
.fullpost{display:inline;}
Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.
Mahasiswa Islam yang dibentuk oleh proses tarbiyah susunan manhaj PMRAM menjadikan seseorang tersebut matang dalam bertindak dan mengeluarkan kenyataan. Mereka yang terkesan dengan pentarbiyahan ini sesekali tidak akan mencari musuh bahkan sentiasa mencari mad'u untuk ditarbiyah dengan cara Islam.
Pembentukan individu muslim semata-mata tidak cukup untuk meneruskan survival dakwah yang diwariskan oleh Baginda Rasulullah SAW kepada umatnya. Akan tetapi sesebuah gerakan dakwah perlu menerapkan satu lagi konsep yang cukup penting iaitu Pembentukan...