.” Nak confess ke tak?
Usai liqa’ Al-Mulk di ruang tamu rumahnya, Amir menuju ke meja study, dicapainya sebatang pen dan
sehelai kertas.
Farhan, teman sebiliknya dari tadi memerhatikan pena Amir ligat menari di atas kertas berwarna merah jambu itu. Sesekali dahi Amir berkerut, seolah-olah sukar untuk meneruskan penulisannya.
Farhan menepuk belakang Amir sambil matanya menjeling ke arah kertas tersebut lalu bertanya,
“Kenapa dengan kau ni Mir? Tengah tulis surat kat awek ke? Haha.
” Pertanyaan dalam nada gurauan tadi dibalas serius oleh Amir. “Haah, pandai kau. Macam mana kau tahu?” Farhan tersentak.
Dia sedar Amir berlatarbelakangkan pendidikan agama yang sederhana, tidak terdedah kepada usrah sepertinya sejak alam persekolahan.
“Ohho..tak sangka, diam-diam kau simpan perasaan kat seseorang rupanya.
Siapa insan bertuah tu?” Tanya Farhan, mesra.
Dia tidak mahu terus menyentap Amir dengan hujah dan fatwa, takut-takut Amir langsung menolaknya.
Amir ketawa kecil. “Sharifah, dah lama aku perhatikan dia dari jauh. Aku sebenarnya tengah tunggu masa yang sesuai untuk confess kat dia.
Bersempena dengan Valentine’s Day esok ni, aku rasa ini kalilah, aku kena ambil langkah berani.”
Kali ini Farhan mula menampakkan keseriusannya dalam berbicara.
“Oh macam tu. Kau dah fikir masak-masak ke nak jadikan dia isteri? Yelah, kalau kau dah suka, dia pun suka, elok dipercepatkan majlisnya.”
Amir yang sedang meneguk air kopi tadi tersedak mendengar kata-kata Farhan.
“Uhuk uhuk..huish kau ni, takdelah sampai ke situ. Aku nak jadikan dia teman istimewa dulu, tak terfikir langsung nak buat bini. Slow-slow la bro..”
“Malaikat pun slow-slow catat amalan kita bro. Aku faham, Allah memang kurniakan rasa cinta dan ingin berkasih saying pada hambaNya. Cinta tu fitrah manusia yang suci, tapi janganlah kita cemarkan dengan maksiat yang mengundang murka Allah. Allah dah bagi warning awal-awal dalam Quran,
Surah Al-Isra’ ayat 32 : Janganlah kamu mendekati zina.”
Farhan memerhatikan air muka Amir mula berubah. Namun dia meneruskan juga hujahnya.
“Hari ni kau confess, esok lusa kau jumpa berdua-duaan, bila jumpa terasa nak pegang-pegang pulak, time ni syaitan mula take over.
Pak Imam pun boleh melayang serban bila berdua-duaan dengan perempuan bro.
Naudzubillahi min dzalik.
Sekuat mana pun iman seseorang, kalau boleh cegah, baik kita cegah. Jangan dah terhantuk, baru nak terngadah. Tambahan pula, kau bukan serius nak jadikan dia isteri.
Kau faham kan apa yang aku nak sampaikan?” Valentine’s Day. Haram?
“Aku faham, tapi sayang pulak rasanya. Aku dah beli dah Ferrero Rocher 3 ketul, ingat nak bagi dia esok. Esok kan 14 Februari. Valentine’s Day.” Balas Amir, sedikit kecewa.
Dia menundukkan pandangannya ke lantai, malu. “Aduh, apa susah, coklat ni kau bagi la kat aku.
Kau tak sayang aku ke? Haha.” Ujar Farhan, berseloroh.
Kali ini Amir juga ketawa kecil.
“Tapi bro, ada satu lagi benda yang aku kena bagitahu kau. Kita sebagai umat Islam tak sambut Valentine’s Day ni. Haram bro.
Bukan aku yang kata, Fatwa Majlis Kebangsaan sendiri dah keluarkan kenyataan tahun 2005 dulu : Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.”
Dahi Amir kembali berkerut. ‘Ini tak boleh, itu tak boleh. Apa je yang boleh dibuat?’ bentak Amir dalam hatinya.
“Apa kejadah haram-haram ni?” Suara garau Azizul, ahli bilik sebelah memecah ketegangan suasana.
“Paan (nama manja) ni, katanya haram sambut Valentine’s Day. Asal ek?
Tu kan Hari Kekasih je. Aku tak faham.”
Amir mula bersuara. “Macam ni, Amir.
Dalam Islam, takde istilah ‘Hari Kekasih’, kerana kekasih sebenar ialah pasangan yang halal melalui ikatan perkahwinan. Mengingati pasangan sebagai kekasih bukan pada hari tertentu, tetapi sepanjang masa tanda kasih dan cinta sesama insan.
Agama Islam tak terima konsep Valentine’s Day kerana ia menyumbang kepada pelbagai keburukan serta dosa kepada penyambutnya.
Haramnya kerana sambutannya, kaitannya dengan agama lain, kerana sejarahnya dan juga kesannya kepada masyarakat.
Aku rasa bab-bab sejarah ni, Azizul lagi faham kot.” Jelas Farhan sambil mengangkat keningnya. Azizul yang tercegat di pintu bilik menghampiri Amir dan Farhan.
“Ada beberapa pendapat sejarah yang berkaitan dengan Valentine’s Day ni.
Sejauh mana kebenarannya, wallahu a’lam.
Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dalam tempoh ini, mereka menyembah dewi cinta yang bernama Juno Februata. Pada malam pesta ini, para pemuda Rom akan menulis nama-nama gadis pilihan mereka, lalu dimasukkan ke dalam sebuah bekas. Mereka kemudiannya akan mencabut sebuah kertas secara rawak.
Nama gadis yang tertera di atas kertas tersebut akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pendapat kedua pula sempena mengingati kematian paderi St. Valentine ketika Raja Rom yang bernama Claudius II memerintah. Kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara dan diseksa. St. Valentine tidak terkecuali.
Diceritakan bahawa St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan penjara. Kegiatan ini telah diketuai oleh Claudius II. St. Valentine akhirnya diseksa dan dihukum bunuh pada 14 Februari. Penganut Kristian menganggap pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentine sebagai pengorbanan yang besar demi kecintaannya terhadap agamanya.
Pendapat ketiga pula menyatakan asal-usul sambutan Valentine’s Day bersempena dengan musim burung mengawan yang jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan tradisi orang Inggeris.
Ni setakat yang aku tahu la. Dan, fakta sejarah ni kena kaji lebih mendalam kalau nak tahu kesahihannya.”
Farhan menepuk-nepuk bahu Azizul, kagum. Dia kemudiannya membacakan dua potong hadis :
“Anas bin Malik r.a berkata : Rasulullah s.a.w pernah datang ke Madinah di mana penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-dua hari tersebut, mereka bergembira di zaman jahiliyyah.
Lalu baginda bersabda :
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat An-Nasai : 959)
Rasulullah s.a.w juga bersabda :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka.”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud : 3512)
“Naudzubillahi min dzalik. Kita sebagai umat Islam ada identiti tersendiri.
Tak perlulah kita jadi bagai lembu dicucuk hidungnya, terikut-ikut dengan budaya agama lain, apatah lagi jika budaya tersebut menjerumuskan kita ke arah maksiat dan pembaziran.
Beli hadiah mahal-mahal, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, ini semua amalan yang ditegah oleh syarak.” Amir mengangguk perlahan.
“Macam tu rupanya. Licik sungguh puak-puak ni. Aku tak tahu pun. Terima kasih sudi bagitahu aku yang jahil ni.” Farhan menghela nafas lega. Azizul tersenyum.
“Sama-sama. Hari ni hari kau. Esok lusa hari kami pula.
Katanya sahabat hingga ke syurga? Saling mengingatkan la yok?”
Soalan tadi dibalas dengan senyuman oleh Amir.
“Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfa'at bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Dzariyat : 55)
CINTA HAKIKI, CINTA ILLAHI,TAATI NABI saw.
Sahl bin Abdullah berkata,
"
Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-Quran.
Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi saw.
Tandakan cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda.
T
anda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan akhirat.
Tanda cintakan akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.
Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia.
Dan tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia
melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup"
melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup"
Sumber :
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day http://wanwma.com/agama/kenapa-hari-valentine-haram/ http://www.history.com/topics/valentines-day/history-of-valentines-day
0 comments:
Post a Comment