Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

“Kerana 3 ketul coklat


.” Nak confess ke tak?
Usai liqa’ Al-Mulk di ruang tamu rumahnya, Amir menuju ke meja study, dicapainya sebatang pen dan
sehelai kertas.
Farhan, teman sebiliknya dari tadi memerhatikan pena Amir ligat menari di atas kertas berwarna merah jambu itu. Sesekali dahi Amir berkerut, seolah-olah sukar untuk meneruskan penulisannya.

Farhan menepuk belakang Amir sambil matanya menjeling ke arah kertas tersebut lalu bertanya,
 “Kenapa dengan kau ni Mir? Tengah tulis surat kat awek ke? Haha.
” Pertanyaan dalam nada gurauan tadi dibalas serius oleh Amir. “Haah, pandai kau. Macam mana kau tahu?” Farhan tersentak.
Dia sedar Amir berlatarbelakangkan pendidikan agama yang sederhana, tidak terdedah kepada usrah sepertinya sejak alam persekolahan.

 “Ohho..tak sangka, diam-diam kau simpan perasaan kat seseorang rupanya.
Siapa insan bertuah tu?” Tanya Farhan, mesra.
Dia tidak mahu terus menyentap Amir dengan hujah dan fatwa, takut-takut Amir langsung menolaknya.
Amir ketawa kecil. “Sharifah, dah lama aku perhatikan dia dari jauh. Aku sebenarnya tengah tunggu masa yang sesuai untuk confess kat dia.

Bersempena dengan Valentine’s Day esok ni, aku rasa ini kalilah, aku kena ambil langkah berani.”
Kali ini Farhan mula menampakkan keseriusannya dalam berbicara.
“Oh macam tu. Kau dah fikir masak-masak ke nak jadikan dia isteri? Yelah, kalau kau dah suka, dia pun suka, elok dipercepatkan majlisnya.”

Amir yang sedang meneguk air kopi tadi tersedak mendengar kata-kata Farhan.
“Uhuk uhuk..huish kau ni, takdelah sampai ke situ. Aku nak jadikan dia teman istimewa dulu, tak terfikir langsung nak buat bini. Slow-slow la bro..”

“Malaikat pun slow-slow catat amalan kita bro. Aku faham, Allah memang kurniakan rasa cinta dan ingin berkasih saying pada hambaNya. Cinta tu fitrah manusia yang suci, tapi janganlah kita cemarkan dengan maksiat yang mengundang murka Allah. Allah dah bagi warning awal-awal dalam Quran,
Surah Al-Isra’ ayat 32 : Janganlah kamu mendekati zina.”


Farhan memerhatikan air muka Amir mula berubah. Namun dia meneruskan juga hujahnya.

 “Hari ni kau confess, esok lusa kau jumpa berdua-duaan, bila jumpa terasa nak pegang-pegang pulak, time ni syaitan mula take over.
Pak Imam pun boleh melayang serban bila berdua-duaan dengan perempuan bro.

Naudzubillahi min dzalik.
 Sekuat mana pun iman seseorang, kalau boleh cegah, baik kita cegah. Jangan dah terhantuk, baru nak terngadah. Tambahan pula, kau bukan serius nak jadikan dia isteri.
Kau faham kan apa yang aku nak sampaikan?” Valentine’s Day. Haram?

 “Aku faham, tapi sayang pulak rasanya. Aku dah beli dah Ferrero Rocher 3 ketul, ingat nak bagi dia esok. Esok kan 14 Februari. Valentine’s Day.” Balas Amir, sedikit kecewa.
Dia menundukkan pandangannya ke lantai, malu. “Aduh, apa susah, coklat ni kau bagi la kat aku.
Kau tak sayang aku ke? Haha.” Ujar Farhan, berseloroh.
Kali ini Amir juga ketawa kecil.

 “Tapi bro, ada satu lagi benda yang aku kena bagitahu kau. Kita sebagai umat Islam tak sambut Valentine’s Day ni. Haram bro.

 Bukan aku yang kata, Fatwa Majlis Kebangsaan sendiri dah keluarkan kenyataan tahun 2005 dulu : Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.”

Dahi Amir kembali berkerut. ‘Ini tak boleh, itu tak boleh. Apa je yang boleh dibuat?’ bentak Amir dalam hatinya.
 “Apa kejadah haram-haram ni?” Suara garau Azizul, ahli bilik sebelah memecah ketegangan suasana.
“Paan (nama manja) ni, katanya haram sambut Valentine’s Day. Asal ek?
 Tu kan Hari Kekasih je. Aku tak faham.”
Amir mula bersuara. “Macam ni, Amir.

Dalam Islam, takde istilah ‘Hari Kekasih’, kerana kekasih sebenar ialah pasangan yang halal melalui ikatan perkahwinan. Mengingati pasangan sebagai kekasih bukan pada hari tertentu, tetapi sepanjang masa tanda kasih dan cinta sesama insan.

Agama Islam tak terima konsep Valentine’s Day kerana ia menyumbang kepada pelbagai keburukan serta dosa kepada penyambutnya.
Haramnya kerana sambutannya, kaitannya dengan agama lain, kerana sejarahnya dan juga kesannya kepada masyarakat.
Aku rasa bab-bab sejarah ni, Azizul lagi faham kot.” Jelas Farhan sambil mengangkat keningnya. Azizul yang tercegat di pintu bilik menghampiri Amir dan Farhan.

“Ada beberapa pendapat sejarah yang berkaitan dengan Valentine’s Day ni.
Sejauh mana kebenarannya, wallahu a’lam.

 Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dalam tempoh ini, mereka menyembah dewi cinta yang bernama Juno Februata. Pada malam pesta ini, para pemuda Rom akan menulis nama-nama gadis pilihan mereka, lalu dimasukkan ke dalam sebuah bekas. Mereka kemudiannya akan mencabut sebuah kertas secara rawak.
Nama gadis yang tertera di atas kertas tersebut akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

 Pendapat kedua pula sempena mengingati kematian paderi St. Valentine ketika Raja Rom yang bernama Claudius II memerintah. Kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara dan diseksa. St. Valentine tidak terkecuali.

 Diceritakan bahawa St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan penjara. Kegiatan ini telah diketuai oleh Claudius II. St. Valentine akhirnya diseksa dan dihukum bunuh pada 14 Februari. Penganut Kristian menganggap pengorbanan yang dilakukan oleh St. Valentine sebagai pengorbanan yang besar demi kecintaannya terhadap agamanya.

Pendapat ketiga pula menyatakan asal-usul sambutan Valentine’s Day bersempena dengan musim burung mengawan yang jatuh pada 14 Februari. Ini merupakan tradisi orang Inggeris.
Ni setakat yang aku tahu la. Dan, fakta sejarah ni kena kaji lebih mendalam kalau nak tahu kesahihannya.”

 Farhan menepuk-nepuk bahu Azizul, kagum. Dia kemudiannya membacakan dua potong hadis :
 “Anas bin Malik r.a berkata : Rasulullah s.a.w pernah datang ke Madinah di mana penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-dua hari tersebut, mereka bergembira di zaman jahiliyyah.
Lalu baginda bersabda :
 “Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat An-Nasai : 959)
 Rasulullah s.a.w juga bersabda :
Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka.”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud : 3512)

 “Naudzubillahi min dzalik. Kita sebagai umat Islam ada identiti tersendiri.

Tak perlulah kita jadi bagai lembu dicucuk hidungnya, terikut-ikut dengan budaya agama lain, apatah lagi jika budaya tersebut menjerumuskan kita ke arah maksiat dan pembaziran.
Beli hadiah mahal-mahal, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, ini semua amalan yang ditegah oleh syarak.” Amir mengangguk perlahan.

“Macam tu rupanya. Licik sungguh puak-puak ni. Aku tak tahu pun. Terima kasih sudi bagitahu aku yang jahil ni.” Farhan menghela nafas lega. Azizul tersenyum.
“Sama-sama. Hari ni hari kau. Esok lusa hari kami pula.
Katanya sahabat hingga ke syurga? Saling mengingatkan la yok?”
Soalan tadi dibalas dengan senyuman oleh Amir.

 “Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfa'at bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Dzariyat : 55)


CINTA HAKIKI, CINTA ILLAHI,TAATI NABI saw.


Sahl bin Abdullah berkata, "

Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-Quran. 
Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi saw. 
Tandakan cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda. T
anda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan akhirat.
Tanda cintakan akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri. 
Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia. 
Dan tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia
melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup" 

Sumber :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day http://wanwma.com/agama/kenapa-hari-valentine-haram/ http://www.history.com/topics/valentines-day/history-of-valentines-day

GST SATU KEZALIMAN,JENAYAH KEPADA RAKYAT!!!

Tahun 2013 ,saya kira rakyat malaysia menerima banyak kejutan dan berita "baik" dari Kerajaan..

Antara yang paling membuat saya pelik dan hairan,sejurus selepas KERAJAAN ''menang'' dalam PRU 13,Kerajaan tanpa segan silu telah mengurangkan subsidi rakyat,lantas menyebabkan harga minyak naik.

Kenaikan harga minyak naik sememangnya menyebabkan berlaku perubahan ekonomi rakyat.
Tidak dapat tidak,bilamana minyak dinaikkan,maka barang-barang keperluan lain juga menunjukkan kenaikan yang drastik.

Dalam Bajet 2014 pada Oktober lalu,sekali lagi kita dikejutkan dengan pengumuman GST akan dilaksanakan bermula April 2014...
dengan hujah-hujah yang menjengkelkan seperti seperti cukai kita lebih rendah dari negara lain, negara lain sudah lama menjalankan GST, cukai hanya 6% dan sebagainya,menyebabkan kerajaan bertindak untuk melaksanakan GST ..

GST,apa itu GST??




GST adalah satu bentuk cukai baru dimana ia adalah cukai jualan dan perkhidmatan. ..
GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai.

GST (Government Service Tax) juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax) oleh sesetengah Negara.

GST adalah sistem percukaian yang akan mengantikan Sale and Services Tax (SST) yang diguna pakai sekarang.



KENAPA KITA BANTAH GST???

PERTAMANYA,kerana

DASARNYA BERCANGGAH DENGAN ISLAM..


Dasar GST yang bersifat pukat tanda dikenakan kepada SEMUA tidak mengira samada yang kaya dan miskin adalah bercanggah dengan prinsip percukaian oleh Islam..

Mengenakan cukai kepada golongan yang  miskin adalah satu kezaliman dan satu ketidakadilan kepada rakyat.

Islam juga menegaskan larangan mengenakan cukai kepada rakyat dimana berlaku ketirisan ,kebocoran dan pembaziran perbelanjaan dalam menguruskan kewangan ekonomi negara.

Disini jelas menunjukkan,bahawa GST ditolak kerana DASARNYA BERCANGGAH dengan ISLAM.

Dari sudut pandang kebajikan dan beban ekonomi rakyat.

GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport dan diambil kira dalam setiap urus niaga

GST yang akan dikena keatas semua barangan dan perkhidmatan jelas ZALIM kepada RAKYAT terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana kerana ia mengurangan daya membeli dan akibatnya menjejaskan kualiti hidup
Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut.

Meskipun,rakyat diberitahu  produk akhir yang dijual itu tidak dikenakan cukai..

tapi,kita kena tahu dan faham bahawa INPUT yang digunakan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan masih dikenakan cukai..

contohnya,harta kediaman tidak dikenakan cukai.ttp BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBINAAN KEDIAMAN akan DIKENAKAN CUKAI..

Pada masa sekarang, cukai jualan  hanya  dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan.

dimana cukai jualan ini hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang-barang tersebut dikeluarkan daripada kilang atau diimport dan dikenakan keatas barang-barang yang diwartakan sahaja .

Manakala, cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tertentu pada peringkat ianya disediakan kepada pihak pengguna.





SANGAT MELAMPAU KERAJAAN bilamana MENGENAKAN CUKAI YANG TINGGI dalam PENDAPATAN RAKYAT STATIK!!

Apa perbezaan GST dan SST?

Nampak sama tapi tak serupa..
Perbezaan ketaranya ialah
pertamanya Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini hanya dikenakan pada barang/perkhidmatan akhir yang dijual.
Manakala GST dikenakan di setiap peringkat seperti perkilangan dan pengedaran.

Perbezaan kedua adalah lebih rumit lagi dan saya cuba permudahkan.  GST adalah cukai berperingkat berbanding dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat.

Mudahnya, dalam SST cukai diperolehi kerajaan hanya pada peringkat pengilang sahaja sebagai cukai jualan iaitu kalau barangan berharga RM100 seperti kopi, maka pada cukai 10%, kerajaan hanya mendapat RM10, meskipun pemborong membuat keuntungan (nilai tambah) 20% (harga RM100+RM20=RM120) dan peruncit membuat 30% (RM120+RM36=harga RM156) tetapi tidak dikenakan cukai.

Sebaliknya dalam GST (ini rumit), kerajaan memungut 10% pada setiap peringkat pengilang, pemborong dan peruncit atas ‘Nilai Tambah’ mereka yakni (RM10+RM2+RM3.60)=RM15.60.

Sebab itu ada sesetengah negara sepertu United Kingdom menyebutnya sebagai VAT atau Value-Added Tax atau Cukai Tambah Nilai kerana dikenakan cukai pada setiap peringkat tambah nilai daripada pengilang, pemborong dan peruncit.

Jelasnya perbezaan ialah harga barang akan naik kerana dalam cukai SST barangan tadi seperti kopi akan dijual dengan harga RM156 kalau pemborong buat 20% untung dan 30% untung oleh peruncit tetapi harga pada cukai GST akan melonjak ke paras RM171.60.

Tak dapat dinafikan,Kerajaan mendapat "pendapatan' yang sangat banyak dan lebih mudah dengan mengadakan GST kerana semua rakyat di malaysia terpaksa membayar GST..=(



hasil dari cukai akan bertambah sebab firma/syarikat tidak lagi dapat 'menyorok' dari di kenakan cukai.
Kerajaan akan mendapat pulangan yang tinggi,namun rakyat akan terhimpit dengan kenaikan harga barang yang tinggi  dan kekangan inflasi yang akan berlaku dengan mengurangkan kuasa membeli rakyat dimana kadar pendapat rakyat masih ditahap static.

GST JENAYAH KEPADA RAKYAT..

Tidak syak lagi,GST hanya menguntungkan sesetengan pihak..dan semestinya membebankan rakyat
Lebih parah lagi kepada golongan berpendapatan rendah.
Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan.
Jika namanya "cukai" maka rakyat selaku pengguna perlu membayar sejumlah nilai yang telah ditetapkan

Setakat hari ini, Malaysia antara negara yang banyak mengenakan cukai ke atas rakyat dan tinggi pula nilai cukai tersebut berbanding negara-negara jiran .
Antara cukai yang dikenakan seperti :
  • Cukai pendapatan
  • Cukai pintu rumah kediaman
  •    Cukai bakul penjaja kecil
  •    Cukai jalan
  •  Cukai kenderaan import
  •  Cukai stamp dan pelbagai cukai lain yang dilihat membebankan rakyat.
TIDAK DAPAT TIDAK,Malaysia kini MEMANG mengalami krisis ekonomi yang sangat membimbangkan meskipun kerjaan menafikannya.

Keadaan ini sememangnya tidak menguntungkan rakyat bahkan membwa rakyat kepada kesempitan hidup.

  1. Hasil mahsulnya yang banyak, tetapi kekayaan itu masih berlegar dikalangan orang-orang kaya dan elit tertentu
  2. Ialah ketirisan dana perbelanjaan awam yang banyak merugikan demikian juga pembaziran dengan melakukan projek mega yang tidak membawa impak maksima kepada rakyat.
Antara Bukti ketirisan ekonomi Negara MALAYSIA adalah :

  1.      Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menjelaskan ketirisan dalam perbelanjaan dana awam sebanyak RM 28 billion.
  2.    Dakwaan Global Financial Integrity (GFI) bahawa RM 889 billion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh 8 tahun (2000-2008)
  3. Menurut laporan "Majalah International Living" tahun 2010 : Kos hidup di Malaysia adalah ke-21 paling tinggi di dunia.

APA PENYELESAIANNYA:

KEUTAMAAN ZAKAT BERBANDING CUKAI~Keluasan Rahmat Sistem ISLAM

”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”(Riwayat Bukhari)
Zakat diwajibkan keatas penganut Islam sehingga dimasukkan dalam rukun agama dan ibadat yang tidak boleh dibatalkan.

Walaubagaimanapun, diwajibkan kepada penganut islam yang berkemampuan dan kaya sahaja,yang miskin tidak diwajibkan zakat

Dan Islam telah menetapkan kadar mengikut nisob.
Nisob adalah  dikira kadar lebihan daripada keperluan diri, keluarga dan pengurusan,  perkiraannya.
dengan dikecualikan daripada mereka yang berpendapatan tidak mencapai nisob dikira miskin atau yang tegarnya dinamakan fakir dan tidak diwajibkan zakat.

Pungutan zakat pula mengikut haul (tahunan) atau musim bagi hasil pertanian.
Maka zakat tidak boleh dikenakan kepada penganut bukan Islam kerana hak yang berbeza dalam prinsip ibadat dan konsepnya.

Dan cukai dikenakan kepada penganut bukan Islam dan penganut Islam juga dalam konsep bermasyarakat dan bernegara.

Sekiranya kewangan negara mendesak maka cukai boleh ditambah; dikurang dan boleh pula dihapuskan sekiranya sudah ada sumber kewangannya mencukupi atau sebab-sebab yang lain
Sumber pendapatan negara yang paling berkesan dalam setiap Negara adalah melalui percukaian.
Inilah Antara factor utama  yang mendorong kerajaan untuk memungut cukai daripada rakyat.
Malah dalam sejarah peradaban lama, ia merupakan satu kemestian bagi kerajaan dan kemestian bagi setiap warganegara.

Dalam islam, ia perlu diletakkan selepas zakat kerana zakat lebih wajib lantaran ketentuan daripada Allah, manakala cukai pula merupakan ketentuan pihak pemerintah.
Dalam islam,berkenaan  hal cukai, ia hanya boleh dikenakan pada sesetengah golongan, dan bukan semua, seperti dalam sistem cukai GST.

Memetik kata-kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

"Yang berlaku kini, apabila cukai dikenakan pada orang yang membeli satu lori gula dan juga kepada yang membeli 1 kilogram gula. Maka ia merupakan satu sistem yang tidak adil,"
"Perlu difahami konsep adil mengikut Islam (adalah) bukan semua orang kena.

Konsep adil mengikut Islam (adalah) mereka yang mampu mengikut kemampuan masing-masing
Sekiranya berlaku cukai yang menyebabkan kenaikan barangan keperluan orang ramai, maka kerajaan diwajibkan menetapkan harga yang tidak membebankan rakyat yakni barang-barang keperluan mereka.

Barang-barang keperluan rukun hidup, makanan harian mesti dikawal, pengangkutan ke sana ke mari mesti dikawal, elektrik yang digunakan semua orang mesti dikawal.
Bukan barang rukun hidup ini diambil peluang untuk dinaikkan cukainya atas nama adil untuk semua. Ini satu konsep yang zalim mengikut Islam,”

Secara ringkasnya:
  1. Cukai hanya boleh diambil saat kerajaan sangat memerlukan kewangan dan tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan dimana tidak berlaku kemewahan dalam kalangan pemerintah
  2. Disyaratkan syarat keperluan cukai berlaku bukan kerana ketirisan dalam pengurusan  ekonomi negara
  3. kaedah cukai adalah diambil dari orang orang kaya dan diberi kepada orang miskin bukan meliputi kepada semua

Saiduna Umar al Khattab radiAllahu anhu pernah bertanya kepada salah seorang Sahabat, “Tahukah kamu perkara yang boleh membinasakan Islam?”. Mereka menjawab, “Tidak wahai Umar”. Lalu Umar berkata, “Islam dibinasakan dengan ketergelinciran intelek (ilmuan yang mulutnya mendahului akalnya), perdebatan orang munafik terhadap al Quran, dan undang-undang pemerintah yang menyesatkan” - Riwayat ad Dailami

Islam adalah membawa rahmat kepada seluruh manusia. Islam menentang pengambilan kekayaan secara rakus dan zalim tanpa mengira batas timbang rasa kemanusiaan..

umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikchendaki Allah Taala. 
Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah mcnerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.

Moga-Moga kita sentiasa berada di dalam golongan yang sentiasa berusaha untuk menegakkan syariah islam..AllahuAkbar,,islam Rahmat untuk Semua

RAHAMAT UNTUK SEMUA
rujukan:
penerangan GST dari Tuan guru Haji Hadi
Penerangan GST dari rafizi Ramli
Keutamaan zakat dari cukai

KERAJAAN HUTANG,RAKYAT BEBAN..BAGAIMANA???

KERAJAAN HUTANG,RAKYAT BEBAN.

Semakin hari,rakyat malaysia semakin tersesak ,terhimpit,tertekan dengan isu  kenaikan harga barang dan Rakyat berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi ekoran kerajaan menaikkan harag keperluan asas sementara pendapatan mereka tidak berganjak .


Kerajaan bertindak MENGURANGKAN SUBSIDI untuk beberapa barang utama dan  KERAJAAN telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen bagi setiap liter bagi MENGAWAL DEFISIT NEGARA 14.9 BILION.

"Tindakan menaikkan harga petrol ini SANGAT  memberi kesan dan impak negatif kepada rakyat bawahan.

KENAPA BERLAKU

1.KENAIKAN HARGA BARANG adalah berpunca daripada KELEMAHAN KERAJAAN mengurus ekonomi dengan baik dan AMANAH.
2.RASUAH DAN KORUPSI BERLELUASA




KEGAGALAN  mengawal kenaikan harga barang itu adalah kesan daripada KELEMAHAN KERAJAAN  BN menambah pendapatan negara melalui aktiviti pelaburan dan perdagangan yang lebih baik di samping aktiviti ekonomi tidak bermoral seperti KETIRISAN DAN RASUAH yang gagal dibendung dan berlaku secara berleluasa..

Di negara maju yang lain, bila ekonomi negara bermasalah, kerajaan akan potong perbelanjaan yang tak diperlukan, bukannya menjadikan rakyat sebagai mangsa.
Di MALAYSIA, bila negara tak ada duit, rakyat pula yang ditekan dengan pelbagai alasan lapuk sedangkan pemimpin hidup bermewahan.

Bayangkan seorang ketua keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana, perlu mengambil kira paling minima setiap bulan keperluan wajib antaranya, bayaran sewa atau ansuran bulanan rumah kediaman, peruntukan ansuran kenderaan, duit minyak dan servis kenderaan, belanja keperluan dapur serta makan minum, duit perbelanjaan sekolah anak-anak, bil lektrik dan air juga gas memasak, pakaian, kos perubatan dan kesihatan, bayaran tol untuk mereka yang berkenaan, saman trafik dan pelbagai lagi yang tentunya memberikan tekanan YANG AMAT!!


Rakyat pula dikelirukan dengan tiada lagi istilah kenaikan harga barangan itu dan ini, yang ada hanyalah PENYELARASAN SUBSIDI..Rakyat DIBODOHKAN dengan penipuan dan fitnah yang berleluasa di media-media massa ...


PENYELARASAN SUBSIDI

Menjelang tahun baru 2014, rakyat Malaysia sedang berdepan dengan satu polisi baru kerajaan iaitu “rasionalisasi subsidi”

Hakikatnya,RASIONALISASI SUBSIDI = PEMOTONGAN SUBSIDI!
Apabila asasnya rosak, semua yang dibuat adalah rosak. ‘Ma bunia ala fasadin fa kullu ma yatarattab alaihi fasadun’ (Setiap yang dibina berdasarkan sesuatu yang rosak, maka setiap yang muncul darinya juga adalah rosak). Kalau asas perjuangannya rosak, maka cara mengurusnya rosak.
Cara mentadbirnya rosak. Cara menjaga kepentingan rakyat juga rosak. Dan rosaklah negara secara keseluruhan.

KERAJAAN SEHARUSNYA BERFIKIRAN RASIONAL   dengan MEMAHAMI KEPERLUAN dan KEBAJIKAN RAKYAT   bukannya dengan meletakkan perhitungan untung rugi kerajaan semata-mata.


Secara luarannya,dengan pemotongan subsisdi ini dapat mengurangkan perbelanjaan Negara namun hakikatnya,meletakkan beban kepada rakyat dengan kenaikan harga beberapa utiliti penting iaitu bahan api dan elektrik. Kemudian,Kenaikan harga barangan dipasaran akan meningkat dan seterusnya mengecilkan pendapatan rakyat,

kerajaan Tidak Seharusnya mencari jalan mudah dengan meletakkan BEBAN yang tinggi kepada rakyat.

KETIRISAN EKONOMI MALAYSIA

Menurut laporan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “ALIRAN WANG HARAM di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah KEEMPAT TERTINGGI DI DUNIA.


Secara ringkasnya:
“Data ini dikumpulkan dan dikira (oleh GFI) melalui maklumat terkini dari kerajaan Malaysia sendiri disamping  Laporan Ketua Audit negara turut membuktikan terdapat ketirisan wang dalam perbelanjaan negara.





KEMANA DUIT KITA SELAMA INI???
"Ramai yang tidak tahu BERAPAKAH sebenarnya jumlah cukai yang dibayar..
"Ramai orang faham  cukai hanyalah dikutip daripada income tax, road tax dan sebagainya.
 Tapi, ramai yang tidak sedar  bahawa cukai juga diambil daripada PEMBELIAN BARANG-BARANG.
Ramai yang tidak sedar bahawa, bebanan yang paling berat ditanggung adalah untuk membayar CUKAI KERETA dan RUMAH.

Hampir 78% Bumiputra tidak mempunyai simpanan kerana bebanan cukai yang tinggi dan berterusan .
Dan ini jelas menunjukkan hakikatnya,kehidupan seharian kita adalah hanya untuk dimanfaatkan kepada golongan tertentu sahaja.

CUKAI DALAM ISLAM:
.
Cukai ialah sejumlah harta yang dikeluarkan oleh mereka yang berkemampuan bertujuan melaksanakan kemaslahatan syarak dengan penetapan dari pemerintah..

Islam dalam urusan  politik dia begitu luas,dimana Islam memberi kaedah-kaedah umum dan tidak spesifik..termasuklah dalam urusan cukai..

Secara umumnya Kerajaan boleh mengambil cukai sekiranya ada keperluan  untuk Negara.
dimana kaedahnya,kerajaan tidak boleh menzalimi rakyat dalam urusan pengambilan cukai.Dimana, dengan mengambil cukai berlebihan.dan kerajaan hendaklah berlaku adil.

Dalam perbincangan bab “Tauudzif al-Amwal”  atau Cukai Harta Pendapatan yang dikemukakan ulama seperti as-Syatibi atau Imam Haramain al-Juwaini.
Ada beberapa syarat yang tegas.

11. Antaranya, Baitul Maal dizinkan mengutip cukai ini kalau benar-benar wujud satu keadaan yang syarie dan Baitulmal sendiri tidak mampu membiayai atau mengisi keperluan itu.
22. Kedua, supaya dihentikan segala perbelanjaan yang mewah oleh negara
33.  Ketiga ia tidak boleh dipungut kecuali daripada mereka yang mampu dan tidak juga boleh dipungut secara berlebihan dari diperlukan bagi mengatasi keadaan kritikal itu.

Ini Jelas menunjukkan tidak sewenang-wenangnya pemerintah boleh  mengenakan dan mengambil cukai kepada rakyat dan  menunjukkan  cukai berlebihan adalah tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah dan seterusnya bertentangan  dengan  prinsip islam di mana menganjurkan kerajaan mengambil daripada yang kaya diagihkan kepada yang miskin
Bukan mengambil dari yang  Miskin untuk yang KAYA!!!




Kemana harusnya cukai itu disalurkan:

Para ulamak telah bersepakat bahawa hasil cukai yang dipungut wajiblah dbelanjakan untuk kepentingan umum.kepentingan umum yang dimaksudkan itu ialah :

1-Jihad-Dimana,dibelanjakan untuk jihad fi sabilillah,Dalam konteks sekarang,bolehlah dikatakan menghantar anak qaryah belajar diluar negara , menyediakan perpustakaan yang mengandungi kitab-kitab yang mempertahankan dan menerangkan islam, pembinaan pusat-tarbiyah,masjid,sekolah dan semua perkara yang melibatkan mempertahan dam mengembangkan islam adalah dianggap jihad.

2-Jaminan kemasyarakatan- ialah golongan yang kesempitan hidup hendaklah dibantu oleh golongan yang berkemampuan.Dimana, pada zaman sekarang seperti penyediaan tapak kediaman bagi golongan yang kurang upaya, bantuan pakaian , alat-alat bantu sekolah dan seumpamanmya adalah termasuk jaminan kemasyarakatan di dalam islam yang perlu diberikan penekanan.

3-Kemaslahat umum-perkara yang melibatkan masyarakat umum seperti pembinaan jambatan ,jalanraya,dan sebagainya.

Ini jelas menunjukkan cukai yang dikutip perlu digunakan untuk kemaslahatan umum dan jelas HARAM untuk KEMASLAHATAN PERIBADI.


Fahami EKONOMI,maka kita akan faham dan jelas ketirisan dan kezaliman ekonomi yang berlaku dalam Negara kita.


"Kini semua kita MESTI tahu tentang EKONOMI, kerana ia memberi KESAN kepada seluruh aspek kehidupan kita ."
[Syeikh Hamza Yusuf]






Pilihlah pemimpin yang memudahkanmu beribadat, bukan yang menyusahkanmu…

Islam mewajibkan pemimpin supaya bersikap adil dalam semua keadaan. Ini menunjukkan keadilan Islam bukannya satu teori di awangan yang tidak berpijak di alam nyata, tetapi ia adalah perintah Allah yang dilafazkan dengan ayat al-Quran.
Antara perintah Allah adalah dalam surah al-Maidah ayat 8 :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

-HAPUSKAN KEZALIMAN,TEGAKKAN KEADILAN

Menghapuskan kezaliman adalah tugasan penting sesebuah pemerintahan. Menegakkan keadilan adalah tanggungjawab utama pemimpin sebagaimamna  yang termaktub dalam pelbagai nas al-Quran dan al-Sunnah.

Nabi s.a.w mengingatkan para pemerintah tentang hal ini, sabda baginda:

“Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani)

~Memimpin KEBANGKITAN ANAK MUDA~

Rujukan:
1.       Percukaian cukai dalam negara islam
http://ustaznaim.blogspot.com/2008/07/cukai-pada-kaca-mata-ulama-islam.html
2.       Perbahasan Muktamar PAS59
5.       Ceramah Penjelasan Kezaliman cukai oleh us Zaharudin Muhamad, menantu Tuan Guru Haji Hadi

Tahalluf Siyasi Antara Persepsi dan Realiti


                 Seringkali bila mana tahaluf siyasi disebut, terlalu banyak persepsi dan kontroversi ditimbulkan oleh sebahagian golongan ditujukan kepada PAS. Sebahagian golongan terus membuat  tohmahan kepada PAS bersetongkol dengan DAP dan mendakwa PAS telah lari dari matlamat asal perjuangan PAS. Pencetusan idea untuk mengadakan tahaluf siyasi dalam medan  pencaturan politik demokratik  di Malaysia selepas melakukan ijtihad politik.

                Seharusnya perlu difahami oleh semua ahli, keputusan untuk membuat kerjasama dengan DAP dan PKR adalah satu ijtihad politik yang paling hebat dalam gerakan politik dalam konteks PAS sebagai satu gerakan dakwah dan satu gerakan politik.Semua ahli perlu wala’ dan memberi ketaatan yang tinggi kepada kepimpinan terhadap keputusan yang telah diambil dari majlis Syura.

   Tahaluf siyasi  adalah salah satu daripada strategi politik, bukanlah bermakna satu-satunya cara,tetapi salah satu cara yang diambil untuk menghadapi arus semasa dengan bermatlamatkan  untuk menawan Malaysia dengan bervisikan Mardhatillah taala.



Makna Tahaluf Siyasi

                Tahaluf  bermaksud perjanjian untuk saling bantu membantu. Siyasi merujuk kepada siasah  pula bermaksud pentadbiran dan pemerintahan. Tahaluf siyasi adalah satu perjanjian kerjasama yang melibatkan urusan-urusan politik untuk mendapatkan kuasa  dan untuk menolak sebarang kezaliman. Tahaluf siyasi adalah  membawa makna kerjasama atau perjanjian  harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam.

                 Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan oleh PAS juga termasuk kerjasama politik dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama dengan membataskan syarat dan menggunakan kaedah-kaedah dan juga memperkenalkan pendekatan pendekatan Pas untuk memberi kefahaman sebenar kepada  mereka
.
Empat Dasar bersama dalam Pakatan Rakyat yang disepakati oleh PAS ,DAP dan PKR 



                Bersatu atas matlamat untuk menentang kezaliman UMNO  dan menegakkan keadilan dan bersatu dalam empat dasar bersama.

·         Menegakkan ISLAM sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan.
·         Menekankan  hak keistimewaan  orang melayu seperti mana yang tercatat dalam perlembagaan
·         Menegaskan tentang perlunya hak raja-raja seperti mana dibutuhkan perlembaggan raja
·         Pentingnya bahasa kebangsaan atas bahasa melayu sepertimana tertulis dalam perlembagaan

                 Kebersamaan dalam Pakatan Rakyat  adalah bersama-sama mempertahankan kebenaran sepertimana firman Allah dalam Al-Quran Al-Karim:

"Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kebakikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan." [al-Maidah: 2]


Hukum Tahaluf siyasi

              Ulama berselisih pendapat mengenai hukum bekerjasama dengan non-Muslim Hal ini demikian kerana ikatan perbezaan antara agama.Sebahagian ulama’ menolak terus sebarang melakukan kerjasamaini serta meletakkan hukum haram secara mutlak. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

            Pandangan ulama yang mengharamkan kerjasama dengan Non-Muslim berdasarkan dalil-dalil berikut:

Firman Allah swt 

"Dan orang-orang kafir ,sebahagian mereka penolong dan pembela bagi sebahagian yang lain.Jika kamu tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesame sendiri yang diperintahkan Allah)itu,nescaya akan berlakukalah fitnah(kekacauan )di muka bumi dan kerosakan yang besar".-Surah al-anfal:73


Firman Allah swt:

"Pihak munafiq itu (ialah)orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah berkatalah mereka: Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu?(oleh itu Kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)” Dan jika orang kafir pula mendapat bahagian, berkatalah mereka: Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari orang beriman? Maka Allah akan menghakimi di antaramu pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang kafir untuk membinasakan orang yang beriman."-[Surah an-Nisa:141]

                  Manakala pandangan ulama yang mengharuskan kerjasama dengan Non-Muslim berdasarkan dalil berikut:

Allah swt tidak melarangkepada  mana-mana orang Islam untuk melakukan kebaikn dan keadilan ke atas golongan kafir atau non-Muslim sebagaimana mereka tidak memernagi ISLAM.Hal ini berdasarkan firman Allah swt:

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."-[Surah Al-Mumtahanah:8]

               Dan larangan Allah swt ialah bekerjasama dengan pihak yang melakukan kezaliman ,kerosakan dan pengkhianatan sebagaimana firman Allah swt:

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."[Surah Mumtahanah:9]


              Dr Yusufal-Qardhawi menyebut berkenaan dengan larangan kerjasama dengan non-muslim firman Allah swt:

"Janganlah orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin melebihi daripada orang yang beriman. Dan sesiapa berbuat demikian nescaya tidak ada daripada Allah sesuatu (pertolongan) jua pun, kecuali (kamu berbuat demikian) kerana memelihara diri kamu daripada sesuatu yang kamu takuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu benar-benar tentang Diri-Nya (Diri Allah) dan kepada Allah jua tujuan kamu"-[Surah Al-Imran :28]

            Larangan di atas sekiranya non muslim tersebut memberi mudharat kepada pihak Islam dan juga larangan ke atas pihak Islam agar menjauhi daripada mengambil teman rapat dari kalangan non –muslim termasuklah bekerjasama sehingga akidah umat islam tergadai.Hal ini bermakna sekiranya  akidah umat islam tidak tergadai dan kerjasama yang dijalankan tidak memberikan kemudharatan kepada pihak Islam maka ia tidak diharamkan.

Sejarah Tahaluf Siyasi

             Sebelum kedatangan Islam,antara perjanjian yang paling masyhur yang berlaku adalah perjanjian Mutayyibin dan perjanjian fudhul. Perjanjian fudhul berlaku ekoran seorang lelaki dari zubaid datang ke Mekah bersama barang perniagaannya.Barangan tersebut dibeli oleh Al-‘As ibnu Wail,seorang yang mempunyai kedudukan dan kemuliaaan di Mekah,Al-As ibnu Wai tersebut telah menzalimi lelaki tersebut dengan tidak memeberikan bayaran ke atas barangan yang dibeli.Lalu,lelaki tersebut meminta pertolongan daripada Abdul Al-Dar,Makhzum,Jumah,’Adi.Namun mereka membantunya kerana melihat kepada kedudukan dan kemuliaan yang terdapat pada Al-‘As ibnu Wail.

             Maka,termeterailah perjanjian bagi memastikan Mekah terhindar daripada sebarang unsur kezaliman bagi memastikan Mekah selamat kepadapenduduk Mekah dan pihak luar yang datang untuk beniaga di Mekah. Nabi saw bersama-sama bapa saudara baginda SAW menyaksikan perjanjian ini dimeterai oleh kabilah-kabilah Quraisyh  walaupun nabi saw belum dilantik menjadi nabi dan rasul.Baginda merasakan sangat teruja atas perjanjian ini atas dasar intipati perjanjian yang dilakukan adalah untuk membawa kepada kebaikan umum dan menepati hak keadilan seorang manusia.

            Perjanjian ini menjadi bukti kemaslahatan umum menjadi persepakatan bersama dalam memastikan tiada unsur kezaliman dan pihak dizalimi akan terbela.
Nabi saw bersabda: 

Sesungguhnya aku telah menyaksikan bersama-sama dengan bapa saudaraku akan perjanjian (perjanjian fudhul)yang berlaku di rumah Abdullah Bin Jud’an.Maka,(perjanjian tersebut )lebih aku sukai daripada unta merah(uta yang berharga mahal dan kualiti tinggi)Dan sekiranya kau dijemput bersama-sama dengan perjanjian tersebut ketika Islam(selepas wahyu diturunkan),nescaya akan aku sahut.

            Hadis diatas jelas menunjukkan walaupun perjanjian itu diadakan pada zaman jahiliyah dan dilakukan oleh masyarakat bukan islam tapi,nescaya Rasulullah akan bersama-sama dalam kerjasama itu kerana perjanjian itu ingin membawa kebaikan umum yang bertepatan dengan kehendak Islam.

Syarat –syarat tahaluf siyasi:

            Tahaluf siyasi yang berlaku antara pihak Islam dan non-Muslim diharuskan dengan beberapa batasan yang mesti dijaga :
  • 1.       Perjanjian tersebut merupakan keadaan terdesak atau mempunyai keperluan yang  penting dalam membantu perjuangan Islam
  • 2.       Perjanjian atau tahaluf siyasi tersebut dilakuan bagi menolak kemudharatan dan mendatangkan kemaslahatan.
  • 3.       Tahaluf siyasi yang dijalankan tidak memberikan kesan buruk atau mudharat kepada akidah,umat islam serta tidak menghalang gerak kerja perjuangan Islam
  • 4.       Tahaluf Siyasi ini mengikut pertimbangan dan penilaian dalam keutamaan dari semasa ke semasa dalam menentukan masahat dan mudharat.Sekiranya tahaluf siyasi tersebut berubah  dengan memberikan  mudharat kepada pihak Islam,maka pihak Islam tidak perlu meneruskan tahaluf siyasi tersebut.

       Adapun tahaluf siyasi yang diharamkan ialah:

  • 1.       Membuka ruang dan peluang kepada musuh untuk menghancurkan umat Islam
  • 2.       Mengadaikan prinsip perjuanagn Islam dan memberikan kekuatan dan kekuasaan kepada ideology yang bertentangan dengan Islam seperti sekularisme dan sekutunya
  • 3.       Melemahkan dan memecahkan kesatuan umat Islam


Berikut enam garis panduan yang wajib difahami berkenaan tahaluf:

1.       Tahaluf mestilah dijadikan sebagai platform untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan umat Islam dan membuka ruang untuk melaksanakan Islam.
2.       Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.
3.       Intima' wajib diberikan kepada pucuk pimpinan PAS, bukan kepada Pakatan Tahaluf.
4.       Tahaluf wajiblah dijadikan ruang dan medan untuk menyampaikan da'wah.
5.       Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.
6.       Majlis Syura Ulama' mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi berdasarkan kepentingan dan ancaman syara' dari masa ke semasa.
               
                Antara kelebihan  yang mampu kita perolehi adalah dapat menyampaikan dakwah kepada bukan Islam dengan memperkenalkan keindahan ISLAM secara keseluruhan . Dengan tahaluf siyasi, dakwah dapat disampaikan kepada masyarakat bukan islamdan juga kepada masyarakat Islam tetapi mereka tidak memahami perjuangan Islam, sebagaimana PKR dan juga daripada NGO-NGO yang berbagai-bagai untuk sama-sama bertahaluf siyasi.



                Hakikatnya,semua gerakan Islam perlu bijak untuk mengambil langkah  dan mengambil manfaat dari segenap ruang dan peluang yang ada.Hakikatnya PAS sentiasa konsisten  berpegang teguh dan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap perjalanan gerakan perjuangan dan strateginya. Kerana hakikat  kemenangan ini satu perkara yang mustahak dan sangat penting, dengan kemenangan Islamlah  kita dapat menyelamatkan aqidah umat Islam dan menyelamatkan ramai manusia yang terlibat dalam dosa-dosa besar seperti  pelacuran dan pelaburan-pelaburan  yang tidak menurut syarie. Maka, marilah kita memfokuskan kemenangan kita dengan tahaluf siyasi.



Allahuakbar..

Rujukan:
-Buku Fiqh Politik Islam (Muhammad Zuhaili Saiman,’Izzati Farhana Mahadzar)PMRAM
-Koleksi ceramah Ijtima’ Tarbawi

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates