Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Orang bertaqwa:Menjadikan Islam sebagai ad-deen dan ad-daulah.

  Taqwa dengan makna melaksanakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang. Orang yang bertaqwa malamnya bagaikan rahib, menangis dan bermunajat pada ALlah di kala malam hari. Siangnya bagaikan kuda tangkas , berjuang dan berjihad menegakkan ajaran ALlah. Rujukan dan teladan kita hanyalah RasuluLlah saw dan para sahabat. Merekalah contoh kita, kalau nak dapat redha ALlah dan masuk syurgaNYA. Orang Yang Bertaqwa tidak membeza-bezakan perintah ALlah. Samada mengenai ibadat, munakahat, muamalat, undang-undang, politik, hiburan, ekonomi dan lain-lain. Begitulah kita umat Islam wajib melaksanakan hukum-hakam dan undang-undang Allah yang ada di dalam al-Quran. Bukan sekadar baca dan khatam al-Quran di bulan Ramadhan tetapi hukum dan...

We Are Special!

   Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,  “We are special!“.    Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang...

PAS akan bertemu JAIS dan DMUC

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan pihak gereja bagi mendapatkan penjelasan mengenai serbuan Jais ke atas Gereja Methodist, Damansara Utama, minggu lalu. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau menyalahkan mana-mana pihak sebelum mendapat penjelasan terperinci berhubung perkara ini. "PAS akan berjumpa secara langsung dengan Jais dan pihak gereja apabila mereka memberikan tarikh. "PAS mesti mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan dan tidak timbul kenyataan sokong mana-mana pihak," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat di Ibu...

Bantulah saudaramu yang zalim..!

Rasulullah S.A.W pernah mengungkapkan : "Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi ".Para sahabat kehairanan,lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi,tetapi bagaimana pula kita membantu mereka apabila mereka melakukan kezaliman?" Maka jawab Rasulullah S.A.W: "Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman,itulah caranya membantu saudaramu yang zalim.".(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).Baginda telah menggunakan perkataan yang sama tetapi memberi satu penafsiran yang berbeza. Inilah salah satu metod dakwah Rasulullah S.A.W yang sangat menarik dalam menganjak paradigma berfikir masyarakat ketika itu.Mungkin kita boleh mengaplikasikannya sekarang dengan memberi tafsiran islamik kepada ungkapan yang diwarisi daripada...

Universiti Ramadhan

"Apabila  bulan  Ramadhan  telah  datang,  maka  dibukalah  pintu-pintu syurga,  ditutuplah  pintu-pintu neraka  dan  diikatlah  semua  syaitan." (Muttafaq 'alaih) Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, sedar tak sedar, Ramadhan sudah amat hampir dengan kita. Alhamdulillah. Ya Allah sampaikan kami ke bulan mulia itu. Amin. Teruja tidak untuk menghadapi bulan Ramadhan? Sudah tidak sabar-sabar? Jika para sahabat, bulan Ramadhan merupakan suatu bulan yang amat mereka nanti-nantikan. Sebelum hadirnya Ramadhan, mereka sering meminta-minta kepada Allah agar mereka diketemukan dengan Ramadhan yang berikutnya. Seperti do'a yang diajarkan Rasulullah SAW, “Allaahumma...

Bantuan Allah..

Kerap kali hati ini merintih lemah meminta dan mengharapkan daripada Allah swt. Sesungguhnya sangat banyak cabaran yang telah dilalui dan kadangkala ianya seperti memaksa kita untuk meninggalkan jalan ini. Nauzubillah. Inilah fitrah kita selaku makhluk yang bernama manusia. Tidak pernah lekang dengan sifat cuai kerana kita bukanlah diciptakan sempurna. Mungkin selama ini kita terasa kuat dalam menghadapi mehnah pada jalan ini tetapi akan tiba suatu masa kita akan dikunjungi perasaan lemah dan malas yang akan menusuk hati kita secara perlahan-lahan. Ketika itu hati akan mula memberontak dan akhirnya dengan mudah syaitan laknatullah menjalankan misi mereka untuk menarik kita mengikuti jalan toghut. Sebagai seorang pejuang dalam agama ini,...

Pencabulan hak mahasiswa Mesir

Mesir ,sebuah negara yang baru-baru ini yang berjaya mengejutkan dunia kerana berjaya menjatuhkan regim Husni Mubarak,kini, menarik perhatian Malaysia di atas isu pencabulan hak mahasiswa di mana terdapat mahasiswa yang dibuang pengajian hasil rancangan pihak kedutaan sendiri. Saudara Mohd Firdaus bin Mazlan yang telah dihentikan pengajian mereka gara-gara angkara pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). Beliau menyatakan bahawa usaha menghentikan pengajian beliau dari Darul Ifta adalah usaha daripada kedutaan sendiri. Beliau telah menyatakan perkara ini ketika Majlis Penerangan Isu Semasa anjuran DESAK, 19 Julai lalu. Mohd Firdaus Mazlan seorang mahasiswa tahun akhir Kursus Darul Ifta, dan beliau akan menyertai konvo pada 25 Julai...

Page 1 of 4112345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates