Malaysia dan Christchurch
Aku sebenarnya syok sangat kat sini. Rasa macam tak nak balik Malaysia pun ada. Huhu.. Selama aku hidup kat tanah air tercinta kita tu, tak terbayang kat aku, yang kat luar Malaysia, ada satu negara macam bumi Maorinie.. {read more}
Amanat TG Haji Hadi : ILMU kenapa baru sekarang?
Isu kafir mengkafir menerusi ”Amanat Haji Hadi” dihangatkan lagi diambang PRU ke 13. Isu yang berlegar pada tahun 1981 cuba dihangatkan kembali oleh media dan akhbar tertentu. Bayangkan, sudah 31 tahun, ia kembali dihebohkan seolah-olah berlaku baru setahun dua. Memang ia merupakan isu yang menjadi petanda kepada paluan kompang pilihanraya.{read more}
HUDUD:PENDIRIAN RASMI PAS
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.{read more} .
NEGARA KEBAJIKAN VS NEGARA BERKEBAJIKAN
“PAS menerima hakikat masyarakat majmuk dan menjadikannya peluang keemasan bagi memperkenalkan NEGARA BERKEBAJIKAN yang berkonsepkan ADIL UNTUK SEMUA dengan Kepimpinan Islam yang menekankan perpaduan kaum berasaskan persaudaraan kemanusiaan yang diwajibkan oleh ISLAM”{read more}
BUYA HAMKA ~ ulama', ahli falsafah, sasterawan dan ahli politik ~ Bhg.1
Tohmahan ke atas PAS
KUALA LUMPUR, 14 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersedia untuk menerima cabaran mana-mana pihak dari Umno untuk bermuzakarah dalam isu PAS: parti ajaran sesat yang sedang dipropagandakan oleh Umno Terengganu.
Ketuanya Nasruddin Hassan berkata, Umno sengaja menciptakan propaganda itu dan ia tidak perlu diperdebatkan sebaliknya perlu bermuzakarah.
"Kita tidak mahu cabar Umno berdebat dalam isu ini kerana tidak 'padan' sebab Umno sengaja cipta isu ini," katanya kepada media petang tadi.
Malah katanya, pada tahun 1984 sudah timbul isu kafir mengkafir waktu itu PAS anjurkan muzakarah dengan Umno akhirnya dibatalkan kerana Umno tidak mahu bersemuka dengan PAS.
"Kita cabar Umno kali ini, kalau berani kita bermuzakarah apa yang mereka bangkitkan, melalui ini kita tahu siapa yang sesat sebenarnya," kata beliau.
Malah katanya, DPPM akan mengadakan 'road show' seluruh negara untuk menangkis tohmahan jahat Umno BN yang cuba memburuk-burukan PAS.
"Umno sepatutnya sedar propaganda yang sengaja diciptanya itu telah memakan diri mereka sendiri apabila, rata-rata rakyat negeri itu mula menyampah dengan politik kotor Umno ," katanya.
Katanya PAS juga boleh menjawab segala tohmahan tersebut dengan platform ilmiah melalui penerbitan buku 'Siapa Yang Sesat?' yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, program “Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)” yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh negara.
Beliau menjelaskan program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni,” katanya.
Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".
Ucapan Tuan Guru Abdul Hadi di Istanbul, Turki
Marilah kita menyedari bahawa Order baru dunia hari ini adalah merupakan hasil dan cetusan strategi penjajah yang bertujuan untuk membendung kebangkitan Islam dan seterusnya menyekat umat Islam daripada kembali kepada ajaran agama Islam yang menjadi punca keagungan kita. Negara-negara umat Islam hari ini tidak mempunyai kebebasan dalam menyusun hal ehwal ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan media. Mereka masih dibelenggu oleh peraturan yang ditetapkan oleh penjajah. Namun pada masa ini peraturan-peraturan penjajah itu dilaksanakan oleh anak bangsa kita yang menerajui sistem pemerintahan dan mereka bercakap dengan bahasa kita.
Jika kita mengimbau sejarah umat Islam, kita dapati umat Islam telah berjaya memberikan sumbangan yang besar kepada umat manusia khususnya di zaman keagungan Islam. Islam telah mengemukakan sistem yang terbaik dalam menguruskan sumber manusia sama ada dalam pembentukan individu, sistem pemerintahan, pengurusan ekonomi dan sebagainya. Islam juga berjaya memberikan definisi yang jelas mengenai nilai-nilai baik, keadilan, persaudaraan antara sesama manusia dan hak-hak asasi kemanusiaan. Dari sudut yang lain Islam juga berjaya meletakkan manusia sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara-saudara kita di Turki yang telah menganjurkan muktamar tahunan yang menghimpunkan seluruh persatuan-persatuan dan gerakan Islam di seluruh dunia. Muktamar ini diharap akan dapat menyatukan saf perjuangan umat Islam. Saya juga berharap semoga muktamar ini akan dapat menyelaraskan kerja-kerja ini dengan lebih baik dan teratur supaya kita akan berjaya memimpin umat ini untuk mencapai objektif yang diharapkan dan menyelamatkan umat manusia daripada agama yang menyimpang serta idealogi yang merosakkan. Mudah-mudahan usaha ini akan menyebabkan kita berjaya menjulang tinggi agama Islam yang mulia ini sekalipun ia dibenci oleh orang yang kufur.
Islam sebagai agama yang syumul dan global memerlukan kita bersikap positif dalam menangani isu-isu berkaitan dengan politik, keamanan, ekonomi, akhlak, alam sekitar dan sebagainya. Sungguhpun gerakan Islam disekat daripada bergerak secara bebas kita masih boleh berdepan secara aman dalam negara yang demokrasi. Dari sudut yang lain, kita juga tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan secara terang-terangan bagi menghalang kemenangan kita di setiap tempat. Begitu juga kezaliman yang menyekat kemajuan kita dalam bidang sains dan teknologi serta paksaan untuk kita patuh dan tunduk dalam usaha untuk menjajah bumi umat Islam dan menghalang hak-hak kita untuk hidup.
Berkenalan dengan Ulama' nusantara
Nota ringkas mengenai Ulama'
- Ulama itu jaminan Allah SWT. Siapa yang ganggu mereka, akan di tuntut oleh Allah SWT. (Muslim)
- Jangan meremehkan ulama atau orang shaleh. Siapa yang neremehkan orang shaleh, maka lenyaplah (keutamaan) akhiratnya. (Sofyan bin Uyainah. RA)
- Jangan sekali-kali membenci ulama soleh. Barang siapa memusuhinya, Allah SWT menyatakan perang dengannya. (Bukhari)
- Tanda mencintai ulama adalah banyak bergaul dengan mereka. (Bukhari, Muslim)
- Barang siapa menziarahi ulama dengan ikhlas karena Allah SWT, maka ia akan mendapatkan keutamaan :
- Ia akan di seru, “Selamat bagimu. Selamat perjalananmu, dan Selamat menjadi penduduk syurga.” (Tirmidzi)
- Bertambah ilmu ma’rifatnya (Abu Laits Samarqandi)
- Diacatat setiap huruf dan langkahnya sama dengan ibadah satu tahun, dibangunkan untuknya sebuah kota di syurga, Bumi senantiasa memohon ampun baginya dan ia terbebas dari adzab neraka.” (Abu Laits Samarqandi)
- Dibangkitkan bersama mereka di akhirat. (Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi)
- Barang siapa mencintai ulama, berarti mencintai Nabi S A W. dan barang siapa mencintai Nabi S A W, berarti mencintai Allah SWT (Abu Laits Samarqandi)
- Dianjurkan mendekati ulama yang mengajarkan kepada empat perkara, yaitu :
- Dari keragu – raguan kepada keyakinan
- Dari takabur kepada tawadhu’ (rendah hati)
- Dari permusuhan kepada nasihat
- Dari rakus dunia kepada zuhud. (Abu Laits Samarqandi)
- Barang siapa duduk bersama ulama, tetapi ia tidak bisa menghafal imu darinya, Allah SWT tetap akan memberinya tujuh kemuliaan Yaitu :
- Keutamaan orang belajar
- Terhindar dari dosa, selama ia duduk di majelis itu,
- Diturunkan rahmat, ketika ia mengunjungi rumah ulama itu,
- Diturunkan berkah kepadanya, ketika duduk bersama ulama,
- Dicatatkan kebaikan baginya, selama ia mendengarkan ucapan ulama itu,
- Para malaikat membentangkan sayap nya baginya
- Setiap langkahnya akan menaikkan satu derajat, menghilangkan satu dosa dan menambahkan kebaikan. (Abu Laits Samrqandi).
- Wajib menghormati ulama. Barang siapa tidak menghormati ulama, bukan ummat Rasulullah S A W (Bukhari, Muslim)
- Bersabar ketika bergaul dengan mereka (QS Al Kahfi : 28)
- Meminta do’a dan Istighfar serta nasihat dari mereka. Pemimpin pun hendaknya mendekati ulama dan meminta do’a istighfar dari mereka. (Muslim). *Seperti Sayyidina Umar bin Khattab RA, meminta do’a istighfar dari Uwais Al Qarni.
- Meminta agar nama kita di sertakan dalam do’a – do’a mereka dan sesering mungkin memberi makan mereka. (Abu Dawud, Tirmidzi)
- Memberi tempat yang utama di dalam setipa Majelis. Dan jangan menduduki tempat yang biasa mereka duduki tanpa se izinnya. (Muslim). *Termasuk mendahulukan mereka dalam shaff dan menerima jenazah di liang lahad. (Bukhari, Muslim).
- Menaati ajarannya. (QS Ali Imran : 31)
- Mendahulukan mereka dalam pemberian. (Bukhari,Muslim)
- Menahan diri ketika berbicara di depan ulama. (Bukhari, Muslim)
- Berlindung kepada Allah SWT dari ‘Abid yang jahil, dan ulama yang fajir (Pendosa). (Abu Sufyan)
- Dianjurkan agar membedakan antara ulama dan bukan ulama dalam segi penghormatan (QS Az Zumar : 9)
- Disunnahkan lebih mengutamakan yang lebih pandai dalam Al Qur an. jika sama, Maka mengenai Sunnah Nabi S AW. Jika sama, Maka yang lebih dahulu berhijrah. Jika sama, Maka yang lebih tua usianya. (Muslim)
- Berhati-hatilah dari ulama yang menjilat penguasa dan rakus terhadap dunia, karena mereka adalah pengkhianat ummat. (Abu Laits Samarqandi)


Kelasi Kapal



