Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

ULAMAK HARAKI DALAM KEHIDUPAN




'' Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.''
( Hamka)

Dalam dunia yang serba moden ini, tatkala teknologi dan media meracuni anak muda, apabila amal ibadah hanyalah untuk menyudahkan semata-mata, tanpa rasa, tanpa hati, tanpa kerinduan. Tika diri asyik dengan hiburan dan harta dunia, terus terleka dan terlena. Sampailah satu ketika segalanya direntap dengan tiba-tiba, penyesalan dan rayuan tinggal sia-sia. Adakah itu pengakhirannya? 

Hadirnya ulama’ di celah-celah keruntuhan akhlak manusia. Hadirnya membawa sinar di sebalik duka kegelapan. Ulama’ berperanan untuk membawa jiwa-jiwa yang gersang kembali pada pencipta. Mereka mengetahui ilmu kebesaran dan kekuasaan ALLAH. Andai perubatan pakarnya doktor, maka dalam bidang agama, ulama’ adalah ahlinya.

DEFINISI ULAMAK DAN ULAMAK HARAKI:

Ulamak didefinisikan sebagai mereka yang mempunyai dua ciri iaitu berilmu dan bertaqwa.
Berilmu tanpa taqwa bukanlah ulamak. Bertaqwa tanpa ilmu pula hanya bergelar 'Ibad.


Manakala Takrifan Ulamak HARAKI ialah merupakan ulamak yang bergerak dalam masyarakat menyampaikan risalah Islam. Ulamak haraki tidak hanya berilmu untuk amalan dirinya mereka menjadi kesinambungan tugas kenabian bagi melaksanakan tugas menyampaikan Quran, mengajar isi kndungannya, dan membersihkan manusia dari najis aqidah yang sesat dan akhlak yang buruk.


 Firman ALLAH yang bermaksud: 
 ‘Di antara hamba-hamba ALLAH yang takut kepadanya hanyalah para ulama’.
 Surah al-Fatir ayat 28


Ulama’ berperanan memimpin ummat agar kembali kepada kebenaran.
Tegas membangkang andai ada tindakan yang menyalahi syariat Islam.

Dalam perjuangan menegakkan dan meninggikan kembali hukum ALLAH di atas muka bumi ini, mereka sedia mengorbankan jiwa dan raga demi kebenaran Islam, dan bangkit menentang kebatilan dan kezaliman meskipun nyawa menjadi taruhan. Mereka tidak terpengaruh dengan godaan dunia yang menipu, tetap tegar walau ditohmah, dicaci dan diseksa kerana hati mereka yakin kehidupan yang lebih indah menanti di pengakhiran.


Sabda nabi Muhammad s.a.w., 
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata:
Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
"Bahawasanya Allah S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.
Tetapi Allah S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. 

Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (Hadis Riwayat Muslim) 

Tanpa ulama’, hiduplah manusia dalam kerosakan tanpa ilmu, tanpa tujuan, terumbang-ambing bak kapal di lautan yang bila-bila masa sahaja bisa musnah dek ombak yang menghentam dan akhirnya tenggelam dalam lembah kehinaan. Gejala sosial berleluasa, zina ibarat perkara biasa, bayi dibuang merata-rata, halal dan haram bahan mainan, negara dalam ambang kehancuran, musuh ketawa kepuasan.
Perginya ulama’ maka hilanglah seri alam ini, usaha untuk melahirkan generasi ulama’ pula hanyalah dipandang sepi dek kerana terlalu sibuk mengejar keduniaan.


Kedudukan ulama’ sangatlah mulia di sisi Islam.
Kerana ulama’ merupakan tunjang keutuhan syiar Islam dalam sesebuah negara. Ulama’ menjadi tempat rujukan dalam sesuatu permasalahan baik berkaitan dunia mahupun akhirat. Mereka juga menjadi contoh tauladan yang baik kepada masyarakat.

Amanah ilmu yang sedia terpikul di pundak mereka turut mewajibkan para alim ulama' ini berada di medan perjuangan, memimpin ummah mendepani cabaran dan ancaman musuh Allah swt.

Ulama'  menjadi benteng kukuh mempertahankan kesucian Islam dan gerakan perjuangannya agar tidak tembus dan tiris dek serangan pelbagai anasir negatif yang mahu merosakkan jamaah dan meretakkan hubungan sesama pejuangnya

Antara Sifat ulama' yang diredhai oleh Allah swt. ialah bersifat Haraki. Sifat ini mengeluarkan mereka dari kelompok yang mengaku ulama' namun jumud dan beku. Sifat Haraki turut membebaskan para alim ulama' dari kumpulan mereka yang mengaku ulama' namun hidup dan aktiviti rutinnya tidak melandasi Manhaj Islam yang telah diwariskan oleh Nabi saw .

Ulama' Haraki ialah Ulama' yang bertolak dari kekuatan aqidah, ilmu dan peribadi justeru selayaknya mereka adalah:

  • Ulama' yang pantas menyahut seruan perjuangan tanpa lengah dan beralasan. 
  • Ulama' yang tangkas menepis segala da'ayah yang merosakkan Islam dan jamaahnya.
  • Ulama' yang gagah meredah halangan mendepani cabaran luaran dan dalaman.
  • Ulama' yang peka menangani isu semasa dan menyelesaikannya dengan ilmu dan petunjuk Islam
  • Ulama' yang berani menjuarai gerakkerja pembelaan aqidah, fikrah dan syakhsiyah. 
  • Ulama' yang kental menghadapi fitnah lantas membersihkannya dengan tegas dan wibawa. 
  • Ulama' yang cekal mengharungi karenah ummah lalu membimbing tangan mereka. 
  • Ulama' yang mesra menjalani kehidupan bersama masyarakat dan bersifat inklusif.
  • Ulama' yang pro aktif dan sedia menguasai ruang terbuka selain markas, masjid dan surau.
  • Ulama' yang senantiasa memelihara kesolehan peribadi agar menjadi qudwah sepanjang masa.
Kepimpinan Ulama' adalah konsep sebuah Kepimpinan "Ilmu" dan "pendokongnya yang berilmu" menepati kehendak Islam untuk memimpin perjuangan atau parti ini dengan benar dan pula menepati Manhaj Perjuangan Islam.


Kepimpinan Ulamak diasaskan supaya gerakan bukan sahaja tertumpu kepada politik semata-mata dan memastikan gerakan tidak lari dari konsep perjuangan samada dari sudut dakwah, tarbiyyah dan politik.
                                 

Adab-adab dengan para ulama’ mestilah dijaga sekalipun kita berbeza pandangan dengan mereka. Sesungguhnya mereka teramat dekat dengan ALLAH dan RasulNya.
Ambillah peluang yang ada sebaiknya untuk mendekati para ulama’ dan mendengar kalam-kalam mutiara yang diberikan.

Semoga ALLAH menempatkan kita dengan mereka di akhirat sana.



RUJUKAN:http://ulamak.pas.org.my/v3/index.php/artikel02/berita1/147-multaqa-ulamak-914-ulama-haraki-benteng-izzah-islam

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates