Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Pemuda: agen pengubah

Rasul Allah saw. bersabda : ”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” [Riwayat Bukhari]. Duhai pemuda, ketahuilah bahawasanya pemuda dan dakwah itu sangat akrab. Generasi pertama yang menyebarkan dakwah Islam ini adalah dikalangan pemuda. Khalifah yang 4 adalah mereka dikalangan pemuda, sahabat-sahabat Nabi juga mereka yang terdiri daripada golongan pemuda yang gagah dan berani. Ya Allah, sediakan umat ini dengan para pemuda yang berani dan tegas, tinggi daya juang, pengorbanan dan jihad yang tinggi sebagaimana orang-orang terdahulu dari...

10 Titik Kebangkitan Islam Daripada Angan-angan kepada Realiti (Dr Yusof Qardhawi)

Sesungguhnya Allah SWT telah mengurniakan kita sebagai ummat Islam dengan kemuliaan Islam itu sendiri dan telah menjadikan Islam dan Iman itu sebagai sebagai dua nikmat yang paling terpuji sehinggakan Allah SWT telah mendedikasikan di dalam firmanNya di dalam surah Al-Maidah ayat 3 : “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam jadi agama bagimu”. Maka, Allah SWT telah mewahyukan satu risalah yang penting kepada Nabi Muhammad SAW yang mana risalah tersebut merangkumi syari’at yang ditetapkan dan Baginda juga adalah penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul dan Al-Quran itu sebagai penghulu dan pemacu kearah kebangkitan Islam yang diturunkan oleh Allah SWT...

Cabaran Orde Baru Dunia

Orde Baru Dunia (New World Order) adalah satu pemerintahan yang bersistemkan kapitalis Amerika yang cuba untuk menguasai dunia hari ini. Pemerintahan Orde Baru Dunia adalah seruan globalisasi yang bermula di Amerika Syarikat. Ia juga merupakan penjajahan baru yang lebih licik dan merbahaya oleh Amerika Syarikat untuk menguasai dunia dalam segenap aspek samada sosial, budaya, politik, ekonomi, media massa dan teknologi. Ia juga sebuah pemerintahan berasaskan illusi dan kebendaan material semata-mata. Pemerintahan ini hakikatnya didalangi oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi bagi mencengkam dunia hari ini dari pelbagai aspek, matlamat akhirnya adalah untuk menjauhkan serta menyesatkan umat manusia daripada hidup beragama. Pertubuhan...

PAS dan negara haram Israel

Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud. Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya’ dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama,...

Ke Mana Hilangnya Cinta?

Ke mana hilangnya cinta?..cinta yang dipinjamkan Allah, sang pencipta cinta. Apakah yang sedang terjadi di dunia fana ini? Kerakusan manusia tiada berbatas. Nyawa seorang insan ibarat tiada nilai. Kekejaman menakluki pemikiran dan tindakan. Kisah menyayat hati seorang ayah yang kehilangan anak kesayangan, adalah sejuzuk daripada beribu-ribu lagi kisah hampa di bumi Syria. Saban hari, satu persatu nyawa dicabut izrail. Banyaknya syuhada' yang pergi menghadap tuhan yang Esa. Belum di kira yang tercedera. Darah yang mengalir sia-sia. Merah darah mewarnai kolam air mata yang melimpah ruah. Semuanya kerana tamak dan dahagakan kuasa dan dunia. Syria bumi yang dahulunya dikenali sebagai bumi Syam, tempat yang pernah menjadi kota perdagangan...

Page 1 of 4112345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates