KERAJAAN HUTANG,RAKYAT BEBAN.
Semakin hari,rakyat malaysia semakin tersesak ,terhimpit,tertekan
dengan isu kenaikan harga barang dan Rakyat berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi ekoran kerajaan menaikkan harag keperluan asas sementara pendapatan mereka tidak berganjak .
Kerajaan bertindak MENGURANGKAN SUBSIDI untuk beberapa
barang utama dan KERAJAAN telah
menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen bagi setiap liter bagi MENGAWAL DEFISIT NEGARA 14.9 BILION.
"Tindakan menaikkan harga petrol ini SANGAT memberi kesan dan impak negatif kepada rakyat
bawahan.
KENAPA BERLAKU

2.RASUAH DAN KORUPSI BERLELUASA
KEGAGALAN mengawal kenaikan harga barang itu adalah kesan daripada KELEMAHAN KERAJAAN BN menambah pendapatan negara melalui aktiviti pelaburan dan perdagangan yang lebih baik di samping aktiviti ekonomi tidak bermoral seperti KETIRISAN DAN RASUAH yang gagal dibendung dan berlaku secara berleluasa..
Di negara maju yang lain, bila ekonomi negara bermasalah,
kerajaan akan potong perbelanjaan yang tak diperlukan, bukannya menjadikan
rakyat sebagai mangsa.
Di MALAYSIA, bila negara tak ada duit, rakyat pula yang ditekan dengan pelbagai alasan lapuk sedangkan pemimpin hidup bermewahan.
Di MALAYSIA, bila negara tak ada duit, rakyat pula yang ditekan dengan pelbagai alasan lapuk sedangkan pemimpin hidup bermewahan.


Rakyat pula dikelirukan dengan tiada lagi istilah kenaikan
harga barangan itu dan ini, yang ada hanyalah PENYELARASAN SUBSIDI..Rakyat DIBODOHKAN dengan penipuan dan fitnah yang berleluasa di media-media massa ...
PENYELARASAN SUBSIDI
Menjelang tahun baru 2014, rakyat Malaysia sedang berdepan
dengan satu polisi baru kerajaan iaitu “rasionalisasi subsidi”
Hakikatnya,RASIONALISASI SUBSIDI = PEMOTONGAN SUBSIDI!
Apabila asasnya
rosak, semua yang dibuat adalah rosak. ‘Ma bunia ala fasadin fa kullu ma
yatarattab alaihi fasadun’ (Setiap yang dibina berdasarkan sesuatu yang rosak,
maka setiap yang muncul darinya juga adalah rosak). Kalau asas perjuangannya
rosak, maka cara mengurusnya rosak.
Cara mentadbirnya rosak. Cara menjaga kepentingan rakyat juga
rosak. Dan rosaklah negara secara keseluruhan.
KERAJAAN SEHARUSNYA BERFIKIRAN RASIONAL dengan MEMAHAMI KEPERLUAN dan KEBAJIKAN
RAKYAT bukannya dengan meletakkan perhitungan untung
rugi kerajaan semata-mata.
Secara luarannya,dengan pemotongan subsisdi ini dapat
mengurangkan perbelanjaan Negara namun hakikatnya,meletakkan beban kepada
rakyat dengan kenaikan harga beberapa utiliti penting iaitu bahan api dan
elektrik. Kemudian,Kenaikan harga barangan dipasaran akan meningkat dan
seterusnya mengecilkan pendapatan rakyat,
kerajaan Tidak Seharusnya mencari jalan mudah dengan
meletakkan BEBAN yang tinggi kepada rakyat.
KETIRISAN EKONOMI MALAYSIA
Menurut laporan pendedahan laporan Global Financial
Integrity (GFI) berhubung “ALIRAN WANG
HARAM di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah
aliran wang keluar dari Malaysia adalah KEEMPAT
TERTINGGI DI DUNIA.
Secara ringkasnya:
“Data ini dikumpulkan dan dikira (oleh GFI) melalui maklumat
terkini dari kerajaan Malaysia sendiri disamping Laporan Ketua Audit negara turut membuktikan
terdapat ketirisan wang dalam perbelanjaan negara.
KEMANA DUIT KITA SELAMA INI???
"Ramai yang tidak tahu BERAPAKAH sebenarnya jumlah
cukai yang dibayar..
"Ramai orang faham
cukai hanyalah dikutip daripada income tax, road tax dan sebagainya.
Tapi, ramai yang tidak sedar bahawa cukai juga diambil daripada PEMBELIAN BARANG-BARANG.
Tapi, ramai yang tidak sedar bahawa cukai juga diambil daripada PEMBELIAN BARANG-BARANG.
Ramai yang tidak sedar bahawa, bebanan yang paling berat
ditanggung adalah untuk membayar CUKAI KERETA dan RUMAH.
Hampir 78% Bumiputra tidak mempunyai simpanan kerana bebanan
cukai yang tinggi dan berterusan .
Dan ini jelas menunjukkan hakikatnya,kehidupan seharian kita
adalah hanya untuk dimanfaatkan kepada golongan tertentu sahaja.
CUKAI DALAM ISLAM:
.
Cukai ialah sejumlah harta yang dikeluarkan oleh mereka yang berkemampuan bertujuan melaksanakan kemaslahatan syarak dengan penetapan dari pemerintah..
Islam dalam urusan
politik dia begitu luas,dimana Islam memberi kaedah-kaedah umum dan
tidak spesifik..termasuklah dalam urusan cukai..
Secara umumnya Kerajaan boleh mengambil cukai sekiranya ada keperluan untuk Negara.
dimana kaedahnya,kerajaan tidak boleh menzalimi rakyat dalam urusan pengambilan cukai.Dimana, dengan mengambil cukai berlebihan.dan kerajaan hendaklah berlaku adil.
Secara umumnya Kerajaan boleh mengambil cukai sekiranya ada keperluan untuk Negara.
dimana kaedahnya,kerajaan tidak boleh menzalimi rakyat dalam urusan pengambilan cukai.Dimana, dengan mengambil cukai berlebihan.dan kerajaan hendaklah berlaku adil.
Dalam perbincangan bab “Tauudzif al-Amwal” atau Cukai Harta Pendapatan yang dikemukakan
ulama seperti as-Syatibi atau Imam Haramain al-Juwaini.
Ada beberapa syarat yang tegas.
Ada beberapa syarat yang tegas.
11. Antaranya, Baitul Maal dizinkan mengutip cukai
ini kalau benar-benar wujud satu keadaan yang syarie dan Baitulmal sendiri
tidak mampu membiayai atau mengisi keperluan itu.
22. Kedua,
supaya dihentikan segala perbelanjaan yang mewah oleh negara
33. Ketiga ia tidak boleh dipungut kecuali daripada
mereka yang mampu dan tidak juga boleh dipungut secara berlebihan dari
diperlukan bagi mengatasi keadaan kritikal itu.
Ini Jelas menunjukkan tidak sewenang-wenangnya pemerintah boleh mengenakan dan mengambil cukai kepada rakyat dan menunjukkan cukai berlebihan adalah tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah dan seterusnya bertentangan dengan prinsip islam di mana menganjurkan kerajaan mengambil daripada yang kaya diagihkan kepada yang miskin
Bukan mengambil dari yang Miskin untuk yang KAYA!!!
Kemana harusnya cukai itu disalurkan:
Para ulamak telah bersepakat bahawa hasil cukai yang
dipungut wajiblah dbelanjakan untuk kepentingan umum.kepentingan umum yang
dimaksudkan itu ialah :
1-Jihad-Dimana,dibelanjakan untuk jihad fi sabilillah,Dalam konteks sekarang,bolehlah dikatakan menghantar anak qaryah belajar diluar negara , menyediakan perpustakaan yang mengandungi kitab-kitab yang mempertahankan dan menerangkan islam, pembinaan pusat-tarbiyah,masjid,sekolah dan semua perkara yang melibatkan mempertahan dam mengembangkan islam adalah dianggap jihad.
2-Jaminan kemasyarakatan- ialah golongan yang kesempitan hidup hendaklah dibantu oleh golongan yang berkemampuan.Dimana, pada zaman sekarang seperti penyediaan tapak kediaman bagi golongan yang kurang upaya, bantuan pakaian , alat-alat bantu sekolah dan seumpamanmya adalah termasuk jaminan kemasyarakatan di dalam islam yang perlu diberikan penekanan.
3-Kemaslahat umum-perkara yang melibatkan masyarakat umum seperti pembinaan jambatan ,jalanraya,dan sebagainya.
Ini jelas menunjukkan cukai yang dikutip perlu digunakan untuk kemaslahatan umum dan jelas HARAM untuk KEMASLAHATAN PERIBADI.
Fahami EKONOMI,maka kita akan faham dan jelas ketirisan dan
kezaliman ekonomi yang berlaku dalam Negara kita.
"Kini semua kita MESTI tahu tentang EKONOMI, kerana ia memberi KESAN kepada seluruh aspek kehidupan kita ."
[Syeikh Hamza Yusuf]
Pilihlah pemimpin yang memudahkanmu beribadat, bukan yang menyusahkanmu…
Islam mewajibkan pemimpin supaya bersikap adil dalam semua keadaan. Ini menunjukkan keadilan Islam bukannya satu teori di awangan yang tidak berpijak di alam nyata, tetapi ia adalah perintah Allah yang dilafazkan dengan ayat al-Quran.
Antara perintah Allah adalah dalam surah al-Maidah ayat 8 :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
-HAPUSKAN
KEZALIMAN,TEGAKKAN KEADILAN
Menghapuskan kezaliman adalah tugasan penting sesebuah
pemerintahan. Menegakkan keadilan adalah tanggungjawab utama pemimpin
sebagaimamna yang termaktub dalam
pelbagai nas al-Quran dan al-Sunnah.
Nabi s.a.w mengingatkan para pemerintah tentang hal ini, sabda baginda:
Nabi s.a.w mengingatkan para pemerintah tentang hal ini, sabda baginda:
“Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani)
~Memimpin KEBANGKITAN ANAK MUDA~
Rujukan:
1. Percukaian cukai dalam negara islam
http://ustaznaim.blogspot.com/2008/07/cukai-pada-kaca-mata-ulama-islam.html
http://ustaznaim.blogspot.com/2008/07/cukai-pada-kaca-mata-ulama-islam.html
2. Perbahasan Muktamar PAS59
4. http://www.themalaysianinsider.com/opinion/timmy-say/article/perkara-membingungkan-dalam-bajet-20141
5. Ceramah
Penjelasan Kezaliman cukai oleh us Zaharudin Muhamad, menantu Tuan Guru Haji
Hadi
0 comments:
Post a Comment