Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

YAKIN DENGAN JANJI ALLAH - TG PRESIDEN



"Untuk menang bukan mudah, perlukan pengorbanan.."
22 Rabi'ul Akhir 1432 H | 27 Mac 2011

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan 
walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.
“Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

“Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini,” ujarnya.


“Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan,” ujarnya lagi.


Justeru, tegasnya perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan.


Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan membacakan dua rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930-an dalam usia muda.  


"Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa  yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti." - Harakahdaily

Apa nak jadi?

Warga Kuantan berdemo bantah Lynas di parlimen

Lebih 100 penduduk Kuantan bergerombolan dalam empat buah bas pagi ini bagi membuat demonstrasi aman membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Mereka terdiri daripada aktivitis termasuk dari NGO, Save Malaysia.

Menurut mesej yang dihantar oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, warga Kuantan yang sampai sekitar jam 9.30 pagi itu telah dihalang oleh pasukan polis dan FRU.

Sementara itu, menurut Ketua Pemuda PAS Pahang Suhaimi Saad, yang turut menyertai penduduk Kuantan ke parlimen itu, hanya 10 orang wakil penduduk yang dibenarkan memasuki parlimen.

Manakala yang lain berkumpul di hadapan pengawal parlimen sambil mengibarkan banner dan melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive dan Selamatkan Malaysia".

Lynas Corp ialah syarikat dari Australia, yang diizinkan beroperasi oleh kerajaan Pahang bagi projek bernilai RM700 juta itu. Syarikat berkenaan memproses bahan dari Australia, sementara sisa pemprosesannya yang mengandungi radioaktif akan dibuang di Kuantan.

Lynas, sebelum ini dikatakan telah ditolak di China dan negeri Perak daripada beroperasi kerana bimbangkan risiko.

Menurut Fuziah, pembuangan radioaktif itu di Kuantan, walaupun lima peratus, tetapi ia boleh memberi kesan seperti kanser dan kecacatan.

Kepentingan politik untuk menegakkan daulah Islamiyah

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا




{Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.} ( anNisa’ : 58)


Ayat di atas menunjukkan Allah memerintahkan umat Islam agar menyerahkan amanah mereka kepada orang yang layak. Dan di antara amanah yang paling besar ialah amanah untuk ‘menegakkan agama dan memerintah dunia ini dengan agama itu- إقَامَةُ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنيَا بِه ’.


Ini adalah amanah kepimpinan ummah dan negara. Kerana kewujudan kepimpinan ummah dan negara (politik) ialah untuk menegakkan agama dan memerintah dunia (politik) dengan agama itu. Oleh itu menjadi kewajiban apabila memilih pemimpin negara dan politik hendaklah memilih yang layak memikul amanah itu.

http://www.anwaribrahim.info/wp-content/uploads/2008/11/parti-islam-se-malaysia.jpg


Allah telah perjelaskan kepada kita ciri-ciri kepimpinan yang layak. Antaranya ialah :
إِنَّمَا وَلِيُّكُمْ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (55) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمْ الْغَالِبُونَ
{ Sesungguhnya pemimpin kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan mereka tunduk (kepada Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang} . (al-Maidah 55-56)



Kita tidak dapat melantik kepimpinan politik negara setakat ini melainkan melalui proses politik yang ada sekarang ini. Oleh itu menjadi tanggung jawab kita untuk melibatkan diri dengan perjuangan politik untuk menggangkat pemimpin politik dan negara yang layak. Melantik orang yang tidak layak untuk memikul amanah yang besar itu akan membahayakan ummah dan negara.


Sabda Rasulullah saw : Jika amanah disia-siakan, tunggulah saat kehancuran. Ada sahabat bertanya : bagaimana menyia-yiakannya ? Baginda saw menjawab : jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya (al-Bukhari)


Begitu juga Allah memerintahkan kita melaksanakan dan menghukum manusia dengan adil. Bagaimana kita hendak menghukum manusia dengan adil kalau kita tidak menguasai pemerintahan negara. Kita perlu kepada pemerintahan untuk mengubah dasar perundangan negara agar dasar itu berada dalam acuan Islam.


Bila dasar perundangan telah Islam, barulah mahkamah dapat memutuskan hukum berdasarkan hukum Islam yang adil. Ini juga memperlihatkan kepada kita betapa perlunya kita menegakkan pemerintahan Islam yang mana cara untuk menegakkannya adalah kembali kepada penglibatan dengan kerja-kerja politik.


Berkata Imam al-Mawardi : Tidak ada perbedaan pendapat di kalangan para ulama’ bahawa hukum menegakkan khilafah (daulah) adalah fardhu kifayah, seperti jihad dan sebagainya…(2)

Berkata Sheikh Taqiyuddin an Nabhani : Tanpa adanya daulah, kewujudan Islam sebagai aqidah dan sistem kehidupan akan menjadi pudar, yang ada hanya Islam sebagai upacara peribadatan serta sifat akhlakiyyah semata-mata. Kerana itu daulah Islam harus tetap ada dan keberadaannya bukan untuk sementara. (3)


Berkata asSyahid Abdul Qadir Audah : Sesungguhnya Islam mewajibkan seluruh manusia mematuhi seluruh hukum yang diturunkan Allah danmewajibkan mereka supaya berhakimkan kepada hukum itu dan menjalankan hukuman dan pemerintahan dengan hukum yang diturunkan Allah sahaja, bukan dengan hukum lain. Pengertian dan kesimpulan dari semuanya ialah bahawa hukum dan pemerintahan itu adalah salah satu dasar dan sumber asli Islam, yang merupakan tiang tempat tegaknya dan doktrin Islam (4)


Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi : …ijma’ umat yang kukuh, yang diyakini sepanjang sejarah, bahawa Islam adalah aqidah dan syariah, agama dan daulah, ibadah dan qiyyadah, salat dan jihad, bahawa Rasullullah saw adalah pemimpin pertama bagi daulah Islam, dan para penganti baginda selepas itu juga mengikuti jalannya yang telah diterokai…(5)


Berkata Dr al-Qardhawi lagi : Sejarah Islam telah mengungkapkan kepada kita bahawa Rasullullah saw telah berusaha sedaya mungkin dengan mengerahkan kekuatan dan pemikiran dengan dukungan wahyu untuk mendirikan daulah Islam bagi dakwah dan penyelamat ummah (6)

Proaktifkah anda sebagai pejuang?

Proaktif, berstrategi dan berakhlak. Ini peranan kita dalam gerakan Islam kerana apa yang kita cari di akhir nanti adalah daripada setiap amalan kita yang mendapat redha dan 'lampu hijau' daripada Allah. Ahli gerakan Islam yang proaktif menggunakan masa dan tumpuan mereka kepada penyelesaian, bukan permasalahan.



Semua orang boleh melihat masalah, tetapi orang berjaya sahaja yang yang mampu melihat jalan penyelesaian. Kita sebagai orang mukmin, pasti akan diuji di medan perjuangan ini. Tatkala kita diuji, asyik mengeluh dan merungut masalah, masalah dan masalah, kita sebenarnya akan gagal sebelum gagal. Tribulasi dalam perjuangan adalah sebagai kayu ukur sejauh manakah keberkesanan tarbiyah.



Jangan kita lemah dan berputus asa dengan seribu satu masalah dan luaran yang berduyun-duyun datang merapati kita.



Proaktif bermaksud, mengambil kawalan dan tanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Kita tidak meletakkan kualiti hidup kita atas sesuatu yang kita tidak boleh kawal.

Tidak menafikan masalah di pihak lain, tetapi melihat perubahan dan penyelesaiannya berada di tangan sendiri.


“Ana tak boleh buat apa-apa, kalau usrah macam ni, tak tersentuh hati, macam mana nak terus semangat dalam dakwah?”, kata seorang daie dalam sebuah jemaah. Susahlah begitu. Mungkin dia kena keluar masuk jemaah lain, atau duduk dengan jemaah yang hanya menyentuh soal hati.

“Kalau ukhuwah gloomy macam ini, saya memang depressed. Nak buat kerja pun rasa tak ada kebersamaan. Tak semangat!”, kata seorang lagi daie.


Kenyataan-kenyataan seperti ini, adalah seperti meletakkan remote controller kehidupan kita di pihak lain. Kita gembira atau sedih, kita bahagia atau derita, semua ditentukan oleh orang lain.

Tahap ukhuwah yang akan menentukan mood dan semangat juang kita.

Naqibah usrah yang akan menentukan saya boleh jadi baik serta semangat atau tidak dalam perjuangan.


"Pujuklah dirimu wahai si pengeluh, agar menjadi salah satu antara dua. Sama ada menjadi penyumbang kecemerlangan, atau menjadi penawar diri kepada penyelesaian. Bagi yang berjuang sekadar di pinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya Syurga tidak begitu mengalu-alukan penonton yang budiman."

-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Perbezaan yang jelas!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T..

Sudah lama rasanya tidak menulis sesuatu di sini.Namun, banyak perkara yang berlaku.Walaupun pilihanraya di Kerdau dan Merlimau sudah pun habis, namun saya kira isu yang dimainkan oleh BN amat tidak berasas sekali. Mereka mengatakan PAS telah menggadaikan prinsip Islam setelah bekerjasama dengan DAP dalam pakatan rakyat! Huh, mereka betul-betul melampau.Menyebarkan fitnah hanya kerana ingin menang! Begitu kotor taktik yang dimainkan! Mari ikuti penjelasan oleh Ustaz Idris Ahmad...

Perbezaan Kerjasama Pas Dengan PR Dan Kerjasama Umno Dengan BN
Idris Haji Ahmad
1/3/2011

Isu Yang Timbul
Pas dituduh bekerjasama dengan Dap, yang merupakan parti China.
Persoalannya apakah Mca dan Gerakan bukan parti China?
Pas sudah menggadaikan dasar Islam sejak bersama dengan PR.
Benarkah tuduhan itu?
Benarkah Pas rugi?


Hujah Pas

Pas ingin menegaskan bahawa kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat ialah Tahalluf Siasi untuk menentang perkara yang zalim dan memperjuangkan maslahat umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.


Pas berdalilkan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari qabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia meminta pertolongan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya , lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah saw telah bersabda,



“Daripada Talhah bin Abdullah bin Auf, bahawa Rasulullah saw bersabda”sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang amat aku suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”
Perbezaan Kerjasama Pas dan Umno
1.Perlu ditegaskan kerjasama Pas dengan bukan Islam ialah “Tahaluf Siasi” tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh Pas.

Sedangkan kerjasama umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk “wala’, yang menggadaikan prinsip Islam.


2.Pas sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. Pas sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik Pas bekerjasama dengan Bn untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.


3.Pas tidak menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika Pas bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya umno yang bekerjasama dengan Mca,Mic,Gerakan dalam Bn, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007, menutup surau di Puchong Perdana.



4. Tahaluf Siasi membolehkan Pas melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.



Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam memerintah, telah mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.



5.Kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat menentang undang-undang zalim seperti ISA, AUKU, OSA, Akta mesin cetak dan beberapa peraturan yang zalim. Sedangkan umno dengan rakan-rakan bukan Islam menyokong akta ISA walaupun bertentangan dengan Islam.



Pas tidak boleh bersatu dengan parti yang mengekalkan dasar zalim walaupun satu bangsa. Bukan Pas tidak sayang kepada bangsa, tetapi Pas tidak boleh bersama dengan bangsa yang khianat bangsa.


6.Kerjasama Pas dengan bukan Islam berusaha untuk memelihara harta negara supaya tidak musnah.
Kerjasama umno dalam BN telah mengkhianat khazanah negara, sehingga dikatakan oleh Datuk Idris Jala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, negara akan muflis pada tahun 2019 (8 tahun lagi).
7.Kerjasama Pas dengan PR telah menjinakkan orang bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih dekat



Umno bekerjasama dengan BN telah meliarkan orang bukan Islam dengan Islam. Contohnya Presiden Mca Datuk Dr Chua Soi Lek yang mempertikaikan hukum salam lelaki dengan perempuan ketika pilihanraya kecil Tenang. Menariknya yang menjelaskan kekeliruan ini ialah rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat. 53 tahun umno dengan Mca, tetapi gagal menjinakkan Islam walaupun dalam perkara asas.



8.Kerjasama Pas dengan PR bersatu menentang kezaliman yang dilakukan ke atas Kelantan dalam isu royalti minyak.



Kerjasama umno dengan Mca, Gerakan sanggup menindas sesama bangsa. Bertindak menyalurkan minyak ke Songkla walaupun JDA (Pendaratan minyak dan gas) sejauh 270 km, sedangkan ke Kelantan hanya 150 km, daripada Songkla ke Kedah pula 180 km. Bukankah ini kerjasama yang menindas sesama bangsa?



9.Kerjasama Pas dan PR mengukuhkan lagi kerusi parlimen orang Melayu/Islam, sedangkan kerjasama umno dan BN mengurangkan kerusi Melayu Islam di parlimen.



