Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Akhlak Islam : Ke arah Pemantapan Nilai Murni dan Asas Kualiti

Muqaddimah . Sebagai insan yang diamanahkan untuk mengurus kehidupan di dunia serba mencabar ini , pastinya nilai murni yang mantap adalah pengaruh utama dalam membentuk kualiti dan standard value diri ini di dunia bahkan melewati sempadan akhirat. Tanpa syak pula , Nilai Murni tersebut dengan segala ciri dan sifatnya adalah bertunjangkan Akhlak Islami yang tulen . Dari Abi Darda’ Rha. bahawa Rasulullah saw bersabda : مَا مِنْ شَئٍ أَثْقَلَ فِيْ مِيْزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلْقِ وَ أَنَّ اللهَ تَعالى لَيَبْغَضُ اْلفَاحِشَ اْلبَذِئ Sebahagian dari suatu yang memberatkan timbangan amal seorang mukmin di akhirat kelak ialah Akhlak yang Murni dan Allah swt. sangat murka terhadap kekejian ( penyelewengan...

Lakukanlah perkara bermanfaat

‘Umar bin Abdul ‘Aziz Radhiallahu ‘anhu berkata:“Barangsiapa beranggapan perkataannya merupakan bagian dari perbuatannya (niscaya)menjadi sedikit perkataannya, kecuali dalam perkara yang bermanfaat baginya.” ‘Umar bin Qais Al-Mula’i Radhiallahu ‘anhu berkata:Seseorang melewati Luqman (Al-Hakim) di saat manusia berkerumun di sisinya. Orangtersebut berkata kepada Luqman: “Bukankah engkau dahulu budak bani Fulan?” Luqmanmenjawab: “Benar.” Orang itu berkata lagi, “Engkau yang dulu menggembala (ternak) di sekitar gunung ini dan itu?” Luqman menjawab: “Benar.”Orang itu bertanya lagi: “Lalu apa yang menyebabkanmu meraih kedudukan sebagaimana yang aku lihat ini?” Luqman menjawab: “Selalu jujur dalam berucap dan banyak berdiam dari...

LA BIANCA - renungan untuk para muslimat

Kisah gadis desa Australia memilih menjadi muslimah – La BiancaLa Bianca hanya seorang perempuan desa sederhana yang dibesarkan di sebuah ladang peternakan di Perth, Australia Barat. Ketika masih kanak-kanak, ia mempunyai haiwan kesayangan, seekor kangaru.Ia juga membantu orang tuanya memelihara lembu dan biri-biri. Walaupun perempuan, La Bianca suka berburu. Arnab dan anjing hutan menjadi sasaran buruannya.Keluarganya tidak terlalu kuat mengajarkan agama. Tapi La Bianca percaya adanya Tuhan dan ia dididik dengan tradisi dan nilai-nilai moral keluarga Itali, dimana seorang anak gadis sangat dijaga dan dilindungi.Setiap Minggu, La Bianca dan keluarganya mengikuti misa ke gereja. Namun buat La Bianca, kedatangannya ke gereja cuma ikut-ikutan...

Mencipta tamadun yang HEBAT!!

Pada hari ini, kita dapat melihat bahawa umat Islam tidak lagi bersatu dan membawa haluan masing-masing. Seperti yang kita ketahui bahawa umat Islam yang terdahulu dapat mencipta tamadun yang hebat dan Islam tersebar dengan meluas di setiap pelusuk muka bumi Allah. Islam dapat memayungi dua pertiga dunia dan sejarah telah membuktikannya.Era kegemilangan Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW  lagi  dan berakhir pada zaman kerajaan Islam yang terakhir iaitu Turki Uthmaniyyah.Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kejayaan kepada umat Islam yang terdahulu.Antaranya seperti berikut :A.) Kecekapan dan Kebijaksanaan Pemimpin B.) Penguasaan Ilmu Pengetahuan C.) Ekonomi yang Stabil D.) Kekuatan Pertahanan Negara E.) Hubungan Baik...

Senang Jadi Alim, Sukar untuk Tawaduk~

Dikisahkan kepada saya daripada seorang ustaz yang bekerja di sebuah syarikat penerbitan pada suatu malam di restoren makanan Arab di Setiawangsa. Bersama kami juga seorang ustaz muda merangkap tokoh sasterawan yang sedang melanjutkan PhD beliau di sebuah institut pengajian tinggi.Saya melantunkan buah fikir, "Sekarang ini ramai orang yang alim, mahu masuk universiti pun senang. Ada duit sahaja, semua boleh masuk."Kedua mereka mengangguk.Ustaz yang bekerja di syarikat penerbitan kemudian berkata, "Benar, ramai yang dapat berceramah namun sangat sedikit yang mereka sendiri dapat amalkan daripada isi ceramahnya itu.""Itulah cabaran buat diri kita juga," saya mencelah.Ustaz yang sedang menyambung PhD banyak diam, sekadar memerhati.Hanya kemudian...

Secebis Kisah Orang Berilmu...

Sungguh saya terkesima dengan kesederhanaannya. Pengajarannya sungguh bersahaja tetapi berwibawa. Dalam kuliah selepas Subuh itu, dia merujuk kepada kitab kuning – Muniyatul Musolli, karangkan Syeikh Daud Al Fatani. Dia bukan ustaz yang popular, pun bukan ilmuwan selebriti yang sering muncul di kaca TV. Dia hanya imam biasa, bergamis dan berserban seadanya. Namun dia punya suara yang merdu dan bacaan qiraat yang sangat mantap. Rela mengajar, walaupun dengan bilangan murid yang paling minima!Saya masih ingat analoginya, "lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu..."Dia menyambung, "maka...

Warkah buat Tun Dr Mahathir Mohammad

Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf atas kehadhiran warkah terbuka ini jika ia menganggu keselesaan Ybhg. Tun Dr. Mahathir. Saya utuskan warkah ini, bukan sahaja bermaksud untuk tatapan Ybhg. Tun tetapi juga untuk pengetahuan umum bagi menjernih kekeliruan dan kecelaruan fikir masyarakat awam mengenai hukum hudud. Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012  baru-baru ini adalah suatu kenyataan yang cukup mengelirukan dan berpotensi memesong pemikiran orang ramai khasnya umat Islam terhadap kesucian dan ketulenan agama Islam. Cara Tun Dr. Mahathir memahami Hukum hudud khasnya dan Islam amnya adalah suatu yang sangat asing (gharib)...

Page 1 of 4112345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates