
ISLAM tersebar melalui penghijrahan manusia, bermula dengan penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w. dari kota Makkah tempat tumpah darah baginda ke kota Madinah yang menjadi sebuah tempat tersebarnya Islam ke seluruh pelosok dunia. Mengapa tidak, pertama Allah SWT Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, telah memilih Makkah tempat terakhir diutusnya Rasul yang terakhir, Makkah yang terletak di tengah-tengah dunia memberi isyarat bahawa ia akan tersebar dengan mudah kerana berada di tengah-tengah itulah Islam mudah untuk dibawa ke Eropah melalui Turki di sebelah timur, ke Asia melalui Yaman, ke Afrika melalui Mesir atau Sudan.
Islam yang diperkenal dan dibawa oleh Rasulullah. Maka rasanya Islam hanya berlegar di situ dan hanya terbatas...