Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

POLITIK ISLAM


“Ish, ni yang aku tak suka pasal politik ni. Asyik tuduh-menuduh,fitnah-menfitnah. Bila la nak aman dunia ni. Politik itu kotor,” mengeluh Shida sambil menghadap laptopnya yang terletak elok di atas meja.

“Politik itu kotor ke?”muka Alia yang tengah membaca majalah itu berubah serta merta.


“Politik memang kotor” tegas Shida. Bernada yakin.
“Tapi tak bagi aku,” balas Alia.
“Kenapa pula?” Shida berpaling ke arah Alia.
 Alia bangkit dari tempat duduknya,mendekati Shida.

“Bagi aku, politik itu tak kotor. Bila orang jahil yang mengemudi pentas politik, tu yang menampakkan politik itu kotor. Bukan salah politik itu sendiri.

Sebenarnya,politik itu sebahagian daripada Islam. Pengertian dan konsep politik dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang yang bukan Islam,” terang Alia panjang lebar.



“Kau ni macam nak jadi ahli politik la pula,” balas Shida. “Shida,aku ambil tahu pasal politik bukan bererti aku nak jadi ahli politik,” Alia membalas dengan senyuman.

 “Habis tu?”

 “Sebelum kita menghukum sesuatu, elok kalau kita mendalami dan mengkaji dulu. Baru la kita ada hujah dan pendirian yang kukuh tentang sesuatu perkara. Sebelum kau kata politik tu kotor ke apa ke, kan elok kalau kau kaji dulu apa itu politik dan konsep-konsepnya seperti yang dikehendaki dalam Islam,” Alia berbicara gaya ustazah.

“Betul juga tu Alia,” balas Shida.
“Tak kenal, maka tak cinta. Tak tahu, maka tambahlah ilmu,”


 Pengertian Politik Menurut Islam Politik atau dalam bahasa Arabnya, siasah menurut bahasa :
“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai
( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)


 Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Makna ‘Am :
Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen.
Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai : Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama” 

2. Makna Khas :
Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam (Pemerintah) berdasarkan sumber-sumber, bertujuan untuk menghalang kerosakan dan mencegah kerosakan yang belum melanda atau suatu langkah pemulihan.

Sebagai contoh tindakan seumpama ini adalah tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a yang membakar peliwat, Khalifah Umar Al-Khattab ra pula pernah mencukur rambut Nasar bin Hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah. Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.

Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna :
‘Siasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam sama ada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata” Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya :

Mafhum :
“Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang Nabi maka dibelakangnya terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun lagi Nabi selepas Aku (Rasulullah ), dan diikuti oleh para pemimpin…”

 Asas asas sistem politik Islam Asas asas sistem politik Islam ialah:

a) Hakimiyyah Ilahiyyah Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah.
Tidak mungkin ianya menjadi milik sesiapa pun selain Allah dan tidak ada sesiapa pun yang memiliki suatu bahagian daripadanya.

 Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam kekuasaan Nya." (Al Furqan: 2)
 "Bagi-Nya segaIa puji di dunia dan di akhirat dan bagi Nya segata penentuan (hukum) dan kepada-Nya kamu dikembalikan." (A1 Qasas: 70)

Hakimiyyah Ilahiyyah membawa pengertian yang berikut:

 - Bahawasanya Allah adalah Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan yang menjadi Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi manusia kecuali patuh dan tunduk kepada sifat Ilahiyyah-Nya Yang Maha Esa

 - Bahawasanya hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapa kecuali Allah. Oleh kerana itu, manusia wajib taat kepada-Nya dan beribadat kepada-Nya

 - Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan hukum sebab Dialah satu satu Nya Pencipta

- Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturan, sebab Dialah satu-satu Nya Pemilik

 - Bahawasanya hukum Allah adalah sesuatu yang benar sebab hanya Dia sahaja Yang Mengetahui hakikat segala sesuatu, dan di tangan-Nyalah sahaja penentuan hidayah dan penentuan jalan yang selamat dan lurus. Hakimiyyah Ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik Islam ialah tauhid kepada Allah di segi rububiyyah dan uluhiyyah Nya.

 b) Risalah Jalan kehidupan para rasul diiktiraf oleh Islam sebagai sunan al huda atau jalan jalan hidayah.

Jalan kehidupan mereka berlandaskan kepada segala wahyu yang diturunkan daripada Allah untuk diri mereka dan juga untuk umat-umat mereka. Para rasul sendiri yang menyampaikan hukum-hukum Allah dan syari'at-syari'at Nya kepada manusia. Risalah bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang penting dalam sistem politik Islam. Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah di dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia.

Para rasul menyampaikan, mentafsir dan menterjemahkan segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan mereka.Dalam sistem politik Islam, Allah telah memerintahkan agar manusia menerima segala perintah dan larangan Rasulullah s.a.w. Manusia diwajibkan tunduk kepada perintah Rasulullah s.a.w dan tidak mengambil selain daripada Rasulullah s.a.w untuk menjadi hakim dalam segala perselisihan yang terjadi di antara mereka.

 Firman Allah yang mafhumnya:
"Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggalkanlah." (Al Hasyr: 7)
"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah." (An Nisa': 64)

 c) Khalifah

 Khalifah bererti perwakilan.
Dengan pengertian ini, ia bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ialah sebagai wakil Allah. Ini juga bermaksud bahawa di atas kekuasaan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Allah, maka manusia dikehendaki melaksanakan undang-undang Allah dalam batas-batas yang ditetapkan.
Di atas landasan ini, maka manusia bukanlah penguasa atau pemilik, tetapi ia hanyalah khalifah atau wakil Allah yang menjadi Pemilik yang sebenarnya.
 Firman Allah yang mafhumnya:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi... " (Al Baqarah: 30)



 Seseorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana ia benar-benar mengikuti hukum hukum Allah. Oleh itu khilafah sebagai asas ketiga dalam sistem politik Islam menuntut agar tugas tersebut dipegang oleh orang orang yang memenuhi syarat-syarat berikut:

 i. Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang benar-benar menerima dan mendukung prinsip-prinsip tanggungjawab yang terangkum di dalam pengertian khilafah

 ii. Mereka tidak terdiri daripada orang orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Nya

 iii. Mereka mestilah terdiri daripada orang-orang yang berilmu, berakal sihat, memiliki kecerdasan, kearifan serta kemampuan intelek dan fizikal

 iv. Mereka mestilah terdiri daripada orang-orang yang amanah sehingga dapat dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan aman dan tanpa keraguan

Prinsip-prinsip Utama Sistem Politik Islam

Prinsip prinsip sistem politik Islam terdiri daripada beberapa perkara.
Di antaranya:
 a) Musyawarah
 -Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang orang yang akan menjawat tugas utama dalam pentadbiran ummah.
 -Asas musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah.
 -Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan menentukan perkara-perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad.

 b) Keadilan Ini adalah menyangkut dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Keadilan di dalam bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya.

Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak anaknya.
Oleh sebab kewajiban berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

c) Kebebasan
 Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas bagi undang-undang perlembagaan negara Islam.

d) Persamaan (atau musawah)
Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang-undang.

e) Hak Menghisab
Pihak Pemerintah Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya.

Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan pihak pemerintah.

Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:
"Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan." (Al-Baqarah: 205)

Tujuan Politik Menurut Islam


Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam. Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut. Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam.


 1) Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telah disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam
2) Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah di kalangan orang orang yang berselisih
3) Menjaga keamanan daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai
4) Melaksanakan hukuman-hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungi hak-hak manusia
5) Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar
6) Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam
7) Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai mana yang ditetapkan oleh syara'
8) Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir
 9) Mengangkat pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara
10) Menjalankan pengawalan dan pemeriksaan yang rapi di dalam hal ehwal awam demi untuk memimpin negara dan melindungi al Din.

 ******
“Oh, baru aku faham bagaimana sebenarnya politik dalam Islam,” Shida tersenyum puas.
“Baguslah kalau macam tu,” balas Alia sambil menepuk-nepuk bahu Shida.


Rujukan: 
http://zaharuddin.net/politik-&-dakwah/55/76-memahami-politik-islam.html
https://ms-my.facebook.com/notes/amirul-amin/sistem-politik-dalam-islam-wajib-dibaca-kepada-sesiapa-yang-bernama-islam/148508085181383

GERAKAN DAKYAH


Sebelum kita menyingkap gerakan dakyah yang dilakukan oleh sebahagian besar bangsa Yahudi, adalah lebih baik kita memahami perbezaan antara Freemasonry dan Zionisme.

1)Freemasonry bermaksud bebas(free) dan tukang batu atau tukang bangunan(mason).
Namun pada hakikatnya freemasonry tiada kaitan tentang tukang bangunan,pembinaan kapal atau gereja besar.


Bahkan ia melibatkan organisasi Yahudi Antarabangsa untuk menghancurkan kesejahteraan manusia,merosakkan kehidupan politik,ekonomi dan sosial di negara-negara yang berjaya mereka infiltrasikan. Mitos yang mereka pegang erat bahawa merekalah bangsa yang paling mulia serta layak untuk mengemudi dunia membawa mereka kepada usaha untuk merosakkan bangsa dan pemerintahan sesebuah negara oleh non-Yahudi(Goyim).


Disini terdapat beberapa cabang gerakan yang menjadi ‘mesin’ untuk memastikan matlamat mereka tercapai iaitu:


a)Bahaiyah/Babiyah Gerakan yang dimulakan pertamanya di Iran ini telah diasaskan oleh seorang Yahudi bertopengkan Islam, Mirza Muhammad Ali Syirazi serta bergerak aktif dalam pengikut Syiah Imamiyyah menyeru kepada semua penganut agama untuk membubarkan agama masing-masing. Fahaman wehdatul wujud, rasul merupakan jelmaan tuhan serta mengharamkan jihad turut menjadi matlamat pergrekan mereka. Gerakan ini sangat berbahaya kerana sebahagian muslim yang tidak mengetahui siapa sebenar Mirza ini akan terpedaya dengan ajaran tersebut.





b)Lions Bererti ‘singa’ yang menjadi pengawal kepada Haikal Sulaiman. Antara makna lain adalah ‘Libertgintelligenceouivationssafety’ atau ‘merdeka dan bijak demi keselamatan negara kami’. Matlamat utama gerakan Lion ialah untuk mencampurkan bangsa Yahudi dengan bangsa-bangsa lain atas nama persahabatan dan kasih sayang bagi memudahkan mereka menyalurkan maklumat kepda pusat gerakan/markaz supaya meraka dapat menguasai politk dan ekonomi sessuatu kawasan.

 

c)Rotary Dalam menyahut seruan pemimpin Yahudi bernama Theodore Hertzel untuk mempelbagaikan gerakan Freemasonry,maka kelab Rotary telah ditubuhkan sekitar tahun 1903M dan 1908M di wilayah Illionis,Chicago, Amerika Syarikat. Kelab Rotary dijadikan sebagai pusat gerakan/markaz dan tempat latihan pengkaderan fikrah/ideologi Freemasonry.
Ianya juga ditubuhkan sebagai markaz pengintip dan tempat mengumpulkan maklumat setiap kawasan di seluruh dunia !
beberapa langkah telah mereka ambil untuk menutup pergerakan mereka.
Antaranya mengadakan konsert amal menggunakan jenama khidmat social sebagai cara untuk membuktikan mereka adalah pertubuhan kebajikan.



d)Illuminaty Mengambil nama bersempena nama Iblis(Lucifer/ Pemegang Cahaya) yang merupakan pemerintah tunggal(mengikut fahaman mereka), gerakan ini telah ditubuhkan oleh seorang bekas penganut Kristian yang murtad.
Gerakan ini mendapat sokongan kewangan yang kuat daripada ahli perniagaan antarabangsa, Rothschild. Gerakan ini menjadikan Segitiga Bermuda sebagai pusat pentadbiran. Lambang gerakan ini dapat kita lihat pada lukisan segitiga di belakang duit kertas USD 1.
Gerakan inilah yang dilihat banyak membawa agenda untuk melalaikan manusia terutamanya golongan muslim untuk melupakan agama sendiri.


Antaranya menghasut golongan yang berjawatan tinggi di seluruh dunia untuk menggunakan rasuah samada berbentuk wang dan seks.
Setelah itu, mereka akan menundukkan golongan ini dengan menggunakan ‘Black Mail’. Mereka juga berusaha untuk memastikan pelajar-pelajar cemerlang di universiti faham akan ideology Internasionalisme (pemerintahan tunggal) dengan membekalkan mereka segala bantuan samada berbentuk biasiswa mahupun latihan luar negeri.
Antara tempat latihan mereka adalah di Gordonstoun(Scotland), Salem(Germany) dan Anavryta(Greece).
Setelah itu, pelajar-pelajar yang sudah menamatkan pengajian ini akan diletakkan pada tempat yang mampu member pengaruh pada sesebuah negara seperti di jabatan-jabatan kerajaan sdan bertindak sebagai pakar,penasihat ataupun perunding. Media massa pula turut menjadi agenda penting yang mesti dikuasai supaya mereka dapat menyebarkan fahaman kepada Goyim/non-Yahudi tentang pemerintahan tunggal yang berketuakan oleh mereka sendiri.

MAKA APA PULA YANG DIERTIKAN DENGAN ZIONISME?

Zion merupakan kata asal dari bahasa Ibrani yang bermaksud batu. Batu yang dimaksudkan adalah batu-bata yang akan dibina menjadi Haikal Sulaiman di kota al-Quds, Jerusalem.
Mereka lebih mengutamakan pembentukan ideology dan bukannya suatu gerakan serta tiada kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ideologi Zionisme ini timbul apabila Theodore Hertzel menyiapkan buku yang berjudul ‘Negara Yahudi’ ekoran tekanan oleh bangsa mereka yang ketiadaan negara pada ketika itu. Namun setelah berjaya membina sebuah jajahan Israel di Palestin, mereka mengisytiharkan bahawa tuhan telah menjanjikan hanya bangsa Yahudi layak mengemudi masa depan dunia di atas platform negara internasional.

Oleh itu jelas pendekatan yang dibawa oleh kedua-dua pertubuhan ini. Zionisme lebih menjurus kepada fahaman liberal dan demokratik yang secular manakala Freemasonry dibawa oleh mereka yang berfahaman orthodox berpandukan kitab-kitab suci mereka. DAKYAH YAHUDI DI SELURUH DUNIA

Mudah sahaja untuk kita ketahui. Sama-sama kita membelek kembali isi kandungan Protokol Yahudi yang menjadi pegangan pergerakan mereka sehingga kini. Protokol ini telah berjaya dicuri oleh seorang wanita Perancis daripada seorang pemimpin tertinggi pertubuhan Fremasonry. Kandungan yang menjadi dasar mereka ini pasti mengejutkan setiap yang membacanya kerana ianya benar-benar berlaku di sekeliling kita bahkan ada agenda tersebut telah berjaya direalisasikan.



1. Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.

 2. Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

 3. Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menyebabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke'pasukan kita' iaitu Sosialis, Komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiranYahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.
4. Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

5. Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusan untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.

6. Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki mertabat kaum buruh yang melarat.

 7. Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

 8. Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

 9. Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

 10. Yahudi akan membawa masuk ‘racun’ Liberalisma ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

 11. Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada diperantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.

 12. Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.

 13. Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

 14. Para filosuf Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

 15. Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya 'FREMASONIC LODGE' iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi.

 16. Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

 17. Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksamenghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

 18. The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pinti kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi.

 19. Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yanghina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

 20. Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut.

 21. Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

 22. Untuk sampai ketujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

 23. Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

 24. Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).


 Perkara yang dijelaskan di atas hanya sebahagian perancangan yang berjaya dibocorkan. Hakikatnya terdapat seribu satu cara lagi yang mereka telah dan sedang merancang bagi mencapat matlamat mereka.

Petik jari, tanya hati, adakah kita mahu mengenali musuh warisan ini ataupun sekadar menyerahkan tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini kepada pihak tertentu sahaja.
Gerakan mereka,gerakan tersusun. Hidup mereka diabadi demi memastikan kelangsungan ego mereka sebagai ‘bangsa terpilih’.

Telahpun dinyatakan bahawa Allah muliakan kita dengan Islam, namun mengapa susah sekali untuk kita berasa izzah akan keislaman kita ?.



Bahkan ada yang masih segan untuk mengamalkan Islam di khalayak ramai. Mereka sudah menjelaskan ideologi kepada bangsa mereka,sudah difahamkan matlamat serta dasar perjuangan mereka.

 Tiada ragu dalam hidup mereka, jiwa mereka kental untuk agama dan fahaman mereka. Sehinggakan lahir tokoh-tokoh berjaya seperti Albert Enstein,Karl Max, Sigmund Frud, Aaron beck serta ramai lagi penerima hadiah Nobel.

Kekuatan bilangan kita berbillion sedang mereka berjumlah hanya 14 juta. Namun kita sebahagian umat Islam masih berlegar mencari identiti,masih tenggelam dalam matlamat hidup, masih bertelingkah dalam perkara cabang, masih keliru tentang apa yang perlu dibuat untuk Islam, masih kabur akan agama sendiri sehingga menyerah leher untuk ditarik dan dipacu oleh pihak musuh.

Tiadalah solusi yang terbaik melainkan kembali kepada ajaran sebenar yang termaktub sekian lama dalam al-Quran dan Sunnah nabi yang tercinta.



RUJUKAN UTAMA:
1)buku gerakan freemasonry,orientalisme, kristianisasi ditulis oleh hj nik azran muhamed dan hj mohd mahadi hj isa
2) http://detikislam.blogspot.com/2013/09/24-protokol-zionis.html# 3)http://tagtag.com/m4m4sue/pelbagai_info/sudut_agama/mesti_baca/mesti_baca_1/kenapa_yahudi_kuat

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates