Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Ustaz Azizan:Menteri Besar berwibawa~

KEDIAMAN Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai. Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman. Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai...

Hidup untuk akhirat..

Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa akhirat menjadi obsesinya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar,hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi obsesinya,maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.” Barangsiapa akhirat menjadi kesibukan utamanya dan obsesinya, maka setiap hari ia ingat perjalanan hidupnya kelak, apa pun yang ia lihat di dunia pasti ia hubungkan dengan akhirat, dan akhirat selalu ia sebut di setiap pembahasannya. Ia tidak bahagia kecuali kerana akhirat, tidak sedih kecuali kerana akhirat. Tidak redha kecuali kerana akhirat. Tidak marah kecuali kerana akhirat. Tidak bergerak, kecuali kerana...

Ummu Sulaim: Serikandi Islam yang tabah~

Salam perjuangan, di sini saya bawakan kisah seorang serikandi dahulu buat pedoman diri dan sahabat-sahabat yang mengunjung blog ni. Inilah kisah seorang serikandi solehah yang telah meninggalkan sejarah gemilang untuk dicontohi oleh setiap wanita sepanjang zaman. Beliau ialah Ummu Sulaim atau nama gelarannya Rumaisha iaitu ibu kepada Saidina Anas bin Malik. Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang terkenal. Ummu Sulaim merupakan seorang yang tegas dan kuat keyakinannya kepada Islam. Beliau lebih menyintai perjuangan Islam. Beliau lebih rela berpisah dengan suaminya iaitu ayah kepada Anas yang masih seronok dengan alam jahiliyah. *Bercerai dengan suaminya kerana kebenaran Islam Walaupun sudah berkali-kali Ummu Sulaim mengajak suaminya...

Derita Dalam Dakwah~

Ketika menusia berada dalam jurang kesesatan yang sangat jauh, ketika itulah pula Nabi Ibrahim A.S diutus oleh Allah Taala, Tuhan sekalian alam. Tugas utama Baginda Ibrahim adalah mengajak kaumnya kepada kebenaran, Baginda menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar. Baginda mengajak kaum mentauhidkan Allah, tetapi kaumnya menolak ajakan Baginda yang didakwa disampaikan dengan cara seruan yang sangat keras, tidak boleh diterima. Bahkan mereka melemparkan Nabi Ibrahim A.S ke ke dalam unggun api yang besar untuk membinasakannya. Setelah kenabian Nabi Ibrahim A.S berakhir, umat semakin lama semakin bertambah menyimpang dari jalan yang lurus. Mereka kembali mengagungkan dan menyembah patung-patung, serta mereka lebih condong kepada kehidupan duniawi...

Page 1 of 4112345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates