Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Parti Islam Menang Pilihanraya

Parti Islam PJD menang pilihan raya Morocco

PAS turut mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang dilaporkan memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco.

"PAS mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan Morocco yang telah berjaya memenangi pilihan raya di negara itu yang diadakan Jumaat lalu.

"Kita melihat kemenangan yang ditempa parti berteraskan Islam ini sebagai petanda positif rakyat yang kini mahu berubah untuk menerima parti Islam sebagai pemerintah," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Seorang tokoh berpengaruh parti Islamik moderat Morocco itu, Lahcen Daodi mendakwa, berdasarkan laporan yang disampaikan mereka memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya.

"Parti kami telah memenangi jumlah kerusi tertinggi," tambahnya.

PJD ini akan menjadi parti Islam moderat yang kedua yang memimpin pemerintah Afrika Utara sejak awal pemberontakan Musim Semi Arab menyusul Tunisia.

Keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan bagi pilihan raya kali ini adalah 395 kerusi parlimen dan PJD didakwa memenangi lebih separuh darinya.-HD

Pilihanraya Mesir: Parti Ikhwanul-Muslimin Dahului Kiraan Undi


Pergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.


Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.


Sebelumnya, parti Ikhwanul Muslimin di Mesir sempat mengancam akan memboikot peilihanraya apabila undang undang darurat Mesir yang dilaksanakan di era kepemimpinan Husni Mubarak tidak dibatalkan.


Ikhwanul Muslimin bersama koalisi 37 parti politik mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar memperakukan, seandainya undang-undang tersebut tidak dihapuskan, mereka tidak akan meneyertai dalam proses pilihanraya umum yang hendak dijalankan.


Mereka juga mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar melarang para menteri Mesir di era Mubarak ikut serta di dalam pilihanraya umum.


Pasca turunnya Mubarak, populariti parti Ikhwan memang semakin meningkat di Mesir. Partai tersebut dianggap sebagai parti yang akan membawa perubahan di negara tersebut.


"Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut.


Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam.


Tercatat 55 buah parti politik ikut serta di dalam pemilihan tersebut dimana sebanyak 498 kerusi disediakan di parlimen dan Ikhawanul Muslimin sudah berjaya memperolehi 40 peratus suara dalam pemilihan umum tersebut. Demikian seperti diberitakan Reuters, Rabu (30/11/2011).


Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.


Ia merdeka pada 1922. -blog GB




TUNISIA - Yahudi Kecewa Parti Islam Menang 

Gilles Jacob Lellouche, seorang anggota minoriti Yahudi Tunisia, hanya mengangkat bahu saat merenungkan masa depan di bawah pemerintahan yang dijalankan oleh parti Islam yang menyapu pemilihan umum bebas pertama di negara itu.

"Kami akan menunggu dan melihat," katanya terkait tentang kekhuatiran kebebasan minoriti dapat berada di bawah ancaman.

"Orang-orang telah berbicara, dan mereka telah memilih parti Islam An-Nahdhah," katanya kepada AFP.

Lellouche adalah calon tunggal asal Yahudi dari lebih 10.000 calon terdaftar dalam pilihan raya untuk maju sebagai anggota parlimen yang akan menulis ulang konstitusi - untuk pertama kalinya di Tunisia. Dia bertanding atas tiket Persatuan Republik Rakyat, yang memenangi satu kerusi yang jatuh ke kandidat lain.

"Tunisia tidak siap untuk membuka pintu ke kediktatoran baru yang baru saja ditinggalkan. Tetapi kami mesti tetap waspada," katanya menegaskan.

Ketika ditanya apakah orang-orang di komuniti Yahudi memandang positif tentang masa depan di bawah kekuasaan parti An-Nahdhah, dia menjawab: "Mereka tidak berpandangan negatif. Ada perbedaan substansial."

Tunisia memiliki salah satu minoriti terbesar Yahudi di dunia Arab, diperkirakan ada 1,500 orang dari total populasi lebih dari 10 juta penduduk Tunisia.

Lellouche mencatat bahawa Tunisia memiliki sejarah panjang hubungan antara-komuniti yang penuh keramahtamahan dan mengatakan ia percaya Islam sebagai agama yang toleran.

Namun pada Mac lalu, dua bulan setelah jatuhnya diktator Zine el Abidine Ben Ali yang dianggap sebagai benteng melawan Islamisasi, sekelompok lelaki Muslim menyerang sinagog Yahudi di luar kota Tunis, salah satu yang terbesar di antara sedikit sinagog di negara ini.

Bulan berikutnya, pemerintah Israel membuat pendanaan untuk membantu Tunisia memindahkan orang Yahudi ke Israel, dengan alasan memburuknya sikap masyarakat terhadap komunitas Yahudi sejak penggulingan Ben Ali.

Lellouche menyalahkan keberhasilan An-Nahdhah yang sebahagian ada pada dekad kediktatoran yang meninggalkan Tunisia dengan tidak adanya perdebatan politik budaya.
"Tunisia menemukan diri mereka di supermarket politik. Mereka yang menjual idea-idea terbaik datang dari atas.

"Terserah kepada kita dalam politik untuk merevisi cara kita menjual ide," katanya menambahkan.(fq/afp)

Ya, giliran Parti islam Semalaysia di negara ini akan tiba juga akhirnya. -GB

Sungguh benar janji Allah:


Bahawa bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih. [Suratul Anbiya: 105]

sumber: http://greenboc.blogspot.com/2011/12/giliran-parti-islam-menang-pilihanraya.html

AKHLAK DAN DISIPLIN BERORGANISASI - Ustaz Idris Ahmad



Kita mestilah memastikan diri kita dan keluarga kita menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada, kerana kita akan menjadi duta kepada perjuangan parti, untuk melebarkan pengaruh parti kepada masyarakat. Sebelum mereka melihat parti, mereka akan menilai dahulu siapakah aktivis-aktivisnya? Oleh kerana itu terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian kepada ahli PAS sekalian.

  • 1.Menunaikan Janji

Allah memberi penegasan dalam perkara ini dengan firmanNya (bermaksud), "Dan sempurnakanlah perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah)". An Nahl:9
Sama ada perjanjian dengan jemaah atau perjanjian sesama sendiri dan termasuklah juga perjanjian dengan musuh hendaklah ditunaikan dengan sempurna. Sebarang kemungkiran boleh menghilangkan kepercayaan antara satu sama lain dan menghilangkan kewibawaan. Jika kita tidak boleh laksanakan sila beritahu daripada awal, supaya perjalanan parti tidak terjejas. Sila maklumkan awal kepada penganjur jika kita mempunyai keuzuran syar'ie. Jangan sampai kita terkenal sebagai orang yang mungkir janji. Banyak mereka yang hebat terkeluar daripada saf kepimpinan apabila mereka tidak menepati janji.

  • 2.Tidak Melampau

Allah Taala melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh hatta di medan perang. Sikap melampau dalam semua perkara banyak merugikan jemaah. Sejarah mencatatkan orang yang melampau berakhir dengan mereka gugur di dalam medan perjuangan. Contohnya mereka yang mengkafirkan UMNO sekarang sudah bersama dengan UMNO. Tepatlah sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik perkara ialah sederhana dalam amalan".

  • 3.Bersabar

Perlu banyak bersabar, kerana kerja-kerja Islam akan berhadapan dengan macam-macam perkara yang tidak menyenangkan. Malahan jalan dakwah penuh dengan liku-liku kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan, persendaan yang memalukan. Kerana kita terpaksa berhadapan dengan orang jahil, orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional, orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung. Semuanya perlu kepada kesabaran yang tinggi. Firman Allah Taala bermaksud, "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu". Surah An Nur:22

  • 4. Bersifat Rendah Diri

Mestilah bersifat tawaduk atau merendahkan diri khususnya terhadap saudara se-Islam dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Perlu sedar bahawa ahli PAS terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan status.
Kita tidak hanya bergaul dengan orang kaya sahaja dengan meninggalkan orang miskin dan susah. Ini kerana perbuatan ini tidak mendapat rahmat daripada Allah Taala. Rasulullah s.a.w. sendiri memohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripada sifat takbur. Baginda bersabda yang bermaksud : "Tidak akan memasuki syurga yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah sifat takbur". (Riwayat Muslim)

  • 5. Jauh Sangka Buruk

Mesti menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Sebaliknya kita lebih banyak menyuluh dan menuding diri sendiri daripada dihadapkan kepada orang lain. Sangka buruk ini sifat yang tidak baik dan boleh mendatangkan keburukan kepada orang lain. Maka ini perlu dijauhi oleh ahli parti. Janganlah dia berburuk sangka kepada sahabat yang lain ini akan menyebabkan ruang untuk berpecah akan bertambah luas.
Firman Allah Taala bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima Taubat lagi Penyayang". (Al Hujurat:12)

  • 6. Qudwah Hasanah

Mesti menunjukkan contoh teladan yang baik selari dengan akhlak Islam. Kita percaya bahawa contoh teladan yang baik amat kuat mempengaruhi orang lain untuk mendekati perjuangan kita. Maka kita mesti pastikan diri kita, keluarga kita mesti menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada, kerana kita akan menjadi duta kepada perjuangan parti, untuk melebarkan pengaruh parti kepada masyarakat. Sepertimana kata hukama, "lisanul hal (tindakan) lebih baik daripada lisanul maqal (berkata-kata)".

  • 7. Bekerja Untuk Kemenangan Islam
Biarlah sesaat di dalam hidup kita tidak berlalu begitu sahaja. Kita mesti memikirkan apakah cara supaya Islam dihayati oleh masyarakat untuk menyelamatkan negara dan masyarakat. Kita mesti rasa cemburu dengan golongan yang bekerja siang malam untuk mengekalkan kezaliman di negara ini walaupun mereka tahu bahawa kerja mereka dimurkai oleh Allah Taala. Apakah kita boleh tidur lena ketika khazanah negara dijahanamkan? Laporan Ketua Audit Negara menyerlahkan lagi sikap kerajaan yang tidak pernah mengambil iktibar walaupun setiap tahun inilah rupa bentuk laporannya. Apakah kita mahu membiarkan anak cucu kita pada masa akan datang merempat di bumi sendiri.
Kita berjuang bukan memikirkan diri kita tetapi ialah untuk generasi akan datang. Untuk kita sudah selesai, kerana hanya membilang hari untuk bertemu dengan Allah Taala, tetapi anak kita akan meneruskan hidup mereka. Jangan biarkan mereka memaki kita kerana kita tidak berjuang untuk mereka. Firman Allah Taala bermaksud, "Dan hendaklah takut (kepada Allah) yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraannya). Oleh sebab itu hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar". (An Nisa’:9)

Hijrah memantapkan Umat Islam

ISLAM tersebar melalui penghijrahan manusia, bermula dengan penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w. dari kota Makkah  tempat tumpah darah baginda ke kota Madinah yang menjadi sebuah tempat tersebarnya Islam ke seluruh pelosok dunia. Mengapa tidak, pertama Allah SWT Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, telah memilih Makkah tempat terakhir diutusnya Rasul yang terakhir, Makkah yang terletak di tengah-tengah dunia memberi isyarat bahawa ia akan tersebar dengan mudah kerana berada di tengah-tengah itulah Islam mudah untuk dibawa ke Eropah melalui Turki di sebelah timur, ke Asia melalui Yaman, ke Afrika melalui Mesir atau Sudan.

Islam yang diperkenal dan dibawa oleh Rasulullah. Maka rasanya Islam hanya berlegar di situ dan hanya terbatas dalam skopnya yang sempit, kerana penyembahan kepada Allah secara terbuka adalah perkara terlarang, tidak mungkin Islam akan maju. Takdir Allah SWT menentukan segala-galanya, Dia tidak mahu Islam hanya dipercayai oleh orang-orang Arab di Semenanjung Tanah Arab, justeru peristiwa hijrah baginda Rasulullah membuktikan bahawa Islam adalah milik manusia sejagat, kerana Islam juga adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam, iaitu untuk Arab dan ‘Ajam (bukan Arab).

Kedua, Madinah merupakan sebuah kota di mana masyarakatnya mudah dilentur dengan Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. yang telah mengirimkan sahabat ke sana untuk memperkenalkan Islam melalui ayat-ayat al-Quran yang menjadi bekalan penting sebagai pengisian rohani yang serba  kekosongan.Bayangkan jika baginda tidak berhijrah ke Madinah, hanya menetap di Makkah sebagai warganya yang setia sampai bila-bila, sedangkan orang-orang Makkah begitu agresif menolak.
Rasulullah menghijrahkan sahabat

 
Setelah baginda Rasulullah berjaya melepasi kepungan golongan musyrikin Makkah yang berusaha untuk menyekat penghijrahannya ke Madinah,antara langkah awal bagi memastikan Islam tidak hanya berlegar di kalangan masyarakat Arab di situ, baginda telah mengarahkan dutanya ke Yaman iaitu Mu’az bin Jabal untuk mengajar Islam. Sebelum berhijrah berangkat ke Yaman, Mu’az bertanya apakah bahan yang akan disampaikan kepada penduduk Yaman, Mu’az terkenal sebagai cendekiawan dengan wawasannya yang luas dan pemahaman yang mendalam dalam ilmu fiqh, dan bahkan Rasulullah menyebutnya sebagai sahabat yang paling mengerti yang mana yang halal dan yang haram. Mu’az juga merupakan duta besar Islam yang pertama kali yang dikirim Rasulullah.

Hadis baginda mengenai kelebihan Mu’az; “Orang yang paling mengetahui halal dan haram di kalangan umatku adalah Mu’az ibn Jabal.” Baginda juga menghijrahkan sahabat-sahabatnya untuk menghantar surat kepada Raja Mesir al-Muqauqis, Raja Rom, Parsi dan beberapa negara lain,ada yang menerima seruan untuk masuk Islam dan tidak kurang juga yang menolak kerana masih ada kepentingan peribadi yang tidak dapat diselesaikan. Ia merupakan siri penghijrahan para sahabat untuk menyebarkan Islam.

Kesan hijrah para sahabat pada zaman Sayidina Abu Bakar

Setelah menakluki Yamamah, Sayidina Abu Bakar memerintahkan Khalid menuju Iraq dan menasihatinya supaya berdakwah kepada mereka yang bukan Islam. Jika tidak menerima, maka ambillah jizyah dan jika tidak diterima barulah diperangi. Al-Waqidi berkata:‘‘Ahli sejarah berselisih pendapat. Ada yang berpendapat Khalid terus ke Iraq dari Yamamah dan ada yang berpendapat, Khalid Al- Walid pulang dahulu ke Madinah dan menuju Iraq melalui jalan Kufah.” Pendapat pertama lebih masyhur. Al-Madaini menyebut dengan sanadnya bahawa Khalid Al-Walid menuju Iraq pada Muharam 12H melalui Basrah. Ketika itu gabenor Kufah ialah Musanna Al-Harisah As-Syaibani. Ini menunjukkan bahawa para Abu Bakar juga bertanggungjawab mengembangkan Islam ke wilayah-wilayah dengan melakukan perluasan negara Islam selain Madinah.

Sayidina Umar bin al-Khattab dan pengaruh hijrah

Sayidina Umar juga mengambil langkah melakukan perluasan negara Islam. Beliau tidak hanya mahu melihat Islam dianuti oleh orang-orang Arab, justeru beliau telah mengirim bala tenteranya ke Qadisiyyah pada tahun 636M, tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada orang-orang Parsi untuk menerima Islam. Setelah wakil Sa’ad bin Abi Waqqas bertemu Panglima Besar Sassanid, Rostam Farrokhzad untuk menawarkan tiga pilihan bagi mengelak berlakunya peperangan, iaitu menawarkan kepada mereka agar menerima Islam, atau membayar jizyah(cukai) kerana duduk dalam wilayah yang ditadbir oleh orang Islam atau berperang. Maka Rostam telah memilih perang daripada menerima dua tawaran,maka berlakulah perang yang dikenali sebagai Peperangan al-Qadisiyyah.

Penghijrahan para ulama punca Islam tersebar

Sejarah telah mencatatkan bahawa penghijrahan para ulama adalah di antara faktor utama bagaimana Islam berkembang pesat di beberapa buah negara seperti yang pernah terjadi kepada empat Imam mazhab terkenal iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Sebagai contoh Imam Syafie yang merupakan anak jati Gaza di Palestin, telah berhijrah pada usia muda untuk ke Makkah mempelajari ilmu-ilmu agama di samping menghafaz al-Quran 30 juzuk, kemudian beliau ke kota Madinah kerana berguru dengan Imam Malik. Beliau sempat menghabiskan kitab Muwatta’(tentang hadis-hadis hukum) susunan Imam Malik sendiri.Imam Malik menyaksikan sendiri kehebatan dan anugerah Allah kepada Imam Syafie yang mampu menguasai pelbagai bidang ilmu. Kemudian beliau berhijrah ke Mesir dan Baghdad dan kembali semula ke Mesir dengan mengajar ilmu-ilmu agama terutamanya ilmu fiqh dan usul hingga sampai ke peringkat mujtahid yang mampu mengeluarkan fatwa.

Penghijrahannya ke Mesir dan beberapa negara umat Islam menyerlahkan lagi kefahaman ummah terhadap perkembangan Islam.Begitu juga dengan imam hadis iaitu Imam Bukhari yang berasal dari Bukhara (sekarang ini di Uzbekistan) menjelajah ke beberapa negara untuk mendapatkan hadis-hadis terpilih (sohih) selama 16 tahun dan berpusat di Masjidilharam, Makkah. Ada pendapat ulama mengatakan, bahawa kalau tidak kerana penghijrahan Imam Bukhari mendapatkan hadis-hadis sohih, maka ramai di kalangan umat Islam tidak melakukan solat, kerana hadis-hadis sohih tentang solat banyak beliau yang meriwayatkan.

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM



Mesir: PAS gesa PM tuntut sidang tergempar OIC

KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mendesak kerajaan Malaysia segera membuat tuntutan supaya Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) memanggil sidang tergempar ekoran angka kematian terus meningkat ketika pihak berkuasa Mesir menggempur penunjuk perasaan di Dataran Tahrir.

Sehingga kini dilaporkan sudah 33 orang penunjuk perasaan maut dan lebih 2000 cedera setelah polis cuba menyuraikan kumpulan penunjuk di Dataran Tahrir perasaan dengan membedil gas pemedih mata.

"Kita mendesak kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, segera membuat tuntutan agar diadakan mesyuarat khas OIC," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaffar kepada Harakahdaily.

"OIC perlu mengambil keputusan mendesak pihak berkuasa Mesir menghentikan keganasan kepada rakyat mereka," tambah Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Selain angka kematian yang terus meningkat, media juga melaporkan sekurang-kurangnya sebuah pangsapuri juga terbakar akibat kelongsong puluru gas pemedih mata yang ditembak polis tersasar masuk ke rumah berkenaan.

Malam tadi beribu penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir menangis sambil memegang sepanduk "Jatuh bersama Tantawi" di Dataran Tahrir, Kaherah, merujuk kepada pemerintah tentera, Hussein Tantawi.

Tunjuk perasaan bermula kelmarin di Medan Tahrir apabila anggota polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk meleraikan kekecohan yang dirancang oleh kumpulan yang menggulingkan Mubarak pada Februari lalu.

Bila hati tidak hadir bersama..



"Busuklah buah ni! Agaknya pokok dia dah rosak,"
"Cantiknya buah ni. Rasanya pun sangat ranum dan sedap. Measti pokok dia membesar dengan baik sekali"

Diibaratkan menanam pokok, dari benih tumbuh pokok. Dari pokok, membesar hinggalah mengeluarkan buah. Jadi, menanam pokok itu, yang mahu dilihat adalah hasilnya. Apakah ada hasil, mengeluarkan buah atau tidak. Jadi, kalau benih baik, nescaya buah pun baik, jadi elok. Boleh dimakan dan sedap rasanya.

Perumpamaan Islam, begitulah. Kita beribadah hakikatnya untuk buah. Kalau betul benihnya, ia akan lahir pokok dan insyaAllah lahirkan buah. Dan buah tersebut bukan masam, tetapi manis dan dapat dirasai oleh ramai orang.

Jika dirumuskan kembali, hasil dari benih dan pokok yang baik, kita lahirkan buah yang baik. Benih dan pokok itu adalah perumpamaan kepada ibadah yang baik, yang ada roh. Buah-buah yang baik ialah akhlak yang baik dan di antaranya ialah kita jadi penghibur kepada orang lain. Kita menghiburkan orang sehingga orang terhibur dengan akhlak islamiyyah kita. 

 Bagaimana watak penghibur itu sehingga orang boleh terhibur dengan kita? Contoh :

1. Di jalan raya, utamakan orang lain dahulu, sekalipun jalan kita.
2. Bertanya-tanyalah hal jiran samada Islam atau kafir. Kesusahannya dibantu, sakitnya diziarahi, ketiadaannya dorong kita menjaga rumahnya.
3. Waktu makan di kafe atau restoran, bayarkanlah orang di kanan kiri kita sekadar yang kita mampu.
4. Begitu juga di pasar, bayarkanlah orang yang membeli di sebelah kita lebih-lebih lagi kalau dia miskin.
5. Apabila naik bas, utamakanlah orang tua atau kaum ibu untuk duduk.
6. Kalau ada orang susah meminta, berilah, jangan dikecewakan. Kita berhutang kerananya pun tak mengapa.
7. Hutang orang kepada kita, jangan dipinta. Kalau mereka bayar, Alhamdulillah. Jika tidak, halalkan sahaja.
8. Jika kita bersalah dengan siapa sahaja, minta maaflah. Orang bersalah dengan kita, maafkanlah sahaja sekalipun dia tidak memintanya.

Untuk dapat semua ini, mesti berasaskan cinta dan takut Tuhan. Bila ada rasa cinta dan takut Tuhan dalam ibadah kita, baru boleh lahirkan buah-buah sebegini.

Mengapa?

Sebabnya apabila kita cinta dan takut kepada Tuhan, automatik, kita akan berkasih sayang sesama manusia. Allah campakkan dalam hati kita rasa kasihan kepada makhlukNya. Dan Allah limpahkan rahmatNya kepada kita, suka berbuat baik kepada orang. Akan terdorong dalam hati, rasa ingin membantu dan menghiburkan orang lain.





MENGIDAM BUAH IBADAH YANG SEGAR?

Apakah buah ibadah?

Itulah dia akhlak yang baik. Yang mana bukan sahaja kita selamat, tetapi kita menyelamatkan orang. Kebaikan kita lebat dan manfaatnya merata kepada orang lain. Orang dapat banyak manfaat dari kita. Orang dapat berbagai-bagai kebaikan dari kita.

Kita menjadi penghibur kepada orang dan orang terhibur dengan kita. Inilah sepertimana yang disebut oleh Rasulullah SAW :

“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.” 

Apakah kita sudah jadi seperti itu? Kalau belum, elok “check” benih dan pokok kita tadi yakni ibadah yang kita lakukan. Apakah ibadah kita itu, ambil contoh yang utama seperti sembahyang, sudah betul?

Atau bimbangnya, sembahyang kita itu hanya luaran sahaja, tak melibatkan yang dalam. Sembahyang kita itu, fizikal sahaja menghadap Tuhan, tapi hati entah ke mana-mana. Dalam sembahyang, hati kita membesarkan dunia, bukan Tuhan. Bila mula sembahyang, kita melafaz Allahuakhbar, tetapi ia sekadar lafaz. Hati tak terasa sebegitu. Hati tidak hadir bersama dalam setiap lafaz dalam solat. Fikiran kita melayang entah ke mana. Mungkin di planet pluto?

Kalau benar sedemikian realiti sembahyang kita, mustahil ibadah kita itu dapat membuahkan akhlak. Agak sukar ia dapat melahirkan buah-buah mahmudah(sifat-sifat terpuji). Tidak hairanlah, dunia hari ini huru-hara dibuatnya. Manusia berkrisis di sana-sini, jiran-jiran tiada aman dibuatnya, sesama Islam dengki-mendengki hingga hilang kasih sayang, yang bukan Islam pula jelik dengan perangai buruk orang Islam.

Semua ini hanya boleh dielakkan jika benih dan pokok yang kita tanam itu tepat dan sesuai, hingga boleh mengeluarkan buah yang baik-baik. Itulah dia ibadah yang ada roh. Ibadah yang dilakukan atas dasar cinta dan takut Tuhan. Barulah nanti, buahnya adalah akhlak yang baik. Kita selamat, begitu juga orang lain. Masing-masing menghiburkan satu sama lain.





AKHLAK RASULULLAH SAW IALAH AL-QURAN!

Sebenarnya Allah SWT menciptakan manusia hanyalah bertujuan supaya mereka itu beribadah kepadaNya semata sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :

" Dan tidak Aku ciptakan Jin dan manusia melainkan supaya mereka tunduk mengabdikan diri kepada-Ku."(Al-Zariat:56)

Persoalan akhlak juga amat dititikberatkan oleh Islam ke atas penganut-penganutnya. Malah ianya menjadi tujuan utama utusan Allah, sebagaimana sabda Nabi, mafhumnya :

"Sesungguhnya aku diutuskan ialah untuk menyempurnakan akhlak mulia".

Akhlak dalam Islam adalah bertitik tolak daripada pengabdian seseorang kepada Allah SWT dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Baginda adalah peribadi contoh terbaik. Semua perangai yang bertentangan dengan akhlak Rasulullah SAW adalah dikira tidak berakhlak. Firman Allah SWT. bermaksud :

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling mulia. (Al-Rum:4)
Sayyidatina Aisyah r.a apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW baginda berkata :

"Adalah akhlak baginda SAW itu ialah Al-Quran".

Akhlak adalah umpama buah bagi pokok yang hidup subur, tanpa pokok tiadalah buah, begitu juga dengan ibadah. Tanpa ibadah tiadalah akhlak. Buah yang baik tentunya memerlukan pokok yang hidup subur, begitu juga dengan akhlak yang luhur tentunya memerlukan ibadah yang berkualiti dan dikerjakan secara berterusan. Jika ibadah seseorang itu teguh, teguhlah akhlaknya dan begitulah pula sebaliknya.

Oleh itu pengukur untuk menilai akhlak seseorang sama ada baik atau buruk, perlu dilihat kepada penghayatan seseorang terhadap kandungan Al-Quran secara keseluruhannya.

http://muslimdoktor.blogspot.com/

Kebebasan daripada penjara AUKU kian menyerlah

Keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak sah mengikut perlembagaan kini mendorong mahasiswa untuk berusaha membebaskan diri daripada "penjara AUKU".

Gabungan Mahasiwa Islam Semenanjung (GAMIS) berpendapat, keputusan itu menunjukkan kebebasan itu kini semakin menyerlah.

"Sememangnya AUKU tidak menyokong semangat perlembangaan persekutuan dan bercanggah dengan hak asasi manusia untuk bersuara, berhimpun dan menyertai kumpulan bebas," kata presidennya Ahmad Syazwan Muhammad Hassan.

Dakwanya, walaupun AUKU berjaya menyekat mahasiswa berfikir dan terlibat dalam politik, mutakhir ini kumpulan itu tidak lagi takut berdepannya.

Ini dibuktikan dalam tindakan empat mahasiswa Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencabarkanya di mahkamah yang menjadi sejarah baru dunia kampus.

Sehubungan itu, GAMIS berharap kerajaan menimbang supaya AUKU digantikan dengan akta baru yang "mempunyai roh dan semangat perlembagaan" dan menyunjung prinsip kebebasan bersuara dan berfikir mahasiswa.

"Jika ISA dihapuskan kerana desakan ramai dan tekanan awam, maka AUKU juga sama. Sifat zalim dan menyekat AUKU adalah serupa dan senada dengan apa yang ada dalam ISA," katanya.

Sudahkah kita memahami agama Allah ini?



Sedar atau tidak,ramai manusia menganggap mereka sudah memahami Islam dengan sebenarnya.Maka cukuplah sekadar memakai tudung untuk menutup aurat,solat 5 kali sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadan dan membayar zakat.‎Maka,perlulah wujudnya golongan pendakwah yang akan membawa mereka kembali ke dalam cara hidup Islam yang sebenar termasuklah mengimani hukum yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu hukum hudud.

Untuk menjadikan kalian seorang pendakwah yang sebenar pada jalan Allah,istiqamah mengikuti jalan yang bijaksana dan senantiasa mendapat petunjuk,beliau mestilah memiliki kadar yang boleh diterima tentang kefahaman terhadap ajaran-ajaran agama Allah. Kefahaman terhadap ajaran agama Allah ini lebih awal diperlukan dari keperluan-keperluan yang lain.

Kejelasan tentang manakah halal dan manakah yang haram,manakah yang buruk dan manakah yang baik,mengetahui yang fardhu,wajib dan sunat,mengetahui permasalahan aqidah dan hukum-hukum yang kesemua ini merupakan menara hidayah sepanjang perjalanan dakwah. Maka tidak boleh tidak amat memerlukan kepada memahami ajaran-ajaran agama Islam.

Bertitik tolak dari kenyataan inilah arahan-arahan Al-Quran dan As-Sunnah datang dalam bentuk menarik perhatian kepada nilai kefahaman terhadap ajaran Islam di samping menggalakkannya.


قل هل يستوى الذين يعلمون والذين لا يعلمون


Maksudnya : "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui". (Az-Zumar : 9)


ويرى الذين أوتوا العلم الذي أنزل إليك من ربك هو الحق ويهدى إلى صراط العزيز الحميد


Maksudnya : "Dan orang-orang yang diberi ilmu (golongan ahli kitab) mendapati bahawa wahyu yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itulah yang benar dan menunjuki (manusia) kepada jalan Tuhan yang maha Perkasa lagi maha Terpuji". (Sabak :6)


ثم جعلنك على شريعة من الأمر فاتبعها ولاتتبع أهواء الذين لا يعلمون


Maksudnya : "Kemudian Kami jadikan kamu berda di atas satu syariat (panduan dan peraturan Allah) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui". (Al-Jaatsiyah:18)
 
Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa kita mestilah memahami Islam dengan sebaiknya dengan cara menuntut ilmu supaya kita terhindar daripada perkara yang dimurkai Allah kelak dan sentiasa berkejar untuk melakukan perintah Allah dan suatu kebaikan.

Thank you was all I need



" Thank you for contributing, Sir. And thanks for listening too. "

I replied, briefly, " You're most welcome, do keep up the good work, " and with a big smile, I left the Chinese lady I was talking to, who is a fundraiser for The Budimas Charitable Foundation. BUDIMAS is a reknown organisation in Malaysia, heavily involved in the care of orphaned and underprivileged children in the country.

I was approached by the lady who was at her Budimas booth, just as I was about to enter into the Cold Storage supermarket in Subang Parade. As our conversation ended and I made my way into the supermarket, I suddenly thought to myself about her very last sentence to me before we parted ways.

"...And thanks for listening too."

Those few words might not mean anything to some, but I took it quite profoundly for unknown reasons. To me, it showed the deep appreciation of the fundraisers to the people who actually did spare a few of their precious minutes to stop, and listen to what they have to say. I'm sure the fundraisers must have gotten so used to people ignoring them, passing by them as if they are not there.

That was when I told myself,

" I think I should thank you instead. For persevering to approach people even though mostly ignored you. For persevering to do a noble cause for the benefit of someone else and not just for yourself. "
I will always have a soft spot for altruism.


@>---~---<@


Last weekend, I was privileged to be invited as the main speaker in a summercamp event which took place in Sungai Congkak, Hulu Langat. The event, called " Weekend with AJ " with the main theme, " Transformers : Rise of The Fallen ", was participated by Malaysian university students from both local and foreign (ie United Kingdom and Ireland) institutions. The event was organised by a group of aspiring Malaysian students from Cork, Ireland who named their association as AtapHijau. The other invited speaker was my dearest friend, Imran Koyube, who is the current President and co-founder of the impressive ILuvIslam.

I was entrusted with the responsibility of delivering talks on four different topics, with my sessions being on Saturday morning and evening, as well as Sunday morning. Even though I could claim to be quite used to giving talks to vibrant youths via my personal experiences in the past, never have I been asked to become the main speaker for an event, and to deliver as many as four talks. Given the fluctuating state of my health condition, I was slightly concerned that I wouldn't be able to live up to the expectations of the organizers. What more, the organizers seemed to have done tremendous work in ensuring that the event would be a successful one, thus I know the talks must be equally impressive to achieve the objectives already listed.


Even though there were slight doubts on whether I would be able to cope given my health condition, I believed I could do this. An immense task it seems, the thought of contributing my part in developing my society just seemed an opportunity too hard to resist. A similar situation happened back in December 2009, when I decided to accept the invitation to give a talk in a winter camp event in Birmingham, United Kingdom, just a few weeks after having my high dose chemotherapy and autologous stem cell transplant. I just love the thought of 'giving' to others, thus providing me with the strength to withhold any challenges that might come my way.

The main challenge I discovered in delivering my talk in Sungai Congkak was the travels I had to make, which had its toll on my stamina. I decided to commute to Sungai Congkak on both days of my talk instead of staying at the event's accommodation for two reasons;

i) my strict diet regime makes it easier for me to have my meals at home.

ii)I was worried that I might not get good rest at the venue's accommodation and thus possibly affecting my performance to deliver the talks.


Every trip would take me about 45 minutes, longer if the traffic was congested. On Saturday, I made 4 trips altogether, back and forth, that by the time I reached home that night, I was totally knackered. Tired I was, I still had to finish up the powerpoint slides for the next day's talk and I must admit, a sense of frustration almost crept in. I almost blamed it on my cancer, believing that the Mas Afzal 3 years ago, free from cancer, would never struggle with this sort of pace.

But that was when I put such negative thoughts aside, and reminded myself to be thankful to Allah that in spite of my condition, I am not bed-ridden, in fact I'm well alive and kicking. That's more than I can ask, given my state. Eventually, I opened up my laptop and got on with completing my slides for the next day. Aiysha, my dearest sister, kindly enough gave me a therapy massage of my head and shoulder just to ease the accumulating tension building in my head. Mom, as usual, provided me with the words of encouragement. That's what families are for, aren't they?

In the end, I was generally satisfied with the talks I've delivered throughout the two days. There will inevitably be some loopholes here and there in my presentation, but these are always rooms for improvements. All I can hope for is that the participants, the youthful leaders of our future, have benefited from the content of my talks and are inspired to play their part to the society.

I wish I could tell each and everyone of them, that

" If I am not letting this terminal cancer

of mine stopping me from 'giving' to humanity, then what more for them, all fit and well. Let us all RISE to glory! "
When some of the participants came up to me personally before I left the place and said,

" Terima kasih abang. "
that was all that I needed to rejuvenate my tired mind, body and soul. Looking at their bright faces and witnessing the exuberance radiating from it is a therapy to the pain I suffer from my cancer. I guess it's true what they say, it is in giving that we actually receive. We receive the satisfaction in life. We receive the true meaning of being alive, that is to be of benefit to others.


And the best people are indeed those who are most helpful or beneficial for other people. Allah knows best.
 
www.iluvislam.comoleh : Mas Afzal Masarudineditor : IskethaykaL

Memahami Hukum Hudud


Muqaddimah.

1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. 

Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke  36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

maksudnya :

"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

maksudnya :

"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"

4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya  adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."

5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

bersambung ......
 
Ustaz Nasaruddin Bin Hassan
Ketua Pemuda PAS

Hudud dan beberapa gambaran salah


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
http://drmaza.com/home/?p=1624#more-1624

Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.

Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir (discretionary punishment). Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya.

Seseorang muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisma mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.

Justeru itu, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata:
 
"Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis" (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A'lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi/1407H)
 
Demikianlah gambaran tanggungjawab pemerintahan yang ada dalam pemikiran beliau. Tanggungjawab menyebarkan kebajikan, pembahagian harta yang adil dan amanah serta kebaikan untuk rakyat di segenap lapisan masyarakat. Tanggungjawab inilah yang beliau takut dan bimbang Allah hukum beliau di akhirat kelak. Inilah asas kerahmatan dalam kepimpinan negara yang berdasarkan wahyu Allah. Tanggungjawab pemerintah di hadapan Allah tentang kebajikan rakyat lebih ditakuti dibandingkan di hadapan rakyat sendiri atau 'suruhanjaya rasuah'.
 
Itulah gambaran negara yang sepatutnya berada dalam pemikiran umat Islam yang cintakan Islam. Para sarjana Islam telah lama memperkatakan hal ini. Muhammad bin Ka'ab al-Qurtubi apabila diminta oleh 'Umar bin Abd al-Aziz untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya:
 
"Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Demikian juga kepada wanita. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau".( Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar'iyyah, 1/202. Beirut: Muassasah ar-Risalah/1417H)
 
Membezakan Jenis Jenayah
 
Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri. Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.
 
Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan. Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H):
 
"Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan, jika tidak ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran. Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui". (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah/1405H)
 
Hudud Dan Hak Privasi
 
Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti privacy individu akan terganggu. Intipan di sana-sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak. Ini diburukkan lagi dengan gambaran perlaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama di sesetengah tempat apabila mereka seakan memasang 'spy' dalam mencari pelaku maksiat peribadi. Hal ini amat salah dan bercanggah dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12:
 
 (maksudnya) :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang.."
 
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
"Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan". (http://www.qaradawi.net/library/53/2534.html.)
 
Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada 'Abd ar-Rahman bin 'Auf :
"Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat.
Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan 'Abd ar-Rahman-: "Kau tahukah ini rumah siapa?". Jawab: "Tidak". Kata Umar: "Ini rumah Rabi'ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?". Kata 'Abd ar-Rahman: "Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: "Jangan kamu mengintip". Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka".( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi).
 
Akibat dari amalan yang salah memberikan gambaran yang salah tentang hudud. Islam dalam urusan jenayah atau maksiat peribadi tidak membongkar yang tertutup, sebaliknya hanya mencegah yang nyata dan zahir sahaja. Seperti kata al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) :
 
"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini" (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990).
 
Membina Masyarakat Yang Pemaaf
 
Dalam perlaksanaan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah atau berkuasa. Sebaliknya, hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi SAW:
 
"Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: "Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini". Jawab Nabi s.a.w: "Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan".

Lalu baginda membaca firman Allah: "Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)" (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).

Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan 'mengidam' untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka 'penolong syaitan'.
 
Hudud Memerlukan Ijtihad Baru
 
Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira.
 
Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir (discretionary punishment).

HUDUD:PENDIRIAN RASMI PAS

 



KENYATAAN MEDIA


1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing,  maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut.

Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah.

Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.


Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
PAS Information Chief
30 September 2011

Pembinaan Semangat Gerak Kerja Berjemaah


Assalamualaikum

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Mahasiswa Islam yang dibentuk oleh proses tarbiyah susunan manhaj PMRAM menjadikan seseorang tersebut matang dalam bertindak dan mengeluarkan kenyataan. Mereka yang terkesan dengan pentarbiyahan ini sesekali tidak akan mencari musuh bahkan sentiasa mencari mad'u untuk ditarbiyah dengan cara Islam.

Pembentukan individu muslim semata-mata tidak cukup untuk meneruskan survival dakwah yang diwariskan oleh Baginda Rasulullah SAW kepada umatnya. Akan tetapi sesebuah gerakan dakwah perlu menerapkan satu lagi konsep yang cukup penting iaitu Pembentukan Semangat Gerak Kerja Berjemaah.

Melihat kepada sejarah mulia Nabi Muhammad SAW, kita akan menemui kebijaksanaan baginda merangka strategi bagi menyatukan hati umat Islam serta melaksanakan tugas dakwah secara berjemaah.

Ketika zaman perutusan Rasulullah SAW, Islam datang bagi memperbetulkan akidah serta syariat umat ketika itu. Puak Yahudi yang sering menimbulkan pertelagahan antara Kaum 'Aus dan Khazraj menjadi hairan apabila formula yang digunapakai oleh Rasulullah SAW mampu menyatukan hati-hati 2 kaum tersebut.

Di dalam merangka strategi peperangan Khandak, Rasulullah SAW melaksanakan perbincangan bersama para sahabat bagi mendapat keputusan terbaik menghadapi serangan pihak musuh iaitu kaum musyrikin.

Dalam membawa agenda dakwah, PMRAM juga tidak terlepas bagi melaksanakan konsep pembentukan semangat gerak kerja berjemaah. Fikrah yang dibawa oleh PMRAM tidak akan mencapai maksud melainkan ianya didokongi oleh para fasilitator PMRAM.

Sebab itulah PMRAM begitu serius melaksanakan program, melaungkan slogan keramat, menyusun manhaj pengkaderan serta menyatukan fikrah mahasiswa-mahasiswi BKAN dan DPM.

Di dalam Al-Quran Allah SWT menyebut ciri-ciri yang perlu diterapkan oleh sesebuah gerakan kepada umat Islam agar mereka bukan hanya memiliki peribadi muslim bahkan mempunyai fikrah dakwah melalui sesebuah gerakan. Atau dengan bahasa mudahnya, gerak kerja secara berorganisasi.


وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

"Dan berpeganglah kamu semua dengan tali (agama) Allah SWT, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah SWT kepada kamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah SWT menjinakkan antara hati kamu, lalu kamu menjadi orang-orang yang bersaudara kerana nikmat Allah SWT, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah telah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah SWT menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu agar kamu mendapat petunjuk."

1.Berpegang teguh dengan agama Allah SWT ( اعتصام بحبل الله )
Segala undang-undang, etika, gerak kerja yang dilaksanakan mestilah berpandukan kepada Al-Quran, Sunnah serta Ijmak para ulamak. Bagi merealisasikan perkara ini, PMRAM menggubal dasar pembawakan berpandukan kepada kehendak Islam. Tuntutan semasa menjadi keutamaan dalam menyusun manhaj pentarbiyahan. Prinsip asas yang wajib adalah PMRAM merupakan gerakan mahasiswa yang membawa agenda Islam.

2. Tidak berpecah-belah ( عدم التفرق )
Prinsip yang dipegang oleh PMRAM ketika melaksanakan program adalah bersatu. Sifat bantu membantu perlu wujud dikalangan mahasiswa Islam bahkan PMRAM menerapkan sifat ini di dalam pembawakan BKAN dan DPM.

Kewujudan unsur-unsur perpecahan di tengah-tengah mahasiswa-mahasiswi menjadikan PMRAM bertindak menghapuskan jahiliyah tersebut. PMRAM sesekali tidak pernah mengajar ahli menubuhkan persatuan yang baru akibat tidak berpuas hati dengan pembawakan persatuan lama.

3. Penyatuan hati ( تأليف القلوب )
Slogan keramat 'Satu Fikrah Satu Amal' yang dilaungkan oleh PMRAM disambut baik oleh BKAN mahupun DPM. Masalah yang dihadapi oleh BKAN atau DPM dihadapi bersama-sama. Baru-baru ini, salah satu usul yang dipersetujui dalam Muktamar PMRAM 2011 adalah membantu survival Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Isu zakat yang terjadi di kalangan mahasiswa-mahasiswi Terengganu dihadapi bersama dengan BKAN dan DPM yang lain. Dengan fikrah penyatuan hati yang diterapkan oleh PMRAM selama ini, mahasiswa-mahasiswi yang disekat zakat bertahan untuk mendapatkan semula hak mereka.

4. Persaudaraan Islam ( الأخوة الإسلامية )
Walaupun berbeza negeri, fakulti mahupun bidang pengajian, PMRAM begitu serius menerapkan sifat ukhuwah di dalam melaksanakan program dan aktiviti. PMRAM menolak program mega yang menyebabkan pertelingkahan dikalangan mahasiswa.

Biarpun program berbentuk sederhana yang dilaksanakan, tetapi hasilnya adalah ukhuwah islamiyah yang wujud dikalangan mahasiswa Islam. Pergaduhan dan hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian dan kemunduran sesebuah gerakan.

Semoga dengan prinsip yang diajarkan oleh Islam ini mampu kita amalkan dalam arena dakwah mahasiswa. Bukan mudah untuk menjalankan konsep ini melainkan ianya didokongi oleh fasilitator PMRAM yang faham dan semanngat.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime
Penasihat

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates