PAS adalah Jemaah Islam yang menggunakan politik sebagai wasilah untuk melaksanakan tuntutan Al Quran dan As Sunnah. PAS bukan sekadar parti politik tetapi juga merupakan organisasi dakwah yang mengajak supaya masyarakat berada di dalam bahtera yang menyelamatkan mereka. Tohmahan yang mengatakan PAS itu hanya parti politik semata-mata adalah tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan dikira sebagai cubaan untuk memeta jemaah mengikut nafsunya. Jemaah Islam sepatutnya bersatu sekalipun berlainan posisi dalam melaksanakan peranan dakwah.
Inilah padahnya apabila sesebuah jamaah tidak menghayati sifat-sifat sebuah hizbuLlah.
JEMAAH yang terdapat di kalangan anggotanya sifat-sifat hizbullah adalah seperti berikut:
1]. Cintakan Allah SWT dan Allah cintakan mereka.
2]. Merendah diri sesama Mukmin. Tidak meninggi diri atau meleceh-lecehkan mereka.
3]. Bersikap tegas dengan orang-orang yang tidak Mukmin.
4]. Berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang membencinya.
5]. Memberi kesetiaan kepada Allah, Rasul-Nya dan para Mukmin (pemimpin).
6]. Mendirikan solat.
7]. Menunaikat zakat.
8]. Sentiasa takut kepada Allah Taala.
Sifat-sifat yang tersebut di atas itu selari dengan firman Allah Taala di dalam Al Quran yang bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman. Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (menjadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang salaing kasih-mengasihi (dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia); mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas (gagah) terhadap orang-orang kafir; mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah Kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya. Sesungguhnya penolong engkau hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung segala perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah Taala dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah Taala, itulah yang tetap menang" (Al Maidah:54-56)
Selain daripada itu, jamaaah Islamiah adalah juga dianggotai oleh mereka yang memiliki sifat-sifat berikut :
1].Sentiasa bertafakkur kepada kebesaran Allah dan kejadiannnya. Allah berfirman sebagaimana maksudnya,"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman" (Al Jathiyah:3)
2].Takut hanya kepada Allah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka" (Al Anfal:2)
3].Taat kepada Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud,"...Serta taatlah kepada Allah Taala dan RasulNya, jika benar-benar kamu orang-orang yang beriman" (Al Anfal:1)
4].Kembali kepada hukum Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada - Ulil-Amri (orang-orang yang menjadi pimpinan kamu) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu bantah-membantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" (An Nisa':53)
5].Berkasih sayang kerana Allah dan membenci juga kerana Allah. Sabda Rasulullah,"Sesungguhnya sekuat-kuat ikatan iman itu ialah kasih sayang kamu kerana Allah dan benci kamu kerana Allah" (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi).
6].Benar-benar bertawakal kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud,"Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah Tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya,'Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman" (Al Maidah:23)
7].Saling ingat mengingati di antara satu sama lain. Firman Allah Taala bermaksud,"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman" (Az Zaariyat:55)
8].Berbudi pekerti yang mulia. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud,"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling mulia pekertinya" (Hadis diriwayatkan di dalam Sunan Abi Dawud dan lain-lain).
9].Bergembira apabila melakukan perkara taat kepada Allah dan berdukacita bila melakukan maksiat. Sabda Rasulullah S.A.W,"Apabila kamu merasa gembira setelah melakukan kebaikan dan merasa berdukacita setelah melakukan keburukan, maka itu tandanya kamu beriman" (Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim)
10].Berjuang secara amali, tidak hanya teori mahupun lisan semata-mata dan ia turun ke medan tidak hanya di tempat-tempat yang tertentu sahaja (yang eksklusif sahaja). Sebagai mana sabda Rasulullah S.A.W,"Akan terus wujud segolongan umatku yang berjuang di atas kebenaran dan berterus-terang sehinggalah ke hari akhirat (kiamat)" (Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim).
Berdasarkan kepada prinsip-prinsip gerakan Islam seperti yang dibentangkan di atas, maka dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa mana-mana gerakan Islam yang wujud mestilah mempunyai asas dan matlamat penubuhannya. laitu ia ditubuhkan di atas kesedaran sendiri, bukan didorong oleh rasa tidak puas hati kepada gerakan Islam yang telah sedia wujud.
Oleh : Ustaz Haron bin Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

0 comments:
Post a Comment