Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

CHOOSING OUR LEADER




“ Selamat kembali ke sekolah, murid-murid. Hari ini kita akan memulakan sesi persekolahan kita bagi 2013. Saya akan menjadi guru kelas kamu mulai hari ini. Sebelum kita mulakan pembelajaran, kita akan lantik dahulu ketua dan penolong kelas kita,”

                Selamat tahun baru 2013 kepada para pembaca sekalian. Bagi kebanyakan orang, inilah dialog biasa setiap awal sesi persekolahan waktu kita belajar dahulu. Ya, kita melantik ketua kelas.

Sabda Rasulullah (s.a.w.):
“Apabila tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah ke atas mereka seorang untuk menjadi ketua.” (Abu Daud)

Sabda Rasulullah (s.a.w.):
“Tidak halal bagi tiga orang yang berada di satu tempat melainkan dilantik seorang daripada mereka seseorang sebagai ketua.”  (Imam Ahmad)

                Namun begitu, perlantikan ketua kelas sendiri boleh melalui pelbagai cara. Guru mungkin akan melantiknya melalui undian sokongan majoriti ramai atau melantik terus melalui kriteria yang dipilih guru seperti kecemerlangan akademik, sahsiah atau yang diketahui cemerlang khidmatnya. Tidak kurang juga lantikan secara rawak.

Itu dari sudut sebuah kelas. Bagaimana pula dengan Negara?



Negara Malaysia.

                 Mengikut sudut perlantikan ketua dalam konteks negara Malaysia, Malaysia adalah negara beraja berperlembagaan dengan penduduk seramai kira-kira 26.9 juta. Yang Dipertuan Agong adalah ketua bagi Negara manakala kerajaan diketua oleh Perdana Menteri.
Kerajaan negara ini mengamalkan sistem berparlimen bawah pimpinan Perdana Menteri yang dipilih melalui pilihan raya berbilang parti yang diadakan secara berkala. (Malaysia)

Apa itu pilihan raya?

1.       Pilihanraya wujud dalam dua peringkat: peringkat negara dan peringkat negeri.
2.       Pilihan raya umum peringkat negara adalah mereka yang dipilih keanggotaannya di dalam Dewan Rakyat, dewan lebih rendah bagi Parlimen, manakala pilihanraya peringkat negeri adalah untuk memilih keanggotaan di dalam Dewan Undangan Negeri (Dewan Perhimpunan Legislatif Negeri). 
3.       Maka, dua dewan yang terlibat adalah Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
4.       Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai Ahli Parlimen yang akan menganggotai parlimen bersama-sama Ahli Dewan Negara (Senat)
5.       Ahli Dewan Undangan Negeri pula dikenali sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
6.       Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh memegang jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat dan ADUN pada satu masa.
7.       Dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 berdasarkan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Pendaftaran pemilih

                Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-
1.     Warganegara Malaysia;
2.     Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
3.     Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
4.     Tidak hilang kelayakan.

Hilang kelayakan Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-
1.     Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
2.     Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
3.     Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
4.     Telah memperoleh kerakyatan asing.

               Inilah serba sedikit tentang Pilihan Raya Malaysia.  Pastikan semak pendaftaran anda, dan sama-sama kita menunggu pengumuman Pilhan Raya kali ke 13.

           Jika melalui kemerdekaan kita memandang kemerdekaan ini adalah titik tolak (turning point) daripada zaman konflik kepada zaman keamanan, tiada lagi kerahan tenaga, catu makanan mahupun ekspoiltasi hasil bumi, pilihan raya ini pula adalah titik tolak perubahan hari esok. Bagaimana ketua ‘kelas’ kita menjalankan fungsinya sebagai ketua, di situlah fungsi ahli yang memilihnya untuk benar-benar menilai yang mana kaca, yang mana pertama.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Al Zalzalah:7-8)

Sama-sama kita berusaha mewariskan dunia yang lebih baik kepada anak cucu kita. InshaAllah.



Rujukan (susunan abjad)
  1. 1.     Keperluan Sistem Khalifah http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/politik-dan-gerakan/283-keperluan-sistem-khalifah-tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang
  2. 2.       Laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia http://www.spr.gov.my
  3. 3.       Malaysia http://usembassymalaysia.org.my/bnet/hrrpt2008_bm.pdf
  4. 4.       Pilihan Raya Umum Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates