Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Jalan Mengenal Allah


Dunia ini semakin mencabar,takkala Negara semakin pesat membangun,
Bangunan semakin banyak didirikan tinggi sehingga menjulang ke langit,Negara –negara saling berlumba mencipta nama dipersada antarabangsa untuk menjadi yang terbaik dan

 segalanya tidak pernah menjamin setiap manusia yag lahir dalam arus pembangunan mampu menjadi hamba yang tunduk dan patuh kepada Allah Maha Pencipta

Apa buktinya?
Dalam arus mengejar pembangunan , muncul,golongan yang mula mendabik dada dan berani mempersoalkan soal ketuhanan serta memperkecilkan nilai agama,.Akademik tinggi,namun nilai agama tiada.

Dimana silapnya?

Adapun pembangunan teknologi tanpa diiringi pembangunan ruhiyyah,jelas hanya membawa manusia jauh kepada Allah dan hanya melahirkan manusia –manusia yang sendiri keliru dengan hadaf mereka diciptakan mereka ke dalam dunia ini dan mereka seolah-olah tidak pernah kenal Tuhan dan mula menolak kewujudan Tuhan dalam kehidupan

Umat islam semakin lemah.

Lemah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akhlak Islamnya yang mulia.
Pemikiran umat islam semakin bercelaru dan tidak mampu untuk menilai yang mana yang benar yang mana yang jahil.

Serangan pemikiran yang telah dilancarkan oleh golongan zionis dan orientalis sejak seawal selepas beberapa siri kekalahan mereka dalam Perang Salib pada kurun ke 11 dan selepas kemunculan agenda penubuhan Negara Yahudi pada 1896 semakin berjaya melaksanakan agenda merekaka.
Gerakan ini sejak dulu lagi sentiasa berusaha untuk merosakkan kefahaman manusia terhadap Islam dengan mempertikaikan keabsahan al Quran dan menyalahtafsirkan Hadis Nabi SAW.

Pelbagai keraguan terhadap sumber Syariat Islam dilontarkan sehingga menyebabkan tersebarnya pemikiran pemikiran yang menyerang Islam seperti sekukarisme dan liberalism dan pelbagai isme yang menyebabkan umat islam sendiri telah semakin jauh dan tidak kenal apa itu Allah,apa itu Islam dan apa itu Rasulullah saw.

PERJALANAN MENGENAL ALLAH

Memetik beberapa isi penting dalam Kitab ALLAH hasil tulisan Syeikh Sa’id Hawwa dimana,
syeikh menjelaskan beberapa intipati yang penting dalam perjalanan mengenal Allah.


Syarat Asas Dalam Mengenal Dzat Ketuhanan

Said Hawwa menjelaskan syarat asas dalam mengenal zat ketuhanan ialah melalui akal, pemikiran dan ilmu.

Akal dimana kita menggunakan peranan Aqal tapi kita menghadkan peranan akal untuk tahu dzat Allah

Fungsi utama akal adalah untuk mengenal Tuhan-Nya, memerhatikan segala kekuasaan-Nya, melihat segala keindahan alam serta kebesaran kudrat-Nya supaya dapat menyingkap perkara yang tersembunyi di sebalik rahsia-rahsia itu.

Tanpa menggunakan akal dengan betul,kita tidak akan dapat mengetahui tanda-tanda kebesaran Allah.
Kelemahan aqal manusia itu sendiri yang menyebabkan manusia tidak akan pernah dapat memahami dzat Allah.

Akal sahaja tidak mampu untuk memahami sesuatu yang diluar batas kemampuannya tanpa petunjuk dari Allah swt.

Tidak ada perjalanan menuju Allah tanpa ilmu dan tidak akan tercapai perjalanan menuju Allah tanpa disertai dengan zikir.

Ilmu yang dimaksudkan itu ialah ilmu tentang al-Quran , al-Sunah dan segala ilmu yang diperlukan seseorang yang menempuh perjalanan sementara yang dimaksudkan dengan zikir adalah zikir yang ma’thur dengan tetap memegang teguh kepada Allah dan rasul-Nya.

Said Hawwa menekankan keperluan ilmu kerana ilmu merupakan imam dalam perjalanan menuju Alah. Sesiapapun yang beramal tanpa tanpa ilmu, maka amalnya tertolak.

Keperluan berpegang teguh kepada syariat kerana ia dapat menyalakan cahaya keimanan dan bahan bakar abadi bagi hati agar cahayanya tetap menyala.
 Berpegang teguh kepada syariat dan pengamalan al-Quran itulah manusia dapat tetap dalam hidayah-Nya

Syeikh juga ada menerangkan cara untuk kita mengenal dan melihat keesaan ALLAH swt adalah dengan membebaskan diri kita daripada sifat-sifat berikut:

 1. Sifat takabbur kerana ALLAH swt tidak memandang hati manusia yang sombong dan takabbur dengan penciptaan atau bukti-bukti keesaan ALLAH swt berdasarkan ayat 146, surah al- A’raf
 2. Sifat kezaliman dan penipuan dalam ayat 7, surah As Saff, dan ayat 3, surah Az Zumar.Dalam mengenal Allah,hati kita mestilah dibersihkan dari segala dosa kerana ilmu atau nur hanya masuk pada hati yang bercahaya dan bersih.
 3. Sifat kerosakan di dunia, memungkiri janji dan memutuskan apa yang ALLAH swt perintahkan daripada disertai
4. Sifat kelalaian ‘tiadalah jauhnya manusia daripada tuhannya melainkan kerana kelalaian, dan tiadalah kelalaian tersebut melainkan dibelakangnya permainan dan senda gurau, dan sesungguhnya kehidupan dunia itu secara keseluruhannya adalah permainan semata-mata sebagaimana firman Allah swt dalam ayat 36 surah Muhammad
5. Sifat jenayah dan dosa
6. Sifat berbolak balik dalam menyatakan kebenaran apabila melihat sesuatu perkara yang jelas.

 Antara bukti kewujudan dan keesaan Allah swt ialah melalui 3 perkara:

 1. Kejadian
 2. Al quran
 3. Mukjizat dan karamah

 SETIAP KEJADIAN ADA PENCIPTANYA

Jelas,dalam setiap sesuatu ciptaan kejadian pasti ada pencipta.Allah adalah pencipta dan Allah bukannya makhluk..
Seandainya,kita masih mahu mempertikaikan kewujudan Allah dan menyatakan Allah itu makhluk,jelas tidak akan pernah ada satu bukti yang dapat menunjukkan Allah itu makhluk kerana sifat makhluk tidak boleh mencipta perbuatan sendiri.
Bahkan makhluk tidak boleh ada dengan dirinya sendirinya dan menciptakan sesuatu dari sesuatu yang tiada..
Contohnya,Manusia mencipta sesuatu dari apa yang dah ada seperti mencipta mentol,kereta dan lain-lain.
Berlainan dengan kekuasaan Allah,dimana Allah mencipta sesuatu dari tiada. seandainya ada perkara yang manusia boleh menciptakan sesuatu dari tiada ..sila kemukan hujah anda?
Sungguh,sampai kiamat pun,tak akan ada satu teknologi atau benda baru yang dapat diciptakan manusia dari sesuatu yang tiada!!

Telah diriwayatkan suatu kisah lucu yang dikatakan berlaku di sebuah sekolah di mana seorang guru berdiri di hadapan para pelajarnya lalu bertanya kepada mereka:

"Adakah kamu melihat saya?"...
Para pelajar menjawab, "ya!"
 Lalu guru tersebut berkata: "Ini bererti saya wujud!"
Dia bertanya lagi kepada pelajar: "Adakah kamu melihat papan hitam?"
Para pelajar menjawab, "ya!"
Dia berkata: "Maka papan hitam itu wujud."
Dia meneruskan pertanyaan lagi sambil berkata: "Adakah kamu melihat meja?"
Para pelajar menjawab, "ya!"
Maka dia berkata, "Bermakna meja itu wujud."
Dia bertanya lagi: "Adakah kamu melihat Allah?"
Para pelajar menjawab, "Tidak!"
Maka dia berkata, "Ini bererti Allah itu tidak wujud!"
Lantas seorang pelajar yang agak cerdik bangun dan bertanya kepada rakan-rakannya:
"Adakah kamu melihat akal cikgu?"
Para pelajar menjawab, "Tidak!"
Dan pelajar tersebut berkata: "
Ini bererti akal cikgu tidak wujud!"...


AL-QURAN BUKTI KEKUASAAN ALLAH

Jika dihimpun semua pakar bahasa ,syair dan pakar sastera seluruh dunia pasti tidak mungkin dapat menyaingi kehebatan Al-Quran.

Kalam Allah yang penuh dengan mukjizat,setiap baris kata dan setiap susunan huruf yang disusun begitu indah dan setiap padanya memberi makna yang tersurat mahupun tersirat.

Hebatnya susunan kalam Allah,sehinggakan setiap kajian yang dijumpai diatas muka dunia ini bertepatan dan tidak pernah bertentangan dengan apa yang telah termaktub dalam al-quran ini sejak 1400 tahun dulu.
Ini jelas,menunjukkan,Al-Quran merentas zaman –berzaman dan tidak pernah ketinggalah bahkan jauh keterhadapan dalam menyingkap segala rahsia kejadian Allah.

Baik perkara yang telah menjadi sejarah mahupun perkara yang akan berlaku,segalanya telah siap kemas diceritakan dalam setiap surah yang disusun indah.
Betapa hebatnya kitab suci ini,telah dijamin Allah padanya akan kekal hingga hari kiamat,jauh dari segala penyelewangan dan kerosakan.

Kehebatan Al-QURAN ini jelas menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah kepada hambanya.

MUKJIZAT DAN KARAMAH BUKTI TANDA KERASULAN DAN KEKUASAAN ALLAH

Adapun mukjizat dan karamah adalah satu tanda kekuasaan Allah yang Allah kurniakan kepada nabi dan orang-orang terpilih.
Secara umumnya mukjizat dikurniakan oleh Allah SWT kepada nabi-nabi untuk membuktikan kenabian mereka bertujuan untuk membezakan di antara nabi dan bukan nabi, tukang sihir, Dajal Laknatullah dan sebagainya.
Karamah ialah kemampuan yang bercanggah dengan adat, yang dikurniakan kepada wali-wali Allah SWT atau orang-orang soleh yang dipilih olehNya.

Berbeza dengan mukjizat yang hanya dikurniakan kepada nabi.
Imam Bukhari meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, “Setiap Nabi diberikan mukjizat yang dapat membuat manusia beriman. Diberikan kepadaku wahyu daripada Allah”.

Syeikh Said Hawa berkata di dalam al-Asas fit Tafsir,

 “Dalam buku saya bertajuk ‘ar-Rasul’ saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. 
Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya datang daripada Allah. Saya telah memberikan banyak contoh berhubung perkara ini dan sesiapa yang membaca kitab tafsir ini (iaitu al-Asas fit Tafsir) dia akan memahaminya secara yang lebih jelas.”

Kesemua ini ini akan melahirkan kekaguman terhadap al-Quran dan pasti
Ia akan menunjukkan al-Quran bukan ciptaan Nabi malah bukan ciptaan mana-mana makhluk di alam ini.
Ia pasti datang daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Tuhan itu adalah Allah.

Dalam surah al-A’la ayat 1-3, Allah berfirman,

 “Bertasbihlah demi menyucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi. Dia (Allah) telah mencipta
 (sekalian makhluk) serta menyempurnakan kejadiannya. Dia juga menentukan kadar (ukuran) bagi setiap penciptaan itu serta memberikan hidayah petunjuk.”

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates