Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

8 tuntutan BERSIH 2.0


1. Clean the electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use of indelible ink
4. Minimum 21 days campaign period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institutions
7. Stop corruption
8. Stop dirty politics

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
 
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
 
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
 
Pembelian undi harus dihentikan!
 
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
 
Semoga Allah memudahkan urusan BERSIH 2.0 dan semoga rakyat Malaysia jelas apa tujuan ia diadakan.Takbir!!
 

2 comments:

Anonymous said...

karut bersih ni. byk agenda trsmbunyi.
wahai rakyat, jgn mudah terpengaruh.


kenali sedalam-dalam pengerusi bersih ni dan semua pembantu2 die dulu sebelum mmbuat keputusan utk mengikut dengan melulu atau menolak perhimpunan ini. jangan terlalu taksub. negara kita terlalu aman skrg. kenapa kita xnk bersyukur dan ingin mnjadi penyokong pula kpd perkara atau individu atau apa-apa sahaja bentuk yang boleh mncetuskan merosakkan?
bak kata pepatah,
" bila dah terhantuk, baru nk terngadah ke?"


Anak-anak muda harapan negara,baca balik buku sejarah dulu. kaitkan dgn keadaan sekarang. fikir!! jgn ambil bulat2 apa yg berunsur hasutan dan fitnah. Jangan kita berpecah belah. Jgn ulangi sejarah! Ingat, minda manusia mudah dipengaruhi, tapi dengan sejarah akan guide kita semua supaya tidak mmbuat pilihan yg salah. sekarang, pilhan semua pada tangan anda.


selain berdoa, tmbah ilmu tentang latar belakang negara kita. mcm mana susah nk kecapi keamanan negara seperti hari ini. baca sejarah dan dalami, tu je jawapan utk menilai. tq.


To Dr Ambiga : " We are silent majority. we ask u with full respect if u can stop the event as youth love peace in Malaysia "


daripada :
- warga muda yg sayang negara -

kelasi kapal said...

wahai anonymous..

Bagus kajian anda tentang asal-usul BERSIH...Tetapi anda perlu jelas ttg tujuan BERSIH.Mereka ingin mengemukakan 8 tuntutan kepada kerajaan.Anda sudah kaji asal-usul BERSIH,apa kata anda kaji pula tujuan sebenar diadakan BERSIH kali ini.

"Seperti asal usul sebuah jemaah yang ditubuhkan kerana tidak puas hati kepada jemaah asal,so,kita patut menolak segala perkara yg dibuat jemaah itu...begitukah?"
(macam kenal jemaah mane..hehe)

Negara aman tidak bermaksud pemimpin berkuasa membuat sesuka hati dgn wang negara,pilihanraya yang kotor didokong oleh taktik yg sgt kotor,harga barang yg kian melambung dek menjaga harta kroni2,Rasuah berleluasa,rakyat menderita...Bagaimana rakyat hidup aman tetapi kenyataannya mereka menderita..?

Mungkin saudara/ri anonymous tidak merasa kesusahan itu kerana anda golongan yg 'terpilih' utk menikmati kekayaan.cuba bayangkan kehidupan keluarga buruh,petani dan peniaga kecilan..

BERSIH hanyalah satu inisiatif utk menyuarakan pendapat rakyat..BERFIKIRLAH wahai orang MUDA~

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates