Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

VOLUNTARISME VS MEMINTA JAWATAN

Seperkara yang tidak dapat dinafikan ialah nilai kesukarelawanan (voluntarisme) dalam jiwa pendokong dan aktivis gerakan Islam teramat tinggi berdasarkan pandangan dunia (worldview) dan juga aspirasi  Islam dalam jiwa mereka. Malah, hal-hal kesukarelawanan terutamanya berkaitan kebajikan seakan menjadi mercu tanda kepada gerakan-gerakan Islam yang demokratik di masa kini. (Bayat, 2007 ; Harrigan dan El-Said, 2009) عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ لِيْ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ  وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا وَإِذَا حَلَفْتَ...

Qiroah Manhaju Hayah - Pembacaan Satu Manhaj kepada Kehidupan Karangan Dr. Raghib Sarjani  Antara metod menuntut ilmu pada zaman ulamak silam terdiri daripada talaqqi dan musyafahah. Namun kini adalah zaman di mana ilmu telah dibukukan, jadi antara metod untuk mendapatkan ilmu adalah melalui pembacaan. Jadi Dr. Raghib El-Sarjani melalui kitabnya ini, mengajar bagaimana untuk kita mengambil intipati daripada kitab melalui pembacaan kita. Membaca adalah satu keperluan dalam kehidupan sepertimana manusia memerlukan makan dan minum. Maka, menjadi satu kewajipan ke atas kita untuk menjadikan pembacaan sebagai manhaj kepada kehidupan. Terdapat pelbagai wasilah dalam mendapatkan ilmu seperti talaqqi dan musyafahah dan membaca kitab....

UKHUWAH KITA SAMPAI KE SYURGA

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Anfaal, ayat 63) Ukhuwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan satu ikatan atau jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani di mana ikatan ini adalah  ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah. Dan di antara ikatan yang paling kukuh adalah ikatan ukhuwah bertunjangkan keimanan. Ukhuwah dalam Jemaah - Keimanan dan Ukhuwah Ukhuwah...

ISLAM & JAHILIYAH

PERHUBUNGAN ANTARA PENDIRIAN & TINGKAH LAKU       Sebagai manusia, kita sering menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan, dan kita tidak akan dapat menguasai masalah-masalah ini melainkan setelah membuat satu pendirian terhadap tabiat / keadaan sebenar masalah, dan apa hubungan tabiat / keadaan itu kepada masalah. Selagi pendirian tidak terhasil, maka tiada keputusan & tindakan yang boleh dibuat.       Tindakan kita pula akan dinilai sesuai atau tidak berdasarkan benarnya / salahnya pendirian kita tadi. Dan kebenarannya pula dinilai bergantung kepada dasar yang kita gunakan, sama ada pengetahuan, tekaan, sangkaan mahupun tinjauan pancaindera. Kita ambil contoh mudah, suatu makhluk yang...

Page 1 of 4112345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates