Serulah (manusia) ke
jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka
dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah Yang Maha tahu tentang
siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah Yang lebih mengetahui orang-orang
yang mendapat petunjuk. (An-Nahl : 125)
Berdasarkan ayat di atas, tampaklah bahawa Allah telah
menggariskan tiga cara menyeru manusia pada Islam, iaitu: hikmah,
peringatan/nasihat yang baik, dan debat.
Dan dakwah yang paling berkesan adalah dakwah melalui perbuatan.
Hal ini kerana mulut mudah untuk melafazkan, bahkan senang untuk menyuruh.
Tetapi untuk menunjukkan qudwah yang
baik, bukan semudah mulut yang berbicara.
Menurut Syeikh Rohimuddin, akhlak yang kita bawa adalah cerminan kepada hati kita yang satu. Baik hati itu, in shaa Allah maka baiklah akhlak yang terpancar. Gelapnya hati itu, nauzubillah buruk jualah akhlak yang ada.
Namun, tidak semudah kata untuk berdakwah. Adakalanya apa yang diperkatakan susah untuk diterima. Berkali-kali meluahkan nasihat, tidak didengarinya juga. Di manakah silapnya?
Berlemah Lembut
"Maka disebabkan rahmat Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terbadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berbati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Al-Imran: 159)
"Allah
sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam
rongganya." (Al-Ahzab: 4)
Kerana itu, tidak mungkin pemilik hati yang sarat cinta dan
keimanan, pada saat yang sama ia adalah seorang yang berhati gersang, kasar,
serta menyimpan rasa dengki dan kebencian kepada pihak lain.
Perasaan dan kasih sayang adalah ‘bahasa’ internasional
yang dipergunakan oleh pendakwah dalam menghadapi seluruh penduduk bumi, hingga
kepada orang bisu sekalipun. Kerana rahmat Allah, anda berlaku lemah lembut
terhadap mereka. Sekiranya kamu berlaku keras lagi kasar, tentulah mereka akan
menjauhimu.
‘Bahasa’ ini ibarat mata wang yang ditetapkan untuk dipakai oleh setiap negara secara internasional. Dengan ‘bahasa’ inilah, generasi pertama umat ini dapat menakluk dunia. Mereka adalah lentera kehidupan.
"Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang
mempunyai akal atau mempergunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya."
(Qaaf: 37)
Oleh kerana ltu, barangsiapa tidak mengingat, merasakan, dan
terpengaruh oleh keburukan atau keindahan, ia adalah orang yang tidak mempunyai
hati.
Tiga Karakter Manusia
Dalam kehidupan ini manusia dapat dibahagikan dalam tiga
kategori, iaitu:
1. Manusia yang berperilaku
dengan akhlak Islamiah
Mereka adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke
masjid. Orang yang seperti ini harus diletakkan di tangga pertama, kerana
mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehingga tidak memerlukan tenaga yang
banyak dan untuk mengajak mereka pun tidak banyak kesulitan.
2. Manusia yang
berperilaku dengan akhlak Asasiyah
Mereka adalah orang yang tidak taat beragama, tetapi tidak
mahu terang-terangan dalam berbuat maksiat kerana mereka masih menghormati
harga dirinya.
3. Manusia yang berperilaku
dengan Akhlak Jahiliah
Mereka adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau
kedua. Mereka inilah orang yang tidak peduli terhadap orang lain, sedang orang
lain tidak menyukai mereka kerana perbuatan dan perangainya yang tidak elok.
Oleh itu, sebagai seorang pendakwah, kita perlu mengetahui
di manakah kategori seseorang itu berada dan bagaimana untuk berdakwah
kepadanya. Kerana setiap manusia itu berbeza cara penerimaannya.
Namun demikian, itu bukan bermakna kita boleh menghakimi seseorang. Hanya Allah yang berhak mengadili setiap manusia. Kita hanya hamba yang cuba untuk mendekati seseorang dengan tujuan mengajak mereka kembali kepada pencipta.
Menghafal Nama
Menghafal nama adalah hal yang penting, kerana dari sinilah
terjadi interaksi dan lahir sifat saling percaya sesama individu. Ia merupakan
langkah awal dan benang pertama yang
mengikat antara hati individu.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Rasulullah SAW, bahawa
baginda bersabda:
"Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam
iaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, bila ia memanggilmu
penuhilah, bila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah dia, bila dia bersin
dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah
(ertinya: semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), bila dia sakit jenguklah
dan bila dia meninggal dunia iringilah (jenazahnya).” (Riwayat Muslim)
Penampilan Seorang
Pendakwah
Cara bertutur kata dan penampilan seorang pendakwah akan
menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya, kerana pada dasarnya
jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yang indah dan baik. Dari
sini kita boleh melihat bahawa yang dipilih sebagai figura-figura pemasaran hasil
produksi adalah orang-orang yang berpenampilan menarik, di samping kualiti
produk yang terbaik.
Dakwah Tanpa
Kata-kata
Banyak cara yang ada untuk menjadi pendakwah yang berjaya. Bukan sahaja
berjaya di mata manusia, tetapi apa yang penting berjaya di pandangan Allah.
Dalam banyak-banyak cara menyentuh hati, dakwah tanpa kata-kata adalah yang
terbaik.
Hal ini tercermin dalam dakwah lewat qudwah hasanah (keteladanan). Qudwah hasanah adalah model dakwah
yang tidak memerlukan penjelasan dan dialog. Ini merupakan cara praktis, kerana
keyakinan kepada dakwah seperti ini akan melahirkan keyakinan kepada fakta yang
konkrit dan realiti yang nyata. Cara ini lebih cepat membawa orang untuk
percaya dan menerima ajakan.
Imam as-Syahid Hasan al-Banna telah menyatakan, "Kitab
yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim
sejati adalah 'kitab terbuka' yang semua
orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah 'dakwah yang bergerak’."
Allah berfirman,
"Sesungguhnya
telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yang baik bagimu." (Al-Ahzab:
21)
* Rujukan : Terjemahan
Kitab Bagaimana Menyentuh Hati karangan Imam Abbas as-Sisi
0 comments:
Post a Comment