Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

KEMANAKAH "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan???

"Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.kemanakah???? " Slogan ini merupakan slogan pentadbiran baru di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Dengan semangat slogan itu, Perdana Menteri, dalam ucapannya mengajak seluruh rakyat bersama-samanya melaksanakan transformasi besar untuk negara.  Namun apakah slogan yang dilaung-laungkan ini masih rasional untuk digunakan? Sedangkan ada rakyat yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dan ada pula sebahagian rakyat yang terpaksa menanggung bebanan kenaikan harga-harga barang yang kian meruncing. Ironinya, rakyat yang menderita sedangkan ada pemimpin-pemimpin negara yang enak dibuai harta yang melimpah ruah. Nah, slogan ini masih perlu...

POLITIK ISLAM

“Ish, ni yang aku tak suka pasal politik ni. Asyik tuduh-menuduh,fitnah-menfitnah. Bila la nak aman dunia ni. Politik itu kotor,” mengeluh Shida sambil menghadap laptopnya yang terletak elok di atas meja. “Politik itu kotor ke?”muka Alia yang tengah membaca majalah itu berubah serta merta. “Politik memang kotor” tegas Shida. Bernada yakin. “Tapi tak bagi aku,” balas Alia. “Kenapa pula?” Shida berpaling ke arah Alia.  Alia bangkit dari tempat duduknya,mendekati Shida. “Bagi aku, politik itu tak kotor. Bila orang jahil yang mengemudi pentas politik, tu yang menampakkan politik itu kotor. Bukan salah politik itu sendiri. Sebenarnya,politik itu sebahagian daripada Islam. Pengertian dan konsep politik dalam Islam sangat berbeza dengan...

GERAKAN DAKYAH

Sebelum kita menyingkap gerakan dakyah yang dilakukan oleh sebahagian besar bangsa Yahudi, adalah lebih baik kita memahami perbezaan antara Freemasonry dan Zionisme. 1)Freemasonry bermaksud bebas(free) dan tukang batu atau tukang bangunan(mason). Namun pada hakikatnya freemasonry tiada kaitan tentang tukang bangunan,pembinaan kapal atau gereja besar. Bahkan ia melibatkan organisasi Yahudi Antarabangsa untuk menghancurkan kesejahteraan manusia,merosakkan kehidupan politik,ekonomi dan sosial di negara-negara yang berjaya mereka infiltrasikan. Mitos yang mereka pegang erat bahawa merekalah bangsa yang paling mulia serta layak untuk mengemudi dunia membawa mereka kepada usaha untuk merosakkan bangsa dan pemerintahan sesebuah negara oleh...

Peribadi Petugas Parti Yang Bertaqwa

Ahli Dan Aktivis Parti Sebagai Da’ie Penyelamat Ummah Tajuk atau kertas kerja ini dikemukakan untuk bahan perbincangan ke arah melahirkan petugas - petugas parti yang beriman dan bertaqwa . Lantaran taqwa adalah satu jambatan yang menghubungkan insan dengan Rabbnya. Jambatan itulah kelak akan memudahkan nusrah dan maunah disalurkan .  Tanpa hubungan erat antara amilin atau petugas parti dengan Allah swt bagaimanalah perjuangan yang didokong ini mampu beroleh kemenangan [ nusrah ] sedang kemenangan itu adalah milik dan anugerah Allah swt . Intro 1 Insyaallah perbincangan kita kelak akan menggariskan beberapa ciri - ciri atau kriteria petugas parti [ abna'ul Harakah ] yang menepati standard piawaian yang dikehendaki oleh Rasulullah...

Buku-Buku Haraki buat Abnaul Harakah

1.0 Usrah : My Family 1.1 Usrah & Harakah : Ya’qub Muhammad Hussin 1.2 Usrah & Dakwah : Hassan al – Banna 1.3 Teks Usrah : Idris Ahmad 1.4 Risalah Usrah : Abu Urwah 1.5 Adab – Adab Usrah : Ikhwan Muslimim 1.6 Tajuk – tajuk Asasi untuk Remaja yang Soleh : Teh Izanuri Jamaluddin 1.7 Fiqh Sirah 1 : Said Ramadhan al - Buti  2.0 Hakikat Tauhid  2.1 Pngertian Tauhid ( Hakikat Tauhid ) : Dr. Yusof Qardawi  2.2 Muqaddimah Aqidah Muslim : Tuan Guru Abd. Hadi Awang 2.3 Aqidah & Perjuangan : Fadzil Noor 2.4 Aqidah Islamiah :Sayyid Sabiq 2.5 Manhaj Hidup Muslim: Sayyid Qutb & Abu'l A'la Al-Maududi 2.6 Tauhid dan Makna Syahadatain 2.7 40 Perkara yang Membatalkan Iman Menurut al – Quran & Sunnah : Dr. Hanafi Mohamed 2.8...

ULAMAK HARAKI DALAM KEHIDUPAN

'' Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.'' ( Hamka) Dalam dunia yang serba moden ini, tatkala teknologi dan media meracuni anak muda, apabila amal ibadah hanyalah untuk menyudahkan semata-mata, tanpa rasa, tanpa hati, tanpa kerinduan. Tika diri asyik dengan hiburan dan harta dunia, terus terleka dan terlena. Sampailah satu ketika segalanya direntap dengan tiba-tiba, penyesalan dan rayuan tinggal sia-sia. Adakah itu pengakhirannya?  Hadirnya ulama’ di celah-celah keruntuhan akhlak manusia. Hadirnya membawa sinar di sebalik duka kegelapan. Ulama’ berperanan untuk membawa jiwa-jiwa yang gersang kembali pada pencipta. Mereka mengetahui ilmu kebesaran...

JUNDULLAH

|| JUNDULLAH|| Ali menyapa kawannya ,Ahmad yang sedang membaca buku Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan tulisan Sheikh Said Hawwa..  Apa maksud jundullah?”, soal Ali  “Jundullah ini adalah TENTERA ALLAH ”, jawab Ahmad dengan yakin dan semangat.. Ali,kau nak tahu tak JUNDULLAH inilah golongan yang Allah akan menangkan dalam medan kehidupan..  Dalam kitab ini,ada menggariskan beberapa ciri akhlak asasi yang perlu dimiliki oleh setiap individu muslim untuk melayakkan dirinya ter-golong di dalam golongan Hizbullah sepenuhnya.  Ciri-ciri akhlak tersebut adalah:  i- Kecintaan kepada Allah. ii- Bersifat rahmah kepada golongan mu’minin. iii-Bersifat tegas terhadap golongan kuffar. iv-Berjihad di jalan Allah. v-Memberikan...

HIKMAH

PHENOMENA HIKMAH [Persoalan] [1] : Kenapa Allah SWT wujudkan kematian? [2] : Dah tu, kalau mati, kenapa kena sakit dulu baru mati? Bukankah kalau manusia mati tanpa sakit itu lebih baik? Sakit tu benda buruk, benda yang kita tak mahu. Kenapa Allah SWT ciptakan sakit? [3] : Buat apa Allah ciptakan arak? [4] : Kenapa Allah biarkan zina itu wujud? [5] : Buat apa Allah ciptakan bakteria? Buat apa Allah ciptakan babi? Lepas tu diharamkan. Kalau tak cipta kan senang? [6] : Kenapa dijadikan sifat zalim. Kenapa dijadikan miskin. Bukankah kaya itu lebih baik? [7] : Kenapa dijadikan sifat kufur? Bukankah kalau semua beriman itu lebih baik?  "Katakanlah (wahai Muhammad):  Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari...

Jalan Mengenal Allah

Dunia ini semakin mencabar,takkala Negara semakin pesat membangun, Bangunan semakin banyak didirikan tinggi sehingga menjulang ke langit,Negara –negara saling berlumba mencipta nama dipersada antarabangsa untuk menjadi yang terbaik dan  segalanya tidak pernah menjamin setiap manusia yag lahir dalam arus pembangunan mampu menjadi hamba yang tunduk dan patuh kepada Allah Maha Pencipta… Apa buktinya? Dalam arus mengejar pembangunan , muncul,golongan yang mula mendabik dada dan berani mempersoalkan soal ketuhanan serta memperkecilkan nilai agama,.Akademik tinggi,namun nilai agama tiada. Dimana silapnya? Adapun pembangunan teknologi tanpa diiringi pembangunan ruhiyyah,jelas hanya membawa manusia jauh kepada Allah dan hanya melahirkan...

Page 1 of 4112345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates