ILMU DAN MATLAMAT
Wahyu pertama yang Allah SWT turunkan kepada junjungan besar Nabi SAW adalah kunci asas yang utama lagi jelas mengatakan bahawa betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia.Allah SWT mengatakan di dalam Surah Al-‘alaq yang bermaksud “bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Tuhan yang menciptakan manusia dari segumpal darah”. Jelas di sini bahawa dengan ilmulah manusia boleh membangun diri, keluarga dan masyarakat. Dan dengan ilmu jugalah manusia akan dipandang mulia.
Kewajipan menuntut ilmu adalah terpundak di atas setiap muslim. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim”. Semestinya ilmu itu wajib kerana dengan ilmulah manusia berjaya membezakan antara yang baik dan buruk, dan dengan ilmulah manusia berjaya menapak keluar dari alam kejahilan ke arah alam cahaya pengetahuan. Oleh yang demikian Islam amat menitik beratkan umatnya supaya sentiasa berusaha mencari ilmu supaya mereka tidak tersesat dalam dunia yang penuh denagn pancaroba ini.
Setiap sesuatu yang dijadikan Allah SWT pastinya mempunyai tujuan.Seperti mana diciptakan manusia adalah supaya mereka meletakkan ‘ubudiah secara total kepadaNYA.Allah berfirman ”dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-KU”. Seperti mana hal keadaan ini,maka seperti itulah hal keadaan ilmu. Islam menggesa umatnya mencari dan menimba ilmu bukan semata-mata untuk diri sendiri,tetapi adalah untuk menyampaikan apa yang telah dipelajari kepada orang lain serta memberi peringatan kepada orang lain. Kerana matlamat ilmu adalah tidak lain untuk menghidupkan satu masyarakat yang mengetahui halal dan haram sehingga akhirnya menjadikan mereka itu hamba yang takut kepada Allah SWT.
Jika kita melihat suasana masyarakat pada hari ini tidak kira di mana-mana sekali pun, pasti kita akan dapat melihat betapa ramainya golongan manusia yang hidup dalam keadaan serba kejahilan. Hilangnya budaya cintakan ilmu dan agama adalah antara faktor yang menyumbang kearah permasalahan ini disamping kurangnya penerapan nilai-nilai Islam.
Namun satu permasalahan lagi yang sering dilupakan dan ianya menyumbang kearah ini juga adalah apabila golongan-golongan yang menuntut ilmu ini melupai tanggungjawab ilmu yang ada pada dirinya. Pada hari ini kita melihat betapa ramai penuntut ilmu yang belajar adalah kerana sijil semata-mata.Kita tidak menafikan bahawa betapa pentingnya sijil sebagai satu bukti dan pengiktirafan, tetapi sijil tidak sama sekali menafikan peranan penuntut ilmu kepada masyarakatnya apabila pulang kelak. Bukankah Al-Quran telah menyebut ”supaya mereka memberi peringatan kepada kaum mereka apabila kembali”. Bukankah jelas di dalam ayat ini menyatakan bahawa inilah matlamat ilmu?
Kita jangan terlalu menyalahkan masyarakat kerana jahilnya mereka tentang Islam, tetapi lihatlah juga pada permasalah diri kita. Kepulangan kita ke tanah air selepas dari tamatnya pengajian adakah hanya sekadar mendapatkan pekerjaan dengan sijil yang digendong?Adakah hanya sekadar kita memikirkan tentang hal-hal diri yang mana hanya meliputi pengaruh maddiah semata-mata? Inilah masalah kita. Apa guna ilmu yang tinggi itu jika hanya sekadar tercatit di atas sekeping sijil sedangkan kepulangan kita ke sisi masyarakat tidak memberi apa-apa kebaikan dan manfaat kepada mereka. Sedangkan dalam masa yang sama mereka amat mengharapkan tunjuk ajar dan bimbingan. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud “sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”
Masalah yang menimpa masyarakat dan orang sekeliling juga merupakan masalah kita. Mengambil peduli hal umat adalah diantara tanda kesempurnaan iman sepertimana yang disabdakan Nabi SAW “barang siapa yang tidak mengambil peduli hal keadaan umat Islam maka dia bukan dari kalangan kami”. Jelas disini Nabi SAW telah memberi peringatan kepada kita supaya sentiasalah hidup ini mestilah memberi manfaat pada orang lain.
Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bermuhasabah kembali akan tujuan dan matlamat kita menuntut ilmu.Sebagai orang yang mendokong risalah Nabi SAW kita disuruh untuk menyampaikan apa yang dipelajari,bukan berdiam diri.Jangan kita menjadi golongan yang khianat pada ilmu lantas melayakkan kita ke arah kemurkaan Allah SWT. Wallahu’alam.

0 comments:
Post a Comment