Umno menakutkan rakyat, dakwaan kerusi parlimen orang Melayu akan terhakis jika calon umno BN tumbang kepada Pakatan Rakyat. Walaupun hakikatnya kerusi Melayu bertambah di Parlimen apabila Pakatan Rakyat memerintah. Contohnya di Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan S.Vigneswaran a/l Msanase (MIC), Tan Sri Khalid Ibrahim telah memenangi kerusi Parlimen dengan menumpaskan calon BN Datuk Tan Chai Ho (MCA) yang telah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal sebelum ini. Datuk Kamarul Baharin PKR menewaskan Datuk S. Sothianathan Naib Presiden MIC, begitu juga Allahyarham Dr Zainal Abdin Ahmad menewaskan Datuk Palanivan Timbalan Presiden MIC di Hulu Selangor. Apa yang pelik pemimpin umno meratib, bila calon Bn kalah, kuasa melayu hilang, dan inilah juga dibincang dalam kursus Biro Tata Negara. Inilah antara strategi untuk menakutkan pengundi melayu. Pelik bin ajaib apabila kerusi yang tradisi ditanding oleh umno diberikan kepada bukan Melayu, walau pun majoriti hampir 70 %, contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Tan Lian Hoe menang menewaskan Dr Lolo’ Haji Ghazali Pas, begitu juga kawasan parlimen Gerik 2008 ditandingi oleh Datuk Tan Lian Hoe menewaskan Saudara Haji Mohd Nor Abd Rahman Pas. Apakah hendak salahkan DAP yang menyebabkan kerusi parlimen semakin berkurangan.



Sedangkan sebanyak 17 kerusi parlimen majoriti melayu Islam diberi kepada bukan melayu Islam hasil perkongsian umno BN, antaranya Alor Setar, Padang Serai,Grik,Lumut,Tanjung Malim, Cameron Highland, Raub, Hulu Selangor,Wangsa Maju, Alor Gajah, Air Hitam, Simpang Renggam, Teberau, Putatan,Beluran, Batu Sapi dan Tawau



Semoga dengan penulisan ini menjawab keraguan yang telah ditipu oleh umno.



Apakah Pas dan PR yang khianat atau Umno Bn yang khianat?



Kalau jawab pun biarlah dengan ilmiah, bukan emosi.

Menggapai Keikhlasan~



Ketahuilah wahai para aktivis dakwah…


Untuk menggapai keikhlasan ada lima hal yang perlu engkau perhatikan.

Pertama, hendaklah setiap amal yang engkau lakukan semata-mata hanyalah mengharapkan rahmat Allah swt.

Kedua, setiap aktivitas, amal perjuangan, dan perikehidupan sosial harus sesuai dengan tuntunan syariat Allah swt.

Ketiga, senantiasa bermuhasabah ‘mengevaluasi diri’, apakah sebenarnya yang engkau inginkan dari dakwah ini? Motivasi apakah yang hendak engkau capai dari misi yang mulia ini, apakah mengajak manusia ke jalan Allahswt., ataukah untuk kepentingan diri dan kelompoknya?

Keempat, senantiasa memperhatikan segala perbuatannya, apakah sudah sesuai dengan apa yang diucapkan lisannya?

Kelima, senantiasa waspada terhadap tipu daya syaitan yang senantiasa ammaratun bis suu’ (mengajak berbuat kejahatan), dan mendorong para aktivis berbuat riya’ dan memburu popularitas.

Seorang aktivis harus senantiasa mengingat dan menjadikan hal-hal di atas sebagai sebahagian keperibadiannya. Itulah yang harus engkau tampilkan di tengah-tengah masyarakat dengan penuh ‘izzah.

Tugas seorang aktivis adalah melaksanakan dakwah dengan penuh ikhlas dan istiqamah dalam menapaki perjalanan dakwah. Kita tetap yakin, bahawa suatu saat Allah akan melimpahkan rahmatNya kepada masyarakat berupa terpimpinnya mereka dengan syariat-syariat Islam, menaruh simpati, menyambut dakwah, dan menerima petunjuk Allah swt. dengan penuh kepatuhan, keinsafan, dan tanpa paksaan.


" Pemuda-pemudi Islam harapan agama mestilah mempunyai hubungan dengan PenciptaNya, supaya niat suci membawa agamaNya bukan sahaja sekadar percakapan, tetapi membuktikan kefahaman tujuan dia membawa agama Allah"

Komunikasi?

BAGAIMANA MENANGANI
KOMUNIKASI & INTERAKSI
DALAM JAMAAH INI

Saya bukanlah pakar motivasi dan juga psikologi. Cuma saya ada terbaca satu artikel seketika dulu dan mengingatkan saya beberapa isu yang ditimbulkan dalam komunikasi dan interaksi harian kita . Agak menarik dan wajar kita kongsi bersama .

Sebelumnya , Islam sendiri ada meletakkan formula atau prinsip umum berkait komunikasi dan interaksi agar kita dapat membentuk satu hubungan yang harmonis dan mencetus suasana damai .

Lebih - lebih lagi untuk hubungan kita sesama anggota Gerakan Islam dan antara kita sesama muslim yang lain . Contohnya firman Alah swt :

ادع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين

Serulah ( manusia ) agar kembali kepada Jalan Tuhanmu dengan hikmah ( bijaksana ) dan nasihat yang baik serta dialog/debat dengan mereka dalam suasana yang baik ( untuk tegak kebenaran ) . Sesungguhnya Tuhanmu , Dialah yang Maha Mengetahui perihal mereka yang tersasar ( sesat ) dari jalanNya dan Dialah jua Yang Maha Mengetahui siapa pula yang mendapat petunjuk .

Surah An Nahl . Ayat : 125

Petunjuk ayat :
Ayat ini telah meletak asas komunikasi dan interaksi dalam berdakwah mengajak manusia agar menerima risalah as samawi .

pertama : Bijaksana ( hikmah )
Kedua : Nasihat/tunjuk ajar yang baik ( Mauizah )
Ketiga : Dialog atau debat secara baik untuk mencari kebenaran dan keadilan ( mujadalah )

Firman Allah swt :

و عباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا إذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما

Hamba Allah ( ar Rahman ) ialah orang yang menjalani kehidupan di atas muka bumi secara merendah diri ( tidak sombong/angkuh ) dan apabila berkomunikasi dengan orang yang jahil mereka bercakap secara harmonis .

Surah al Furqan . Ayat : 63

Petunjuk Ayat :

Ini pula antara disiplin rabbani yang membentuk karektor kita sebagai insan yang layak mendapat rahmat Allah swt ialah :

Pertama : Merendah diri ( tidak angkuh/ego )
Kedua : Bercakap dengan baik ( sejahtera dan harmoni - tidak sinis dan menyakitkan )

Firman Allah swt :

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة أولئك الذين هداهم الله و أولئك هم أولوا الباب

( Antara sifat insan rabbani ialah ) orang - orang yang mendengar perkataan lalu ia ( hanya ) mengikut apa yang terbaik dan mereka adalah orang yang telah mendapat petunjuk Allah dan mereka adalah golongan intelektual .

Surah az Zumar . Ayat : 18

Petunjuk Ayat :

Sekali lagi Allah mendidik manusia agar tidak cepat menunjuk sikap menolak atau menidakkan orang lain sebaliknya dengar terlebih dahulu lantas buat pertimbangan untuk menerima apa yang baik sebagai tauladan sementara yang tidak baik diabaikan untuk menjadi sempadan . Sikap sedemikian disebut oleh Allah sebagai sifat para intelektual atau cendikiawan atau lebih jelas disebut sebagai orang yang memiliki aqal fikiran yang baik .

Kesilapan yang selalu berlaku dan perlu diberi perhatian .

Terkadang suasana harmonis dan damai ini sering tercabar dan tergugat angkara "lemah" atau "salah" komunikasi . Lebih malang dakwah dan mesej perjuangan kita juga turut terencat keberkesanannya lantaran komunikasi dan interaksi yang "rambang"

1 . [ Merasa diri hebat. ]

Samaada dalam kenyataan atau ucapan , kita sering dengar orang berkata " saya yang buat...." " saya yang beri ..." " saya lah yang mengasaskan....." " sayalah yang lakukan ...."

Mungkin secara umumnya , orang akan melihat ucapan seperti itu membawa kepada "ananiah" atau ke"aku"an dan ke"saya"an atau dengan maksud lain , hanya ana , hanya aku , hanya saya .....

Merasa diri hebat dan ditunjukkan pula dihadapan ramai adalah satu akhlak yang tidak baik malah sangat tidak disukai oleh orang lain . Sebagai ahli jamaah , kita sewajibnya mengelak dari menggunakan ayat - ayat sedemikian dalam komunikasi dan interaksi kita justeru kesannya amat buruk kepada hubungan ukhuwwah dan dakwah kita .

Sepatutnya kita [ merendah diri ]

Apa yang perlu ialah merendah diri walau kita hebat . Contohnya dari segi akademi kita "Phd" , jawatan kita "Ydp" , pengalaman kita "senior" , Penglibatan kita "veteran" , ilmu kita "ustaz" dan sebagainya adalah sekali - kali tidak salah jika kita merendah diri , malah kehebatan kita tidak terjejas hanya kerana kita merendah diri sebaliknya diri kita lebih dihargai .... tak percaya , tanyalah orang ramai ! tanyalah ahli ! bukalah al quran .... kita akan temui kebenarannya.

2. [ Merendahkan Orang Lain ]

" Awak telah silap.... " . " Awak apa Tahu.... " , " Kenapa awak buat begini .... " " Awak lupa ..."

Ayat sebegini pula mempunyai nilai merendahkan orang lain atau menafikan kebijaksanaan orang lain dan menonjolkan elemen negatif terhadap pihak lain seolah - olah kita menidak dan menghukumnya dalam perkataan kita .

Mungkin kita tidak bermaksud demikian , tetapi nilai komunikasi dan interaksi kita merosot dan persepsi terhadapnya negatif . Orang tidak suka kita menggunakan ayat seperti meng"hujum" atau menyerang mereka walau tidak bermaksud menyerang .

Justeru , kita boleh elakkan atau berhati - hati ketika menggunakan perkataan "awak" dan "kenapa" walaupun ia hanya sekadar ingin bertanya dan memohon penjelasan kerana ia seolah - olah mempersoalkan kebijasanaannya .

Biasanya orang guna "awak" dan "kenapa" dengan maksud di atas dalam debate untuk mematah hujjah lawan , ertinya ia tidak sesuai dalam komunikasi dan interaksi untuk membentuk suasana harmonis dan damai antara ahli - ahli jamaah Islam apatah lagi terhadap madu'u kita .

3. [ Panjang - panjangkan Perkara Remeh ]

Apabila kita bercakap sesuatu isu , tidak perlu kita babitkan perkara - perkara lain yang tidak ada sangkut paut dengan isu asal apalagi kalau ianya adalah perkara remeh temeh . Meskipun ia remeh , tetapi sikap kita memanjangkan perkara remeh akan merosakkan komunikasi dan interaksi kita sesama ahli Jamaah .

Termasuklah sikap suka bertengkar , bertekak atau bertegang urat dalam perkara yang tidak perlu semata - mata ingin menang pendapat , menang idea , menang pengaruh dan 1001 macam menang yang kita dambakan . Kenapa kita tidak beralah sesama kita .... ?

Inilah beberapa perkara yang saya mahu kongsikan dengan sahabat semua . Sedikit sebanyak saya juga mesti belajar bagaimana memperbaiki dan meningkatkan mutu komunikasi serta interaksi . Semoga berjaya .

Anda agen Penerangan...!

SEMUA AHLI ADALAH AGEN PENERANGAN PAS


26 Muharram 1432 H
1 Januari 2011

Semua petugas PAS diminta melakukan kerja secara bersistem dan berfokus agar objektif besar yang dihasrat parti untuk melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang dapat dicapai. Mereka perlu melaksanakan tanggung-jawab sebagai agen penerangan parti bagi memastikan rakyat memperolehi maklumat tentang pelbagai isu.

Negara diwarnai dengan bermacam-macam isu yang perlu diketahui oleh semua rakyat. Dan kerajaan UMNO-BN kini mengambil langkah yang 'baik' apabila menggunakan segenap media di bawah jajahan takluknya untuk memanipulasi isu-isu tersebut agar kelihatan kerajaan tidak bersalah, dan Pakatan Rakyat lah dalangnya.

Antara isu yang hangat diperdebatkan sejak kebelakangan ini:


Perjanjian APCO bersama kerajaan Malaysia - apakah sebenarnya yang dimerterai dan kesannya kepada negara apabila melantik sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan regim Israel

Penggantungan DS Anwar dan beberapa MP lain yang membangkitkan isu APCO di Parlimen - apa sebenarnya yang terjadi, dan adakah keadilan untuk membela diri diberikan kepada mereka?

Kenaikan harga bahan api yang mencetus kepada kenaikan harga barangan sedangkan kerajaan telah memberi jaminan tiada kenaikan pada tahun 2010

Saman kepada Felda - adakah PR tidak membuat sebarang kajian sebelum mengambil tindakan mahkamah kepada Felda, dan adakah dengan menolong para peneroka untuk mendapatkan hak mereka dianggap sebagai penghasut?

Berita-berita berunsur fitnah terhadap Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pindang dan Selangor, dan serangan berbentuk peribadi kepada kepimpinannya yang diberikan imej yang negatif


Oleh itu perlu setiap daripada kita yang mendokong perjuangan PAS ini menjadi penyalur maklumat kerana rakyat tidak mendapat berita secara adil. Bukan sahaja kita perlu menjelaskan semula isu-isu tersebut kepada mereka, tetapi ceritakan juga kejayaan-kejayaan yang dicapai di negeri-negeri Pakatan Rakyat agar minda mereka lebih terbuka dan tidak selamanya beranggapan 'UMNO-BN lah segalanya'.


Manfaatkan segala kepakaran yang dimiliki, berkorbanlah tenaga, masa dan wang ringgit, dan setiap daripada kita mesti berperanan sekalipun hanya mampu menampal sekeping poster. Ingat, kita tidak mempunyai masa yang banyak lagi. Salam perjuangan....

Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden Pas

Harapan Konvensyen PR ke-2 : Islam sebagai asas

KENYATAAN RASMI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.
Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.
Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.
Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surahAli-Imran ayat 103):
Bermaksud: “…dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara…
Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya: “Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari.”
Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):
Maksudnya: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya
Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.
Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.
Kota Baharu, Kelantan.
12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.

Siapa Ayah Chik?

Kenangan Juang bersama Ayah Chik



Assalamualaikum , salam perjuangan terlebih dahulu saya hulurkan buat Ayah Chik semoga senantiasa dikurniakan taufiq dan hidayah , jua ketabahan jiwa yang tinggi dan mantap dalam memimpin sebuah bahtera perjuangan yang besar meredah samudera luas dan buas .

Saya memohon maaf berbanyak maaf jika kenangan on line ini mengganggu penumpuan Ayah Chik dalam mengemudi bahtera saat laut kian bergelora dan gelombang kian mengganas .

Saya yakin , melalui susur galur pentarbiyyahan yang pernah dilalui oleh Ayah Chik pula berbekalkan pengalaman yang luas sebagai seorang pejuang yang tidak pernah penat dan lelah mengharungi cabaran , rintangan dan halangan di sepanjang jalan , Ayah Chik cekal menghadapi apa jua situasi sukar .

Biarpun kini wajah dan jasad Ayah Chik semakin dimamah usia namun jiwa kental dan hati waja seorang pejuang yang diamanahkan oleh ummah untuk menjulang panji syariah masih terserlah . Pastinya semangat Ayah Chik tidak akan luntur apalagi mundur hanya kerana kedengaran dentuman petir dan kilat di langit , kerana sebelum ini sudah biasa basah dihujan dan goyang diribut .

Saya telah mengikuti dari dekat perjuangan Islam yang digerakkan oleh Ayah Chik sejak tahun 1984 , sedang tika itu saya hanyalah seorang murid bertatih baca alif , ba , ta di tingkatan 2 sekolah menengah kebangsaan . Setiap hujung minggu saya akan ke pekan sehari untuk membeli kaset ceramah Ayah Chik dan Ayah Ziq [ Tok Guru Nik Aziz ] yang diterbitkan oleh Pustaka Jihad [ kalau tidak silap saya ] .

Amanat Hj. Hadi

Tidak perlulah saya meriwayatkan kisah yang sedia diketahui umum . Cuma apa yang saya mahu kenangkan kembali ialah bagaimana Ayah Chik telah membawa satu gelombang kebangkitan Islam dengan meletakkan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang benar - benar menepati piawaian sebuah gerakan Islam yang tulen .

Bergandingan dengan Al Marhum Tuan Guru Hj Yusuf Ar Rawa , Al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Noor dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat , Ayah Chik mara memobilisasi kesedaran rakyat yang bermula dengan pemantapan aqidah perjuangan mereka .

Amanat Hj Hadi menjadi popular malah seluruh markaz PAS ketika itu akan menyimpan amanat tersebut di dalam frame tergantung di dinding . Bermula dari mak cik dan pak cik di kampung dan desa hinggalah kepada ikhwah dan akhawat mahasiswa university mula menyahut seruan jihad ke arah mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta .

Nabi Hadi dan Nabi Fadhil

Ayah Chik gigih ke serata negeri memenuhi undangan membelah kubu kuat UMNO yang berserakan di seluruh negara . Membangkitkan kesedaran , menyemarak semangat juang , membekalkan ilmu , menambah ahli serta cawangan dan menggerakkan jentera parti di semua peringkat agar aktif mendepani cabaran faham sekular yang dibawa oleh UMNO dan BN .

Melihat sambutan luar biasa rakyat dari seluruh negara terhadap dakwah Ayah Chik bersama PAS , akhirnya Ayah Chik dan Al Marhum Tuan Guru Fadhil Noor difitnah oleh UMNO dan BN kononnya mereka berdua [ Ayah Chik dan Ust Fadhil Noor ] akan menjadi nabi Melayu menjelang usia 40 tahun . Fitnah ini terpampang di dada - dada akhbar . Ya ... saya masih ingat !

Nyata segalanya tidaklah melemahkan semangat Ayah Chik untuk terus menongkah cabaran . Melalui Kuliah pagi jumaat dan Khutbahnya di Masjid Rusila , Ayah Chik membina fikrah Islami yang syumul dikalangan ahli yang rata - rata belum jelas hala tuju perjuangan mereka . Suara mimbar Rusila terus bergema menguasai ruang udara , membentengi ummah dari wabak sekular yang disebarkan oleh UMNO dan BN .

Masjid Rusila menjadi pangkalan kebangkitan Islam ketika itu . Nama Masjid Rusila terus masyhur ke serata dunia serentang dengan kehebatan al Qum di zaman pemerintahan Khomeini. Malah para pemimpin Gerakan Islam di peringkat antarabangsa lebih mengenali Rusila berbanding Taman Melewar pada waktu itu .

Seangkatan dengan kemasyhuran Masjid Rusila ialah Masjid Pulau Melaka di Kelantan yang di pimpin oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nikmat .

Bertolak dari dua masjid inilah , bersama sentuhan 2 Tok Guru [ Ayah Chik dan Ayah Ziq ] , sinar Islam terus memancar menerangi kegelapan ummah . Sehingga kini , hampir tidak kedengaran lagi mereka yang berani mengatakan politik suku agama suku sebagaimana sebelumnya , kalimah ini senantiasa meniti di bibir pemimpin UMNO dan BN .

Ayah Chik juga dinobatkan sebagai ulama' bertaraf antarabangsa . Sebaris Dr Yusuf Al Qaradhawi , Qadhi Hussein , Mehdi Akif , dan lainnya dalam menganggotai majlis Gerakan Islam antarabangsa , Majlis Pembebasan Al Quds dan Majlis Taqrib Mazahib di peringkat antarabangsa .

Tentu sahaja air tangan Al Marhum Mujahid ulung Said Hawa rhm ini benar - benar menjadi , bak mutiara buat ummah sepanjang zaman khasnya bagi ummat Islam di blok Nusantara ini .

Jauh Ayah Chik meniti ranjau , sehinggalah kini Ayah Chik diamanahkan sebagai Presiden PAS . Al Marhum Yusuf Rawa dan Al Marhum Ustaz Fadhil telah lama meninggalkan kita semua . Kini tinggal Ayah Chik bergandingan dengan Ayah Ziq memimpin parti .

Malang cabaran mutaakhir ini ternyata lebih liar dan cukup menguji ketahanan kepimpinan 2 Tok Guru ini . Namun saya doakan agar mereka terus diberikan kekuatan luar biasa bagi menyerap segala tekanan dan terus gemilang memacu perjuangan yang masih jauh destinasinya .

Ayah Chik , usahlah resah dan risau biarpun diluar sana kedengaran suara kritikan keras ke atas gaya dan cara kepimpinan Ayah Chik . Bagi saya , mereka berhak untuk melahirkan rasa tidak puas hati selama mana masih dalam frame akhlak dan adab berbeza pandangan . Segala kritikan boleh diambil secara positif untuk muhasabah dan sempadan dalam gerakkerja kita memimpin perjuangan ini .

Selama Ayah Chik benar dan ikhlas memimpin perjuangan ini , saya sangat yakin pertolongan Allah swt akan senantiasa mengiringi perjuangan dan kepimpinan Ayah Chik sementara anak - anak buah yang dididik sekian lama akan terus mengantar doa restu mereka agar Ayah Chik sabar dan tabah seterusnya dipelihara oleh Allah swt .

~Ustaz Nasharuddin bin Hassan~

Bangunlah wahai saudaraku...Nyatakan pendapatmu!!

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan rakyat dapat “sekolahkan” pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat. Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat.
Kenaikan barang 4 dalam 1 pada 4 Disember 2010, memang tidak boleh diterima oleh akal. RON 95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, Gas  naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula naik 20 sen menjadi RM2.10 sen.
Biasalah hujah yang membodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan. Negara Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia. Kenapa tidak ambil contoh Brunei dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak.
Pas mengharapkan seluruh jentera penerangan Pas dan Pakatan Rakyat  mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru. Justeru itu semua cawangan Pas mesti menaikkan kain rentang di setiap kampung terutamanya, untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Tanamkan kesedaran kerajaan mesti ditukar kepada Pakatan Rakyat.
Di antara perkataan  yang boleh ditulis di kain rentang dan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak Bn dalam pilihanraya akan datang. ” Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula” “Barang Naik,Rakyat Kena Dulu””Beri Kuasa Pada PR Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat” “Kerajaan PR Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat””Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa””Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli””Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat””Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya””Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN” “Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah” “Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat” “Selamatkan Negara Daripada Muflis””Mana Wang Petronas Dihabiskan””Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil””Kemana hasil Balak,Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?””Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini””Anda Sayang Keluarga,Bangkit Tolak BN”
Ke mana hak kita sebagai rakyat? Anda berhak menentukannya!!!

Siapa PAS?

             
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

PAS adalah antara gerakan Islam yang tersohor di rantau Melayu dan Asia Tenggara sekarang ini. Penubuhan PAS berakar umbi dari gerakan dakwah dan pembebasan tanah air dari penjajah Inggeris yang dimulakan oleh para ulama’ Islam yang kemudiannya menubuh Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948 sebelum merdeka di Gunung Semanggol.

Akan tetapi Hizbul Muslimin telah diharamkan oleh British lima bulan kemudiannya iaitu pada bulan ogos 1948. Walaupun begitu, aktiviti Hizbul Muslimin diteruskan sehingga tertubuhnya PAS pada 24 Nov. 1951.

PAS ditubuhkan bukan semata-mata kerana didorong oleh tuntutan politik semasa, tidak kerana kepincangan dalam UMNO atau kerana idealisme dari mana-mana pemimpin tertentu. Tetapi PAS ditubuhkan atas tuntutan Islam. Islam mewajibkan umatnya menegakkan hukum-hakam Allah di dalam negara atau muka-bumi yang dikuasai mereka.

Kerana itu Allah mewajibkan ke atas mereka menjalankan dakwah, jihad, menyeru kepada makruf dan mencegah dari munkar. Kewajipan-kewajipan ini tidak lain supaya ajaran dan hukum-hakam Allah tertegak dan terus diamalkan di atas muka-bumi ini khususnya dalam negara umat Islam.

Kewajipan-kewajipan tersebut tidak akan mencapai matlamat dan sasarannya yang dikehendaki Allah jika hanya dengan inisiatif individu. Ia memerlukan perjuangan secara jamaah atau harakah. Inilah yang diperintahkan Allah melalui firmanNya;

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung”.

(Ali Imran: 104)

Hasil dari kesedaran inilah maka lahirnya PAS. PAS sejak penubuhannya merupakan sebuah jamaah atau harakah yang memperjuangkan Syari’at, hukum-hakam dan sistem hidup Islam. Ini termaktub di dalam perlembagaan yang antara lainnya menegaskan (dalam fasal 6);

“Memperjuangkan Islam sebagai Aqidah dan Syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan”.

Para pimpinan, ulama’ dan cendekiawan dalam PAS sejak awal lagi menyedari bahawa harakah Islam dalam usahanya mendaulatkan undang-undang Islam tidak boleh hanya bergantung kepada lisan semata-mata. Sebaliknya ia perlu mendapat kuasa bagi memastikan tuntutan Islam itu dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam konteks bernegara, kuasa yang dimaksudkan ialah politik. Ini bersesuaian dengan kaedah usul fiqh yang menyebutkan;

مَاْ لَاْ يَتِمُّ الْوَاْجِبُ إِلَّاْ بِهِ فَهُوَ وَاْجِبٌ

“Jika tidak sempurna suatu kewajipan kecuali dengan suatu perkara, maka perkara itu turut menjadi wajib”.

Menegakkan Syari’at dan hukum-hakam Allah dalam negara adalah wajib. Namun kewajipan ini mustahil terlaksana jika Islam tidak menguasai politik dan pemerintahan negara. Kerana itu berusaha dan berjuang untuk mendapatkan kuasa politik bagi Islam adalah wajib untuk menyempurnakan kewajipan menegakkan Syari’at dan hukum-hakam Allah itu.

Bagi mendapatkan kuasa politik dalam negara Malaysia ini, tidak dapat tidak harakah Islam (PAS) mesti melibatkan diri dalam pilihanraya. Untuk melibatkan diri dalam pilihanraya, PAS perlu perlu mendaftarkan diri sebagai parti politik dan tidak boleh bergerak sebagai badan dakwah semata-mata atau badan bukan kerajaan.

Walaupun didaftarkan sebagai sebuah parti politik, namun sifat PAS sebagai sebuah harakah dan jamaah Islam adalah kekal. PAS merupakan sebuah jamaah dan harakah Islam sama seperti Ikwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di India-Pakistan, Refah di Turki dan sebagainya. Inilah hakikat yang diyakini oleh para pimpinan dan ahli-ahli PAS hingga kini. PAS tidak pernah menjadikan medan politik sebagai satu-satunya wasilah untuk menyampaikan risalah Islam dan perjuangannya untuk menegakkan Syari’at dan undang-undang Islam.

Di samping politik pilihanraya, PAS juga bergerak aktif mentarbiah ahli-ahlinya dengan tarbiah Islam secara berterusan (melalui program usrah, kuliah, pengajian dan sebagainya), menyebarkan fikrah dan kefahaman Islam kepada masyarakat (melalui ceramah, dakwah, seminar-seminar, akhbar-akhbar dan sebagainya), menubuhkan institusi-institusi pengajian Islam di peringkat rendah dan tinggi (seperti Sekolah Rendah Islam, Sekolah Menengah Islam (Madrasah), Kolej dan Universiti Islam) dan sebagainya.

PAS : Mehnah dan Cabaran

PAS hari ini sudah menjangkau usia lebih setengah abad (yakni lebih 50 tahun). Sebagaimana gerakan-gerakan Islam yang lain yang wujud berasaskan perjuangan Islam, PAS juga tidak terkecuali terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian dan rintangan di sepanjang usia perjuangan Islamnya.

Jika sebelum merdeka perjuangan Islam ditentang oleh penjajah hingga Hizbul Muslimin diharamkan, maka selepas merdeka ia ditentang oleh golongan nasionalis sekularis Melayu yang ditinggalkan oleh penjajah untuk mengekalkan corak pemerintahan sekular mereka di bumi Melayu ini.

PAS telah dilabelkan dengan pelbagai label yang buruk untuk menjauhkan masyarakat daripadanya. Ia dituduh sebagai parti ekstrimis (pelampau), komunis, pemecah-belah masyarakat, anti kemajuan dan sebagainya. Pergerakannya sentiasa ditekan oleh pemerintah. Kebebasannya untuk bersuara disempitkan. Pimpinan PAS ada yang dipenjara dan diISAkan.

Bahkan ada yang dibunuh Syahid sebagaimana yang berlaku terhadap Ustaz Ibrahim Libya di Memali. Dari segi politik pula, PAS tidak diberikan hak yang sepatutnya untuk menyatakan ideologi perjuanganya kepada masyarakat. Kebebasan akhbar disempitkan dan media elektronik awam (khususnya TV dan Radio) disekat terus.

Dalam keadaan penuh tekanan dan cabaran itu, PAS terus kekal sebagai satu-satunya Parti Islam yang mendepani taghut di Malaysia ini. Boleh dikatakan semua parti pembangkang yang wujud seangkatan dengan PAS telah berkubur kerana tidak tahan dengan tekanan dan cabaran yang dihadapi. Namun PAS terus hidup hingga ke hari ini meneruskan perjuangannya.

Jika rahsia UMNO terus hidup adalah kerana ia dibela dan disusui oleh kerajaan atau pemerintah sejak sebelum merdeka lagi, tetapi PAS terus hidup kerana idealisma perjuangannya -iaitu untuk menegakkan kedaulatan Islam- yang menjadi cita-cita yang tidak pernah padam di dalam hati sanubari ahli-ahli PAS.

Tanpa mengenal erti kecewa dan putus asa, PAS meneruskan perjuangannya di celah-celah duri cabaran dan rintangan. Para pendokong PAS tidak pernah sangsi sedikitpun terhadap kebenaran perjuangan yang mereka dokongi. Mereka mempunyai keyakinan yang penuh bahawa perjuangan mereka adalah Fi Sabilillah (Perjuangan Di Jalan Allah) yang akan dikurniakan kemenangan oleh Allah. Dengan keyakinan ini, mereka berusaha dan bekerja untuk mendaulatkan Islam dan menegakkan kerajaan atau negara Islam di bumi Malaysia ini.

Tarbiyah dan Tamhis dari Allah

Ujian, cabaran, kepayahan, kekalahan, kematian dan sebagainya dalam perjuangan Islam merupakan tarbiah (didikan), tasfiyah (pengkelasan) dan tamhis (penyucian) dari Allah untuk memantapkan kekuatan para pendokong Islam, membersihkan saf mereka dari golongan munafik dan menyucikan jiwa mereka dari saki-baki jahiliyah. Perhatikanlah pengajaran yang telah dinyatakan Allah di sebalik kekalahan kaum muslimin dalam peperangan Uhud sebagaimana yang difirmanNya dalam surah Ali Imran;

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ، إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ، وَلِيُمَحِّصَ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَيَمْحَقَ الْكَافِرِينَ، أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

“Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman”.

“Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian daripada kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim”.

“Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir”.

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam berjuang)?”.

(Ali Imran; 139-142)

Jadi apa yang dihadapi oleh PAS selama tempoh lebih 50 tahun iaitu sejak tahun sejak masa 1951 (bulan November) hingga ke hari ini hendaklah dianggap oleh ahli-ahli PAS hari ini -khususnya generasi muda- sebagai satu tarbiyah Ilahiyah untuk mematangkan PAS dan memantapkan safnya ke arah menerima kemenangan yang sememangnya dijanjikan Allah.

Selama tempoh itu PAS diberi didikan oleh Allah dengan didikan keimanan, keilmuan, kesabaran, siasah, strategi, gerakan dan sebagainya dan juga selama tempoh itu berlakunya proses Tamhis dan Tasfiyah untuk membuang dari PAS segala unsur-unsur yang tidak Islamik termasuklah menepis keluar golongan-golongan munafik dari saf perjuangan.

Golongan muda dalam PAS hari ini hendaklah menyemak kembali sejarah PAS; menceduk pengajaran dan pengalaman berharga dari sejarah 50 tahun PAS sebagai bekalan untuk meneruskan perjuangan dengan lebih mantap lagi.
 
Takbir!!!! Allahu Akbar!

Takut rahsia terbongkar??

                                        

 Parti Islam Semalaysia  Pas  mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang penyelewengan kerajaan BN akan terbongkar sehingga   beliau mengingatkan  pemimpin pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara supaya tidak terjebak dengan fitnah yang ditabur oleh media yang menyokong pembangkang.

Tan Sri Muhyidin bercakap seolah-olah kerajaan pada hari ini tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap media pembangkang jika ada unsur fitnah. Berapa banyak Akta yang ada di Malaysia, seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti Kolej, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang boleh bertindak. Nampak sangat kerajaan BN pada hari ini takut dengan bayang-bayang.sendiri. Tan Sri Muhyidin hendak menutup bangkai gajah dengan tudung saji, sedangkan penyelewengan umno tidak dapat dibendung lagi, kerana seluruh dunia sudah mengetahui.

Siapa tidak tahu Malaysia negara rasuah. Siapa tidak tahu Malaysia mempunyai khazanah negara yang banyak tetapi dibolot oleh pemimpin sehingga rakyat derita.   Rakyat akan dapat tahu lebih banyak setelah kerajaan BN tumbang nanti, sebagai mana yang telah diselongkarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini.

Timbalan Presiden Umno buat-buat lupa, pada hal media umno yang melemparkan fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti memfitnah Dato’ Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak, memutarkan berita bacaan doa kepada YAB Lim Guan Eng dalam khutbah, wang untuk warga emas yang beragama Islam difitnah daripada wang judi

.Tan Sri Muhyidin hanya membuang masa bercakap kepada orang yang cerdik di kalangan pelajar. Mereka ini dengar, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pelajar bukan orang yang bodoh, mereka golongan terpelajar. Segala tuduhan,pelajar tidak telan bulat-bulat, dan mereka tidak rela untuk diperbodohkan oleh pemimpin umno.

Mereka pergi dengar kerana dipaksa rela, bukan suka rela. Timbalan Presiden umno boleh berleter apa sahaja yang beliau mahu, apabila pelajar balik membuka internet untuk menyaring apa yang didengar tadi. Inilah untungnya zaman multimedia, dunia tanpa sempadan. Tetapi  zaman langit terbuka ini menjadi mimpi ngeri pada pemimpin umno, kerana dalam sekelip mata segala fitnah yang mereka lemparkan kepada pembangkang akan mendapat jawapan sebenarnya.

Ketua Penerangan Pas Pusat

- Saya bersetuju dengan kenyataan di atas kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir, bukan untuk mengikut membabi buta dan mengampu.Kepada mahasiswa, jangan lupa mencari sumber yang sah untuk mengetahui kebenaran. Biarpun ugutan demi ugutan dibuat, kamu semua harus bangun untuk menguasai dunia-

Menyapu habuk....

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dengan izinNya jua, saya sempat mencoret sedikit untuk sahabat2...
Saya nak menyapu habuk di blog ini dgn beberapa gambar..kita sensitif x apa yang berlaku pada umat sekarang?...

" Pictures say thousand words "



Kita tahu apa yang kerajaan nak buat dengan program ini?





   Pilihanraya di Galas dan Batu Sapi...anda cakna?

Gambar sekitar tragedi letusan gunung Merapi, Indonesia..(video inside)












Iklan tentang Islam pada bas di Chicago....Mereka aktif mempromosi Islam...Kitaaaa?
Semakin menjauhi Islam?


 
Menteri BN salahkan kerajaan berkenaan banjir besaq di Kedah... 
Bukannya menyalahkan sesiapa, cuma kita sebagai manusia, kita berfikir atau tidak tentang apa yang berlaku di dunia?
Tidak takutkah kamu sekiranya Allah mengazab kita kerana kelalaian untuk menyampaikan Islam dan mengamalkan Islam itu sendiri?

Anda CAKNA?

Wallahua'lam.

apa nak jadi...

Bismillah, dgn nama Allah yang Maha Bijaksana, yang Maha Mengetahui rahsia alam ciptaan Nya.

hurm..dh berhabuk blog nie..nk ckp busy sgt xde la jgk, tp time management saya mmg teruk..tue yg xsmpat nk update blog nie walaupun mmg byk mnde nk tulis dan sampaikn kpd kawan-kawan sekalian.
isu politik, isu harga barang naik, isu gejala sosial yg bersepah yg surat khabar..semuanya memerlukn pemerhatian kita, walaupun kita masih bergelar pelajar dan berusia remaja, namun bagi saya amat-amatlah perlu bagi kita utk prihatin terhadap perkara- perkara yg berlaku di sekeliling.

sabda Rasulullah saw :
" sesiapa yang tidak mengambil berat akan urusan umat islam, maka dia bukan dari kalangan mereka."


Maka, sama-sama la kita luangkan sedikit masa untuk melihat keadaan yg berlaku di tanah air tercinta. Moga -moga juga semua pemerhatian kita sbgai rakyat yg prihatin akan mnjadikan kita matang dalam menilai sesuatu isu, dan bukan hanya mendengar dan menelan bulat-bulat apa yg dihebahkn di tv mahupun surat khabar yang jelas-jelas semakin hilang "kejujuran" dalam mengupas sesuatu isu.


jika anda boleh memperuntukkan masa untuk membaca pelbagai jenis surat khabar dan rangkaian berita, maka saya mohon untuk lapangkan sedikit masa, dan baca artikel pilihan saya. buka mata, buka hati, nilai sebagai seorang yg waras!

Melayu lebih mulia tanpa Umno
Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 19 Julai: “Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.

"Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?
Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal.

"Adakah kerana CEOnya (Ketua Pengarah Eksekutif) adalah adik Perdana Menteri (Datuk Seri Nazir), maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB," soal Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi di Pejabat Agung PAS.

Difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.

Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.

 Lagi pun, ujarnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak.

Arahan terbaru pentadbiran Najib itu, katanya lagi, sekaligus menyukarkan para pengusaha stesen minyak memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB sekarang dilihat agak terhad jika dibandingkan dengan Maybank di seluruh negara.

Dari segi yang lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pengurusan CIMB seakan mengambil kesempatan atas arahan terbaru pentadbiran Najib itu.

"Selepas 1,000 keping wang yang didebitkan dalam mesin, mereka akan dicaj RM10. Setiap 100 keping yang didebit selepas itu, akan dicaj pula RM1. Mengapa mereka dipaksa sebegini," ujarnya

 Harga barang dijangka naik 6 bulan lagi
Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Harga minyak serta barangan keperluan lain dipercayai akan terus naik enam bulan lagi sekiranya dirujuk pada jadual rasmi Makmal Rasionalisasi Subsidi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat berkata, kenaikan harga minyak (RON95) dan diesel sebanyak 5 sen, Khamis lalu adalah mengikut jadual tersebut.

Katanya lagi, jadual tersebut turut merancang kenaikan harga gula dan gas masak (LPG) serta beberapa komoditi lain yang menjadi keperluan asasi rakyat.

Melihat pada rancangan menaikkan harga beberapa barangan tersebut sehingga 2014 kelak, beliau mendesak pentadbiran Najib supaya bersikap jujur dengan rakyat.


"tidak berguna adanya mata andai tidak mampu melihat,
tidak ada gunanya hati andai buta dalam menilai,
nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri,
kerana segalanya bermula dengan niat di hati,
dan ianya hanya wujud pada hati yang ikhlas mencari kebenaran...."

moga berguna..

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates