Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Baiki Negara,Bawa Islam - YB Husam

20 Mei, - “Adik-adik mengaji bukan setakat mengaji sahaja. Mengajilah dengan tujuan untuk baiki negara”, demikian ucapan YB Dato’ Husam Musa di hadapan pelajar-pelajar dari Dun salor yang akan menjejakkan kaki ke IPTA, anak-anak yatim dan penduduk berdekatan. Majlis yang bermula jam 3.00 petang di kg Teluk Kandis juga meyaksikan pelancaran JKP Teluk Kandis Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang disempurnakan oleh YB Dato’ Husam. Dalam ucapan tersebut YB Dato’ Husam mengingatkan pelajar-pelajar agar menjaga nama baik agama dan negeri Kelantan ketika berada di IPT. “Pelajar-pelajar Kelantan di IPT mesti ada personality berbeza dengan orang lain. Personaliti yang dibina atas agama dan keimanan. Ubahlah dunia dengan keimanan.”, jelas beliau...

Wahai Para Pendakwah..!

KAMU... Mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu al-quran dan hadith. Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami. "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."- Al-Baqarah, 42 -   Wahai para dai'e, Dengarlah rintihan dan permintaan daripada kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan daripada kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.   "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak...

Panji Keagungan Umat Islam

Wahai Kaum Muslimin! Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabda, dari Ibnu Abbas ra , "Al-Liwa'uha baidho' wa ar-rayatuha sauda'!" "Bahawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam berwarna putih, sedangkan panji beliau warnanya hitam." Inilah panji mulia yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw, para sahabat radhiallahu anhum dan para khalifah yang berani menentang kebiadaban puak kuffar! Inilah panji Rasulullah saw yang dipertahankan dengan darah dan nyawa Sahabat terkenal, Ja'far bin Abi Thalib ketika perang Mu'tah dimana umat Islam yag hanya mempunyai kekuatan 3000 orang menentang kekuatan Rom dan seluruh penduduk jazirah Arab yang berjumlah 200,000! Suatu nisbah yang tidak masuk akal, 1 nisbah 6! Seorang tentera kaum muslimin terpaksa...

Kekal bermotivasi 7 hari berturut-turut!

Setiap manusia tidak terlepas daripada mempunyai sifat dahagakan kejayaan. Dalam buku motivasi Rahsia Minda Jutawan, ditulis oleh Amar Mahmood ada mengatakan bahawa jumlah manusia yang betul-betul mengejar kejayaan mereka tidak sampai 3%. Kejayaan didorong oleh motivasi yang kuat untuk mencapai sesuatu. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang gagal untuk mengekalkan motivasi mereka. Ini menyebabkan ramai yang terkandas dan cepat mengalah sebelum bertindak. Apakah faktor utama untuk kita mengekal motivasi selama 7 hari berturut-turut? Menurut kajian, apabila seseorang itu mampu mengekalkan motivasi selama 7 hari, maka proses untuk mencapai kejayaan adalah lebih mudah. 1 – Cari Ayat Motivasi Relevan...

Hari Nakba: Anda prihatin?

Nakba: Kecelakaan 15 Mei 1948 Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang. Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab. Tunjuk perasaan...

Palestin:isu ummah

Mesh’al bertemu pemuda revolusi Mesir di Kaherah Selasa, 10/05/2011 - Sempena beberapa siri mesyurat yang dijalankan di ibu kota Mesir, Kaherah, bersama dengan barisan rakyat dan para perwakilan Mesir untuk mencapai persepakatan dalan isu rekonsiliasi Palestin, Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mehs’al, sempat meluangkan masa dengan para pemuda revolusi Mesir pada petang Ahad (8 Mei) lalu. Di dalam pertemuan tersebut yang dihadiri para pemuda revolusi Mesir dari pelbagai latar belakang, Mesh’al mengenangkan semula bahawa fail rekonsiliasi Palestin ini melibatkan jasa Mesir, dan usaha yang diggembeleng di Kaherah untuk merealisasikannya, yang pasti tiada tanpa berlakunya revolusi Mesir tempoh hari. Katanya lagi, “kami berterima kasih kepada...

Perlukah PAS mendengar nasihat musuhnya?

APAKAH jawapan yang dapat diberi kepada Dr. Mahathir apabila dia menempelak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat supaya dapat bebas meneruskan perjuangannya ketika ia ditubuhkan dulu? Jawapan yang paling tepat ialah PAS bukan seperti Dr. Mahathir yang boleh dikeluarkan dari Umno dan boleh keluar dari Umno. PAS ialah sebuah parti siasah Islam yang bergerak mengikut panduan siasah syariyah. Tidak cukup ilmu Dr. Mahathir yang ada bagi mengajar PAS kerana ilmu politik yang dianutnya adalah berasaskan siasah duniawi. Mungkin orang mahu melihat pandangan Dr. Mahathir supaya PAS tinggalkan Pakatan Rakyat sebagai satu nasihat. Tetapi Dr. Mahathir selama-lamanya adalah musuh PAS. Seorang musuh tidak akan memberi nasihat kepada musuhnya. Seelok...

Murabbi atau Selebriti?

Lepas subuh tadi, sempat saya belek kembali majalah HIDAYAH dari Indonesia yang telah dibaca minggu lepas. "Penyakit para daei", itulah tajuk yang sangat menyentuh hati saya. Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi "pendengar". Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri. Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga. Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa "hati kecil" sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar...

tidak masuk akal...

kristian agama rasmi? Tidak logik dan tiada asas!" komen Dato' Tuan Ibrahim berkaitan laporan Utusan Malaysia - 'Kristian Agama Rasmi?' “Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli Parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR yang majoritinya Islam akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut. “Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” gesa Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat...

UMNO vs PAS:Mungkinkah bersatu?

1. Politik tanahair kini menyaksikan UMNO dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi tidak dipeduli. Malah seninya kian pudar dan "tone"nya kehilangan sentuhan pitching yang tepat. Persembahan tidak seimbang dan penampilan tampak pincang. Apabila UMNO mengajak PAS sekali lagi menyertai Barisan Nasional dan jikalau PAS tidak mahu menyertai Barisan Nasional, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah. Saya lihat UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan. 2. Mengatas nama bangsa dan agama, UMNO melalui Presidennya terus mendesak agar PAS menyertai BN atau sekurang - kurangnya keluar Pakatan Rakyat. Jelas agenda mereka hanya satu iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat yang dilihat semakin utuh atau dalam erti kata lain ialah untuk meretakkan...

Coretan Perjuangan PAS ~ vol.2

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politikseperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang...

Kembali kepada Fitrah~

Dan dalam erti sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah ar-Rum: Ayat 30). Erti Kembali Kepada Fitrah Kembali kepada akidah yang betul dan benar dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang datang dari Nabi s.a.w. Kembali kepada mengabdikan diri kepada Allah dalam seluruh kegiatan hidup sebagaimana yang terkandung dalam iftitah dalam sembahyang: "Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir sekelian alam". Kembali kepada kehidupan...

Tahaluf Siyasi:Perbahasan yang perlu difahami

TAHAALUF SIYASIKE ARAH MENDAULATKANSYARIAT ISLAM:Dari Cahaya Sunnah Rasulullah saw. SIRI PERTAMA :Muqaddimah : Hari ini saya melihat isu Tahaaluf Siyasi tidak difahami dengan baik oleh sebahagian dikalangan mereka yang mengadakan Tahaaluf . Lebih malang pula berlakunya salah faham dan menghasilkan fitnah yang tidak sedikit daripada Tahaaluf yang dilakukan. Sebagai anggota Gerakan Islam ( PAS ) , saya mengharapkan semua dikalangan pemimpin dan ahlinya dapat memahami dengan jelas mengenai prinsip , konsep , perlaksanaan , objektif dan marhalah Tahaaluf Siyasi di dalam Islam . Malah turut memahami Tahaaluf yang di benar dan Tahaaluf yang diharamkan oleh syara' . Saya dengan sedikit keupayaan dan ruang , cuba menambah pembendaharaan ilmu khasnya...

Page 1 of 4112345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates