Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Menyapu habuk....

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dengan izinNya jua, saya sempat mencoret sedikit untuk sahabat2...
Saya nak menyapu habuk di blog ini dgn beberapa gambar..kita sensitif x apa yang berlaku pada umat sekarang?...

" Pictures say thousand words "



Kita tahu apa yang kerajaan nak buat dengan program ini?





   Pilihanraya di Galas dan Batu Sapi...anda cakna?

Gambar sekitar tragedi letusan gunung Merapi, Indonesia..(video inside)












Iklan tentang Islam pada bas di Chicago....Mereka aktif mempromosi Islam...Kitaaaa?
Semakin menjauhi Islam?


 
Menteri BN salahkan kerajaan berkenaan banjir besaq di Kedah... 
Bukannya menyalahkan sesiapa, cuma kita sebagai manusia, kita berfikir atau tidak tentang apa yang berlaku di dunia?
Tidak takutkah kamu sekiranya Allah mengazab kita kerana kelalaian untuk menyampaikan Islam dan mengamalkan Islam itu sendiri?

Anda CAKNA?

Wallahua'lam.

apa nak jadi...

Bismillah, dgn nama Allah yang Maha Bijaksana, yang Maha Mengetahui rahsia alam ciptaan Nya.

hurm..dh berhabuk blog nie..nk ckp busy sgt xde la jgk, tp time management saya mmg teruk..tue yg xsmpat nk update blog nie walaupun mmg byk mnde nk tulis dan sampaikn kpd kawan-kawan sekalian.
isu politik, isu harga barang naik, isu gejala sosial yg bersepah yg surat khabar..semuanya memerlukn pemerhatian kita, walaupun kita masih bergelar pelajar dan berusia remaja, namun bagi saya amat-amatlah perlu bagi kita utk prihatin terhadap perkara- perkara yg berlaku di sekeliling.

sabda Rasulullah saw :
" sesiapa yang tidak mengambil berat akan urusan umat islam, maka dia bukan dari kalangan mereka."


Maka, sama-sama la kita luangkan sedikit masa untuk melihat keadaan yg berlaku di tanah air tercinta. Moga -moga juga semua pemerhatian kita sbgai rakyat yg prihatin akan mnjadikan kita matang dalam menilai sesuatu isu, dan bukan hanya mendengar dan menelan bulat-bulat apa yg dihebahkn di tv mahupun surat khabar yang jelas-jelas semakin hilang "kejujuran" dalam mengupas sesuatu isu.


jika anda boleh memperuntukkan masa untuk membaca pelbagai jenis surat khabar dan rangkaian berita, maka saya mohon untuk lapangkan sedikit masa, dan baca artikel pilihan saya. buka mata, buka hati, nilai sebagai seorang yg waras!

Melayu lebih mulia tanpa Umno
Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 19 Julai: “Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.

"Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?
Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal.

"Adakah kerana CEOnya (Ketua Pengarah Eksekutif) adalah adik Perdana Menteri (Datuk Seri Nazir), maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB," soal Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi di Pejabat Agung PAS.

Difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.

Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.

 Lagi pun, ujarnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak.

Arahan terbaru pentadbiran Najib itu, katanya lagi, sekaligus menyukarkan para pengusaha stesen minyak memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB sekarang dilihat agak terhad jika dibandingkan dengan Maybank di seluruh negara.

Dari segi yang lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pengurusan CIMB seakan mengambil kesempatan atas arahan terbaru pentadbiran Najib itu.

"Selepas 1,000 keping wang yang didebitkan dalam mesin, mereka akan dicaj RM10. Setiap 100 keping yang didebit selepas itu, akan dicaj pula RM1. Mengapa mereka dipaksa sebegini," ujarnya

 Harga barang dijangka naik 6 bulan lagi
Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Harga minyak serta barangan keperluan lain dipercayai akan terus naik enam bulan lagi sekiranya dirujuk pada jadual rasmi Makmal Rasionalisasi Subsidi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat berkata, kenaikan harga minyak (RON95) dan diesel sebanyak 5 sen, Khamis lalu adalah mengikut jadual tersebut.

Katanya lagi, jadual tersebut turut merancang kenaikan harga gula dan gas masak (LPG) serta beberapa komoditi lain yang menjadi keperluan asasi rakyat.

Melihat pada rancangan menaikkan harga beberapa barangan tersebut sehingga 2014 kelak, beliau mendesak pentadbiran Najib supaya bersikap jujur dengan rakyat.


"tidak berguna adanya mata andai tidak mampu melihat,
tidak ada gunanya hati andai buta dalam menilai,
nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri,
kerana segalanya bermula dengan niat di hati,
dan ianya hanya wujud pada hati yang ikhlas mencari kebenaran...."

moga berguna..

selamat sudah Muktamar PAS kali ke 56

Alhamdulillah..segala pujian dipanjatkan ke hadrat Yang Esa, berakhir sudah Muktamar PAS kali ke 56 yang berlangsung di Negeri Serambi Mekah. Bumi Kelantan dipilih untuk menjadi saksi sokongan padu yang tak berbelah bagi dari penyokong setia PAS yang sanggu[p turun dari segenap ceruk negeri semata-mata untuk berkumpul, menyatukan hala tuju PAS dalam memacu rakyat Malaysia ke arah kebenaran. disebabkan saya sangat-sangat sibuk (huhu) , tak dapat nak ulas panjang lebar, maka dengan sukacitanya, saya sediakan link jer la yer, moga-moga maklumat yang sebenar lagi sahih dapat sampai kpd semua..(al maklumlah media skrg ssh nk percaya)..sebelum tu, suka saya memetik kata-kata Presiden yg sangat saya segani, TG Hadi Awang..."insyaAllah ke Putrajaya.. " yang  membakar semangat pejuang tegar Pas dan PR untuk terus bergerak, mara ke hadapan dan sama-sama merealisasikan mimpi ini...insyaAllah, Putrajaya bakal kita tawan tak lama lagi..takbir!!! Allahu Akbar....http://muktamar56.pas.org.my/index.php



Pemimpin Idaman Rakyat

Salam 3leik.

A remarkable friday sermon given by Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, a member of Malaysian Parliament and Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) at Riley Smith Hall, University of Leeds during his visit to United Kingdom.







Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini.(part 1-pengenalan)

PENGENALAN ABUL A’LA AL-MAUDUDI

Beliau dilahirkan di Aurangbad ( Hyderabad ) pada 25 September 1903M. Pada mulanya ia bertugas sebagai wartawan muda yang sangat aktif. Ketika baru berusia 17 tahun, beliau telah pun menjadi ketua akhbar harian “Taj“ dan kemudian menjadi ketua 'Al-Jami'ah', salah satu akhbar harian Islam yang paling berpengaruh dan dikenali pada awal kurun ke 20 di India.

Pada
ketika usianya meningkat 26 tahun (1929M) beliau telah menunjukkan kebolehan dan kemampuannya dalam Ilmu Islam iaitu dengan menyumbangkan sebuah karya ilmiah yang terkenal 'Al-Jihad fil Islam' yang merupakan satu-satunya buku yang penting sebagai kajian dan rujukan dalam bidang ini.

Dan pada 1932M beliau telah berjaya menerbitkan sebuah majalah buletin yang bernama “Tarjuman Al-Quran”. Majalah ini telah memainkan peranan yang hebat sekali dalam membangkitkan semangat perjuangan Islam dalam usaha menentang penjajah dan pemerintahpemerintah Taghut - di Benua Kecil India - Pakistan khususnya dan di dunia Islam umumnya.

Dalam tahun 1941M, dengan usahanya yang gigih, beliau telah mendirikan satu gerakan Islam
yang bernama 'Al-Jamaat Islami' yang hingga kini terkenal sebagai satu-satunya gerakan yang sangat berpengaruh dan kuat berpegang kepada akidah Islam. Pada tahun 1948M (ketika Pakistan diisytiharkan merdeka dari penjajah Inggeris), beliau telah ditangkap, iaitu setelah dikeluarkan buku beliau yang bertajuk 'Undang-undang dan Perlembagaan Islam' yang memberikan kritikan panas terhadap pemerintahan yang tidak mahu mengembalikan undang-undang Islam sebagai dasar pemerintahan negara.

Antara isinya kandungannya tertulis :


'Umat Islam di Pakistan pada keseluruhannya dijiwai oleh semangat dan roh Islam. Mereka bercita-cita
supaya negara ini benar-benar dijalankan dengan undang-undang Islam, tetapi sebaliknya pemerintah yang menerima kekuasaan politik dari penjajah Inggeris telah mabuk dengan fikiran-fikiran dan kebudayaan sekularisma barat…….'

Setelah 20 tahun lamanya didalam tahanan, maka akhirnya beliau telah dibebaskan.
Menjelang tahun 1953M, beliau telah ditangkap lagi kerana kegiatan dakwah yang dipandang bahaya oleh pemerintah. Kali ini beliau dijatuhkan hukuman mati, tetapi beliau diberi peluang supaya membuat rayuan dan meminta kasihan belas dari pemerintah.

Beliau dengan tegasnya berkata :

“..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.

Dan memang benar, sesudah 26 bulan berada dalam tahanan, menjelang tahun 1955M beliau
telah dibebaskan atas keputusan Makamah Tinggi. Beliau kembali bergiat dan terus bergiat dalam mempertahankan kesucian Agama Allah dari pencabulan manusia dan pemerintahan taghut.

Dalam meneruskan perjuangan suci, beliau telah menyumbangkan banyak buah karya kepada dunia Islam. Karya-karya atau buku-buku beliau tak kurang dari 60 buah, yang menjelaskan tentang Islam dari berbagai aspek.

Buku yang berada pada tangan saudara ini ialah hasil dari ceramah beliau yang disampaikan di
Makkah pada musim Haji tahun 1381H (Mei 1962) yang kemudiannya dibukukan dalam bahasa Arab dengan tajuknya “ واجب الشباب المسلم اليوم ” -

Aurat (Ringkasan)



Assalamualaikum..entry kali ini hanya saya selitkan dengan 2 keping photos ini..ringkas dan padat!!! khas utk akhawat2 yg suke bergaye..

Apa yang Telah Anda Makan?




*berhati-hati dalam memilih apa yang akan menjadi darah daging kita..

YOU ARE WHAT YOU EAT!!!

Dunia vs Akhirat

Assalamualaikum wbrth,


DUNIA vs AKHIRAT...

Dunia. Gambaran kehebatan dan kekuasaan Sang Pencipta, DIA yang menciptakan bumi dan seluruh isinya tanpa bantuan kuasa lain, lengkap dipenuhi dengan segala keperluan buat manusia yang lemah dan tiada daya, yang kemudian menjadi satu ujian maha hebat buat hamban-hambaNYA , samada bakalan menjadi raja nakhoda manusia, menyesat dan melalaikan diri jauh dari hakikat penciptaan insan, ataupun yang bakal menjadikan bumi kurniaan ALLAH ini, sebagai ladang tanaman, bercucuk tanam buat bekalan ke destinasi yang kekal abadi.

Maka, sudah pastilah beruntung bagi mereka yang memilih untuk menjadi golongan kedua. Namun, sebaliknya pasti ada ujian dan halangan yang mendatang bagi menguji tahap keimanan manusia.

Semua ini jelas diceritakan dalam kisah seorang insan bergelar, SAIDINA ABU BAKAR AS- SIDDIQ, Dialah org pertama yg mempercayai kenabian Muhammad s.a.w dari kalangan kaum lelaki. Dia juga sahabat Nabi yg selalu menyertai baginda dalam menegakkan dan memperjuangkan ajaran Allah (Islam) hingga ke akhir hayatnya.

Dia lebih utama dari org yg utama, lebih unggul dari org yg unggul sekalipun ,
keperibadian yg dimiliki sahabat yg sangat dihormati oleh Rasulullah s.a.w ini sehingga dijelaskan dalam ayat Al-Quran,

"Tidak sama diantara kamu org yg menafkah (hartanya)dan berperang sebelum penaklukan (kota Makkah). (Surah Al Hadid:10)

Dalam kitab Mustadrak Al-Hakim dan Musnad AL-Bazzar, disebutkan sebuah hadis dgn sanad yg baik,

dari Zaid bin Arqam r.a bahwa pada suatu ketika Abu Bakar r.a
meminta seteguk air sebagai pelepas dahaga. Maka dihidangkan kepadanya semangkuk air yg diberi madu.

Ketika tepi mangkuk berisi air bercampur madu menyentuh bibir ABu Bakar, seketika itulah menangislah beliau dan terhenti utk meminumnya.

Org-org yg berada di sekitarnya terharu menyaksikan pemandangan tersebut
hingga mereka pun turut menangis.

Sejenak kemudian tangis mereka reda, tetapi tangis Abu Bakar tetap
terdengar malah kian memilukan, akhirnya para sahabat yg lainnya pun ikut kembali menangis.
Selang beberapa saat mereka semua berhenti menangis, lalu mrk bertanya kepada Abu Bakar.

"Wahai ABu Bakar, Khalifah Rasulullah, mengapa anda menangis ?

Abu Bakar menjawab " pernah suatu ketika aku hanya berdua bersama Rasulullah s.a.w, baginda bersabda yg dari nadanya agaknya tertuju kepada seorg wanita :

" hai pergilah engkau dariku, pergilah!"

Maka aku bertanya kepada baginda.

"Ya Rasulullah sebenarnya anda berkata kepada siapa ? Bukankah disini
tidak ada org lain selain dari saya"

Nabi s.a.w bersabda "Sesungguhnya dunia ini nampak bersolek dihadapanku, maka aku berkata kepada pergilah kamu dari ku pergilah kamu dariku!. Lalu dunia ini berkata:

"Kalaulah engkau wahai nabi dapat lepas dariku, tetapi org-org setelah engkau sama sekali tidak akan lepas dari godaanku"

Hal ini lah yg membuatkanku menangis tersedu-sedu



" Ya Allah bantulah kami agar sentiasa ingat kepada kamu dan tolonglah kami agar sentiasa bersyukur kepada Kamu "

carilah akhirat, nescaya dunia bakalan mengikutimu..
moga-moga kita semua di golongkan dalam kalangan yang beruntung!

salam mujahadah

Jom Boikot NIKE!!



Dear All,
Believe me we'll not die if we don't use NIKE products. But we'll certainly find no escape at the day of judgement that what action we took against NIKE.


Please boycott NIKE!!!




This is what the 'NIKE' company did .....


'NIKE' company wrote the name of 'ALLAH' on the shoes & from the back so no one will notice this .........


IF YOU ARE A REAL MUSL IM YOU HAVE 2 FORWARD IT DON'T STOP .......and say no to wear Nike in future.whether he apologise for same ..its a different matter that how much we do against rules of shariah.but we love Allah. nobody is ours only ALLAH..cant tolerate such type disgusting and punishable activi tie s.
i love my Allah and Muhammad (pbuh)

الواجب علي كل مسلم مقاطعة منتجات (نكي) انها



تخالف الفطرة الانسانية نحو التوحيد الي (الله

Salam Perkenalan

ILMU DAN MATLAMAT

Wahyu pertama yang Allah SWT turunkan kepada junjungan besar Nabi SAW adalah kunci asas yang utama lagi jelas mengatakan bahawa betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia.Allah SWT mengatakan di dalam Surah Al-‘alaq yang bermaksud “bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Tuhan yang menciptakan manusia dari segumpal darah”. Jelas di sini bahawa dengan ilmulah manusia boleh membangun diri, keluarga dan masyarakat. Dan dengan ilmu jugalah manusia akan dipandang mulia.

Kewajipan menuntut ilmu adalah terpundak di atas setiap muslim. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim”. Semestinya ilmu itu wajib kerana dengan ilmulah manusia berjaya membezakan antara yang baik dan buruk, dan dengan ilmulah manusia berjaya menapak keluar dari alam kejahilan ke arah alam cahaya pengetahuan. Oleh yang demikian Islam amat menitik beratkan umatnya supaya sentiasa berusaha mencari ilmu supaya mereka tidak tersesat dalam dunia yang penuh denagn pancaroba ini.

Setiap sesuatu yang dijadikan Allah SWT pastinya mempunyai tujuan.Seperti mana diciptakan manusia adalah supaya mereka meletakkan ‘ubudiah secara total kepadaNYA.Allah berfirman ”dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-KU”. Seperti mana hal keadaan ini,maka seperti itulah hal keadaan ilmu. Islam menggesa umatnya mencari dan menimba ilmu bukan semata-mata untuk diri sendiri,tetapi adalah untuk menyampaikan apa yang telah dipelajari kepada orang lain serta memberi peringatan kepada orang lain. Kerana matlamat ilmu adalah tidak lain untuk menghidupkan satu masyarakat yang mengetahui halal dan haram sehingga akhirnya menjadikan mereka itu hamba yang takut kepada Allah SWT.
Jika kita melihat suasana masyarakat pada hari ini tidak kira di mana-mana sekali pun, pasti kita akan dapat melihat betapa ramainya golongan manusia yang hidup dalam keadaan serba kejahilan. Hilangnya budaya cintakan ilmu dan agama adalah antara faktor yang menyumbang kearah permasalahan ini disamping kurangnya penerapan nilai-nilai Islam.

Namun satu permasalahan lagi yang sering dilupakan dan ianya menyumbang kearah ini juga adalah apabila golongan-golongan yang menuntut ilmu ini melupai tanggungjawab ilmu yang ada pada dirinya. Pada hari ini kita melihat betapa ramai penuntut ilmu yang belajar adalah kerana sijil semata-mata.Kita tidak menafikan bahawa betapa pentingnya sijil sebagai satu bukti dan pengiktirafan, tetapi sijil tidak sama sekali menafikan peranan penuntut ilmu kepada masyarakatnya apabila pulang kelak. Bukankah Al-Quran telah menyebut ”supaya mereka memberi peringatan kepada kaum mereka apabila kembali”. Bukankah jelas di dalam ayat ini menyatakan bahawa inilah matlamat ilmu?

Kita jangan terlalu menyalahkan masyarakat kerana jahilnya mereka tentang Islam, tetapi lihatlah juga pada permasalah diri kita. Kepulangan kita ke tanah air selepas dari tamatnya pengajian adakah hanya sekadar mendapatkan pekerjaan dengan sijil yang digendong?Adakah hanya sekadar kita memikirkan tentang hal-hal diri yang mana hanya meliputi pengaruh maddiah semata-mata? Inilah masalah kita. Apa guna ilmu yang tinggi itu jika hanya sekadar tercatit di atas sekeping sijil sedangkan kepulangan kita ke sisi masyarakat tidak memberi apa-apa kebaikan dan manfaat kepada mereka. Sedangkan dalam masa yang sama mereka amat mengharapkan tunjuk ajar dan bimbingan. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud “sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain”

Masalah yang menimpa masyarakat dan orang sekeliling juga merupakan masalah kita. Mengambil peduli hal umat adalah diantara tanda kesempurnaan iman sepertimana yang disabdakan Nabi SAW “barang siapa yang tidak mengambil peduli hal keadaan umat Islam maka dia bukan dari kalangan kami”. Jelas disini Nabi SAW telah memberi peringatan kepada kita supaya sentiasalah hidup ini mestilah memberi manfaat pada orang lain.

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bermuhasabah kembali akan tujuan dan matlamat kita menuntut ilmu.Sebagai orang yang mendokong risalah Nabi SAW kita disuruh untuk menyampaikan apa yang dipelajari,bukan berdiam diri.Jangan kita menjadi golongan yang khianat pada ilmu lantas melayakkan kita ke arah kemurkaan Allah SWT. Wallahu’alam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates