Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Tahalluf Siyasi Antara Persepsi dan Realiti


                 Seringkali bila mana tahaluf siyasi disebut, terlalu banyak persepsi dan kontroversi ditimbulkan oleh sebahagian golongan ditujukan kepada PAS. Sebahagian golongan terus membuat  tohmahan kepada PAS bersetongkol dengan DAP dan mendakwa PAS telah lari dari matlamat asal perjuangan PAS. Pencetusan idea untuk mengadakan tahaluf siyasi dalam medan  pencaturan politik demokratik  di Malaysia selepas melakukan ijtihad politik.

                Seharusnya perlu difahami oleh semua ahli, keputusan untuk membuat kerjasama dengan DAP dan PKR adalah satu ijtihad politik yang paling hebat dalam gerakan politik dalam konteks PAS sebagai satu gerakan dakwah dan satu gerakan politik.Semua ahli perlu wala’ dan memberi ketaatan yang tinggi kepada kepimpinan terhadap keputusan yang telah diambil dari majlis Syura.

   Tahaluf siyasi  adalah salah satu daripada strategi politik, bukanlah bermakna satu-satunya cara,tetapi salah satu cara yang diambil untuk menghadapi arus semasa dengan bermatlamatkan  untuk menawan Malaysia dengan bervisikan Mardhatillah taala.



Makna Tahaluf Siyasi

                Tahaluf  bermaksud perjanjian untuk saling bantu membantu. Siyasi merujuk kepada siasah  pula bermaksud pentadbiran dan pemerintahan. Tahaluf siyasi adalah satu perjanjian kerjasama yang melibatkan urusan-urusan politik untuk mendapatkan kuasa  dan untuk menolak sebarang kezaliman. Tahaluf siyasi adalah  membawa makna kerjasama atau perjanjian  harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam.

                 Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan oleh PAS juga termasuk kerjasama politik dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama dengan membataskan syarat dan menggunakan kaedah-kaedah dan juga memperkenalkan pendekatan pendekatan Pas untuk memberi kefahaman sebenar kepada  mereka
.
Empat Dasar bersama dalam Pakatan Rakyat yang disepakati oleh PAS ,DAP dan PKR 



                Bersatu atas matlamat untuk menentang kezaliman UMNO  dan menegakkan keadilan dan bersatu dalam empat dasar bersama.

·         Menegakkan ISLAM sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.
·         Menekankan  hak keistimewaan  orang melayu seperti mana yang tercatat dalam perlembagaan
·         Menegaskan tentang perlunya hak raja-raja seperti mana dibutuhkan perlembaggan raja
·         Pentingnya bahasa kebangsaan atas bahasa melayu sepertimana tertulis dalam perlembagaan

                 Kebersamaan dalam Pakatan Rakyat  adalah bersama-sama mempertahankan kebenaran sepertimana firman Allah dalam Al-Quran Al-Karim:

"Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kebakikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan." [al-Maidah: 2]


Hukum Tahaluf siyasi

              Ulama berselisih pendapat mengenai hukum bekerjasama dengan non-Muslim Hal ini demikian kerana ikatan perbezaan antara agama.Sebahagian ulama’ menolak terus sebarang melakukan kerjasamaini serta meletakkan hukum haram secara mutlak. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

            Pandangan ulama yang mengharamkan kerjasama dengan Non-Muslim berdasarkan dalil-dalil berikut:

Firman Allah swt 

"Dan orang-orang kafir ,sebahagian mereka penolong dan pembela bagi sebahagian yang lain.Jika kamu tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesame sendiri yang diperintahkan Allah)itu,nescaya akan berlakukalah fitnah(kekacauan )di muka bumi dan kerosakan yang besar".-Surah al-anfal:73


Firman Allah swt:

"Pihak munafiq itu (ialah)orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah berkatalah mereka: Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu?(oleh itu Kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)” Dan jika orang kafir pula mendapat bahagian, berkatalah mereka: Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari orang beriman? Maka Allah akan menghakimi di antaramu pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang kafir untuk membinasakan orang yang beriman."-[Surah an-Nisa:141]

                  Manakala pandangan ulama yang mengharuskan kerjasama dengan Non-Muslim berdasarkan dalil berikut:

Allah swt tidak melarangkepada  mana-mana orang Islam untuk melakukan kebaikn dan keadilan ke atas golongan kafir atau non-Muslim sebagaimana mereka tidak memernagi ISLAM.Hal ini berdasarkan firman Allah swt:

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."-[Surah Al-Mumtahanah:8]

               Dan larangan Allah swt ialah bekerjasama dengan pihak yang melakukan kezaliman ,kerosakan dan pengkhianatan sebagaimana firman Allah swt:

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."[Surah Mumtahanah:9]


              Dr Yusufal-Qardhawi menyebut berkenaan dengan larangan kerjasama dengan non-muslim firman Allah swt:

"Janganlah orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin melebihi daripada orang yang beriman. Dan sesiapa berbuat demikian nescaya tidak ada daripada Allah sesuatu (pertolongan) jua pun, kecuali (kamu berbuat demikian) kerana memelihara diri kamu daripada sesuatu yang kamu takuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu benar-benar tentang Diri-Nya (Diri Allah) dan kepada Allah jua tujuan kamu"-[Surah Al-Imran :28]

            Larangan di atas sekiranya non muslim tersebut memberi mudharat kepada pihak Islam dan juga larangan ke atas pihak Islam agar menjauhi daripada mengambil teman rapat dari kalangan non –muslim termasuklah bekerjasama sehingga akidah umat islam tergadai.Hal ini bermakna sekiranya  akidah umat islam tidak tergadai dan kerjasama yang dijalankan tidak memberikan kemudharatan kepada pihak Islam maka ia tidak diharamkan.

Sejarah Tahaluf Siyasi

             Sebelum kedatangan Islam,antara perjanjian yang paling masyhur yang berlaku adalah perjanjian Mutayyibin dan perjanjian fudhul. Perjanjian fudhul berlaku ekoran seorang lelaki dari zubaid datang ke Mekah bersama barang perniagaannya.Barangan tersebut dibeli oleh Al-‘As ibnu Wail,seorang yang mempunyai kedudukan dan kemuliaaan di Mekah,Al-As ibnu Wai tersebut telah menzalimi lelaki tersebut dengan tidak memeberikan bayaran ke atas barangan yang dibeli.Lalu,lelaki tersebut meminta pertolongan daripada Abdul Al-Dar,Makhzum,Jumah,’Adi.Namun mereka membantunya kerana melihat kepada kedudukan dan kemuliaan yang terdapat pada Al-‘As ibnu Wail.

             Maka,termeterailah perjanjian bagi memastikan Mekah terhindar daripada sebarang unsur kezaliman bagi memastikan Mekah selamat kepadapenduduk Mekah dan pihak luar yang datang untuk beniaga di Mekah. Nabi saw bersama-sama bapa saudara baginda SAW menyaksikan perjanjian ini dimeterai oleh kabilah-kabilah Quraisyh  walaupun nabi saw belum dilantik menjadi nabi dan rasul.Baginda merasakan sangat teruja atas perjanjian ini atas dasar intipati perjanjian yang dilakukan adalah untuk membawa kepada kebaikan umum dan menepati hak keadilan seorang manusia.

            Perjanjian ini menjadi bukti kemaslahatan umum menjadi persepakatan bersama dalam memastikan tiada unsur kezaliman dan pihak dizalimi akan terbela.
Nabi saw bersabda: 

Sesungguhnya aku telah menyaksikan bersama-sama dengan bapa saudaraku akan perjanjian (perjanjian fudhul)yang berlaku di rumah Abdullah Bin Jud’an.Maka,(perjanjian tersebut )lebih aku sukai daripada unta merah(uta yang berharga mahal dan kualiti tinggi)Dan sekiranya kau dijemput bersama-sama dengan perjanjian tersebut ketika Islam(selepas wahyu diturunkan),nescaya akan aku sahut.

            Hadis diatas jelas menunjukkan walaupun perjanjian itu diadakan pada zaman jahiliyah dan dilakukan oleh masyarakat bukan islam tapi,nescaya Rasulullah akan bersama-sama dalam kerjasama itu kerana perjanjian itu ingin membawa kebaikan umum yang bertepatan dengan kehendak Islam.

Syarat –syarat tahaluf siyasi:

            Tahaluf siyasi yang berlaku antara pihak Islam dan non-Muslim diharuskan dengan beberapa batasan yang mesti dijaga :
  • 1.       Perjanjian tersebut merupakan keadaan terdesak atau mempunyai keperluan yang  penting dalam membantu perjuangan Islam
  • 2.       Perjanjian atau tahaluf siyasi tersebut dilakuan bagi menolak kemudharatan dan mendatangkan kemaslahatan.
  • 3.       Tahaluf siyasi yang dijalankan tidak memberikan kesan buruk atau mudharat kepada akidah,umat islam serta tidak menghalang gerak kerja perjuangan Islam
  • 4.       Tahaluf Siyasi ini mengikut pertimbangan dan penilaian dalam keutamaan dari semasa ke semasa dalam menentukan masahat dan mudharat.Sekiranya tahaluf siyasi tersebut berubah  dengan memberikan  mudharat kepada pihak Islam,maka pihak Islam tidak perlu meneruskan tahaluf siyasi tersebut.

       Adapun tahaluf siyasi yang diharamkan ialah:

  • 1.       Membuka ruang dan peluang kepada musuh untuk menghancurkan umat Islam
  • 2.       Mengadaikan prinsip perjuanagn Islam dan memberikan kekuatan dan kekuasaan kepada ideology yang bertentangan dengan Islam seperti sekularisme dan sekutunya
  • 3.       Melemahkan dan memecahkan kesatuan umat Islam


Berikut enam garis panduan yang wajib difahami berkenaan tahaluf:

1.       Tahaluf mestilah dijadikan sebagai platform untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan umat Islam dan membuka ruang untuk melaksanakan Islam.
2.       Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.
3.       Intima' wajib diberikan kepada pucuk pimpinan PAS, bukan kepada Pakatan Tahaluf.
4.       Tahaluf wajiblah dijadikan ruang dan medan untuk menyampaikan da'wah.
5.       Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.
6.       Majlis Syura Ulama' mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi berdasarkan kepentingan dan ancaman syara' dari masa ke semasa.
               
                Antara kelebihan  yang mampu kita perolehi adalah dapat menyampaikan dakwah kepada bukan Islam dengan memperkenalkan keindahan ISLAM secara keseluruhan . Dengan tahaluf siyasi, dakwah dapat disampaikan kepada masyarakat bukan islamdan juga kepada masyarakat Islam tetapi mereka tidak memahami perjuangan Islam, sebagaimana PKR dan juga daripada NGO-NGO yang berbagai-bagai untuk sama-sama bertahaluf siyasi.



                Hakikatnya,semua gerakan Islam perlu bijak untuk mengambil langkah  dan mengambil manfaat dari segenap ruang dan peluang yang ada.Hakikatnya PAS sentiasa konsisten  berpegang teguh dan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap perjalanan gerakan perjuangan dan strateginya. Kerana hakikat  kemenangan ini satu perkara yang mustahak dan sangat penting, dengan kemenangan Islamlah  kita dapat menyelamatkan aqidah umat Islam dan menyelamatkan ramai manusia yang terlibat dalam dosa-dosa besar seperti  pelacuran dan pelaburan-pelaburan  yang tidak menurut syarie. Maka, marilah kita memfokuskan kemenangan kita dengan tahaluf siyasi.



Allahuakbar..

Rujukan:
-Buku Fiqh Politik Islam (Muhammad Zuhaili Saiman,’Izzati Farhana Mahadzar)PMRAM
-Koleksi ceramah Ijtima’ Tarbawi

1 comments:

Kelasi Kapal said...

jemput baca... =)

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates