
“Kau ni dah kena candu wala'!” tuduh Jalak. “Taat kepada pimpinan membabi buta! Bagai anjing yang dicampak permainan, pasti digonggong kembali kepada tuannya dengan penuh setia.”
Dialog yang sering kita dengar mutakhir ini. Apa itu wala’? Sejenis candu baru? Si penghisap pasti tidak dapat berfikir dengan waras, ketagih dan sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan gian. Wala’ ialah kepatuhan dan ketaatan kepada pimpinan dari 3 segi, kasih-sayang, tolong-menolong dan persefahaman. Pasti Allah ada menyebut kisah umat terdahulu yang punya kaitan dengan wala’ dalam Al-Quran. Salah satu kisah yang popular adalah kisah Tholut melawan Jalut yang dirakam ringkas namun sarat dengan intipati dalam Surah Al – Baqarah ayat 246 -252.
Bani...