Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

JUNDULLAH


|| JUNDULLAH||



Ali menyapa kawannya ,Ahmad yang sedang membaca buku Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan
tulisan Sheikh Said Hawwa..

 Apa maksud jundullah?”, soal Ali

 “Jundullah ini adalah TENTERA ALLAH ”, jawab Ahmad dengan yakin dan semangat..
Ali,kau nak tahu tak JUNDULLAH inilah golongan yang Allah akan menangkan dalam medan kehidupan.. 

Dalam kitab ini,ada menggariskan beberapa ciri akhlak asasi yang perlu dimiliki oleh setiap individu muslim untuk melayakkan dirinya ter-golong di dalam golongan Hizbullah sepenuhnya.

 Ciri-ciri akhlak tersebut adalah:
 i- Kecintaan kepada Allah.
ii- Bersifat rahmah kepada golongan mu’minin.
iii-Bersifat tegas terhadap golongan kuffar.
iv-Berjihad di jalan Allah.
v-Memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan golongan mu’minin.

 “Oleh kerana ciri-ciri individu muslim ini tidak terbatas kepada beberapa ciri tertentu sahaja dan ia juga tidak ditentukan bilangan nya oleh al-Qur’an dan as-Sunnah, maka sayugialah perciriannya itu terbuka kepada ukuran dan kecenderungan yang berbeza.
Namun begitu, sekiranya kita ingin menta’rif kan individu muslim secara menyeluruh, maka pada dasarnya individu muslim itu adalah peribadi muslim yang muttaqin, kerana adalah jelas bahawa kewujudan seluruh sifat-sifat yang mulia itu adalah bersumberkan dari hati yang bertaqwa.”

 Jundullah ini adalah orang-orang yang telah mengkhidmatkan dirinya pada jalan Allah dengan membawa nilai-nilai Rabbani dan menyeru manusia kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang memberikan wala' hanya kepa da Allah, Rasul, dan orang-orang yang beriman. Dalam memperjuangkan dan menyeru manusia pada nilai-nilai Rabbani, seorang Jundullah harus memiliki bekal dan siap siaga .

Mana mungkin ia dapat mengajak manusia kepada kebenaran, sedangkan ia tidak mengetahui bekal apa yang harus dibawa.
 Antara Aspek ilmu yang sangat penting dan perlu ada pada diri jundullah itu adalah:
1. Intelektualiti /Tsaqafah((JUNDULLAH TSAQAFATAN)
2.Akhlaq (JUNDULLAH AKHLAQAN)

Kata Hizbullah disebut dalam Al Qur’an sebanyak dua kali.
Pertama di surah Al Mujaadilah : 22 dan yang kedua di surah Al Maaidah ayat 54-56...

Dengan demikian, hizbullah memiliki arah, yang cirinya adalah seperti berikut :
 1. Membebaskan diri dari musuh-musuh Allah dan Rasul-Nya. Secara praktikal dengan tidak memberikan ketaatan kepada mereka, dan secara batin dengan tidak menyimpan kecintaan kepada mereka.
2. Memberikan wala ‘ kepada kaum mu’minin dalam bentuk praktikal dan menumbuhkan kecintaan dalam hati. Kaum mu’minin yang berhak diberikan wala’ ini adalah mereka yang telah melengkapi syarat keimanan, mendirikan solat dan menunaikan zakat.

 Sasaran-Sasaran Utama Hizbullah :
 1. Membentuk keperibadian manusia secara islami
2. Mendirikan negara Islam di setiap daerah (Tatbiq Syariatul Islamiyyah)
3. Menyatukan umat Islam
4. Menghidupkan kembali sistem khilafah
5. Mendirikan daulah Islamiyyah

 Peringkat pertama kita semua sedang lalui. Iaitu dengan usaha-usaha untuk membaiki individu muslim melalui sentuhan tarbiyyah fikriyyah, ruhiyyah, amaliyyah dan sebagainya. Peringkat kedua kita juga sedang lalui. Salah satunya melalui penglibatan politik Islam dalam usaha memenangkan agama Allah dengan menegakkan syariatNya dalam sesebuah Negara.

 Marilah kita persiapkanlah diri untuk memenuhi tuntutan ini. Marilah kita tanamkan ke dalam jiwa kita dengan cita-cita untuk menjadi "jundullah" atau tentera Allah yang akan berjuang hingga titisan darah yang terakhir untuk menegakkan kalimah tauhidNya.
InshaAllah.

 Rujukan:‘Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan’ Syeikh Sa’id Hawwa

HIKMAH


PHENOMENA HIKMAH

[Persoalan]

[1] : Kenapa Allah SWT wujudkan kematian?
[2] : Dah tu, kalau mati, kenapa kena sakit dulu baru mati? Bukankah kalau manusia mati tanpa sakit itu lebih baik? Sakit tu benda buruk, benda yang kita tak mahu. Kenapa Allah SWT ciptakan sakit?
[3] : Buat apa Allah ciptakan arak?
[4] : Kenapa Allah biarkan zina itu wujud?
[5] : Buat apa Allah ciptakan bakteria? Buat apa Allah ciptakan babi? Lepas tu diharamkan. Kalau tak cipta kan senang?
[6] : Kenapa dijadikan sifat zalim. Kenapa dijadikan miskin. Bukankah kaya itu lebih baik?
[7] : Kenapa dijadikan sifat kufur? Bukankah kalau semua beriman itu lebih baik? 



"Katakanlah (wahai Muhammad)
Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya."(surah Yunus ayat 101) 


"Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya."

(surah Yusuf ayat 105)            

Setiap penciptaan, kejadian ada hikmahnya.

Hikmah itu wujud walaupun nampak pada mata yang tak berfikir itu tidak wujud.
Kalau kita tak tahu apa hikmah sesuatu perkara, bukannya hikmah itu tidak wujud, cuma mungkin kita belum lagi dapat mencari atau menyelongkar hikmah itu sendiri.




           Kita ambil contoh kematian, kalau bukan mati, apa yang akan berlaku? Sebagai contoh, kalau lalat2 terus beranak pinak tanpa mati, apa akan jadi ke
pada dunia ini. Itu baru lalat, sejenis haiwan. 


Cuba fikirkan kalau kalau semua makhluk di dunia ini tidak akan mati?

           Contoh lain, arak dan zina. Arak dijadikan daripada anggur, adakah anggur itu tidak baik? Anggur bertukar menjadi arak apabila disalah guna. Sama juga seperti zina. Adakah alat zina lelaki dan perempuan itu buruk? Semestinya tidak kan? Alat zina itu menjadi buruk apabila diletakkan di tempat yang salah.

           




Hikmah itu ada, cuma kita yang kena cari. Allah SWT itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.



p/s : rujukan : kitab Allah Jalla Jalalah karangan Said Hawa

Jalan Mengenal Allah


Dunia ini semakin mencabar,takkala Negara semakin pesat membangun,
Bangunan semakin banyak didirikan tinggi sehingga menjulang ke langit,Negara –negara saling berlumba mencipta nama dipersada antarabangsa untuk menjadi yang terbaik dan

 segalanya tidak pernah menjamin setiap manusia yag lahir dalam arus pembangunan mampu menjadi hamba yang tunduk dan patuh kepada Allah Maha Pencipta

Apa buktinya?
Dalam arus mengejar pembangunan , muncul,golongan yang mula mendabik dada dan berani mempersoalkan soal ketuhanan serta memperkecilkan nilai agama,.Akademik tinggi,namun nilai agama tiada.

Dimana silapnya?

Adapun pembangunan teknologi tanpa diiringi pembangunan ruhiyyah,jelas hanya membawa manusia jauh kepada Allah dan hanya melahirkan manusia –manusia yang sendiri keliru dengan hadaf mereka diciptakan mereka ke dalam dunia ini dan mereka seolah-olah tidak pernah kenal Tuhan dan mula menolak kewujudan Tuhan dalam kehidupan

Umat islam semakin lemah.

Lemah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akhlak Islamnya yang mulia.
Pemikiran umat islam semakin bercelaru dan tidak mampu untuk menilai yang mana yang benar yang mana yang jahil.

Serangan pemikiran yang telah dilancarkan oleh golongan zionis dan orientalis sejak seawal selepas beberapa siri kekalahan mereka dalam Perang Salib pada kurun ke 11 dan selepas kemunculan agenda penubuhan Negara Yahudi pada 1896 semakin berjaya melaksanakan agenda merekaka.
Gerakan ini sejak dulu lagi sentiasa berusaha untuk merosakkan kefahaman manusia terhadap Islam dengan mempertikaikan keabsahan al Quran dan menyalahtafsirkan Hadis Nabi SAW.

Pelbagai keraguan terhadap sumber Syariat Islam dilontarkan sehingga menyebabkan tersebarnya pemikiran pemikiran yang menyerang Islam seperti sekukarisme dan liberalism dan pelbagai isme yang menyebabkan umat islam sendiri telah semakin jauh dan tidak kenal apa itu Allah,apa itu Islam dan apa itu Rasulullah saw.

PERJALANAN MENGENAL ALLAH

Memetik beberapa isi penting dalam Kitab ALLAH hasil tulisan Syeikh Sa’id Hawwa dimana,
syeikh menjelaskan beberapa intipati yang penting dalam perjalanan mengenal Allah.


Syarat Asas Dalam Mengenal Dzat Ketuhanan

Said Hawwa menjelaskan syarat asas dalam mengenal zat ketuhanan ialah melalui akal, pemikiran dan ilmu.

Akal dimana kita menggunakan peranan Aqal tapi kita menghadkan peranan akal untuk tahu dzat Allah

Fungsi utama akal adalah untuk mengenal Tuhan-Nya, memerhatikan segala kekuasaan-Nya, melihat segala keindahan alam serta kebesaran kudrat-Nya supaya dapat menyingkap perkara yang tersembunyi di sebalik rahsia-rahsia itu.

Tanpa menggunakan akal dengan betul,kita tidak akan dapat mengetahui tanda-tanda kebesaran Allah.
Kelemahan aqal manusia itu sendiri yang menyebabkan manusia tidak akan pernah dapat memahami dzat Allah.

Akal sahaja tidak mampu untuk memahami sesuatu yang diluar batas kemampuannya tanpa petunjuk dari Allah swt.

Tidak ada perjalanan menuju Allah tanpa ilmu dan tidak akan tercapai perjalanan menuju Allah tanpa disertai dengan zikir.

Ilmu yang dimaksudkan itu ialah ilmu tentang al-Quran , al-Sunah dan segala ilmu yang diperlukan seseorang yang menempuh perjalanan sementara yang dimaksudkan dengan zikir adalah zikir yang ma’thur dengan tetap memegang teguh kepada Allah dan rasul-Nya.

Said Hawwa menekankan keperluan ilmu kerana ilmu merupakan imam dalam perjalanan menuju Alah. Sesiapapun yang beramal tanpa tanpa ilmu, maka amalnya tertolak.

Keperluan berpegang teguh kepada syariat kerana ia dapat menyalakan cahaya keimanan dan bahan bakar abadi bagi hati agar cahayanya tetap menyala.
 Berpegang teguh kepada syariat dan pengamalan al-Quran itulah manusia dapat tetap dalam hidayah-Nya

Syeikh juga ada menerangkan cara untuk kita mengenal dan melihat keesaan ALLAH swt adalah dengan membebaskan diri kita daripada sifat-sifat berikut:

 1. Sifat takabbur kerana ALLAH swt tidak memandang hati manusia yang sombong dan takabbur dengan penciptaan atau bukti-bukti keesaan ALLAH swt berdasarkan ayat 146, surah al- A’raf
 2. Sifat kezaliman dan penipuan dalam ayat 7, surah As Saff, dan ayat 3, surah Az Zumar.Dalam mengenal Allah,hati kita mestilah dibersihkan dari segala dosa kerana ilmu atau nur hanya masuk pada hati yang bercahaya dan bersih.
 3. Sifat kerosakan di dunia, memungkiri janji dan memutuskan apa yang ALLAH swt perintahkan daripada disertai
4. Sifat kelalaian ‘tiadalah jauhnya manusia daripada tuhannya melainkan kerana kelalaian, dan tiadalah kelalaian tersebut melainkan dibelakangnya permainan dan senda gurau, dan sesungguhnya kehidupan dunia itu secara keseluruhannya adalah permainan semata-mata sebagaimana firman Allah swt dalam ayat 36 surah Muhammad
5. Sifat jenayah dan dosa
6. Sifat berbolak balik dalam menyatakan kebenaran apabila melihat sesuatu perkara yang jelas.

 Antara bukti kewujudan dan keesaan Allah swt ialah melalui 3 perkara:

 1. Kejadian
 2. Al quran
 3. Mukjizat dan karamah

 SETIAP KEJADIAN ADA PENCIPTANYA

Jelas,dalam setiap sesuatu ciptaan kejadian pasti ada pencipta.Allah adalah pencipta dan Allah bukannya makhluk..
Seandainya,kita masih mahu mempertikaikan kewujudan Allah dan menyatakan Allah itu makhluk,jelas tidak akan pernah ada satu bukti yang dapat menunjukkan Allah itu makhluk kerana sifat makhluk tidak boleh mencipta perbuatan sendiri.
Bahkan makhluk tidak boleh ada dengan dirinya sendirinya dan menciptakan sesuatu dari sesuatu yang tiada..
Contohnya,Manusia mencipta sesuatu dari apa yang dah ada seperti mencipta mentol,kereta dan lain-lain.
Berlainan dengan kekuasaan Allah,dimana Allah mencipta sesuatu dari tiada. seandainya ada perkara yang manusia boleh menciptakan sesuatu dari tiada ..sila kemukan hujah anda?
Sungguh,sampai kiamat pun,tak akan ada satu teknologi atau benda baru yang dapat diciptakan manusia dari sesuatu yang tiada!!

Telah diriwayatkan suatu kisah lucu yang dikatakan berlaku di sebuah sekolah di mana seorang guru berdiri di hadapan para pelajarnya lalu bertanya kepada mereka:

"Adakah kamu melihat saya?"...
Para pelajar menjawab, "ya!"
 Lalu guru tersebut berkata: "Ini bererti saya wujud!"
Dia bertanya lagi kepada pelajar: "Adakah kamu melihat papan hitam?"
Para pelajar menjawab, "ya!"
Dia berkata: "Maka papan hitam itu wujud."
Dia meneruskan pertanyaan lagi sambil berkata: "Adakah kamu melihat meja?"
Para pelajar menjawab, "ya!"
Maka dia berkata, "Bermakna meja itu wujud."
Dia bertanya lagi: "Adakah kamu melihat Allah?"
Para pelajar menjawab, "Tidak!"
Maka dia berkata, "Ini bererti Allah itu tidak wujud!"
Lantas seorang pelajar yang agak cerdik bangun dan bertanya kepada rakan-rakannya:
"Adakah kamu melihat akal cikgu?"
Para pelajar menjawab, "Tidak!"
Dan pelajar tersebut berkata: "
Ini bererti akal cikgu tidak wujud!"...


AL-QURAN BUKTI KEKUASAAN ALLAH

Jika dihimpun semua pakar bahasa ,syair dan pakar sastera seluruh dunia pasti tidak mungkin dapat menyaingi kehebatan Al-Quran.

Kalam Allah yang penuh dengan mukjizat,setiap baris kata dan setiap susunan huruf yang disusun begitu indah dan setiap padanya memberi makna yang tersurat mahupun tersirat.

Hebatnya susunan kalam Allah,sehinggakan setiap kajian yang dijumpai diatas muka dunia ini bertepatan dan tidak pernah bertentangan dengan apa yang telah termaktub dalam al-quran ini sejak 1400 tahun dulu.
Ini jelas,menunjukkan,Al-Quran merentas zaman –berzaman dan tidak pernah ketinggalah bahkan jauh keterhadapan dalam menyingkap segala rahsia kejadian Allah.

Baik perkara yang telah menjadi sejarah mahupun perkara yang akan berlaku,segalanya telah siap kemas diceritakan dalam setiap surah yang disusun indah.
Betapa hebatnya kitab suci ini,telah dijamin Allah padanya akan kekal hingga hari kiamat,jauh dari segala penyelewangan dan kerosakan.

Kehebatan Al-QURAN ini jelas menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah kepada hambanya.

MUKJIZAT DAN KARAMAH BUKTI TANDA KERASULAN DAN KEKUASAAN ALLAH

Adapun mukjizat dan karamah adalah satu tanda kekuasaan Allah yang Allah kurniakan kepada nabi dan orang-orang terpilih.
Secara umumnya mukjizat dikurniakan oleh Allah SWT kepada nabi-nabi untuk membuktikan kenabian mereka bertujuan untuk membezakan di antara nabi dan bukan nabi, tukang sihir, Dajal Laknatullah dan sebagainya.
Karamah ialah kemampuan yang bercanggah dengan adat, yang dikurniakan kepada wali-wali Allah SWT atau orang-orang soleh yang dipilih olehNya.

Berbeza dengan mukjizat yang hanya dikurniakan kepada nabi.
Imam Bukhari meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, “Setiap Nabi diberikan mukjizat yang dapat membuat manusia beriman. Diberikan kepadaku wahyu daripada Allah”.

Syeikh Said Hawa berkata di dalam al-Asas fit Tafsir,

 “Dalam buku saya bertajuk ‘ar-Rasul’ saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. 
Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya datang daripada Allah. Saya telah memberikan banyak contoh berhubung perkara ini dan sesiapa yang membaca kitab tafsir ini (iaitu al-Asas fit Tafsir) dia akan memahaminya secara yang lebih jelas.”

Kesemua ini ini akan melahirkan kekaguman terhadap al-Quran dan pasti
Ia akan menunjukkan al-Quran bukan ciptaan Nabi malah bukan ciptaan mana-mana makhluk di alam ini.
Ia pasti datang daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Tuhan itu adalah Allah.

Dalam surah al-A’la ayat 1-3, Allah berfirman,

 “Bertasbihlah demi menyucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi. Dia (Allah) telah mencipta
 (sekalian makhluk) serta menyempurnakan kejadiannya. Dia juga menentukan kadar (ukuran) bagi setiap penciptaan itu serta memberikan hidayah petunjuk.”

TRIO BERGANDINGAN MEMACU PERJUANGAN

Bermulanya kepimpinan ulama pada era 70 an dan secara rasminya diasaskan pada tahun 1982

menyaksikan perubahan besar yang berlaku pada corak pergerakan PAS.
Bukan hanya pada peringkat pimpinan, malah kaderisasi juga berjalan selari dengan halatuju PAS baru yang mesti mempunyai jati diri gerakan Islam. Namun begitu, keperluan kepada professional dan
 aktivis tidak pernah dinafikan.

Kepimpinan ulama bukan istilah atau slogan juga bukan konsep untuk mewujudkan dikotomi sekaligus memisahkan Trio Kepimpinan PAS yang berlangsung sejak dulu.


Sebaliknya Kepimpinan Ulama' adalah konsep sebuah Kepimpinan "Ilmu" dan "pendokongnya yang berilmu" menepati kehendak Islam untuk memimpin perjuangan atau parti ini dengan benar. Juga menepati Manhaj Perjuangan Islam. Bukan konsep kepimpinan yang memisahkan semua unsur baik dan positif bagi memperkukuhkan jamaah.


Ulama' memerlukan Profesional dan Aktivis bagi memacu perjuangan suci ini ke mercu jaya.
Sebagaimana Profesional memerlukan Ulama' untuk terus memimpin dan mentarbiyah serta memandu arah bahtera perjuangan ini. Demikian jua Ulama' dan Profesional tidak boleh meminggirkan para Aktivis PAS untuk melaksanakan tugas-tugas besar perjuangan ini agar ia dipikul bersama dan menempa kejayaan dengan gemilang.

Trio ini mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tersendiri dalam mengembalikan daulah islamiyah di bumi Malaysia.
Tanpa satu daripadanya, PAS pasti tempang mendepani asakan dan tohmahan musuh.
 Aktivis PAS Golongan ini rata-ratanya adalah ahli biasa parti dan merupakan pimpinan peringkat bawahan seperti cawangan dan MTD (Majlis Tindakan Dun).

Namun, kefahaman yang jelas terhadap manhaj perjuangan Islam melahirkan satu tadhiyah yang tinggi dimana golongan ini tdak pernah teragak-agak untuk mewakafkan harta mereka bagi menampung kerpeluan jemaah. Golongan ini dilihat pendokong utuh ulama’ yang memimpin dan membimbing mereka.

Aktivis PAS tetap bersama kepimpinan ulama’ walau disogok dengan bermacam kesenangan dunia oleh musuh PAS.Hal ini terbukti oleh al marhum Tuan Guru Yusuf Rawa, al Marhum Tuan Guru Hj Fadzil Noor, Tuan Guru al Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi.


Dasawarsa ini, peringkat akar umbi PAS juga turut diterajui oleh kalangan aktivis parti yang berkesan.
Ada pimpinan kawawsan yang terdiri daripada kalangan aktivis parti tegar seperti PAS Kawasan Hulu Terengganu dipimpin oleh Haji Wahid Endut, PAS Kawasan Hulu Selangor dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Wahid Basri, PAS Kawasan Klang dipimpin oleh Haji Ismail Arsyad dan banyak lagi kawasan dan cawangan PAS yang dipimpin aktivis tegar yang berkubang peluh dalam menggerakkan program jemaah.

Jawatankuasa PAS pusat juga menampilkan seorang aktivis tegar yang begitu bergaya memimpin golongan agrarian, iaitu Mazlan Aliman. Profesional PAS Golongan ini wujud dalam PAS sejak awal penubuhannya lagi, malah pernah diangkat menjadi peneraju utama gerakan seperti Dr. Haji Abbas Alias dan Dr. Burhanuddin al Helmi.

Memetik ucapan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi suatu ketika, beliau menegaskan bahawa golongan profesional besar jasanya dalam menubuhkan PAS sehinggakan mungkin kalau tidak ada mereka (profesional), PAS tidak akan wujud (sistematik) seperti hari ini. Lembaran sejarah juga menceritakan bahawa Dr. Haji Abbas Alias adalah antara orang yang berusaha mendaftarkan PAS. Turut sama berperanan ialah Prof. Ahmad Ibrahim, Ungku Omar dan Aminuddin Baki. Ini membuktikan golongan professional inilah yang menjadi tuan milik kepada PAS sebagai sebuah badan siasah.

Tuan Guru juga dalam ucapannya menyebut, PAS sebagai sebuah parti politik yang bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan perlu memiliki kemahiran mengenai hukum hakam dan kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu yang dimiliki golongan professional.

Hal ini jelas memperlihatkan peri pentingnya golongan ini bahkan golongan-golongan picisan lain berada dalam PAS.
Pada saya, golongan inilah yang bertanggungjawab meletakkan PAS berdiri sama tinggi, bahkan lebih tinggi daripada parti-parti politik yang lain.

Keberadaan mereka dalam PAS telah berjaya memantapkan organisasi, mengemaskini pengurusan dan mensistematikkan perancangan dan strategi perjuangan menuju kemenangan.

Ulama PAS Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
‘ Sesungguhnya Ulama’ adalah pewaris para nabi’

(Hadis riwayat At-Tirmidzi dan Abu ad-Darda r.a)


Sabda ini jelas membuktikan kepentingan ulama dalam membawa masyarakat kepada Sang Pencipta. Sebagai pewaris para nabi, maka ulama mengemban beberapa fungsi sebagaimana telah disebut dalam Al-Quran iaitu tabligh (menyampaikan pesan-pesan agama) surah an-Nisaa ayat 63, tibyan ( menjelaskan masalah-masalah agama berdasarkan kitab suci) surah an-Nahl ayat 44, tahkim (menjadikan Al-Quran sebagai sumber utama dalam memutuskan sesuatu perkara) surah al-Baqarah ayat 213 dan uswah hasanah (contoh teladan yang baik) surah al-Ahzab ayat 21.

Justeru, perlukah ulama terjun ke medan politik? Atau biarkan saja mereka memainkan peranan di masjid dan madrasah sahaja?
Atau biarkan juga negara dipenuhi sarang korupsi, kelicikan dan gila kekuasaan?

Maka jawapannya ada pada diri masing-masing.
Al-Mawardi (972 H-1058M) telah meletakkan tujuh syarat untuk menjadi pemimpin.

Kesemua syarat tersebut bersesuaian dengan pandangan dunia Islam kerana al-Mawardi merupakan salah seorang pemikir terkemuka muslim dalam bidang politik pada abad pertengahan.

Dan saya yakin, tidak dapat tidak, seorang pemimpin itu harus memenuhi kesemua syarat terutama adil dan berilmu. Hal ini membawa kepada satu kesimpulan bahawa ulama lah yang layak menjadi pemimpin. 

Menyingkap tabir ketika awal penubuhan PAS, ulama adalah golongan yang menggerakkan ummah menentang penjajah bagi membebaskan Negara daripada penjajahan dan perhambaan suatu ketika dulu. Sebagai contoh, Tuan Guru Haji Hasan Munas atau lebih dikenali sebagai tok janggut, berkuah darah menentang penjajah British pada tahun 1915 di Kelantan.


Pengorbanan mereka tidak terhenti setakat tenaga, masa, wang ringgit malahan nyawa dan raga.
Ulamak tidak sahaja penuh ilmu di dada tetapi juga terhias peribadi mereka dengan taqwa dan amal yang soleh, menjadikan diri mereka tawadhu' dan zuhud. Mereka memimpin parti dan ahlinya dengan keikhlasan dan ketaqwaan disaat orang belum mengenali strategi planning, analisis swot dan sebagainya.
Mereka juga berjaya membangunkan insan dan jiwa berjuang bangkit menentang boneka penjajah yang memerintah negara.

Kesimpulan Islam adalah agama hikmah.
Islam adalah agama yang maha luas dan kaya dengan pendekatan yang hebat dan menarik menepati zaman dan tempat. Maka pendokongnya juga mesti berhikmah dan berpandangan luas serta hebat seiring dengan kehebatan Islam dalam melayan karenah zaman, tempat dan seluruh warganya.

Kepimpinan Ulama' adalah antara hikmah yang dipamerkan oleh PAS yang menggandingkan semua segmen (Ulama', Profesional dan Aktivis) secara seimbang dan sepadu. Gandingan ini pula melahirkan sebuah kehebatan bagi meletakkan PAS mampu bersaing dipentas politik moden pada hari ini. Oleh itu,

pilihlah antara tiga, posisi apakah yang mampu untuk kita isi suata hari nanti.'



Ya Allah ! Lahirkanlah kami semua sebagai penerus perjuangan generasi terdahulu. Penyair Abdul Wahhab Azzam dalam al-Mathani meninggalkan kepada kita syair yang hebat :



"Kami adalah orang yang bermusafir dalam kehidupan...
Menjadi penghubung generasi mendatang dengan telah lalu...
Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kami...
Menjadi kewajiban kami pula memberikan bimbingan untuk generasi mendatang"


Wallahu’alam..



 Rujukan:
laman tarbawi,
sanggahtoksago.blogspot

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates