Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

WALA' vs BARRAA' : THOLUT vs ASHABUL KAHFI


“Kau ni dah kena candu wala'!” tuduh Jalak. “Taat kepada pimpinan membabi buta! Bagai anjing yang dicampak permainan, pasti digonggong kembali kepada tuannya dengan penuh setia.” 

Dialog yang sering kita dengar mutakhir ini. Apa itu wala’? Sejenis candu baru? Si penghisap pasti tidak dapat berfikir dengan waras, ketagih dan sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan gian. Wala’ ialah kepatuhan dan ketaatan kepada pimpinan dari 3 segi, kasih-sayang, tolong-menolong dan persefahaman. Pasti Allah ada menyebut  kisah umat terdahulu yang punya kaitan dengan wala’ dalam Al-Quran. Salah satu kisah yang popular adalah kisah Tholut melawan Jalut yang dirakam ringkas namun sarat dengan intipati dalam Surah Al – Baqarah ayat 246 -252.

Bani Israel, satu kaum yang pernah Allah muliakan satu ketika dahulu sering mengadu pada nabi mereka perihal ketiadaan ketua menyebabkan mereka tidak dapat berperang dengan Jalut. Jalut yang berbadan besar dan sering menindas mereka. Maka, si nabi berdoa kepada Allah, memohon dilantik seorang ketua bagi mereka." Tak patut Tholut yang dilantik menjadi raja!" bangkang Bani Israel kepada nabi mereka. "Kami lebih layak dipilih, kami punya harta dan kekayaan lebih darinya." "Bukankah sudah aku katakan bahawa kalian pasti akan beralasan untuk tidak akan berperang walaupun sudah dilantik ketua," "Bukankah Tholut dikurnia Allah, ilmu yang luas serta tubuh badan yang tegap sekaligus paling layak untuk menentang tentera Jalut yang gagah perkasa," balas si Nabi dengan tenang. "Usah khuatir jika benar Tholut yang dilantik oleh Allah, pasti para malaikat akan membawa kotak Tabut serta peninggalan Nabi Musa dan Harun yang dirampas musuh." 

Maka bertolaklah Tholut bersama tenteranya dari kalangan bani Israel untuk melawan Jalut yang sudah sekian lama digeruni. Dalam perjalanan yang jauh dan panas ini, mereka melalui sebatang sungai. Namun, Tholut telah memberi peringatan kepada tenteranya untuk tidak minum air sungai tersebut melainkan sekadar secedok. Ramai yang tidak mengendahkan peringatan tersebut dan akibatnya sebahagian besar diarahkan pulang. Hanya sekelompok kecil sahaja yang tinggal untuk mengalahkan tentera Jalut yang lebih ramai dan punya seribu satu kelebihan. Pada waktu ini, teruji iman mereka sekali lagi. Namun berkat keyakinan mereka pada Allah, pada janjiNya, juga pada kepimpinan Tholut, mereka mara. Benar takdir Allah mengatasi segalanya, Jalut dapat dikalahkan dengan seketul batu yang dilastik oleh Daud yang masih muda belia pada waktu itu. Dalam kita mengharungi mehnah dan tribulasi dengan satu visi yang besar, untuk meletakkan kalimah Allah yang tertinggi, pasti banyak tapisan demi tapisan yang kita akan tempuhi dan natijahnya akan lahirlah golongan yang benar-benar ikhlas. Tapisan-tapisan ini pasti akan dapat ditempuh dengan mudah jika kita punya wala’ pada pimpinan yang turut ikhlas dalam perjuangan ini.  


Timbul satu persoalan, bagaimana pula dengan pemimpin yang tidak ikhlas, sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat, masih layakkah ketaatan dan kepatuhan diberikan kepada mereka? Saat ini perkataan candu wala’ itu paling tepat digunakan. Bagi situasi ini, pengikut perlu barra’ dengan pemimpin tiga suku seperti ini. Definisi Barra’ paling mudah iaitu menurut Syeikh Muhammad Al-Qahtani, menjauhkan, mengasingkan diri serta bermusuhan namun setelah memberi peringatan akibat perbuatan tersebut. Contoh terdahulu yang pernah mengamalkan barra’ ialah Ashabul Kahfi yang diceritakan dengan terperinci dalam surah Al – Kahfi ayat 9 – 26.  

Dipendekkan cerita, Ashabul Kahfi adalah sekumpulan pemuda yang melarikan diri ketika pemerintahan Raja Daqyanus yang cuba untuk memurtadkan mereka dari Islam. Lalu, sekumpulan pemuda yang teguh iman tersebut lari ke sebuah gua demi menyelamatkan diri dari terkeluar dari akidah yang benar atau dibunuh oleh raja zalim mereka. Ditakdirkan Allah, mereka tidur selama lebih kurang 300 tahun sekaligus menjadi bukti nyata pengajaran buat kita semua. Memelihara akidah suci, taat kepada Allah adalah yang terutama berbanding taat kepada manusia yang tidak bertuhankan dunia semata.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates