PERHUBUNGAN
ANTARA PENDIRIAN & TINGKAH LAKU
Sebagai manusia, kita sering
menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan, dan kita tidak akan dapat
menguasai masalah-masalah ini melainkan setelah membuat satu pendirian terhadap
tabiat / keadaan sebenar masalah, dan apa hubungan tabiat / keadaan itu kepada
masalah. Selagi pendirian tidak terhasil, maka tiada keputusan &
tindakan yang boleh dibuat.
Tindakan kita pula akan dinilai
sesuai atau tidak berdasarkan benarnya / salahnya pendirian kita tadi. Dan
kebenarannya pula dinilai bergantung kepada dasar yang kita gunakan, sama ada
pengetahuan, tekaan, sangkaan mahupun tinjauan pancaindera. Kita ambil contoh
mudah, suatu makhluk yang bernama api.
i) Budak kecil + Tinjauan pancaindera (api) = Mainan yang cantik & berkilauan, ingin dipegang.
ii) Manusia lelaki + Tekaan / sangkaan mudah (api) = Punya sifat ketuhanan / sebagai simbol ketuhanan.
iii) Manusia lelaki + Ilmu pengetahuan & kajian (api) = Sesuatu yang banyak kegunaan apabila keperluan timbul.
Maka, tindakan yang terhasil daripada budak kecil & lelaki pertama di
atas kita boleh katakan terhasil di atas kejahilan yang ada, kerana tidak
berpandukan apa-apa bukti yang jelas dan ilmu pengetahuan yang sebenar.
MASALAH-MASALAH
POKOK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Dalam kehidupan duniawi, seorang
manusia mendapati dirinya hidup di atas muka bumi ini, dikurniakan tubuh badan
yang punya pelbagai potensi. Di hadapannya terhampar indah bumi & langit,
isi-isi dunia & segala khazanah-khazanah di dalamnya (tumbuhan, haiwan,
bahan galian, dll).
Semua ini berkait rapat dengan
kehidupannya. Mustahil bagi seorang manusia untuk mengambil suatu bentuk
perhubungan dengan benda-benda tadi tanpa menetapkan pendiriannya terhadap
dirinya sendiri, tabiat benda-benda di sekelilingnya & kedudukan
perhubungannya dengan benda-benda tersebut, sebagai contoh:
·
Siapakah
dirinya?
·
Apakah
kedudukan dirinya di dunia?
·
Apakah
perlu keatasnya tanggungjawab? Jika perlu, apakah tanggungjawab itu dan kepada
siapa tanggungjawab itu?
·
Adakah
dirinya bebas atau tunduk kepada pihak lain? Jika dirinya tertakluk, maka
siapakah penakluknya.
Manakala dalam menggunakan tenaga & kekuasaan yang ada untuk
menghasilkan tindakan pula, persoalan-persoalan berikut perlu diselesaikan:
·
Adakah
kekuasaan itu miliknya atau dikurniakan pihak lain?
·
Adakah
dia akan dipertanggungjawabkan atas kekuasaaannya?
·
Adakah
penggunaan kekuasaan tersebut ditentukan dirinya atau pihak lain?
·
Adakah
kekuasaannya terhadap sesuatu penuh atau terbatas?
Dalam soal perhubungan sesama manusia pula, perlu diputuskan penyelesaian
terhadap soalan-soalan berikut:
·
Apakah
ideal-ideal manusia secara keseluruhannya?
·
Apakah
asas ketinggian & perbezaan sesama manusia?
·
Apakah
daya pendorong kepada persahabatan & permusuhan, ikatan & perselisihan,
tolong menolong & tidak bekerjasama?
Justeru, setiap daripada manusia pasti akan membuat keputusan &
mengambil pendirian terhadap persoalan-persoalan ini sebelum bertindak di alam
semesta ini. Tidak semestinya setiap manusia akan berfikir secara falsafah
terhadap jawapan-jawapan mereka setelah membuat kajian yang mendalam. Bahkan
kebanyakan manusia tidak merenung & menghiraukan langsung
persoalan-persoalan tersebut.
Apapun setiap orang pasti akan ada membuat suatu pendirian sama ada positif
/ negatif terhadap setiap perkara, dan sikap mereka tidak akan dapat lari
daripada pendirian yang mereka tentukan itu.
ASAS-ASAS
AKHLAK INDIVIDU & MASYARAKAT ADALAH SAMA
Hasil daripada pendirian &
penyelesaian yang dirumuskan, maka akhlak seseorang individu akan sentiasa
terpengaruh pada rumusan mereka tadi. Tindak-tanduk yang terhasil tidak
dapat lari dari hakikat pendirian yang mereka yakini itu.
Dalam penelitian lain, jika setiap individu memerlukan kepada pendirian
& penyelesaian sebelum bertindak, maka sesebuah masyarakat juga perlu
kepada pendirian & penyelesaian terlebih dahulu sebelum membentuk
perkumpulan yang mampu membangunkan suatu kebudayaan & tamadun.
Maka dalam erti kata lain, tatacara akhlak sesebuah individu / masyarakat itu
mencerminkan rumusan-rumusan yang mereka ambil terhadap persoalan-persoalan
penting di atas. Setiap institusi kehidupan, rangka masyarakat, bahkan masa
depan mereka akan dimodelkan & dibentuk atas rumusan-rumusan yang sama.
Hal ini tidaklah merisaukan sebenarnya, kerana sememangnya ia adalah ‘nature’
semulajadi dalam aturan kefahaman & tindakan manusia. Yang merisaukan
adalah asas apa yang manusia ambil untuk menetapkan pendirian mereka? Kesudahannya
penyelesaian apa yang terhasil?
PENYELESAIAN
PERTAMA: JAHILIYYAH TULEN (AL-MAHDHAH)
Penyelesaian ini mengambil dasar dan asas bahawa:
·
Penilaian
manusia sepatutnya bergantung pada pancaindera semata.
·
Bahawasanya
alam ini terjadi dan berjalan secara automatik & manusia pula
merupakan sebahagian daripada haiwan lain.
·
Penggunaan
khazanah dunia perlu mengikut logik akal (hanya memuaskan diri & barangkali nafsu).
·
Dunia
ini dan segala khazanah & kejayaan yang ada padanya pula adalah seperti
harta rampasan perang (booty), setiap orang bebas merebut apa sahaja,
setiap bila peluang itu wujud.
·
Tidak
wujud kuasa tertinggi,
punca ilmu pengetahuan dan sumber hidayah.
·
Kehidupan
semasa dunia adalah satu-satunya kehidupan & dasar pertimbangan kebenaran
hanya atas apa yang pernah berlaku di dunia sahaja.
Hasilnya, jika tiada kawalan luar terhadap akhlak & tindakan mereka, penyelesaian
ini akan membawa kepada kecenderungan tabi’e terhadap beberapa ciri-ciri
berikut dalam tindakan mereka:
·
Ruang
lingkup akhlak manusia perlu bebas daripada rasa tanggungjawab.
·
Setiap
orang menyangka dirinya berkuasa penuh atas diri & khazanah dunia
'miliknya'.
·
Kekuasaan
individu pula hanya terbatas pada undang-undang & had-had yang
ditetapkan oleh kehidupan kolektif.
·
Tabiat
keras manusia (zalim,
tamak, ganas) akan terserlah (apabila lemah sifat baik mereka).
·
Hanya
perkara yang bermanfaat pada pandangannya akan jadi matlamat hariannya.
Namun tidak dinafikan ada juga pemegang & pelopor penyelesaian ini yang
punya kawalan, kuat sifat baiknya (empati, rela berkorban). Mereka turut mengimpikan kebaikan masa hadapan
(untuk kemajuan, negara, bangsa). Tetapi jika diteliti secara dalam, hujungnya
pasti ia didasari lanjutan motif-motif kebaikan yang mesti kembali kepada
dirinya dan segalanya dilihat dari kacamata akal manusia semata.
Pada sudut masyarakat yang
memegang penyelesaian ini tanpa kawalan pula, mereka akan cenderung
berpendirian bahawa:
·
Hak
penentuan (sovereignity) politik hanya diberi kepada sesetengah individu,
keluarga, kumpulan kecil, atau orang awam.
·
Sistem
kolektif yang paling luhur hanyalah sehingga tahap komanwel/persetujuan antara
negara.
·
Undang-undang
digubal hanya berdasarkan pengalaman-pengalaman manusia (lebih teruk jika
didasari nafsu), polisi-polisi pula jika diubah akan mengikut kepentingan
peribadi/suatu pihak.
·
Hanya
yang 'kuat' akan menjuarai, bahkan ambil jalan yang zalim (tipu, fitnah,
khianat) untuk jadi 'kuat', akhirnya tampuk kekuasaan akan jatuh pada mereka yang
sebegini.
·
Budaya
dan peradaban akan terbentuk mengikut
kepentingan individu, akan ada pengizinan dalam ukuran moral untuk memenuhi
nafsu (pornografi, LGBT).
·
Sistem
pendidikan pula dirangka berdasarkan penyelesaian ini, membentuk generasi yang
berpandangan yang sama terhadap dunia & teori-teori kehidupan yang sama
seperti yang diterangkan di atas.
·
Apabila
telah menjadi norma, memaksa semuanya berfikir mengikut laras yang sama, lari
daripada Al-Haq.
PENYELESAIAN
KEDUA: SYIRIK, AR-RUHBANIYAH & AL-WUJUDIAH
SYIRIK
Penyelesaian ini mempercayai bahawa alam ini sudah tentu tertakluk di bawah
kuasa Tuhan, namun bukan hanya Tuhan yang Esa tapi banyak lagi Tuhan lain.
Kemakmuran & kegagalan manusia juga bergantung pada keredhaan &
kemurkaan Tuhan-Tuhan tadi.
Manakala cubaan mengenalpasti Tuhan-Tuhan ini membuat manusia mengambil
perkara yang menarik hati mereka sahaja sebagai Tuhan (simbol-simbol,
keajaiban alam, dll). Kesannya, pendirian ini akan menghasilkan akhlak &
tindakan yang dipengaruhi & menghasilkan ciri-ciri berikut:
·
Kehidupan
yang dipengaruhi kepercayaan karut-marut & tahyul dan banyak lagi
benda lain mempengaruhi nasib baik & buruk seseorang.
·
Kehabisan
tenaga melayani harapan palsu tentang untung nasib.
·
Campur
aduk yang tiada kesudahan dalam upacara ibadat & penyembahan mengakibatkan
mereka terjerat dalam golongan yang sia-sia sebahagian besar usaha-usaha
& aktiviti-aktiviti mereka.
·
Mudah
ditipu oleh para penipu,
dengan ramai pihak yang ingin mengaku sebagai wakil Tuhan, dll.
·
Akhirnya
keturunan kepada para penipu inilah yang memegang sebahagian hak-hak
keistimewaan yang berakar umbi mengikut peredaran masa.
·
Dengan
tiada garis panduan yang elok, maka hidup mereka penuh dengan kesilapan,
dibiarkan kepada mereka sendiri untuk menggubal tatacara seharian mereka.
AR-RUHBANIYAH
Penyelesaian ini pula lebih berkait rapat dengan cara hidup para rahib.
Ia merupakan gabungan pancaindera, andaian & spekulasi yang menetapkan
bahawa dunia adalah tempat penyiksaan. Kewujudan fizikal juga sering
dikenakan dengan kesakitan & kesengsaraan.
Pada masa yang sama segala keseronokan, keinginan & keperluan
fizikal di dunia adalah rantai pengikat yang membelenggu manusia. Ini
bermakna kejayaan & keselamatan seseorang bergantung kepada keupayaannya
meninggalkan urusan duniawi. Tubuh badan pula perlu menjalani penyiksaan
untuk menyucikan diri sehingga roh menjadi ringan & murni untuk ke
tempat lebih tinggi, sehingga ke puncak kejayaan yang menguntungkan (Nirwana).
Hal ini membawa kepada beberapa akibat & ciri-ciri lain pula:
·
Kecenderungan
manusia ditukarkan daripada hidup secara kolektif kepada individualisma
& daripada hidup berbudaya kepada hidup dalam kekeliruan.
·
Manusia
memalingkan diri daripada kehidupan dunia dan segala tanggungjawab
berkaitan, tidak mahu bekerjasama & memutuskan segala hubungan
peribadi.
·
Mendorong
manusia-manusia baik untuk meninggalkan urusan dunia yang penting,
akibatnya manusia-manusia zalim mengambil alih urusan-urusan ini.
·
Masyarakat
mula ambil nilai moral yang negatif, cenderung untuk tidak sosial akhirnya
menjadi kurang siuman, menyebabkan daya kreatif & kritis juga
menjadi lemah.
·
Mereka
juga akan menjadi makanan-makanan lembut kepada para penzalim & memudahkan
para penzalim memaksa mereka memberikan ketaatan.
Sejarah telah membuktikan, pertentangan jelas falsafah ini dengan tabiat
manusia menyebabkan ia banyak menerima halangan, lalu berselindung di sebalik
kepura-puraan (penebusan dosa – penance, cinta kiasan – allegorical love,
menidakkan sesuatu – renunciation).
AL-WUJUDIAH
Penyelesaian ini menganggap manusia dan alam ini tidak benar &
tidak punya kewujudan secara tersendiri. Tetapi hanya ada satu Zat yang
menciptakan kesemuanya dan satu Zat tersebutlah yang terdapat & bekerja
dalam diri mereka. Ini mengakibatkan manusia menyangka diri mereka adalah
patung, hanya dikawal oleh pihak lain.
Dengan pendirian sebegini,
manusia akan menghasilkan ciri-ciri berikut:
·
Lupa
akan dirinya sendiri, hidup
tak berkemudi & selalu mabuk dengan khayalan.
·
Natijah-natijah
praktikalnya adalah sama dengan apa yang diterangkan dalam doktrin Ruhbaniyah (hilang
tanggungjawab & empati pada pihak lain).
·
Sikap
para penganut pula lebih kurang sama dengan mereka yg memegang penyelesaian
Jahiliyah – percaya tidak punya kuasa diri (willpower) lalu memberi
hawa nafsunya kebebasan untuk bertindak sendiri.
KESIMPULAN
Tidak ada satupun penyelesaian-penyelesaian di atas yang dikuatkan dengan
bukti ilmiah yang sebenar. Bahkan banyak konsepnya dihasilkan daripada
andaian & khayalan semata. Sejarah & pengalaman telah menidakkan
penyelesaian-penyelesaian ini dan sekiranya salah satu daripada mereka adalah
benar, maka sudah tentu ia tidak menghasilkan natijah-natijah buruk yang
kita lihat zaman berzaman (diskriminasi, penindasan, peperangan, obsesi,
pencemaran, penyalahgunaan).
Ia diumpamakan sepertimana suatu makanan jika dimakan banyak kalipun tetap
menghasilkan sakit perut, maka kita buat kesimpulan bahawa kandungan makanan
tersebut tidak baik untuk fisiologi badan. Dalam kes yang sama, sekiranya suatu
doktrin itu didapati banyak menyebabkan kerosakan pada manusia keseluruhannya,
maka isi-isi doktrin itu juga diklasifikasikan sebagai tidak sah.
PENYELESAIAN
KETIGA: AL-ISLAM
Jalan ini sering diletakkan
sebagai jalan terakhir. Kerana tiada jalan yang lebih benar melainkan jalan
ini. Bagaimana? Dengan meletakkan keyakinan kita kepada penyelesaian yang telah
dibawa oleh Rasul-Rasul Allah.
Didatangkan satu perumpamaan,
seorang lelaki mendapati dirinya berada di tempat yang asing. Tiadalah padanya
satu ilmu pun berkenaan tempat tersebut, lalu ia mencari seorang yang mendakwa
ia tahu jalan selanjutnya. Setelah berjumpa, lelaki itu menaruhkan
kepercayaannya terhadap kebolehan si penunjuk jalan tersebut berdasarkan
bukti-bukti yang ada.
Sejurus mengambil keterangan
daripada penunjuk jalan tadi, dia memulakan perjalanan. Apabila sudah terbukti
melalui pengalaman perjalanannya bahawa keterangan yang diberikan tidak
menyesatkan, maka lelaki tersebut yakin bahawa keterangan yang diberi penunjuk
jalan tadi adalah benar.
Metod sebegini adalah suatu metod yang saintifik, dakwaan disertai dengan
bukti & pengalaman. Jika seseorang lelaki menundukkan kedegilan &
kesombongannya kepada ilmu pengetahuan yang sebenar, dan jika dia mengehadkan
tindakan-tindakan dalam sempadan yang ditetapkan oleh ilmu tadi, maka inilah
yang dinamakan Tariqul Islami (Metod Islam).
Dalam kes yang sama, dunia ini merupakan asalnya tempat yang asing bagi
manusia. Kita dilahirkan dengan tiada ilmu tentang hakikat peraturan dunia ini,
sikap apa yang perlu kita ambil terhadap dunia ini, ke mana arah tuju kita, dll.
Kadangkala persoalan-persoalan itu kita jawab dengan pandangan &
andaian kita. Tetapi setelah bertindak, hasil yang kita alami sentiasa negatif.
Selepas berkali-kali akhirnya jalan terakhir yang tinggal untuk mendapat
petunjuk sebenar adalah mengalihkan perhatian kita kepada Rasul-Rasul Allah.
Para Rasul mendakwa mereka punyai ilmu yang sahih. Setelah kita meneliti
cara kehidupan mereka, ternyata akhlak & tindakan yang terpancar
daripada mereka sungguh positif & memberi hasil yang baik. Ternyata di
sana wujud asas yang kuat untuk mempercayai kebenaran dakwaan mereka.
Boleh jadi kita dipersoal akan kebenaran keterangan mereka berhubung dunia
ini & kedudukan manusia di dalamnya. Boleh juga kita dipersoal akan ketiadaan
apa-apa bukti praktikal yang boleh menidakkan dakwaan mereka (para Rasul) &
keberjayaan keterangan mereka dalam kehidupan seharian.
Jika kita mendapati selepas pemeriksaan teliti dengan ilmu yang benar,
bahawa natijahnya cenderung untuk membenarkan pada kebenaran para Rasul, maka letakkanlah
kepercayaan penuh kepada petunjuk mereka & ambillah jalan hidup yang
selaras dengan ajaran-ajaran mereka sahaja.
PENDIRIAN
PARA RASUL TENTANG MANUSIA & ALAM INI
HAK MUTLAK
KEKUASAAN TERLETAK DI TANGAN ALLAH.
Seluruh alam yang manusia merupakan sebahagian darinya ini bukanlah terjadi
secara kebetulan. Ia merupakan suatu wilayah yang tersusun dan terurus dengan
baik. Allah SWT adalah penciptanya, dan dia sahajalah (tanpa ada yang lain) Tuan
empunya & Pemerintahnya.
Alam ini adalah nidzam
muhaimin (totalitarian system), yang terletak di bawah satu sultah
markaziah (central authority). Tiada sebarang perkongsian kuasa
dengan yang lain, tiada suatu pun yang menyalahi aturannya dan tiada sebahagian
pun dari alam ini yang dapat mencapai autonomi sendiri di luar kekuasaan Allah.
PENGABDIAN
MANUSIA
Manusia adalah hamba bagi mamlakah
rabbaniyyah ini. Ia tidaklah diangkat, tetapi dilahirkan sebegitu.
Tiada padanya sebarang kekuasaan lain, selain menjadi seorang hamba. Oleh itu, manusia
tiada hak menentukan tanggungjawab, cara hidupnya dengan sendiri &
menggunakan khazanah isi dunia (yang bukan miliknya) ini dengan cara sendiri.
Hak itu hanya terletak pada Allah SWT, manusia sewajibnya menggunakan pemberian
Allah menurut kehendak-Nya.
Bagi setiap manusia yang
menduduki bumi ini yang kehidupan mereka terikat di antara satu sama lain,
adalah hamba-hamba Allah juga. Maka mereka tidak berhak untuk membentuk
undang-undang dan peraturan-peraturan untuk mengatur hubungan sesama sendiri.
Setiap perhubungan mestilah diperintah oleh undang-undang &
peraturan-peraturan yang ditetapan Allah SWT.
Apakah pula undang-undang Tuhan
itu? Segala keterangan yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada para
Rasul-Nya a.s itulah undang-undangnya. Allah SWT sendiri yang mengangkat
mereka sebagai utusan untuk menyampaikan kebenaran ini kepada manusia.
BATAS-BATAS
AMAL & TINDAKAN
Para Rasul a.s. selanjutnya
menerangkan kepada kita bahawa Allah SWT telah memberkati kita dengan aqal,
kebebasan memilih, serta sedikit autonomi dan membiarkan kita bertindak menurut
kemahuan kita. Dia juga mengurniakan kebijaksanaan, keupayaan membuat rumusan
dan kebolehan untuk memilih di antara yang benar atau salah.
Oleh sebab itu, Tuan kita telah mencampakkan hijab di antara ZatNya, sistem
kerajaanNya dari mata kita. Manusia telah diberi seumur hidup untuk membuktikan
nilai dan harga dirinya. Dia mahu kita menjalani suatu ujian dan melihat
bagaimana kita menggunakan kekuasaan yang dikurnianya kepada kita.
Jika kita sedar akan kedudukan kita selaku hamba dan mengambil jalan ini dengan
hati yang terbuka tanpa paksaan, kita akan keluar dengan kejayaan dari
ujian-Nya. Jika kita gagal mengenali kedudukan kita selaku hamba Allah &
mengikut jalan pemberontakan, kita akan gagal di dalam ujian ini.
DUNIA ADALAH
TEMPAT UJIAN
Dunia ini bukanlah tempat balasan
baik ataupun hukuman, tetapi ia adalah ‘Tempat Ujian’. Natijah-natijah amalan
yang timbul / musibah-musibah yang melanda di dunia ini tidak boleh diambil
sebagai asas untuk menentukan sama ada sesuatu metod atau ‘amal itu ‘adil,
kejam, baik atau buruk dan sama ada haram atau halal.
Natijah amalan duniawi yang akan
ditetapkan kedudukannya di akhirat kelak akan menjadi asas sebenar sesuatu
penilaian. Apabila tempoh tangguhan (kehidupan dunia ini) berakhir, kehidupan
yang kedua akan bermula di mana segala amalan manusia akan dinilai dan
keputusan akan diberi sama ada kita menghabiskan masa dengan baik atau dengan
cara yang keji dan hina ketika hidup di dunia ini. Satu-satunya asas yang
dengannya manusia diputuskan sama ada bersalah atau tidak di akhirat kelak,
adalah:
·
Sama
ada kita telah menggunakan pemberian-pemberian Allah SWT ke arah jalan yang
benar dan mengakui Uluhiyyah-Nya dan kesucian-kesucian perintah-Nya.
·
Sama
ada kita memilih untuk tunduk kepada kebenaran Allah SWT dalam keadaan kita
punyai kebebasan memilih tanpa sebarang paksaan, di atas kehendak sendiri.
KESAN CARA
HIDUP ISLAM
INDIVIDU
Islam membentuk individu yang bertanggungjawab
terhadap dirinya, segala pemberian Allah kepadanya dan juga terhadap orang
lain. Kerana tiada suatu pun yang menjadi hak milik mutlak dirinya, segalanya
perlu dikembalikan kepada Allah SWT. Penggunaan pemberian-pemberian tersebut
pula selaras dengan apa yang Allah impikan, sedaya upaya bebas dari cacat cela.
Islam juga menghasilkan individu
yang amanah & mampu taat kepada suatu sistem peraturan rabbaniyyah
dalam apa keadaan sekalipun. Tidak sekali akan ia biarkan nafsunya mengamuk,
lantas menjadikan dirinya bukan penzalim atau seorang yang rosak dirinya.
Pandangan hidup ini melahirkan
individu-individu yang sangat baik dan versatile sehingga sukar
untuk kita meyakini bahawa ada penyelesaian lain yang mampu menanamkan
nilai-nilai ini di kalangan penganutnya.
KEHIDUPAN
IJTIMAIE
Setiap orang adalah hamba Allah
SWT dan setiap isi khazanah dunia ini adalah milik Allah SWT. Maka tiada
sebarang penguasaan oleh seseorang / sekumpulan orang kepada manusia lainnya
dalam apa keadaan sekalipun.
Islam menghapuskan segala
kejahatan yang timbul dari sistem Monarki, Feudalisma, Aristokrasi,
Brahmanisma, pemerintahan Pope dan pemerintahan diktator. Segala bentuk
prejudis juga dilarang oleh Islam. Hanya ketinggian darjat yang berasaskan
taqwa & amal soleh yang akan dikurniakan Allah SWT kepada hamba-hambanya.
Islam juga menyelesaikan
masalah keterbatasan asas ikatan sosial dalam kalangan manusia. Bangsa,
negara, kewarganegaraan dan warna kulit antara perkara yang telah membataskan
manusia kerana tidak mungkin sama sekali berlakunya perpindahan sosial. Namun
Islam hanya meletakkan keyakinan mendalam kepada Allah & ketaatan kepada
perintah-Nya sebagai penentu.
Islam mengeluarkan manusia
dari pergantungan sesama makhluk kepada ketaatan hanya kepada Yang Maha
Esa. Segala perbezaan sesama manusia dapat dihapuskan melainkan satu, iaitu
keimanan kepada Allah SWT. Maka hanya Islamlah yang mampu menyatupadukan
manusia atas nama persaudaraan dengan izin-Nya.
ULUHIYYAH
ALLAH SWT
Daripada individu dan masyarakat
yang terhasil tadi, maka setiap posisi dalam sebuah daulah itu pastinya akan
dipenuhi oleh insan-insan yang amanah dan diredhai Allah SWT. Ini akan
menghasilkan perubahan pada sikap, roh & struktur sosial masyarakat secara
menyeluruh. Segalanya ditumpukan pada mendapatkan redha Allah SWT.
Dalam keadaan ini, hanya mereka
yang melebihi rakyat lain dari sudut kebaikan moralnya yang akan diangkat
memegang tampuk kekuasaan & pemerintahan. Kebudayaan masyarakatnya akan
diserap masuk oleh roh ketaqwaan & kesucian moral yang sama. Pokok
perbincangan tamadun ini adalah berkhidmat kepada Allah, bukan pengabdian
terhadap hawa nafsu.
Oleh kerana Pemberi
undang-undangnya adalah Yang Maha Suci, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,
maka hukum-hukumnya akan melenyapkan segala kemungkinan timbulnya kejahatan
atau kezaliman dalam masyarakat. Telitilah sirah-sirah para anbiya’, para
sahabat & para tabi’in untuk melihat suatu masyarakat & negara yang
berperikemanusiaan yang tidak dapat ditandingi mana-mana tamadun dunia dalam
sejarah.