.jpg)
Tahun 2013 ,saya kira rakyat malaysia menerima banyak kejutan dan berita "baik" dari Kerajaan..
Antara yang paling membuat saya pelik dan hairan,sejurus selepas KERAJAAN ''menang'' dalam PRU 13,Kerajaan tanpa segan silu telah mengurangkan subsidi rakyat,lantas menyebabkan harga minyak naik.
Kenaikan harga minyak naik sememangnya menyebabkan berlaku perubahan ekonomi rakyat.
Tidak dapat tidak,bilamana minyak dinaikkan,maka barang-barang keperluan lain juga menunjukkan kenaikan yang drastik.
Dalam Bajet 2014 pada Oktober lalu,sekali lagi kita dikejutkan dengan pengumuman GST akan dilaksanakan bermula April 2014...
dengan hujah-hujah yang menjengkelkan seperti seperti cukai kita lebih rendah dari negara lain, negara lain sudah lama menjalankan...