
"Untuk menang bukan mudah, perlukan pengorbanan.."
22 Rabi'ul Akhir 1432 H | 27 Mac 2011
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.“Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini.
“Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini,” ujarnya.
“Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah...