lektrik dan air juga gas memasak, pakaian, kos perubatan dan kesihatan, bayaran tol untuk mereka yang berkenaan, saman trafik dan pelbagai lagi yang tentunya memberikan tekanan YANG AMAT!!


Rakyat pula dikelirukan dengan tiada lagi istilah kenaikan harga barangan itu dan ini, yang ada hanyalah PENYELARASAN SUBSIDI..Rakyat DIBODOHKAN dengan penipuan dan fitnah yang berleluasa di media-media massa ...


PENYELARASAN SUBSIDI

Menjelang tahun baru 2014, rakyat Malaysia sedang berdepan dengan satu polisi baru kerajaan iaitu “rasionalisasi subsidi”

Hakikatnya,RASIONALISASI SUBSIDI = PEMOTONGAN SUBSIDI!
Apabila asasnya rosak, semua yang dibuat adalah rosak. ‘Ma bunia ala fasadin fa kullu ma yatarattab alaihi fasadun’ (Setiap yang dibina berdasarkan sesuatu yang rosak, maka setiap yang muncul darinya juga adalah rosak). Kalau asas perjuangannya rosak, maka cara mengurusnya rosak.
Cara mentadbirnya rosak. Cara menjaga kepentingan rakyat juga rosak. Dan rosaklah negara secara keseluruhan.

KERAJAAN SEHARUSNYA BERFIKIRAN RASIONAL   dengan MEMAHAMI KEPERLUAN dan KEBAJIKAN RAKYAT   bukannya dengan meletakkan perhitungan untung rugi kerajaan semata-mata.


Secara luarannya,dengan pemotongan subsisdi ini dapat mengurangkan perbelanjaan Negara namun hakikatnya,meletakkan beban kepada rakyat dengan kenaikan harga beberapa utiliti penting iaitu bahan api dan elektrik. Kemudian,Kenaikan harga barangan dipasaran akan meningkat dan seterusnya mengecilkan pendapatan rakyat,

kerajaan Tidak Seharusnya mencari jalan mudah dengan meletakkan BEBAN yang tinggi kepada rakyat.

KETIRISAN EKONOMI MALAYSIA

Menurut laporan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “ALIRAN WANG HARAM di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah KEEMPAT TERTINGGI DI DUNIA.


Secara ringkasnya:
“Data ini dikumpulkan dan dikira (oleh GFI) melalui maklumat terkini dari kerajaan Malaysia sendiri disamping  Laporan Ketua Audit negara turut membuktikan terdapat ketirisan wang dalam perbelanjaan negara.





KEMANA DUIT KITA SELAMA INI???
"Ramai yang tidak tahu BERAPAKAH sebenarnya jumlah cukai yang dibayar..
"Ramai orang faham  cukai hanyalah dikutip daripada income tax, road tax dan sebagainya.
 Tapi, ramai yang tidak sedar  bahawa cukai juga diambil daripada PEMBELIAN BARANG-BARANG.
Ramai yang tidak sedar bahawa, bebanan yang paling berat ditanggung adalah untuk membayar CUKAI KERETA dan RUMAH.

Hampir 78% Bumiputra tidak mempunyai simpanan kerana bebanan cukai yang tinggi dan berterusan .
Dan ini jelas menunjukkan hakikatnya,kehidupan seharian kita adalah hanya untuk dimanfaatkan kepada golongan tertentu sahaja.

CUKAI DALAM ISLAM:
.
Cukai ialah sejumlah harta yang dikeluarkan oleh mereka yang berkemampuan bertujuan melaksanakan kemaslahatan syarak dengan penetapan dari pemerintah..

Islam dalam urusan  politik dia begitu luas,dimana Islam memberi kaedah-kaedah umum dan tidak spesifik..termasuklah dalam urusan cukai..

Secara umumnya Kerajaan boleh mengambil cukai sekiranya ada keperluan  untuk Negara.
dimana kaedahnya,kerajaan tidak boleh menzalimi rakyat dalam urusan pengambilan cukai.Dimana, dengan mengambil cukai berlebihan.dan kerajaan hendaklah berlaku adil.

Dalam perbincangan bab “Tauudzif al-Amwal”  atau Cukai Harta Pendapatan yang dikemukakan ulama seperti as-Syatibi atau Imam Haramain al-Juwaini.
Ada beberapa syarat yang tegas.

11. Antaranya, Baitul Maal dizinkan mengutip cukai ini kalau benar-benar wujud satu keadaan yang syarie dan Baitulmal sendiri tidak mampu membiayai atau mengisi keperluan itu.
22. Kedua, supaya dihentikan segala perbelanjaan yang mewah oleh negara
33.  Ketiga ia tidak boleh dipungut kecuali daripada mereka yang mampu dan tidak juga boleh dipungut secara berlebihan dari diperlukan bagi mengatasi keadaan kritikal itu.

Ini Jelas menunjukkan tidak sewenang-wenangnya pemerintah boleh  mengenakan dan mengambil cukai kepada rakyat dan  menunjukkan  cukai berlebihan adalah tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah dan seterusnya bertentangan  dengan  prinsip islam di mana menganjurkan kerajaan mengambil daripada yang kaya diagihkan kepada yang miskin
Bukan mengambil dari yang  Miskin untuk yang KAYA!!!




Kemana harusnya cukai itu disalurkan:

Para ulamak telah bersepakat bahawa hasil cukai yang dipungut wajiblah dbelanjakan untuk kepentingan umum.kepentingan umum yang dimaksudkan itu ialah :

1-Jihad-Dimana,dibelanjakan untuk jihad fi sabilillah,Dalam konteks sekarang,bolehlah dikatakan menghantar anak qaryah belajar diluar negara , menyediakan perpustakaan yang mengandungi kitab-kitab yang mempertahankan dan menerangkan islam, pembinaan pusat-tarbiyah,masjid,sekolah dan semua perkara yang melibatkan mempertahan dam mengembangkan islam adalah dianggap jihad.

2-Jaminan kemasyarakatan- ialah golongan yang kesempitan hidup hendaklah dibantu oleh golongan yang berkemampuan.Dimana, pada zaman sekarang seperti penyediaan tapak kediaman bagi golongan yang kurang upaya, bantuan pakaian , alat-alat bantu sekolah dan seumpamanmya adalah termasuk jaminan kemasyarakatan di dalam islam yang perlu diberikan penekanan.

3-Kemaslahat umum-perkara yang melibatkan masyarakat umum seperti pembinaan jambatan ,jalanraya,dan sebagainya.

Ini jelas menunjukkan cukai yang dikutip perlu digunakan untuk kemaslahatan umum dan jelas HARAM untuk KEMASLAHATAN PERIBADI.


Fahami EKONOMI,maka kita akan faham dan jelas ketirisan dan kezaliman ekonomi yang berlaku dalam Negara kita.


"Kini semua kita MESTI tahu tentang EKONOMI, kerana ia memberi KESAN kepada seluruh aspek kehidupan kita ."
[Syeikh Hamza Yusuf]






Pilihlah pemimpin yang memudahkanmu beribadat, bukan yang menyusahkanmu…

Islam mewajibkan pemimpin supaya bersikap adil dalam semua keadaan. Ini menunjukkan keadilan Islam bukannya satu teori di awangan yang tidak berpijak di alam nyata, tetapi ia adalah perintah Allah yang dilafazkan dengan ayat al-Quran.
Antara perintah Allah adalah dalam surah al-Maidah ayat 8 :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

-HAPUSKAN KEZALIMAN,TEGAKKAN KEADILAN

Menghapuskan kezaliman adalah tugasan penting sesebuah pemerintahan. Menegakkan keadilan adalah tanggungjawab utama pemimpin sebagaimamna  yang termaktub dalam pelbagai nas al-Quran dan al-Sunnah.

Nabi s.a.w mengingatkan para pemerintah tentang hal ini, sabda baginda:

“Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani)

~Memimpin KEBANGKITAN ANAK MUDA~

Rujukan:
1.       Percukaian cukai dalam negara islam
http://ustaznaim.blogspot.com/2008/07/cukai-pada-kaca-mata-ulama-islam.html
2.       Perbahasan Muktamar PAS59
5.       Ceramah Penjelasan Kezaliman cukai oleh us Zaharudin Muhamad, menantu Tuan Guru Haji Hadi

Warkah buat Tun Dr Mahathir Mohammad



Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf atas kehadhiran warkah terbuka ini jika ia menganggu keselesaan Ybhg. Tun Dr. Mahathir. Saya utuskan warkah ini, bukan sahaja bermaksud untuk tatapan Ybhg. Tun tetapi juga untuk pengetahuan umum bagi menjernih kekeliruan dan kecelaruan fikir masyarakat awam mengenai hukum hudud.

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012  baru-baru ini adalah suatu kenyataan yang cukup mengelirukan dan berpotensi memesong pemikiran orang ramai khasnya umat Islam terhadap kesucian dan ketulenan agama Islam. Cara Tun Dr. Mahathir memahami Hukum hudud khasnya dan Islam amnya adalah suatu yang sangat asing (gharib) dari disiplin ilmu Islam malah apa yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam konvensyen tersebut bahawa hukum hudud adalah ciptaan ahli feqah dan ia tidak terdapat di dalam Al Quran adalah merupakan fitnah yang sangat dahsyat terhadap KalamuLlah, Al Quranul Karim.

Hudud ialah kategori kesalahan dan hukumannya telah ditentukan oleh Allah Taala dalam Al Quran dan RasulNya di dalam hadis Baginda S.A.W. Ia merupakan hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti, diubah suai ataupun dipinda. Malah hukumannya tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun bagi pihak Allah Taala. 

Sebagaimana hukum ini telah ditetapkan oleh Allah Taala, maka demikian juga kita telah diperintah oleh Allah Taala untuk melaksanakannya. Firman Allah Taala berbunyi :

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik" - Surah Al Maidah:49, Al Quranul Karim

Kesalahan hudud yang wajib dijatuhkan hukuman khusus telah jelas disebut oleh Allah Taala dengan lafaz yang sorih (nyata) di dalam Al Quran dan juga Hadis Nabawi. Bagaimana Tun Dr. Mahathir begitu yakin dan konfiden mengatakan ia adalah ciptaan ahli feqah dan tidak terdapat di dalam Al Quran?
  1. Kesalahan Zina iaitu persetubuhan suka sama suka tanpa nikah yang sah. Hukumannya disebut dalam surah an Nur ayat 2.
  2. Kesalahan Qazaf iaitu menuduh orang berzina. Hukumannya disebut dalam surah An Nur ayat 4.
  3. Kesalahan minum arak atau minuman yang memabukkan. Hukumannya disebut dalam hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Saidina Ali bin Abi Talib karramaLlahu wajhah.
  4. Kesalahan Mencuri. Hukumannya disebut dalam surah al Maidah ayat 38.
  5. Kesalahan Murtad. Hukumannya disebut dalam hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari riwayat Ibnu Abbas R.A.
  6. Kesalahan Merompak. Hukumannya disebutkan dalam surah al Maidah ayat 33 dan 34.
  7. Kesalahan Bughah atau memberontak kepada Ulil Amri yang adil dan serta menjalankan hukum Allah Taala yang berdalilkan Al Quran dan Sunnah. Hukumannya disebut di dalam surah al Hujurat ayat 9. (kategori ini - bughah - menjadi khilaf dikalangan ulama, sama ada ia termasuk dalam kesalahan hudud atau tidak).
Jika kita melafazkannya dengan sedar dan bertujuan menafikan bahawa hukuman hudud ini bukan dari al Quran sedang nyata ianya termaktub di dalam al Quranul Karim, maka ucapan itu boleh membatalkan aqidah. Na'uzubiLlahi min zaalik

Mendustakan ayat-ayat Allah Taala pula, dengan sikap berlagak angkuh kononnya hukum yang Allah cipta tidak adil sangat besar risikonya sehingga kelak mereka yang mendustakannya dinafikan hak dan peluang menduduki syurga Allah Taala. Firman Allah Taala berbunyi :

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan" - Surah al A'araf:40, Al Quranul Karim

Saya melihat Ybhg. Tun Dr. Mahathir juga sangat keliru bagaimana mahu memahami kedudukan hukuman hudud di dalam Islam. Apabila Ybhg. Tun menegas bahawa untuk melakukan sesuatu mesti rujuk kepada Al Quran, tetapi dalam masa yang sama, Ybhg. Tun menganggap hukum hudud tidak ada di dalam al Quran. Jika benar tindakan dan ucapan dirujuk kepada al Quran, Ybhg. Tun pasti menemui hukum hudud termaktub di dalam al Quranul Karim.

Saya merasakan bahawa Tun Dr. Mahathir perlu mendalami pengajian ilmu Islam melalui bimbingan alim ulama' yang mendalam ilmu mereka dalam perkara ini. Saya dapat lihat dengan jelas bahawa Tun benar-benar keliru terhadap hukum Allah Taala ini lalu Tun mempunyai prasangka yang buruk terhadapnya. Sebagainya contoh menganggap hukum hudud tidak adil hanya kerana hukum hudud tidak dikenakan ke atas non-Muslim, lalu Ybhg Tun membuat perbandingan yang dangkal bahawa Muslim mencuri dipotong tangan lalu kudung sedang non-Muslim mencuri hanya dipenjara dan tangannya tidak kudung. Jika saya menjawab dengan perbandingan serupa bahawa Muslim wajib solat, puasa, zakat dan haji sedang non-Muslim tidak diwajibkan ke atas mereka untuk melakukan semua itu, apakah Tun akan berkata bahawa Islam juga tidak adil? Allah juga tidak adil? Cara Tun berfikir kini sangat jauh tersasar.

Pengecualian non-Muslim dari perlaksanaan hukuman hudud adalah suatu pengecualian yang bersumberkan wahyu sebagaimana Firman Allah Taala berbunyi :

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil" - Surah al Maaidah:42, Al Quranul Karim

Menilai hukum hudud dan kesannya ke atas ummah tidak boleh dinilai hanya melalui aqal semata-mata, tetapi selaku seorang yang mengaku Muslim, Ybhg. Tun mesti melihatnya dengan kaca mata Islam dan Iman. Ertinya Tun mesti menilai sehingga tembus ke ruang akhirat. Jangan hanya menilai hukum hudud dalam dinding sempadan akal semata-mata.

Akhirnya saya sekali lagi menasihati diri saya sendiri pula dengan rasa rendah hati menasihati Ybhg Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa hukuman hudud adalah ketetapan Allah Taala. Kalaupun kita tidak mampu melaksanakannya, janganlah kita menafikannya apatah lagi mempersendakannya dengan fitnah kononnya hukum hudud adalah cipta ahli feqah. Ybhg. Tun, marilah kita baca beberapa penegasan Allah Taala di dalam Al Quran agar kita insaf dan patuh pada perintah Allah swt. Pertama, bacalah dengan bahasa Arab kerana al Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain kecuali dengan bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Adapun terjemahannya bolehlah dibaca dengan apa jua bahasa yang kifaham dan selesa.

Firman Allah dari Surah an Nisa' ayat 13 :

"Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar"

Firman Allah lagi dari surah an Nisa' ayat 56 :

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

Semoga Ybhg. Tun diberikan keafiatan dan punya masa terluang untuk membaca warkah ini dengan tenang. Beri masa pada diri untuk berfikir tanpa sebarang prejudis terhadap hukum Allah. Jua tidak didorong rasa dendam kepada PAS lalu menolak syariat yang diperjuangkan oleh PAS. Menganggap hudud itu adalah hudud PAS. Saya harap Ybhg Tun dapat mengkajinya sendiri, dengan membuka helaian al Quran lalu membaca dan mentadabburnya dengan cermat. Jika Ybhg Tun tidak jelas memahaminya, boleh dirujuk kepada alim ulama yang mukhlisin. Bukan merujuk kepada penasihat 25 % yang hanya merosakkan masa depan Ybhg. Tun.

Kiranya diizinkan oleh Allah, saya bersama rakan-rakan exco Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin benar bertemu dengan Ybhg. Tun untuk bermuzakarah mengenai hukum Allah Taala yang suci lagi adil ini. Harap Ybhg. Tun juga berlapang dada dan sedia bertemu dengan pihak kami. Insyaallah, kami akan memilih masa yang sesuai dan munasabah untuk menghantar surat rasmi kepada pihak Ybhg Tun untuk tujuan tersebut.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Timbalan Presiden Bukan Islam?

 
 
Dalil Larangan Syara' Terhadap Perlantikan Orang Bukan Islam 
Dalam Kepimpinan Jamaah Islam atau Ahli Mesyuarat Utama dan Tetap 

1. Larangan mengambil “Bithanah” dari kalangan orang bukan Islam

Firman Allah;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bithanah (teman kepercayaanmu) dari orang-orang yang bukan dari kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”. 

(Ali Imran: 118)

Apa makna Bithanah dalam ayat di atas? Dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman, bithanah diterjemahkan sebagai “orang dalam” (yang dipercayai). 

Menurut Tafsir al-Jalalain; Bithanah ialah; orang-orang terpilih yang didedahkan rahsia kaum muslimin kepada mereka

Menurut Imam ar-Raghib al-Asfahani dalam kitabnya al-Mufradaat; Bithanatan” maknanya; “Orang-orang yang (mempunyai kedudukan) khusus bagi kamu di mana ia mengetahui secara dalaman urusan-urusan kamu”

Berdasarkan huraian Said Hawa, termasuk juga dalam pengertian Bithanah ialah; al-istisyarah (iaitu meminta pandangan atau pendapat)[1],  al-Istinshah (iaitu meminta nasihat), menjadi penyimpan rahsia dan teman rapat”.[2]

Adapun pengertian “min dunikum” (orang-orang yang bukan dari kalangan kamu), menurut Imam Ibnu Kathir; “orang-orang dari agama selain kamu (yakni orang-orang bukan Islam)”.

Menurut Tafsir al-Jalalain; “Orang-orang yang bukan dari kamu (kaum muslimin) iaitu Yahudi, Nasara dan munafik”. [3] 

Lebih jelas, Syeikh Said Hawa menerangkan dalam al-Asas fi at-Tafsir; Firman Allah “Min Dunikum” termasuk dalam pengertiannya sekelian penganut agama-agama (selain Islam), orang-orang mulhid dan munafik, serta juga orang yang tergolong dalam ucapan Rasulullah “Laisa minna” (bukan dari kalangan kami)…..[4] 

Beliau menjelaskan lagi; “Maksud pertama bagi yang demikian itu (yakni “orang-orang yang bukan dari kalangan kamu”) ialah orang-orang kafir ahli Kitab (yakni Yahudi dan Nasara). Jika begitu, maka orang-orang kafir lainnya sudah tentunya lebih utama untuk kita berhati-hati dan (lagipun) tegahan dalam ayat tersebut adalah bersifat umum. 

Maka asas tegahan tersebut ialah ketidakharusan mengambil bithanah dari orang-orang yang bukan dari kalangan kita dan termasuk di dalam pengertiannya orang-orang kafir sekeliannya sama ada ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasara), orang-orang Musyrikin, mulhid serta orang-orang munafik kerana mereka bukan dari kalangan kita….

dan sebagai ihtiyat (*yakni mengambil pendirian yang lebih berhati-hati) kita memasukkan juga dalam pengertiannya orang-orang orang yang dinafikan oleh Rasulullah bahawa ia tergolong dari kalangan kita (yakni kaum muslimin) seperti sabda baginda;

من غشنا فليس منا
“Sesiapa yang menipu kami maka ia bukan dari kami”

من رغب عن سنتي فليس مني
“Sesiapa yang berpaling dari sunnahku, ia bukan dari kalanganku”

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“Sesiapa tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka”.

ليس منا من دعا إلى عصبية، وليس منا من قاتل على عصبية، وليس منا من مات على عصبية
“Bukan dari kalangan kami seorang yang mengajak kepada ‘Asabiyyah, bukan dari kalangan kami seorang yang berperang di atas dasar ‘Asabiyyah”.

Beliau (yakni Syeikh Said Hawa) menegaskan; “Orang-orang seumpama mereka hendaklah kita berhati-hati/berjaga-jaga. Maka janganlah kita menjadikan mereka orang-orang yang khusus bagi kita  dan janganlah kita mendedahkan rahsia-rahsia kita kepada mereka, mendedahkan kejelikan/keburukan kita (yakni menceritakan masalah-masalah dalaman), menceritakan perancangan-perancangan kita dan bermesyuarat dengan mereka dalam masalah-masalah kita…”.[5]

2. Larangan memberikan wala' kepada orang bukan Islam

Allah tidak melarang kaum muslimin untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang bukan Islam sebagaimana firmanNya;

Namun wala' tidak diizinkan Allah untuk diberikan melainkan kepada orang mukmin sahaja. Berbuat baik kepada orang bukan Islam dan berlaku adil kepada mereka tidak harus dicampur adukkan dengan wala'. Al-Birr wa al-Adl adalah hak untuk semua manusia tanpa mengira agama dan pegangan hidup. Adapun wala' hanya khusus untuk orang yang seaqidah sahaja. 

Apa maksud wala' ? Dan apa yang terkandung dalam skop wala' ?

Di antara ayat Allah yang menyentuh tentang walak ialah;

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

“Janganlah orang-orang mu'min mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu)”. 

(Ali Imran: 28)

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَتُرِيدُونَ أَنْ تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُبِينًا

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?”. 

(an-Nisa’: 144)

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil untuk menjadi wali-wali kamu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman”. 

(al-Maidah; 57).

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ ءَاوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُوا وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَى قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”. 

(al-Anfal: 72)

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma`ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta`at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. 

(at-Taubah: 71)

Ayat-ayat di atas menegas satu perkara kepada kita iaitu; larangan menjadikan orang-orang bukan Islam sama ada ahli Kitab (yakni orang-orang Yahudi dan Nasara/Kristian) atau penganut-penganut agama lainnya sebagai wali-wali kita, atau dalam pengertian yang lain, dilarang kita memberi wala’ kita kepada mereka.

Maksud wali secara amnya ialah rakan atau teman khusus yang dipercayai, diberi kesetiaan, diserahkan urusan dan kepimpinan, diambil pandangan atau perdapatnya, diamanahkan menjaga rahsia, diberi pertolongan (tatkala ia memerlukannya) dan dipohon pertolongan darinya (tatkala diperlukan bantuan darinya). Rakan atau teman khusus ini paling utama difahami dalam konteks perjuangan dan jihad kerana ia memiliki implikasi langsung dengan Islam dan masa depan umat Islam.

Syeikh Muhammad as-Shobuni dalam tafsirnya Sofwatu at-Tafasir menghuraikan wala’ kepada orang kafir dengan makna; “Memberi pertolongan kepada mereka, meminta pertolongan dari mereka, bersama-sama mereka dalam saf/barisan dan bergaul-rapat dengan mereka sebagaimana pergaulan dengan kaum muslimin”.[6]

Menurut Syeikh Musthafa al-Khairi; “Terkandung juga dalam makna memberi al-Wala’ kepada orang kafir ialah meminta pertolongan dari mereka dalam peperangan. Sebahagian ulama’ mengharuskannya jika ada keperluan dan diyakini kejujuran mereka…”.[7]

Dalam tafsir al-Qurthubi, Imam al-Qurthubi menaqalkan dari Ibnu Khuwaiz Mindad yang menyatakan; “Ayat ini (*yakni ayat 57 dari surah al-Maidah) sama seperti firman Allah dalam surah al-Maidah (ayat 51) dan Ali Imran (ayat 118) yang terkandung di dalamnya tegahan at-ta’yiid (yakni menguatkan pasukan) dan al-isti’anah (yakni memohon pertolongan/bantuan) dengan orang-orang Musyrikin dan yang seumpama mereka (yakni orang-orang bukan Islam). 

Diriwayatkan dari Jabir r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. hendak keluar ke peperangan Uhud, datang satu kumpulan orang Yahudi dan berkata; ‘Kami ingin keluar berperang bersama kamu’. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab; ‘Sesungguhnya kami tidak akan meminta pertolongan dalam urusan kami dari orang-orang Musyrikin”.[8]

Dan lebih tegas lagi, ada sebahagian ulama’ memasukkan juga dalam pengertian memberi wala’ kepada orang kafir; memberi jawatan kepada mereka dalam bidang/skop yang sepatutnya diisi oleh orang Islam seperti mengambil mereka untuk bekerja atau berkhidmat di diwan-diwan (yang merekod dan menjaga maklumat-maklumat dan rahsia Negara).[9] 

Hujjah mereka ialah riwayat yang menceritakan celaan Umar terhadap gabenornya di Yaman iaitu Abu Musa al-Asy’ari yang mengambil seorang bukan Islam sebagai pencatat (bagi urusan yang bersangkutan kaum muslimin) dan ia mengarahkan Abu Musa supaya memecatnya.[10] (Sila baca riwayat ini di depan nanti bawah tajuk; Tegahan para sahabat

Sebagai penjelasan akhir bagi wala’ ini, kita memetik ulasan Asy-Syahid Syed Qutb dalam kitab tafsirnya yang terkenal “Fi Dzilalil-Quran”;

Islam tidak menegah orang Islam untuk bermu’amalah (yakni berinteraksi) secara baik dengan orang yang tidak memeranginya kerana agama sekalipun orang itu tidak seagama dengannya. Akan tetapi wala’ adalah suatu yang lain dari bermu’amalah dengan baik itu.[11] 

Wala’ adalah irtibath (keterikatan), tanashur (saling bantu-membantu) dan tawaaddu (saling kasih-mengasihi). Wala’ ini tidak wujud dalam hati seorang yang benar-benar beriman kepada Allah melainkan untuk diberikan kepada orang-orang beriman yang mempunyai ikatan dengannya kerana Allah, yang tunduk bersamanya kepada manhaj Allah dalam kehidupan dan yang berhukum kepada kitabNya dengan penuh taat, patuh dan berserah[12]”.

(Fi Dzilalil-Quran, Jil. 1, hlm. 387 (Surah Ali Imran, ayat 28))

3. Larangan Nabi dari melibatkan orang bukan Islam dalam permesyuaratan yang khusus berkait dengan maslahah agama dan kaum muslimin

Sabda Nabi s.a.w.;

لَا تَسْتَضِيئُوا بِنَارِ الْمُشْرِكِينَ

“Janganlah kamu menumpang cahaya orang-orang Musyrik” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai dari Anas r.a.).

Menurut Imam Ibnu al-Athir dalam kitabnya an-Nihayah fi Gharibil-Hadith; maksud hadis ini ialah;

أي لا تستَشِيُروهم ولا تأْخُذوا آراءهم، جعل الضوءَ مَثلا للرأي عند الحيرة

“Yakni; janganlah kamu bermesyuarat dengan mereka dan janganlah mengambil pandangan-pandangan mereka. Rasulullah menjadikan cahaya sebagai misalan bagi pandangan/pendapat …”.

Menurut Imam al-Hasan al-Basri, maksud hadis tersebut ialah;[13] “Janganlah kamu bermesyuarat dengan orang-orang musyrikin dalam urusan-urusan kamu”. Dalil bagi tafsiran ini menurut beliau ialah firman Allah;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bithanah (teman kepercayaanmu) dari orang-orang yang bukan dari kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”. (Ali Imran: 118)

4. Keengganan Rasulullah s.a.w. untuk menerima penyertaan orang kafir dalam saf jihad

Terdapat riwayat-riwayat hadis menceritakan Rasulullah s.a.w. menolak orang kafir dari menyertai jihad/peperangan bersama pasukan baginda meskipun ketika dalam keadaan gawat (seperti dalam peperangan Badar, Uhud dan Ahzab di mana bilangan tentera Islam amat sedikit). Antara riwayat yang dapat kita kemukakan di sini;

1. Imam Muslim meriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Semasa Rasulullah sedang berjalan bersama tenteta Islam menuju ke Badar, ketika sampai di Harratil-Wabarah seorang lelaki datang menemui baginda. Lelaki itu dikenali sebagai seorang yang kuat dan berani menyebabkan para sahabat berasa gembira apabila melihat kedatangannya. 

Lelaki itu berkata kepada Rasulullah; “Aku datang untuk menyertaimu dan memperolehi habuan rampasan perang bersamamu”.  Lalu baginda bertanya kepadanya; “Adakah kamu beriman dengan Allah dan RasulNya”. Ia menjawab; “Tidak”. 

Rasulullah lalu berkata kepadanya; “Pulanglah. Sesungguhnya aku sekali-kali tidak akan meminta bantuan dari seorang musyrik (فَارْجِعْ، فَلَنْ أَسْتَعِينَ بِمُشْرِكٍ)”. Saidatina Aisyah r.a. menceritakan lagi; ‘Kemudian Rasulullah meneruskan perjalanannya, hinggalah tatkala kami singgah berhampiran sebuah pokok, lelaki itu datang lagi dan meminta seperti tadi. 

Rasulullah juga menjawab sebagaimana tadi; “Pulanglah! Aku sekali-kali tidak akan meminta bantuan dari seorang musyrik”. Rasulullah meneruskan lagi perjalanannnya hingga sampai di al-Baida’. Di situ lelaki tersebut datang lagi dan mengulangi permohonannnya itu. Rasulullah bertanya sekali lagi kepadanya; “Adakah kamu beriman kepada Allah dan RasulNya”. Kali ini ia menjawab; “Ya (saya telah beriman)”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya: “Ayuh! Bergeraklah (bersama kami)”.

(Lihat; Soheh Muslim, Kitab al-Jihad wa as-Siyar, bab Karahati al-Isti’anah fi al-Ghazwi bi kafirin…)

2. Diriwayatkan dari Jabir r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. hendak keluar ke peperangan Uhud, datang satu kumpulan orang Yahudi dan berkata; ‘Kami ingin keluar berperang bersama kamu’. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab; ‘Sesungguhnya kami tidak akan meminta pertolongan dalam urusan kami dari orang-orang Musyrikin”. 

(Lihat Riwayat ini dalam; Tafsir al-Qurthub, surah al-Maidah, ayat 57).

3. Ibnu Abbas r.a. menceritakan; seorang sahabat iaitu ‘Ubadah bin as-Shomit r.a. mempunyai rakan-rakan dari kalangan orang Yahudi. Semasa peperangan Ahzab, beliau (yakni Ubadah) berkata kepada Nabi s.a.w.; “Wahai Nabi Allah, saya mempunyai rakan-rakan dari orang Yahudi seramai 500 orang dan saya merasakan perlu untuk mengajak mereka keluar bersama saya untuk memerangi musuh. Lalu Allah menurunkan ayat;

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ

“Janganlah orang-orang mu'min mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min”. 

(Ali Imran: 28)

(Rujuk riwayat ini dalam Tafsir al-Qurthubi dan juga Rawai’ul Bayan, Syeikh Muhammad Ali as-Shobuni, jil. 1, hlm. 440).

Perhatikan; jika untuk menjadi tentera biasa telahpun ditolak atau dilarang oleh Nabi, maka bagaimana untuk mengambil mereka (yakni orang-orang bukan Islam) bagi mengisi barisan kepimpinan? Sudah tentu ianya lebih dilarang oleh baginda.

4. Tegahan para sahabat terhadap perlantikan orang bukan Islam untuk jawatan yang berkait urusan kaum muslimin

Dalam Tafsir Ibnu Kathir, terdapat riwayat dari Ibnu Abi Dahqanah yang menceritakan; pada zaman Umar r.a., terdapat seorang budak lelaki dari al-Hirah yang memiliki kepandaian menulis, namun ia tidak Islam. Lalu dicadangkan kepada Umar supaya mengambilnya sebagai penulis Negara. Namun umar menjawab; “Jika aku mengambilnya bermakna aku mengambil orang kepercayaan bukan dari kalangan orang-orang beriman”.[14]

Ibnu Kathir mengulas; Athar dari Saidina Umar ini berserta ayat di atas menjadi dalil bahawa tidak harus mengambil ahli zimmah (yakni orang bukan Islam yang menjadi warganegara daulah Islam) untuk bekerja atau bertugas (sebagai pencatat/penulis atau sebagainya) dalam hal-hal dalaman kaum muslimin kerana dibimbangi mereka akan  mendedahnya kepada musuh-musuh Islam. Kerana itu Allah berfirman;

لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ
“…mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu”.[15]

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari ‘Iyadh yang menceritakan bahawa Abu Musa al-Asy’ari melantik seorang Nasrani sebagai pencatatnya. Pada suatu hari, atas suatu urusan ia membawa pencatatnya itu berjumpa Umar. Melihat kebolehan pencatat tersebut, Umar berasa takjub dengannya, lalu Umar memintanya untuk membaca suatu surat yang datang dari Syam yang berada di dalam masjid. Namun Abu Musa menjawab; ‘Ia tidak boleh memasuki masjid (wahai Umar)’. Umar bertanya; ‘Apakah ia berjunub?’. Jawab Abu Musa; ‘Bukan, tetapi kerana ia seorang Nasrani’. Umar lalu memarahi Abu Musa dan menampar pahanya. Kemudian Umar membaca firman Allah;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ          

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi wali-wali kamu”. (al-Maidah: 51)

(Lihat riwayat ini dalam Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Maidah, ayat 51).

 
AMALAN RASULULLAH S.A.W. DALAM PENGLIBATAN KERJASAMA DAN PAKATAN DENGAN ORANG BUKAN ISLAM

Menolak perlantikan orang bukan Islam untuk jawatan dalam kepimpinan tertinggi Jamaah tidak bermakna kita menentang segala bentuk pakatan atau kerjasama dengan orang bukan Islam. Jika kita membaca Sirah Nabi –khusus berkenaan interaksi baginda dengan orang bukan Islam- kita akan perhatikan; dalam aspek-aspek tertentu baginda amat bertegas menolak penglibatan orang bukan Islam (iaitu aspek yang berkait dengan bithanah, walak dan sebagainya tadi), namun dalam aspek-aspek lain pula baginda menerima penglibatan mereka, antara contoh yang boleh kita sebutkan ialah;

1. Hilful Fudhul

Nabi pernah bersabda;

لقد شهدتُ في دار عبد الله بن جُدعان حلفاً لو دُعيتُ له في الإسلام لأجبت، تحالفوا أن يردوا الفضول على أهلها، وألاّ يغزوَ ظالمٌ مظلوماً

“Aku pernah menyaksikan suatu perjanjian di rumah Abdullah bin Jud’an yang seandainya sekarang ini (yakni di masa Islam) jika aku diajak untuk ikut serta dalam perjanjian tersebut pasti aku akan ikut. Mereka berjanji untuk mengembalikan semua hak orang yang teraniaya kepada pemiliknya agar orang yang zalim tidak dapat  berbuat sewenang-wenangnya kepada orang lemah” 

(Riwayat Imam al-Humaidi dalam

Dalam riwayat yang dicatatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra, lafaznya;

لَقَدْ شَهِدْتُ فِى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جُدْعَانَ حِلْفًا مَا أُحِبُّ أَنَّ لِى بِهِ حُمْرَ النَّعَمِ وَلَوِ أُدْعَى بِهِ فِى الإِسْلاَمِ لأَجَبْتُ

“Sesungguhnya aku pernah menyaksikan satu perjanjian di rumah Abdullah bin Jud’an. Ia lebih aku suka dari unta merah. Jika aku diajak untuk turut sama menyertai persepakatan serupa, nescaya aku akan menyertainya” 

(as-Sunan al-Kubra, Imam al-Baihaqi, hadis no. 13461. Riwayat ini dikemukakan oleh Imam al-Mawardi dalam kitabnya; al-Ahkam al-Sultaniyah).

Perjanjian di atas dikenali dengan Halful-Fudhul iaitu satu persepakatan yang dibuat oleh beberapa pemimpin dari pelbagai Kabilah Quraiysh yang berpengaruh di Mekah untuk menuntut hak dan keadilan bagi orang-orang yang ditindas di Mekah. 

Perjanjian tersebut berlaku 20 tahun sebelum Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul dan Rasul, iaitu pada zaman Jahiliyah. Perhatikan, bagaimana Rasulullah berhasrat menyertai persepakatan yang baginda sendiri tahu bahawa mereka yang terlibat semuanya bukan Islam. Namun oleh kerana isi persepakatan itu sama dengan apa yang dituntut oleh Islam iaitulah keadilan untuk manusia, maka baginda menyokongnya.

2. Piagam Madinah; Kontrak Sosial

Di antara yang pernah dilakukan oleh Nabi ialah mengadakan Mitsaq al-Madinah (Piagam/Perjanjian Madinah) sebaik baginda tiba di Madinah selepas hijrahnya. Perjanjian/Piagam ini tidak hanya membabitkan orang Islam (Ansar dan Muhajirin), tetapi juga membabitkan orang-orang bukan Islam yang tinggal di Madinah (khususnya golongan Yahudi). Di antara nas yang terkandung dalam piagam tersebut;

“Bahawa orang Yahudi yang menyertai kita mereka mendapat pertolongan dan bimbingan tanpa dizalimi dan tidak boleh ada pakatan yang tidak baik terhadap mereka” 

(nas ke 16. Rujukan; Fiqh al-Harakah, Tn Guru Hj Abdul Hadi, jilid 2, halaman 23).

“Bahawa kaum-kaum Yahudi (dari bani Auf, Bani an-Najjar dan sebagainya) adalah satu umat (warganegara) bersama-sama kaum mukminin. Bagi mereka kebebasan menganut agama mereka dan bagi kaum muslimin agama mereka sendiri. Hak ini meliputi orang-orang yang bersekutu dengan mereka dan untuk diri mereka sendiri, kecuali terhadap orang yang berbuat zalim dan melakukan dosa, maka akibat perbuatannya tidak menimpa melainkan dirinya sendiri dan keluarganya” 

(nas ke 25, kitab yang sama, halaman 23).

3. Nabi menerima perlindungan dari orang bukan Islam

Kisah yang masyhur ialah; Nabi menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Thalib yang tidak pernah masuk Islam, memerintahkan golongan mustadh’afin berhijrah ke Habsyah untuk berlindung di bawah pemerintah Najasyi (seorang raja Kristian yang belum memeluk Islam ketika itu, tetapi terkenal dengan sikap adilnya), baginda menerima perlindungan Mat’am bin ‘Adiy ketika pulang dari Taif dan baginda mengizinkan Abu Bakar untuk menerima perlindungan yang ditawarkan oleh Ibnu Daghnah (seorang pemimpin Mekah yang bersimpati dengan Abu Bakar, tetapi tidak memeluk Islam). 

(Rujuk; Fiqh a-Harakah, Tn Guru Hj Hadi, jilid 1, halaman 142-145).

4. Mengadakan perjanjian Hudaibiyah dengan Musyrikin Quraiysh

Berlaku pada tahun ke 6 hijrah (bulan Dzul Qaedah); perjanjian perdamaian di antara Rasulullah dan Quraiysh Mekah. Antara isi utama perjanjian ialah; gencatan senjata selama  10 tahun 

(Rujuk; Fiqh a-Harakah, Tn Guru Hj Hadi, jilid 2, halaman 240).

5. Nabi menjalankan mu’amalah dengan orang bukan Islam

Telah sabit dengan nas yang soheh bahawa Nabi pernah melakukan hal berikut;

a)     Menerima hadiah dari orang bukan Islam
b)     Meminjam wang dari orang bukan Islam dengan menggadaikan baju besinya.
c)      Menziarahi orang bukan Islam yang sakit.
d)     Bangun menghormati jenazah orang bukan Islam yang dibawa lalu di hadapannya.

6. Saranan al-Quran dan as-Sunnah supaya kaum muslimin berbuat baik dan berlaku adil kepada orang bukan Islam dan memelihara hak mereka

"Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam" 

(al-Anbiya', ayat 107).

"Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil (kepada orang-orang bukan Islam) yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengusir kamu dari tanah air kamu. Allah mengasihi orang-orang yang berlalu adil" 

(Surah al-Mumtahanah, ayat 8). 

“Dan jika mereka berdua (yakni ibu dan bapa) mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik…” 

(Surah Luqman, ayat 15)

Diceritakan dalam hadis bahawa Asma’ binti Abu Bakar, tatkala datang kepadanya ibunya yang masih kafir (musyrik) untuk mengikat hubungan, ia (yakni Asma’) bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, perlukah aku mengikat hubungan dengan ibuku itu?”. Nabi menjawab; “Ikatlah hubungan dengannya”. 

(HR Imam al-Bukhari dan Muslim)

CADANGAN

Melihat kepada amalan Rasulullah di atas, saya mencadangkan;

1.       Aspek-aspek dalam jamaah yang ada kaitan dengan persoalan bithanah dan wala' (antaranya soal kepimpinan tertinggi, ahli permesyuaratan atau majlis Syura, keanggotaan jamaah, dalam menentukan halatuju jamaah dan sebagainya) tidak perlu dilibatkan orang bukan Islam. Ia hendaklah khusus kepada orang beriman sahaja sebagai mengambil contoh dan tauladan dari amalan Nabi tadi.

2.       Aspek-aspek yang membabitkan hak rakyat, keadilan, kesamarataan, membenteras penyelewengan, mencari alternative pemerintahan terbaik dan sebagainya; inilah ruang yang terbuka luas untuk kita mengadakan kerjasama dan pakatan dengan sesiapa sahaja yang memperjuangkan hak dan keadilan termasuk dengan orang bukan Islam selagi tidak melanggar batasan Syariat (al-Quran dan as-Sunnah).

3.      Kesimpulannya; tidak usahlah kita membuka kepimpinan Jamaah kepada orang bukan Islam kerana ia bercanggah dengan ayat-ayat walak dan bithanah tadi, sebaliknya kita mengeratkan kerjasama dan pakatan dengan mereka dalam mewujudkan amalan politik dan pemerintahan yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia. 

PAS mesti dikekalkan sebagai Parti yang 100% berjiwa dan berwajah Islam (dalaman dan luarannya) dan pada masa yang sama ia membuka ruang ta’awun (kerjasama) dan tahaluf (pakatan) yang seluas-luasnya dengan siapa sahaja yang memperjuangkan keadilan selagi tidak melanggari Syariat.

Wallahu a’lam.


[1] Yakni melibatkannya sebagai korum mesyuarat.
[2] Al-Asas fi at-Tafsir, jil. 2, hlm. 865.
[3] Jika dirujuk kepada ayat sebelumnya, maka Allah memperkatakan tentang orang kafir. Ini memberi petunjuk kepada kita bahawa maksud “Min dunikum” dalam ayat ini ialah orang-orang kafir keseluruhannya. Ayat-ayat sebelum ayat di atas ialah;
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ، مَثَلُ مَا يُنْفِقُونَ فِي هَذِهِ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَثَلِ رِيحٍ فِيهَا صِرٌّ أَصَابَتْ حَرْثَ قَوْمٍ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَأَهْلَكَتْهُ وَمَا ظَلَمَهُمُ اللَّهُ وَلَكِنْ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
[4] Al-Asas fi at-Tafsir, jil. 2, hlm. 865.
[5] Al-Asas fi at-Tafsir, jil. 2, hlm. 867.
[6] Rujuk Sofwatu at-Tafasir, juz 1.. hlm. 349.
[7] Al-Muqthathaf min ‘Uyuni at-Tafasir, jil. 1, hlm. 314. (Surah Ali Imran, ayat 28)
[8] Rujuk Tafsir al-Qurthubi (surah al-Maidah, ayat 57)
[9] Al-Muqthataf, jil. 1, hlm. 314, Rawai’ul-Bayan (Syeikh as-Shobuni), jil. 1, hlm. 444.
[10] Rujuk; Rawai’ul-Bayan (Syeikh as-Shobuni), jil. 1, hlm. 444.
[11] Yakni orang Islam harus bergaul dan berinteraksi dengan orang bukan Islam, namun tidak harus memberi walaknya kepada mereka.
[12] Yakni seorang yang benar-benar beriman tidak akan memberi wala’nya melainkan kepada orang-orang yang beriman yang menjalani kehidupan di atas manhaj Allah dan menjadikan kitab Allah sebagai pemutus bagi setiap perkara.
[13] Lihat; Tafsir Ibnu Kathir,
[14] Tafsir Ibnu Kathir, surah Ali Imran (ayat 118)
[15] Tafsir Ibnu Kathir, surah Ali Imran (ayat 118)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates