Seharusnya perlu difahami oleh semua ahli, keputusan untuk membuat kerjasama dengan DAP dan PKR adalah satu ijtihad politik yang paling hebat dalam gerakan politik dalam konteks PAS sebagai satu gerakan dakwah dan satu gerakan politik.Semua ahli perlu wala’ dan memberi ketaatan yang tinggi kepada kepimpinan terhadap keputusan yang telah diambil dari majlis Syura.
"Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kebakikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan." [al-Maidah: 2]
"Dan orang-orang kafir ,sebahagian mereka penolong dan pembela bagi sebahagian yang lain.Jika kamu tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesame sendiri yang diperintahkan Allah)itu,nescaya akan berlakukalah fitnah(kekacauan )di muka bumi dan kerosakan yang besar".-Surah al-anfal:73
"Pihak munafiq itu (ialah)orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah berkatalah mereka: Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu?(oleh itu Kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)” Dan jika orang kafir pula mendapat bahagian, berkatalah mereka: Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari orang beriman? Maka Allah akan menghakimi di antaramu pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang kafir untuk membinasakan orang yang beriman."-[Surah an-Nisa:141]
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."-[Surah Al-Mumtahanah:8]
"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."[Surah Mumtahanah:9]
"Janganlah orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin melebihi daripada orang yang beriman. Dan sesiapa berbuat demikian nescaya tidak ada daripada Allah sesuatu (pertolongan) jua pun, kecuali (kamu berbuat demikian) kerana memelihara diri kamu daripada sesuatu yang kamu takuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu benar-benar tentang Diri-Nya (Diri Allah) dan kepada Allah jua tujuan kamu"-[Surah Al-Imran :28]
- 1. Perjanjian tersebut merupakan keadaan terdesak atau mempunyai keperluan yang penting dalam membantu perjuangan Islam
- 2. Perjanjian atau tahaluf siyasi tersebut dilakuan bagi menolak kemudharatan dan mendatangkan kemaslahatan.
- 3. Tahaluf siyasi yang dijalankan tidak memberikan kesan buruk atau mudharat kepada akidah,umat islam serta tidak menghalang gerak kerja perjuangan Islam
- 4. Tahaluf Siyasi ini mengikut pertimbangan dan penilaian dalam keutamaan dari semasa ke semasa dalam menentukan masahat dan mudharat.Sekiranya tahaluf siyasi tersebut berubah dengan memberikan mudharat kepada pihak Islam,maka pihak Islam tidak perlu meneruskan tahaluf siyasi tersebut.
- 1. Membuka ruang dan peluang kepada musuh untuk menghancurkan umat Islam
- 2. Mengadaikan prinsip perjuanagn Islam dan memberikan kekuatan dan kekuasaan kepada ideology yang bertentangan dengan Islam seperti sekularisme dan sekutunya
- 3. Melemahkan dan memecahkan kesatuan umat Islam
-Buku Fiqh Politik Islam (Muhammad Zuhaili Saiman,’Izzati Farhana Mahadzar)PMRAM
-Koleksi ceramah Ijtima’ Tarbawi