Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Coretan Perjuangan PAS ~ vol.1

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan...

NICE 2011

NICE 2011 bakal menemui anda! Nama Program :NATIONAL IBNU SINA CONFERENCE & COMMUNITY ENGAGEMENT 2011 (NICE 2011) Tarikh :7 – 10 Julai 2011 Tempat :Kem Kijang, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelantan Moto :“ Islamist Medicine: From Bench To Bedside” Penganjur Utama : Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Anda tidak akan rugi,kerana anda bakal bertemu dengan penceramah yang berkaliber ! Jom sertai! Penceramah dan Tajuk : 1.Ust Hasrizal Abd Jamil :"Islamist Medicine: From Bench To Bedside" dan "Role of Muslim Health Professionals" 2.Dr Basri (Pensyarah UNISZA) : Fiqh Perubatan secara Kuliah dan workshop 3. Ustaz Marzuk (Penolong Pengarah HUSM) dan Dr Suhaini Kadiman...

Jom Ubah!

Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan [JOM UBAH] Projek :Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan [ JOM UBAH ] siri 1 Tapak projek : Seluruh Negara [ 8 check point ] kecuali 3 negeri Anjuran : Lajnah Politik DPPM dengan kerjasama DACS Pusat dan DPP Negeri. Tarikh : 19, 20, 21 dan 22 hb Mei 2011 Hari : khamis - ahad Masa : 4.30 pm [ khamis ] - 7.00 pm [ ahad ] Matlamat : Menyemarak kebangkitan anak muda ke arah menuntut perubahan dan menolak kerajaan korupsi demi masa depan rakyat serta negara yang sejahtera. Objektif : 1. Menggerakkan jentera DPP di pelbagai peringkat [ kawasan dan negeri ] bagi menghadapi gelombang kebangkitan anak muda dan siap menghadapi pilihanraya. 2. Mengembeling tenaga "pemacu gelombang" kebangkitan anak...

You are special~

A well-known speaker started off his seminar by holding up a $20.00 bill. In the room of 200, he asked, “Who would like this $20 bill?” Hands started going up. He said, “I am going to give this $20 to one of you but first, let me do this. He proceeded to crumple up the $20 dollar bill. He then asked, “Who still wants it?” Still the hands were up in the air. Well, he replied, “What if I do this?” And he dropped it on the ground and started to grind it into the floor with his shoe. He picked it up, now crumpled and dirty. “Now, who still wants it?” Still the hands went into the air. My friends, we have all learned a very valuable lesson. No matter what I did to the money, you still wanted it because it did not decrease in value. It was...

Demi Masa: Detik penting bagi pejuang Allah

Masa dalam kehidupan seorang pejuang Kehidupan manusia adalah bergantung kepada penggunaan masanya. Oleh itu, Islam amat mengambil berat tentang masa dan memberitahu manusia bahawa setiap detik masanya adalah amat berharga. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa besarnya nilai masa dalam Islam dengan Allah sendiri bersumpah dengan masa dalam firmanNya yang selalu didengar; “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasihati supaya menetapi kesabaran”. (Surah al-‘Asr. Ayat : 1-3) Dalam ayat di atas Allah bersumpah dengan masa bagi menunjukkan kepada manusia sekeliannya bahawa masa menjadi...

Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu

Istilah `Ketuanan Melayu' (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan `tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan `melayu', ia bermaksud orang melayu berada dalam status `tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan `bukan melayu'. Jika hendak ditakrifkan maka bererti `kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih...

L.I.D.A.H

Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya. ". Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, "Sungguh ia termasuk ahli neraka". Kemudian lelaki itu berkata lagi, "Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata, " Sungguh ia termasuk ahli syurga . "(HR.Muslim) . Kisah dalam hadis tersebut memberi pelajaran akan bahaya lidah. Betapa jika tidak dikawal iman, lidah boleh menjerumuskan ke dalam neraka. Walaupun seseorang itu ahli ibadah, banyak...

Respon TGNA terhadap kenyataan Aziz Bari

Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004, dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu. Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi, berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja...

Bahaya Aids Al Haraki Dalam Gerakan Islam

SUATU PERINGATAN DARI USTAZ FATHI YAKAN ( Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah Masa Kini ) Disediakan oleh : Akhukum fiLlah, Ahmad Akhyari bin Ismail Az-Zahawiee UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta. Muqaddimah Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, yang pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia. Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin. Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan...

Berbahagialah Sang Ghuraba'

1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib ]. Berdepan dengan manusia jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw. sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat jahiliah. 2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [Aslim Taslam ] Terima Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir sehinggalah setinggi - tinggi...

Pesanan Utusan Allah..

Wasiat Nabi dalam Khutbah Terakhir 1. Jiwa dan harta setiap orang Muslim adalah amanah yang perlu diletakkan pada haknya. 2. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 3. Allah telah mengharamkan RIBA. Dan segala urusan mestilah jauh dari RIBA. 4. Berwaspada dengan tipu daya syaitan yang menyesatkan dan mengikut hawa nafsu. 5. Menunaikan hak-hak isteri bagi seorang suami. 6. Bersifat lemah lembut dengan wanita dan perempuan-perempuan kamu kerana wanita adalah teman dan pembantu yang setia. 7. Bagi isteri tidak dibenarkan membawa masuk sesiapa yang tidak dibenarkan oleh suami ke dalam rumahnya dan hendaklah menjauhi zina.. 8. Sembahlah Allah dengan mendirikanlah solat lima waktu 9. Berpuasalah di bulan Ramadhan 10. Tunaikanlah zakat dari harta kekayaan...

Kalau benar cintakan Allah..

Sebutlah nama Allah banyak-banyak. Maksud ayat al Quran dengan kalimah “berzikilah pada waktu pagi dan petang” itu ialah kita berzikir dengan kuantiti dan kuali yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah, dan segala yang lain kecil belaka. Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya, dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakam-Nya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan. Namun bila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut nama-Nya lagi. Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagungan-Nya. Akibatnya hukum-hakam-Nya diabaikan dalam tindakan...

fahamilah

PAS merupakan satu jemaah Islam yang menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai dasar perjuangan. Ini merupakan asas yang penting untuk membezakan antara persatuan-persatuan atau parti politik yang wujud disekitar negara kita. Ramai yang menganggap PAS sekadar sebuah parti politik yang hanya bertanding dalam pilihanraya dan hanya rakus untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Tanggapan ini sama sekali tidak betul.  Orang yang mempunyai tanggapan seumpama ini mungkin tidak memahami perjuangan yang cuba ditegakkan oleh PAS ataupun memang ingin melihat hukum Islam tidak tertegak di negara kita. Sama-samalah kita merenung dan mentadabbur ayat Al-Quran yang cuba diaplikasikan dalam PAS: Demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Rasul-Rasul Kami...

Sarawak: Satu Impian

Bismillahi wa solatu wassalam. Hari ini merupakan hari bersejarah bagi penduduk di negeri Sarawak kerana hari ini merupakan Pilihanraya Negeri Sarawak.Walaupun kita memandang Sarawak sebagai satu negeri yang tidak mungkin dimenangi Pakatan Rakyat, tetapi kesedaran yang diperolehi oleh segelintir masyarakat di Sarawak tentang kebenaran mengenai kerajaan tetap membanggakan.Ini dapat dilihat melalui apa yang ditulis oleh Malaysia Kini. BN diramal tetap kekal kuasa dengan tipis, ramal penganalisis(sumber:Malaysia Kini 16 April 2011)  AnalisisBarisan Nasional (BN) diramal mempertahankan kuasa pada pilihan raya negeri Sarawak hari ini namun Pakatan Rakyat dilihat terus memberi saingan menyengat yang tidak pernah disaksikan, kata penganalisis....

Are you a carrot, an egg, or a coffee bean?

A certain daughter complained to her father about her life and how things have been so hard for her. She did not know how she was going to make it and she wanted to give up. She was tired of fighting and struggling. It seemed that just as one problem was solved another arose. Her father, a chef, took her to the kitchen, filled three pots with water and placed the fire on high. Soon the three pots came to a boil. In one he placed carrots, in the other he placed eggs, and the last he placed ground coffee beans. He let them sit and boil, without saying a word. The daughter sucked her teeth and impatiently wondered what he was trying to do. She had problems, and he was making this strange concoction. In half an hour he walked over to the...

Mari kenali pemimpin~

Latar belakang Keluarga Dato' Hj Fadzil @ Ali bin Mohd. Noor dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd. Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Hj. Abdul Rahman. Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama' yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan terkenal di Kedah. Pendidikan Sejarah awal pendidikan Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor bermula...

Page 1 of 4112345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates