The religion didn’t spread much in the time of rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam. It spreads in the time of Abu Bakr and Umar (ra) It spreads in the time of the Khilafah of Banu Umayyah and Banu ‘abbas.
Video yang dimainkan itu terus diulang-ulang. Zaman merentasi zaman, dan ajaran itu tiba jua, pada dimensi ini. Subhanallah.
Otaknya ligat mengimbas kembali cebisan tazkirah yang pernah disampaikan ustaz.
Kejahilan Umar sebelum Islam pernah ada. Hingga ditanam hidup-hidup anak perempuannya yang kecil molek. Wajah suci yang tidak dihiasi dosa jahiliah. Tapi terus mendapat hukuman alam yang kejam. Timbul belas kasihan dihati seorang Umar, tapi malang, egonya tinggi melangit. Hingga belas kasihan tersebut terus dimatikan. Itu Umar sebelum islam.
Ketika menggali lubang, jubah Umar terkena debu yang berterbangan…anak perempuannya itu datang dan membersihkan jubbah Umar…setelah lubang itu siap digali, Umar berehat untuk melepaskan penat…anak perempuannya datang dan menyapu pasir halus yang terlekat pada janggut ayahnya…terdetik rasa kasihan di hati Umar namun disebabkan sifat egonya, Umar menghumban anak perempuannya ke dalam lubang tersebut dan menanamnya tanpa rasa belas kasihan…
Dan bila dia meningkat dewasa, dia baru tersedar yang kisah kejahilan Umar ra itu tidak diiktibarkan sahih.
Sedikit terkilan.
Selama ini dia betul percaya. Menyedari hakikat fitnah dan berita mudah sahaja disebarkan, dia mengambil langkah mudah.
Fakta itu juga tidak harus dipercayainya.
Mengambil ilmu perlu dari sumbernya.
Diyakini statusnya.
Walaupun ada pengajaran disebaliknya, tapi itu bukan jalan yang benar.
Soal yang lagi penting, kita tidak harus berpegang pada fakta pembohongan.’
Dia berhujah panjang dalam hati.
Seakan menghukumi bagaimana cerita tersebut jauh menyeleweng.
‘Tahulah.Mungkin nak menunjukkan betapa Islam berjaya mengubah Umar silam hingga Umar gemilang,
tapi …,’
dia sendiri kehilangan idea. Dan dia tidak tahu mana yang benarnya.
Seorang sahabat diam pabila diajukan soalan.
Satu yang diyakini, maka hanya satu solusi yang diberi.
Memberi tahu apa yang tidak diketahui tidak akan sesekali meninggikan darajat disisiNya.
Amanahnya seorang ilmuwan pada disiplin keilmuan itu sangat rapi. Subhanallah indahnya akhlak yang diperturunkan agama rahmat itu.
‘Dan pada quran itu, terjamin.
Takkan sesekali berlaku penyelewengan’
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ.
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur'an dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.”
(QS. 15:9)
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ.
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur'an dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.”
(QS. 15:9)
Nuraninya kagum. Mukjizat sepanjang zaman itu banyak meyakinkan i’tikadnya tiapkali dia hilang arah.
Penyebaran budaya barat dan ideologi serta auta yang menyelewang secara meleluasa melalui teknologi merupakan cabaran muslim kini untuk memastikan agenda serta konspirasi barat yang terus menerus menyerang pemikiran ummat menyebabkan kecelaruan dan kekeliruan dalam mencari kebenaran.Bahkan memberi impak yang negatif kepada bukan muslim dalam memahami ajaran yang sebenar.
‘Tika mana muslim dilabel terrosist, islamophobia mula wujud, dan pelbagai ajaran lain wujud, dia kerap mempersoalkan, apa hujah bahawa agamanya yang paling benar.’
Terbayang peta dunia benua Amerika yang dikajinya semalam.
Pelbagai negara dalam peta benua tersebut yang berfahamankan kristian ateis dan sebagainya.
‘Takkan aku dengan yakinnya yakin yang aku paling betul.’
Pegangannya mulai tergugat.
Dan norma kehidupan agama lain berlegar-legar dimindanya. Tiada poligami tapi ada zina, bebas arak, fitrah sesama jantina diiktiraf. Ya, tidak banyak perihal mereka yang diketahuinya. Perkara basic, bolehlah.
Dan kedamaian akan muncul tiap kali dia mengkaji kalimat mushaf itu.
Membebaskan kegusaran dijiwanya.
Kalimat mushaf tersebut betul penawar.
Mushaf yang membenarkan logik akal bahkan mengatasi fikiran manusia.
Hidupnya bukan sebagai pelajar jurusan agama. Tapi hatinya tegar ke arah agama, yang memerlukan pengkajian sains .
Tak pasti sejak bila minatnya bercambah. Sebelum pada itu, dia pernah pelik kenapa alquran sebagai mukjizat teragung.
Bukankah nabi Isa boleh menghidupkan mereka yang mati?
Juga Ibrahim as tidak hangus dibakar api?
Mukjizat zahiriah.
Tapi alquran?
Dia hanya melihat quran hanya sebagai naskhah yang punya lembaran. Itu pun dihadam sebagai rutin seorang muslim. Ya tika itu.
Khuatir, soal anak muda di luar sana.
‘Kalau yang sudah rosak latar belakang keluarga, maka pada siapa lagi sumber kekuatan jiwa mereka.’ ‘Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.’
Lama pandangannya dilontar pada langit nan biru. Tanpa makna yang jelas, fikirannya menembusi langit.
Dia bukan mentadabbur alam.
Fahaman untuk menarik seramai mana manusia dijalannya kian terasa. Mungkin kerana dia pernah merasai peritnya hidup bertuhankan ketidakfahaman.
Dan dia mula merasai rahmatnya alam berlandaskan Islam.
‘Aku perlu sebarkan fahaman Islam. Yang sebenar!’ Seakan wujud misinya yang baru.
‘Hidup berlandaskan hawa nafsu memang puas, tapi satu, kau takkan jumpa ketenangan,’
Ideologi politiknya tidak hebat sebagaimana sahabat perjuangannya.
Dia faham tapi dia masih dalam kerangka membina fikrah.
Dan dia bersyukur, dia mendapat fahaman sebegitu. Semestinya juga dia mengharapkan sahabat yang tidak sefikrah dengan turut merasainya.
‘Suatu hari nanti mungkin,’ getus hati kecilnya. Semangat. Dia lupa, sesuatu itu tidak akan diperoleh hanya dengan semangat. Usaha, itu yang dinilai
Rahmat yang dirasai. Apalah guna kalau hanya untuk diri sendiri.
Pentingkan diri kalau hanya untuk diri.
Dan Islam tak pernah mengajar hidup secara nafsi.
‘Prinsip Islam inilah meletakkannya sebagai satu agama atau cara hidup yang paling selamat , sesuai serta layak untuk dianut dan diterima oleh semua tanpa mengira latar belakang bangsa atau keturunan .
Kalau pun masih ada yang tidak mahu menganutnya ,
ia tetap selamat untuk berurusan malah bernaung di bawah sinar Islam dan syariatnya justeru ia adalah cara hidup yang adil malah kaya dengan toleransi’
Matanya menatap tiap bait perkataan tersebut.
Ada aura perjuangan yang melingkari untaian kata-kata beliau. Islam adalah rahmah. Rahmah untuk semua. Menantikan rahmat Islam untuk mekar di bumi pertiwi bukan hanya dengan menanti.
Tapi menyertai. Ya, dia akur.
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
-anbiya 107-
Diceritakan di kelas pengajian,
al-‘alamin menurut kitab tauhid, ialah seluruh makhluk selain daripada Allah swt.
Diutuskan rasulullah sebagai rahmat untuk sekalian alam, seluruh makhluk. Kerana andai nabi tidak diutuskan, mungkin kita akan berbuat apa saja.
Juga diceritakan oleh Syeikh Yusri, lebih aula untuk kita menziarahi maqam nabi dahulu berbanding menziarahi kaabah.
Kerana kaabah itu termasuk dalam golongan alam.
Dan kalau bukan rahmat pengutusan rasulullah saw, kaabah tidak akan dimuliakan.
Betapa beruntungnya kita sebagai ummat kepada nabi pembawa rahmat.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ
وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
-ali Imran:31-
Justeru,sebagai pembawa risalah nabi,kita harus sentiasa yakin dan percaya bahwa setiap dari kita adalah daie dan agen yang bertanggungjwab membawa jiwa-jiwa manusia untuk kembali kepada Allah.Seluruh kehidupan kita diwaqafkan untuk menegakkan islam dan Menjadi tugas kita menyedarkan umat bahawa Islam itu wajib ditegakkan dan dilaksanakan..
Menyingkirkan pemikiran sekular,liberalisme,pluralisme dan segala bentuk ancaman ideologi pemikiran dari kehidupan muslim dan membawa mereka mengenal hakikat islam itu adalah sebagai satu-satunya cara hidup..
Islam tidak sesekali boleh dijuzu-juzukan bahkan islam itu syumul dan melengkapi seluruh aspek kehidupan
Tanpa Islam,budaya bangsa walau sebaik manapun tidak mampu bertahan.
-ali Imran:31-
Justeru,sebagai pembawa risalah nabi,kita harus sentiasa yakin dan percaya bahwa setiap dari kita adalah daie dan agen yang bertanggungjwab membawa jiwa-jiwa manusia untuk kembali kepada Allah.Seluruh kehidupan kita diwaqafkan untuk menegakkan islam dan Menjadi tugas kita menyedarkan umat bahawa Islam itu wajib ditegakkan dan dilaksanakan..
Menyingkirkan pemikiran sekular,liberalisme,pluralisme dan segala bentuk ancaman ideologi pemikiran dari kehidupan muslim dan membawa mereka mengenal hakikat islam itu adalah sebagai satu-satunya cara hidup..
Islam tidak sesekali boleh dijuzu-juzukan bahkan islam itu syumul dan melengkapi seluruh aspek kehidupan
Tanpa Islam,budaya bangsa walau sebaik manapun tidak mampu bertahan.
Islam datang membawa erti kemerdekaan yang lebih jitu dan jelas.
sebagaimana ungkapan Sayidina Ruba'i bin Amir,panglima tentera Muslim di hadapan Rustum,raja Parsi:
"kami datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada menjadi HAMBA kepada ALLAH swt.
Juga membebaskan mereka daripada kesempitan dan kezaliman agama kepada KELUASAN dan KEADILAN ISLAM"
NAHNU ANSORULLAH..
ISLAM FOR ALL
0 comments:
Post a Comment