Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Murabbi atau Selebriti?



Lepas subuh tadi, sempat saya belek kembali majalah HIDAYAH dari Indonesia yang telah dibaca minggu lepas. "Penyakit para daei", itulah tajuk yang sangat menyentuh hati saya.

Antaranya, penulis mengingatkan betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi "pendengar". Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri.

Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga.

Benar-benar saya terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa "hati kecil" sentiasa mengingatkan bahawa pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Ilmu, kata-kata dan tulisaannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri.

Malang, bila pendakwah jadi "peniaga" yang menjaja bahan dakwah dan tarbiah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur oleh gelak getawa dan puji-puja masyarakat atas keterampilan kata dan gaya. Persis seorang selebiti! Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan "doktor" memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.

Bukan marahkan sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri. Mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, ceramah dan kuliah, masyarakat sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Apakah dakwah kita sudah semakin tawar? Apakah tarbiah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati... pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan dan gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.

Mengenangkan itu, teringat saya pada tulisan sendiri pada musim-musim yang lalu. Saya ingin berkongsi semula dengan saudara/i apa yang pernah saya luahkan dalam tulisan bertajuk...

KAU MURABI BUKAN SELEBRITI!

Leaders are learners – pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Begitu saya diingatkan berkali-kali. Malah, satu ungkapan yang sering menjadi pegangan saya ialah saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin – when you stop learning, you stop leading. Ya, walaupun saya bukan pemimpin dalam skala yang besar tetapi saya adalah pemimpin keluarga dan setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri.

Hakikat ini mengingatkan saya kepada perbualan bersama Pak Long – orang tua kampung saya pada minggu yang lalu.
"Kau asyik mengajar sahaja, bila kau belajar?" tanya Pak Long pada satu hari.

Saya diam. Saya tahu, Pak Long bukan bertanya sebenarnya, tetapi dia mengingatkan.

"Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu... betul-betul sudah kau amalkan?"

Saya bertambah diam. Selain ayah, Pak Long adalah orang yang paling saya hormati... malah saya takuti (kadang-kadang).

Namun begitu, Pak Longlah tempat saya 'ziarah' apabila ada sesuatu keputusan, kemusykilan atau kecelaruan berlaku dalam episod hidup saya. Sejak saya masih di sekolah rendah, hinggalah kini Pak Long adalah 'guru' saya.

"Saya hanya penyampai Pak Long. Apa yang saya tulis dan cakap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil dari pengalaman diri saya tetapi juga orang lain. Saya juga berharap apa yang telah saya sampaikan, dapat juga saya amalkan."

"Jangan hanya berharap, berusaha!" pintas Pak Long.

"Insya-Allah," jawab saya pendek.

"Bagus tu. Jangan menulis 'diri' sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang 'orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri."

Saya mengangguk perlahan. Dalam maknanya kata-kata Pak Long kali ini.

"Pak Long lihat ada kecenderungan sestengah penulis asyik menulis tentang dirinya. Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang 'aku'nya."
"Tapi Pak Long, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain. Malah itu lebih 'real' daripada apa yang dialami orang lain."
"Betul. Tak salah. Tetapi jangan keterlaluan."
"Kenapa Pak Long?"
"Sebab, kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri."
"Kenapa Pak Long?"
Pak Long merenung tajam. Dia faham kali ini saya bukan hanya menyoal tetapi mempersoalkan.
"Pak Long lihat, penulis atau pendakwah masakini tidak syumul dari segi personalitinya. Tak payahlah Pak Long huraikan lebih terperinci... muhasabahlah diri masing-masing."
"Maksud Pak Long, golongan ini banyak kelemahan? Biasalah Pak Long. Siapa yang sempurna? Apakah hanya apabila semuanya sempurna baru kita boleh berdakwah?"
"Tidaklah begitu. Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya 'lebih sempurna' sedikit daripada golongan yang diserunya."
"Kalau tidak?"
"Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani... tidak seperti yang mereka harapkan."
"Pak Long, sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini. Pendakwah tidak sempurna seperti 'bahan' dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak, bergantung sejauhmana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!"

"Hujah lama," balas Pak Long.

"Tapi masih relevan... Pak Long," saya seakan merayu.
"Kalau hujah tu diputar-balik begini macam mana... Ya, kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi kalau begitu, di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?"

Sahih, saya terperangkap. Seperti biasa, hujah Pak Long akan bertambah gagah, kalau disanggah. Justeru, kerana itulah saya selalu 'melawan'. Pak Long bukan guru – kau diam, aku cakap! Tetapi dia adalah guru yang 'demokratik' – prinsipnya: Mari sama-sama kita cari kebenaran.

"Kau tidak pernah terbaca tulisan Dr. Yusuf Al Qaradhawi tentang kelohan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa kelohannya?"
"Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim..."
"Tahu pun. Jika intelektual itu kenal muslim, mungkin dia tidak tertarikpun untuk memeluk Islam. Jadi dari segi tertib...siapa yang kita nak perkenalkan dahulu? Muslim atau Islam?"

"Islam Pak Long," saya akur. Tunduk.

"Ya, itulah maksud Pak Long... pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. "
"Terimakasih Pak Long... selalu-selalulah ingatkan saya."
"Ingat pesanan Pak Long ni... pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebriti!"

(Pesanan Pak Long yang akhir itu sampai sekarang masih 'menikam' saya!)
- Artikel iluvislam.com

tidak masuk akal...

kristian agama rasmi?


Tidak logik dan tiada asas!" komen Dato' Tuan Ibrahim berkaitan laporan Utusan Malaysia - 'Kristian Agama Rasmi?'

“Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli Parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR yang majoritinya Islam akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.


“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” gesa Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.
“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen. Dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?

“Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” terang beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.


Lantaran itu, Tuan Ibrahim mengingatkan akhbar-akhbar dan media supaya lebih bertanggungjawab dan jangan memainkan sentimen rakyat yang boleh menimbulkan ancaman kepada kestabilan negara semata-mata untuk kepentingan politik.


PAS, katanya kini melihat Utusan Malaysia menjadi semakin melampau dalam pemberitaan mereka kerana ‘kebebasan suara’ double standard kerajaan yang memberikannya kebebasan untuk membuat apa sahaja kerana ianya milik Umno.


“Bayangkan kalau akhbar Harakah ataupun Roket yang menyiarkan berita sensitif seperti itu, tentu mereka dikenakan denda dan ditarik permit segera. Tindakan 'double standard' inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkauman,” bidas Tuan Ibrahim.
“Sebelum ini, akhbar inilah yang memainkan isu 1Melayu, 1Bumi, isu kritikan kepada raja-raja Melayu satu masa dahulu dan pelbagai isu yang bertentangan dengan kebenaran permit yg dikeluarkan.

“Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) seharusnya merasa malu sekiranya gagal bertindak dan fenomena ini seandainya tidak dibendung, ianya tidak mustahil menyemarakkan api permusuhan antrara agama dan kaum,” tegas Tuan Ibrahim. 

UMNO vs PAS:Mungkinkah bersatu?


1. Politik tanahair kini menyaksikan UMNO dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi tidak dipeduli. Malah seninya kian pudar dan "tone"nya kehilangan sentuhan pitching yang tepat. Persembahan tidak seimbang dan penampilan tampak pincang. Apabila UMNO mengajak PAS sekali lagi menyertai Barisan Nasional dan jikalau PAS tidak mahu menyertai Barisan Nasional, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah. Saya lihat UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan.

2. Mengatas nama bangsa dan agama, UMNO melalui Presidennya terus mendesak agar PAS menyertai BN atau sekurang - kurangnya keluar Pakatan Rakyat. Jelas agenda mereka hanya satu iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat yang dilihat semakin utuh atau dalam erti kata lain ialah untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat.

3. Demi bangsa dan agama ! begitulah tone lama yang pitchingnya sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana DAP menentang perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Tiba - tiba MCA yang menjadi rakan kongsi UMNO di dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Inilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P. Ramle sebagai Masuk Angin Keluar Asap.

4. Menariknya, UMNO seperti telah mengiktiraf bahawa perjuangan PAS adalah untuk Islam, justeru itu mereka sangat bimbang kalau - kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP lantas menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kalaupun tidak mahu menyertai BN. Saya mahu ucapkan terima kasih diatas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sekian lama sejak tahun 51, PAS diitentang serta dibelasah habis - habisan oleh UMNO dan BN lantaran mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini.

5. Setelah saya kemukakan 4 perenggan di atas, isunya terhenti di atas dua point.

Pertama : Demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai Barisan Nasional kerana kompenan kedua besar parti Barisan Nasional MCA telah memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Sedang DAP melalui pengerusinya Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu telah memperlihatkan keterbukaan beliau terhadap dasar perjuangan PAS ini apabila Karpal Singh mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang. Sedang DAP memberi isyarat bahawa isu negara Islam boleh dibincangkan, MCA pula membentak keras memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam.

Kedua : Apabila UMNO telah mengiktiraf Islam yang diperjuangkan oleh PAS, lantaran itulah UMNO kelihatan malu malu sayang lalu menggesa supaya PAS keluar Pakatan Rakyat bimbang ianya dihalang oleh DAP. Maka saya berpandangan, amat wajarlah UMNO yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama  atau sekurang - kurangnya UMNO keluar Barisan Nasional kerana MCA jelas lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam sementara UMNO kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Untuk apa lagi UMNO menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA.

6. Saya meninjau pandangan umum dari kalangan rakyat awam yang mempunyai akses dengan maklumat ketiga dan rata - rata dalam kelompok yang saya temui mempercayai bahawa kini UMNO dan BN terdesak untuk kembali memulih potensi memiliki dua pertiga majoriti mereka di parlimen. Tiada link kedua melainkan UMNO mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat ekoran inilah satu - satunya tembok penghalang untuk UMNO dan BN merealisasikan impian mereka.

7. Mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video lucah kepada umum, pula mendahului siasatan yang adil dan saksama adalah diyakini sebagai sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Character assassination ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun. Berteraskan prinsip politik Mechavelli "matlamat menghalalkan cara", kini UMNO mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan Politik Lucah yang jijik dan mual.

8. Sebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa ini tidak lebih dari sandiwara UMNO dan BN apabila tangan kirinya menggapai PAS untuk menyertai mereka sementara tangan kanannya pula siap belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang PAS. Realiti ini jelas diperhati umum, sebagai contoh pilihanraya peringkat negeri Sarawak tempohari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding di 5 kerusi, tetapi Presiden BN yang juga Presiden UMNO terus mengasak dan mengganyang PAS seolah - seolah PAS satu - satunya lawan mereka di Sarawak.

9. Saya tidak bermaksud malah tidak pernah berselera untuk UMNO dan BN menghulurkan simpati kepada PAS sehingga memberi laluan selesa kepada PAS untuk memenangi satu - satu edisi pilihanraya, tetapi apa yang tekankan ialah sikap. Pastinya adab kita mengundang, adab kita mahu berkawan dan sebagainya didahului dengan langkah berbuat baik, beramah mesra dan seumpamanya. Apa yang berlaku, UMNO dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan kemudian mengajak PAS menyertai mereka. Jika bukan sandiwara politik maka drama apakah ini ?

10. PAS tidak pernah menolak suatu yang diajar oleh Islam seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama selama mana ia benar - benar dibina di atas landasan Islam. Wajarnya UMNO pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. Sementelah PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah UMNO pula mengambil pengalaman tersebut. Jika UMNO enggan untuk menyertai PAS demi kerana bangsa dan agama maka bagaimanalah UMNO boleh fikir bahawa PAS mahu menyertai UMNO dan BN ?


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
p/s: Kita sepatutnya berfikir dengan lebih mendalam isu ini sebelum mengeluarkan kenyataan bahawa memang sepatutnya PAS bergabung dengan UMNO.Dengan kelebihan akal fikiran yang dikurniakan Allah,janganlah asyik mengangguk apa sahaja khabar angin yang ditiupkan terutama sekali melalui media massa kerajaan dan ucapan Perdana Menteri yang agak  diragui kesungguhannya.Apa pun, berfikirlah dengan matang dan jangan cuba merosakkan usaha untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi sekiranya kamu langsung tidak mampu untuk berbuat sesuatu untuk Islam...

Coretan Perjuangan PAS ~ vol.2


Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik
seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik,
keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS
untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam
dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan
sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk.

Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa
siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan
kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas
tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS
semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam disampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh
politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada
1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982.Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan.

Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kewajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank
Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, seimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan.

Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasaNya.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian,Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua
Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias
(1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-
1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang).

Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis
kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki(1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap
perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap
kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-
sekarang).

Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa
penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan
fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)

Kembali kepada Fitrah~

Dan dalam erti sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah ar-Rum: Ayat 30).



Erti Kembali Kepada Fitrah



Kembali kepada akidah yang betul dan benar dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang datang dari Nabi s.a.w. Kembali kepada mengabdikan diri kepada Allah dalam seluruh kegiatan hidup sebagaimana yang terkandung dalam iftitah dalam sembahyang: "Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir sekelian alam".


Kembali kepada kehidupan menjaga suruhan-suruhanNya dan menjauhi larangan-laranganNya yang semuanya berupa batasan-batasan sesuai dengan fitrah kejadian asal dirinya.Kembali kepada sifat-sifat manusia yang bersih sesuai dengan fitrah asal bagi dirinya. Dengan kembali kepada sifat-sifat yang sesuai dengan fitrah itu maka manusia mencapai keselamatan hidupnya, kejayaan sebenarnya, kebahagiaan dan kepuasan serta makna hidupnya.
Yang berlawanan dengan itu adalah kebalikan daripada semuanya itu: kecelakaan, kegagagalan hakiki, penderitaan, rasa tidak puas, ketiadaan makna hidupnya.


Sifat-sifat Kembali Kepada Fitrah
Kembali kepada sifat-sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana suruhan Allah bermaksud "Sesungguhnya bagi kamu ada contoh yang sebaiknya pada Rasulullah ..." (Surah al-Ahzab: Ayat 21).


Iaitu mengenali dan menghayati sifat sidik - ertinya benar dalam niat, azam, perbuatan, janji, matlamat. Iaitu mengenali sifat amanah dalam semua perkara dan tidak melakukan pengkhianatan dalam semua perkara. (Dalam usuluddin amanah merujuk kepada sifat tidak melakukan dosa; dalam akhlak merujuk kepada sifat menjaga amanah dalam segala perkara: berhubungan dengan Tuhan, diri sendiri, orang lain, pekerjaan, tugas-tugas.)


Amanah perlu dikenali kedudukannya sebagai sifat yang mentakrifkan manusia sebagaimana yang ditunjukkan oleh ayat 72 Surah al-Ahzab yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami bentangkan AMANAH kepada langit dan bumi dan bukit bukau, tetapi semuanya tidak mahu memikulnmya kerana takut kepadanya, walhal manusia memikulnya; ia zalim lagi jahil (bila ia mengkhianati amanah dalam hidupnya);


Bila amanah dilihat sebagai sifat yang mentakrifkan manusia maka pengkhianatannya merupakan sesuatu yang menjatuhkan darjah kemanusiaannya;

Dalam tafsir-tafsir "amanah" itu merujuk kepada kewajipan-kewajipan dalam agama; seperti rukun Iman dan rukun Islam; kewajipan-kewajipan dalam akhlak dan muamalah; pergaulan; pekerjaan; Tabligh atau sifat menyampaikan maklumat yang betul dan benar serta berfaedah - ini perlu dilakukan dalam hubungan dengan diri sendiri, keluarga, jiran, termasuk rakan sejawat dan seterusnya. Tabligh boleh menjangkau persoalan dalam zaman teknologi maklumat. Ertinya maklumat hendaklah disampaikan kepada sasarannya, baik yang bersifat keagamaan atau yang bersifat bukan keagamaan.
Sifat fatanah atau kebijaksanaan dalam erti sifat memahami persoalan-persoalan yang dihadapi dalam hendak mempertahankan kebenaran agama sehingga kebenarannya boleh dipertahankan dengan berkesan, sampai kepada perkara-perkara lain yang menjadi kewajipan manusia memahami dan menghayatinya.
Ertinya manusia Muslim mesti mempunyai "fatanah" dalam hubungan dengan ajaran untuk menjayakan kedudukannya sebagai "khalifah Tuhan di bumi dan hambaNya" dalam semua urusan hidupnya, termasuk ibadatnya, akhlaknya, etika kerjanya, tadbirannya, pengurusannya, demikian seterusnya.



فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,

(Surah Ar-Rum 30 : Ayat ke 30)

iluvislam.com

Tahaluf Siyasi:Perbahasan yang perlu difahami

TAHAALUF SIYASI
KE ARAH MENDAULATKAN
SYARIAT ISLAM:
Dari Cahaya Sunnah Rasulullah saw.

SIRI PERTAMA :
Muqaddimah :

Hari ini saya melihat isu Tahaaluf Siyasi tidak difahami dengan baik oleh sebahagian dikalangan mereka yang mengadakan Tahaaluf . Lebih malang pula berlakunya salah faham dan menghasilkan fitnah yang tidak sedikit daripada Tahaaluf yang dilakukan.

Sebagai anggota Gerakan Islam ( PAS ) , saya mengharapkan semua dikalangan pemimpin dan ahlinya dapat memahami dengan jelas mengenai prinsip , konsep , perlaksanaan , objektif dan marhalah Tahaaluf Siyasi di dalam Islam . Malah turut memahami Tahaaluf yang di benar dan Tahaaluf yang diharamkan oleh syara' .

Saya dengan sedikit keupayaan dan ruang , cuba menambah pembendaharaan ilmu khasnya mengenai isu Tahaaluf ini untuk sama - sama kita memahami dan menghayatinya . Agar kita tidak salah dalam langkah yang diambil dan tidak pula silap dalam memahaminya .

Saya selaku orang muda dalam ilmu Islam ini sangat memerlukan tunjuk ajar dari alim ulamak agar senantiasa betul haluan dan benar tindakan .

Saya akan membawa perbahasan berkait dengan Tahaaluf Siyasi ini melalui beberapa peringkat perbincangan dan tentunya agak panjang perbahasannya. Saya harap semua pembaca dapat bersabar hingga ke nokhtah akhir dan doakan agar saya diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk menyelesaikannya.

Peringkat Pertama : Taarif atau pengertian berkait perkataan Tahaaluf
Peringkat Kedua : Tahaaluf Sewaktu Merancang Pembentukan Negara
Peringkat Ketiga : Tahaaluf Sewaktu Pembinaan Negara 
Peringkat Keempat : Tahaaluf Selepas Negara Berjaya dibina
Peringkat Kelima : Tahaaluf Menurut Feqh al Islami
Peringkat Keenam : Tahaaluf yang diharamkan oleh Syara'

Perbahasan Peringkat Pertama hingga keempat adalah melihat kepada Tahaaluf yang dilalui atau dilakukan pada zaman Nabi saw. sebagai sunnah yang wajar dipelajari dan dihayati .

Untuk seterusnya, boleh melayari:

Ketua Pemuda Pas Pusat,
Ustaz Nasarudin bin Hassan

p/s: Kefahaman kita mengenai hukum perlulah jelas supaya tidak menimbulkan satu kerunsingan dalam diri dan memudahkan kita untuk menyampaikannya kepada orang lain.

Coretan Perjuangan PAS ~ vol.1




Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini
meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit
permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir.

Walaubagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948. Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan.

Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff,Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran
judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentuk-bentuk
perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan
yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka.

Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin, ”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan.

Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Bersambung...

NICE 2011



NICE 2011 bakal menemui anda!

Nama Program :NATIONAL IBNU SINA CONFERENCE & COMMUNITY ENGAGEMENT 2011
(NICE 2011)

Tarikh :7 – 10 Julai 2011

Tempat :Kem Kijang, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelantan

Moto :“ Islamist Medicine: From Bench To Bedside”

Penganjur Utama : Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)


Anda tidak akan rugi,kerana anda bakal bertemu dengan penceramah yang berkaliber ! Jom sertai!

Penceramah dan Tajuk :

1.Ust Hasrizal Abd Jamil :"Islamist Medicine: From Bench To
Bedside"
dan "Role of Muslim Health Professionals"

2.Dr Basri (Pensyarah UNISZA) : Fiqh Perubatan secara Kuliah dan workshop

3. Ustaz Marzuk (Penolong Pengarah HUSM) dan Dr Suhaini Kadiman (Senior Cardiothoracic Anaesthesiologist Institut Jantung Negara merangkap Board of Director Gombak Medical Centre, serta Timbalan Presiden PAPISMA)
: konsep Hospital Islam antara Content dengan Body,

4. Dr Harmy Yusuf (Head of Department, Dept of Family Medicine, PPSP USM, Mantan Presiden PAPISMA) : Konsep Perubatan Islam .


Antara aktiviti menarik bakal menemui anda ialah,

1. Meet the experts : Perjumpaan bersama pakar dalam
bidang perubatan dan Kesihatan, berkongsi
tentang Da'wah dalam Kerjaya Kesihatan.

2. Clinical Engagement : Dimana peserta2 akan pergi ke hospital
serta pesakit2 stroke, utk mempraktikkan apa yang
telah di'digest' sewaktu conference, practice
bagaimana ber'da'wah' dalam kerjaya, membantu
pesakit2 sedar dan lebih faham akan konsep2 fiqh
perubatan, serta melihat sendiri masalah2 yang
dialami pesakit2 kita secara hands-on, Dan, sesi a
kan dibuat dalam kumpulan2 yang kecik dengan
Facilitator2 daripada senior2 dalam PAPISMA

InsyaAllah perasmian pembukaan oleh Dato' Ust Muhammad Amar, serta Perasmian Penutup oleh Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.


Bagaimana mendaftar?

Please emailkan 'Intention to join NICE 2011' kepada Akhi Syakir (SUK PAPISMA Kelantan, Setiausaha Jawatankuasa Penganjur NICE 2011) di email address: brother_kir@yahoo.com atau sms/call +60199009321

Yuran Konferens selama 4h/3m ini cuma RM50 sahaja..

Segala perancangan tertakluk kepada perubahan.
Sila layari web berikut untuk maklumat lanjut :
http://nice-11.blogspot.com/

Mari kenali siapa PAPISMA di http://papisma.org/index/

InsyaAllah, NICE 2011 di reka subaya ia bermanfaat utk semua mereka yang bakal terjun kedalam kerjaya perubatan dan kesihatan, mereka yang sedar bahawa Islam itu perlu subur dalam setiap diri, Islam perlu ditegakkan, Islam perlu di'propagate', dan mereka yang sedar bahawa Islam tak cukup sekadar mengIslamkan diri sendiri, tetapi perlu mengIslamisasikan seluruh masyarakat, Negara, serta dunia ini... Perubatan dan Kesihatan sebagai Medan Da'wah!!!!

Jom Ubah!

Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan
[JOM UBAH]






Projek :Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan [ JOM UBAH ] siri 1
Tapak projek : Seluruh Negara [ 8 check point ] kecuali 3 negeri
Anjuran : Lajnah Politik DPPM dengan kerjasama DACS Pusat dan DPP Negeri.


Tarikh : 19, 20, 21 dan 22 hb Mei 2011
Hari : khamis - ahad
Masa : 4.30 pm [ khamis ] - 7.00 pm [ ahad ]



Matlamat :


Menyemarak kebangkitan anak muda ke arah menuntut perubahan dan menolak kerajaan korupsi demi masa depan rakyat serta negara yang sejahtera.


Objektif :


1. Menggerakkan jentera DPP di pelbagai peringkat [ kawasan dan negeri ] bagi menghadapi gelombang kebangkitan anak muda dan siap menghadapi pilihanraya.


2. Mengembeling tenaga "pemacu gelombang" kebangkitan anak muda Malaysia untuk mengurus dan memimpin kebangkitan mereka. [ exco DPP kawasan dan negeri ]


3. Menyemarak gelombang kebangkitan anak muda agar bersama dengan DPP menggerakkan agenda perubahan.


4. Membekalkan motivasi dan amanah perjuangan serta bimbingan maklumat dari pucuk pimpinan.


5. Memasyarakatkan DPP serta membawanya dekat dengan sentimen dan aspirasi anak muda masakini.




Tentatif :


[ Khamis. 19 hb Mei 2011 - khamis ]


02.30 pm - Pelancaran JOM UBAH di Pantai Teluk Chempedak
[ Hi tea bersama DPP Negeri Pahang ]
Pelancaran Oleh : Ybhg. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS. - 04.30 pm


05.10 pm - Jelajah Orang Muda bergerak ke Check Point 1 -
Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.


09.00 pm - Solat, Makan malam dan Himpunan JOM UBAH 1 :
BBQ dan edar Risalah Tawaran PAS kepada Anak Muda
Amanah Perjuangan oleh :
Ybhg Ketua DPP Malaysia.
Yb. Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS.


11.30 pm - isterehat [ 20 hb Mei 2011 - Jumaat ]


05.00 am - Bergerak ke Kota Bharu


05.30 am - Solat subuh berjamaah, sarapan dan bergerak ke
Check Point 2 . KB Mall di Kota Bharu


11.00 am - Amanah Perjuangan di KB Mall oleh :
YAB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Mursyidul Am PAS
[ edar risalah sinopsis Buku Jingga ]


12.00 pm - Makan tengahari dan solat jumaat


02.00 pm - JOM UBAH Bergerak ke Check Point 3 - Alor Star


[ singgah di Baling Kedah : ziarah maqam syuhada' Memali ]


08.30 pm - Solat Isyak - jamak Ta'khir - dan bergerak ke Alor Star


[ BBQ dan Cit Cat JOM UBAH bersama Pak Long dan beberapa selebiriti di Alor Star ]


12.00 pm - isterehat [ 21 hb Mei 2011 - sabtu ]


05.30 am - Solat Subuh berjamaah, kuliah subuh, sarapan dan bergerak
Ke Check Point 4. - Perlis.


[ ziarah maqam Al Marhum Dato' Tuan Guru Hj Fadhil Mohd Noor ]


09.30 am - Himpunan JOM UBAH 2 di Markaz Tarbiyah PAS Perlis


[ sukan ilmiah : pertandingan kuiz dan debat spontan ]


12.00 pm - Makan Tengahari, solat Jama' Taqdim dan bergerak ke
Check Point 5. - Penang


02.30 pm - Santai JOM UBAH di Pantai BERSIH Penang


[ Hi tea, Teater Musical Alternatif, Islamic Boria Pulau Pinang, pidato kanak - kanak, taaruf santai, sessi foto dll ]


05.30 pm - Bergerak ke Check Point 6 . Perak


08.30 pm - Solat Isyak jama' Ta'khir dan makan malam


09.30 pm - Malam Kebudayaan JOM UBAH
Di Pantai Lumut.
[ cit cat, artis undangan, nasyid, sajak perjuangan,
Pentomin, BBQ dan Mat Sabu ]


12.00 am - Isterehat [ 22 hb Mei 2011 - ahad ]


05.30 am - Solat subuh, kuliah subuh, senaman dan sarapan


08.00 am - Bergerak ke Check Point 7. Selangor


09.30 am - Karnival JOM UBAH di Sabak Bernam


[ bersama Bob Lokman. Pertandingan Paint Ball, Memanah, Carrom, Guli, Motor lambat, Motor Cantik, Yb Salahudin Ayub dsbnya. ]


01.20 pm - Makan Tengahari, solat zuhur Jamak Taqdim dan bergerak ke
Check Point 8. Wilayah Persekutuan.


03.30 pm - Labuh Tirai JOM UBAH


[ Hi tea, ramah mesra bersama anak muda, sessi beri dan terima pandangan dan Taujihat penutup oleh Yb Timbalan Presiden Ust Nasharudin ]


07.00 pm - Bersurai


nota :


[ Jelajah Orang Muda untuk Perubahan - JOM UBAH ]


JOM UBAH siri 2
Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor pada 30 dan 31 Julai 2011 ]


JOM UBAH siri 3
Negeri Sabah pada 26, 27 dan 28 August 2011


JOM UBAH siri 4
Negeri Sarawak pada 23, 24 dan 25 September 2011


Daftar segera melalui DPP Negeri masing - masing atau terus ke lokasi untuk penyertaan anda. Terbuka kepada semua.


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan


Khairul Faizi Ahmad Kamil
Pengarah JOM UBAH

You are special~

A well-known speaker started off his seminar by holding up a $20.00 bill.
In the room of 200, he asked, “Who would like this $20 bill?” Hands started going up.




He said, “I am going to give this $20 to one of you but first, let me do this. He proceeded to crumple up the $20 dollar bill. He then asked, “Who still wants it?”

Still the hands were up in the air.

Well, he replied, “What if I do this?” And he dropped it on the ground and started to grind it into the floor with his shoe. He picked it up, now crumpled and dirty. “Now, who still wants it?”

Still the hands went into the air.

My friends, we have all learned a very valuable lesson. No matter what I did to the money, you still wanted it because it did not decrease in value. It was still worth $20. Many times in our lives, we are dropped, crumpled, and ground into the dirt by the decisions we make and the circumstances that come our way. We feel as though we are worthless. But no matter what has happened or what will happen, you will never lose your value. Dirty or clean, crumpled or finely creased, you are still priceless to those who DO LOVE you. The worth of our lives comes not in what we do or who we know, but by WHO WE ARE. You are special - “Don’t EVER forget it.”

Demi Masa: Detik penting bagi pejuang Allah



Masa dalam kehidupan seorang pejuang

Kehidupan manusia adalah bergantung kepada penggunaan masanya. Oleh itu, Islam amat mengambil berat tentang masa dan memberitahu manusia bahawa setiap detik masanya adalah amat berharga. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa besarnya nilai masa dalam Islam dengan Allah sendiri bersumpah dengan masa dalam firmanNya yang selalu didengar;

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasihati supaya menetapi kesabaran”.

(Surah al-‘Asr. Ayat : 1-3)

Dalam ayat di atas Allah bersumpah dengan masa bagi menunjukkan kepada manusia sekeliannya bahawa masa menjadi saksi terhadap berjaya atau gagalnya manusia, untung atau ruginya mereka.

Manusia yang berjaya dan beruntung ialah manusia yang memanfaatkannya masanya di dunia (untuk beriman, beramal soleh, melaksanakan perintah Allah dan sebagainya bagi bekalan ke akhirat) dan manusia yang gagal dan rugi ialah manusia yang mensia-siakan masanya.

Imam asy-Syafi’ie pernah dalam satu ungkapannya berkata tentang surah ini :

لَوْ تَدَبَّرَ النَّاْسُ هَذِهِ السُّوْرَةَ لَوَسِعَتْهُمْ

“Jika manusia memerhati dan mengambil pengajaran dari surah ini, maka memadailah bagi mereka”.

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberi galakan kepada kita supaya memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sabda baginda;

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ، وَشَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ، وَغِناَكَ قَبْلَ فَقْرِكَ

“Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa;

Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu
Masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu
Masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu
Masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu.
Masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin.

(Hadis riwayat Imam al-Hakim
dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)[1]

Bahkan di akhirat nanti, manusia akan dihisab setiap detik masa yang ia lalui di dunia; bagaimana ia gunakannya? Adakah ke arah kebaikan atau kejahatan? Adakah ia manfaatkannya atau ia sia-siakannya? Inilah yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda;

لاَ تَزُوْلُ قَدَمًا عَبْدٌ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ، وَعَنْ عِلْمِهِ فِيْمَ فَعَلَ فِيْهِ، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَ أَنْفَقَهُ، وَعَنْ جِسْمِهِ فِيْمَ أَبْلاَهُ‏

“Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan :

Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya? , Ilmunya; bagaimana ia amalkannya? , Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? , Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?

(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn ‘Abid al-Aslami)[2]

Imam asy-Sya’rani ketika mengulas tengtang hadis ini dalam kitabnya al-‘Uhud al-Muhammadiah, berkata; “Inilah empat perkara pokok yang akan ditanya setiap hamba mengenainya (di akhirat). Adapun yang selainnya adalah perkara-perkara cabang/sampingan sahaja”.

Memandangkan bahawa masa amat penting dalam Islam, maka seorang muslim hendaklah memberi perhatian bersungguh-sungguh terhadap masa.

Ia hendaklah membina kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan masa dan menggunakannya semaksima mungkin untuk mencapai cita-cita dan matlamat hidup sebagai seorang muslim dan mukmin untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Perlunya mujahadah untuk mendidik diri menghargai masa

Namun, perlu kita sedari bahawa seorang insan itu tidak akan berjaya memanfaatkan masanya sebaik mungkin tanpa mujahadah kerana ia berdepan dengan dua musuh utama (dalaman dan luaran) yang sentiasa meruntunnya untuk leka dan lalai di dunia dan mensia-siakan waktunya. Dua musuh itu ialah;

Hawa nafsu
Syaithan


Hawa nafsu adalah musuh yang paling mencabar bagi manusia kerana ia berada di dalam dirinya. Hawa nafsu adalah teman setia manusia yang sentiasa mendampinginya ke mana sahaja ia pergi. Namun hawa nafsulah yang bakal akan menghancurkan manusia jika manusia tidak hadapinya dengan mujahadah.

Ada beberapa tabi’at buruk yang menjadi faktor kegagalan kita menggunakan masa dengan sebaiknya sebagaimana yang dituntut agama.

Tidak mengetahui atau tidak menyedari; apa matlamat kehidupan kita di atas muka dunia ini? Kenapakah Allah menjadikan kita di atas muka dunia ini?

Sikap malas, sambil lewa, tidak bertanzim, sukakan kerehatan, leka, lalai, membuang waktu dan sebagainya.

Tidak mengetahui al-aulawiyat (keutamaan-keutamaan) dalam hidup; mana perkara-perkara yang penting yang perlu diberi perhatian? dan mana pula perkara-perkara yang tidak penting yang perlu diketepikan?

Tabiat suka bertangguh

Semua tabi’at buruk di atas mesti dihadapi oleh kita dengan bermujahadah terhadap diri sendiri. Bermujahadah bermaksud melatih diri dengan sifat-sifat yang baik dan mengekangnya dari menurut hawa nafsu. Orang yang bermujahadah tidak akan membiarkan dirinya dikontrol hawa nafsunya, sebaliknya dialah yang mengkontrol hawa nafsunya.

Dengan mujahadah, kita mesti melatih dan memaksa diri supaya :

Memastikan matlamat hidup dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Membuang sikap malas, leka, lalai dan sebagainya tadi.

Memberi perhatian kepada perkara-perkara al-aulawiyat (utama/penting) dalam hidup.

Membuang sikap suka bertangguh.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan memperingatkan kita;

نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ: الصِّحَّةُ، وَاْلفَرَاغُ

“Dua nikmat (kuniaan Allah) yang seringkali kebanyakan manusia tertipu (kerana mensia-siakannya) iaitulah; nikmat sihat dan nikmat kelapangan”.

(Hadis riwayat Imam Bukhari, at-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas r.a.)

Seorang tokoh sufi terkenal Ibnu ‘Athaillah as-Sukandari dalam kitabnya yang masyhur iaitu al-Hikam mensifatkan tabiat suka bertangguh adalah tanda kebodohan yang ada pada diri seseorang. Ia berkata;

إِحَالَتَكَ اْلأَعْمَال عَلى وُجُوْدِ اْلفَرَاغِ مِنْ رُعُوْناَتَ النَّفْسِ

“Menunda/menangguh amal perbuatan(kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik merupakan suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa”.

Seorang hukama’ Islam pernah menasihatkan kita;

لاَ تُؤَجِّلُ إِلى اْلغَدِ مَا يُمْكِنُكَ أَنْ تَعْمَلَهُ اْليَوْم

“Janganlah kamu menunda/menangguh sampai besok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini”.

Imam Hasan al-Basri pernah berkata; “Apabila terbit sahaja fajar pada hari baru, ia akan menyeru manusia; ‘Wahai anak Adam! Aku adalah adalah makhluk yang baru. Aku akan menjadi saksi ke atas apa yang kamu lakukan. Gunakanlah aku untuk berbekal dengan beramal soleh. Sesungguhnya aku (apabila berlalu) tidak akan kembali lagi hinggalah menjelangnya kiamat”[3].

Bagaimana membahagikan waktu?

Seorang muslim mestilah tahu membahagikan masanya mengikut kewajipan yang tertanggung di atas bahunya. Seorang tokoh Islam abad ini, al-Imam asy-Syahid Hasan al Banna berkata;

“Kita diperintahkan supaya mengguna dan membahagikan masa bagi empat tujuan[4];

1. Untuk agama iaitu melakukan ketaatan kepada Allah merangkumi yang wajib/fardhu dan yang sunat-sunat.

2. Untuk mencari rezeki yang halal bagi menyara diri dan keluarga.

مَنْ أَمْسَى كَالاً مِنْ عَمَلِ يَدِهِ أَمْسَى مَغْفُوْرًا لَهُ

"Siapa yang berpetang dalam keadaan penat kerana bekerja/berusaha dengan tangan sendiri maka ia berpetang dalam keadaan dikurniakan keampunan baginya"

(Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)[5]

3. Untuk berkhidmat kepada manusia dengan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah bagi mereka.

Sabda Nabi(s.a.w);

مَنْ مَشِيَ فِيْ حَاجَةِ أَخِيْهِ كَانَ كَمَنِ اْعتَكَفَ فِيْ مَسْجِدِيْ هَذَا شَهْرًا

“Sesiapa yang berjalan(untuk keluar) memenuhi hajat saudaranya ia seolah-olah beriktikaf di masjidKu ini(iaitu masjid Nabawi) selama sebulan”.

4. Untuk kerehatan badan.

Sabda Nabi(s.a.w);

فَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقًّا

"Sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu".[6]

Syeikh Tantawi al-Jauhari berpesan kepada kita :

“Apabila munculnya siang maka buatlah penyusunan terhadap kerja-kerja yang akan kamu lakukan pada hari itu mengikut masanya dan jangan melakukan sesuatu kerja bukan pada masanya. Ikutilah perancangan kamu yang awal dan jadikan riadhah/bermain pada masanya yang khusus.

Ambillah contoh/tauladan daripada Nabi kita(s.a.w) dimana baginda membahagikan masanya kepada beberapa bahagian :

-Satu bahagian untuk ibadah
-Satu bahagian untuk manusia iaitu mengajar mereka...
-Satu bahagian untuk diri baginda sendiri....."


(Syeikh Tantawi Jauhari;kitab "ميزان الجواهير"[7])

Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu



Istilah `Ketuanan Melayu' (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan `tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan `melayu', ia bermaksud orang melayu berada dalam status `tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan `bukan melayu'. Jika hendak ditakrifkan maka bererti `kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia'.

Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka`bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.

Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.K emuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa. Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Memperjuang dan mempertahankan hak bangsa tidaklah menjadikan bangsa kita tuan dan bangsa lain pula hamba . Pertahankan hak bangsa kita malah berbangga menjadi bangsa melayu adalah suatu yang positif dan wajar namun jangan sekali - kali kita menzalimi bangsa lain serta tidak berlaku adil terhadap bangsa lain sekalipun berbeda agama justeru inilah yang dilarang.

Justeru Islam adalah agama Allah tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini. Allah swt , tuhan yang namanya mahu digunakan oleh seluruh agama samawi dalam negara kita . Islam pula bukan hak orang melayu sahaja , bahkan bangsa India dan China jauh lebih awal menerima Islam . Islam adalah agama yang adil untuk semua.


Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi semua persoalan hidup termasuk perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia seperti ekonomi , sosial , politik dan undang - undang , juga hubungan manusia dengan tuhan seperti ibadah .Misi terpenting kedatangan Islam ialah untuk menghapuskan kepatuhan dan ketuanan berasaskan bangsa dan warna kulit dan menggantikan dengan ketuanan berasaskan keimanan dan ketaqwaan.

Dalam konsep kepimpinan, baginda Nabi s.a.w mengajar supaya mereka yang dipimpin wajib patuh kepada pemimpin walaupun pemimpin itu seorang hamba berkulit hitam.

Melayu itu automatik Islam di Malaysia. Perlembagaan yang memaktubkan perkara ini. Sedangkan ramai umat Melayu murtad atau tidak beragama, itu Islam kah? Melayu yang menentang Islam, Islamkah? Melayu yang memperlekeh Islam dan undang-undang peraturannya, Islamkah? Hakikatnya,melayu itu tidak semestinya muslim, dan muslim itu tidak semestinya melayu.Nasib orang melayu hanya selamat dan terjamin sekiranya berpegang teguh kepada ajaran islam bukannya ketuanan melayu.

Mana-mana pihak yang terus berbincang berkenaan ketuanan bangsa segera menghentikan amalan buruk itu kerana ia bukan sekadar bertentangan dengan konsep hak asasi manusia malah sesuatu yang bercanggah dengan Islam. Melayu tidak akan selamat jika terus memperjuangkan ketuanan Melayu tanpa memperkasakan Islam di kalangan kaum majoriti itu. Ini kerana , hanya Islam yang mampu menyelamatkan semua bangsa kerana kepimpinan Islam menekankan amanah, bukan bersifat menindas antara satu sama lain. Kita jangan rasa selesa dengan Melayu sahaja tanpa diperkasakan dengan Islam. Kalau Allah nak pelihara Islam, maka Islam boleh naik dengan bangsa lain ambil alih. Sebab itu kita kena yakin kalau Melayu nak selamat maka Melayu hendaklah tegakkan Islam. Kalau tegakkan Melayu, Melayu tak akan selamat kerana Islam memang dipelihara oleh Allah SWT.

L.I.D.A.H


Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya. ". Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, "Sungguh ia termasuk ahli neraka".


Kemudian lelaki itu berkata lagi, "Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata, " Sungguh ia termasuk ahli syurga . "(HR.Muslim) .


Kisah dalam hadis tersebut memberi pelajaran akan bahaya lidah. Betapa jika tidak dikawal iman, lidah boleh menjerumuskan ke dalam neraka. Walaupun seseorang itu ahli ibadah, banyak solat, puasa, akan tetapi apabila tidak mampu menjaga lidahnya dari memfitnah, berbohong dan hasad - amalannya tersebut sia-sia.


Oleh sebab itu, lidah boleh menjadi media taat kepada Allah, dan boleh pula untuk memuaskan hawa nafsu. Lidah boleh digunakan untuk membaca al-Quran, hadis dan menasihati, lidah juga berubah seperti layaknya penyalaan api. Memfitnah, bersaksi palsu, ghibah, namimah, dan memecah belah umat. Jika seperti ini seberapa banyak pun ibadah kita tak ada gunanya, semuanya gugur gara-gara lidah yang lancang.


Rasulullah SAW memberi amaran, bahawa bahaya lidah adalah salah satu perkara yang paling beliau khuatirkan. Sebabnya, semua amal akan berguguran jika lidah kita jahat. Suatu kali salah seorang sahabat Sufyan al-Thaqafi bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, katakan kepadaku tentang satu perkara yang aku akan berpegang dengannya!" Beliau menjawab: "Katakanlah,` Tuhanku adalah Allah `, lalu istiqomahlah". Aku berkata: " Wahai Rasulullah, apakah yang paling anda khuatirkan atasku? ". Beliau memegang lidah beliau sendiri, lalu bersabda:" Ini . " (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).


Antara kejahatan lidah adalah lidah yang banyak bicara dengan kebatilan. Jenayah lidah memang boleh setajam pedang. Jika kita tidak berhati-hati menggunakannya, maka ketajamannya boleh menumpahkan darah, sebagaimana pedang menusuk tubuh manusia. Boleh juga lidah itu menjadikan 'api' yang membakar semakin besar.


Imam Abu 'Ali Ad-Daqqaq pernah mengatakan: "Orang yang berbicara dengan kebatilan adalah syaitan yang berbicara, sedangkan orang yang diam dari kebenaran adalah syaitan yang bisu."


Gara-gara lidah, seseorang terjebak masuk ke neraka. Menjadi hamba yang rugi, sebab pahala orang yang berdosa kerana kerosakan lidah akan dihadiahkan kepada orang yang dizalimi. Gara-gara lidah yang jahat kita boleh menjadi hamba yang muflis (muflis).


Rasulullah SAW bersabda: " Orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang pada hari kiamat nanti datang membawa pahala solat, zakat dan puasa, namun di samping itu ia membawa dosa mencela, memaki, menuduh zina, memakan harta dengan cara yang tidak benar, menumpahkan darah, dan memukul orang lain . "(HR.Muslim)


Oleh sebab itu, jika kita tidak tahu terhadap suatu persoalan sebaiknya diam terlebih dahulu sebelum mendapatkan jawapan dari ahlu dzikri (orang yang ahli/mengetahui). Jika tidak, ucapan kita yang tidak berdasarkan ilmu itu boleh menyesatkan.


Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata yang baik atau diam . "(HR. Bukhari Muslim).


Lebih baik diam jika dihadapkan terhadap persoalan yang belum kita ketahui. Firman Allah SWT : "Janganlah kamu bersikap terhadap sesuatu yang kamu tidak ketahui." (QS al-Isra ': 36).


"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di akhirat nanti adalah orang yang paling jelek akhlaknya, orang yang banyak bicara, orang yang bercakap dengan mulut yang dibuat-buat (mereka-reka cerita) dan orang yang sombong . "(Jami 'al-Shaghir).


Kesimpulannya, berhati-hatilah wahai saudara-saudari seIslamku, semoga Allah selamatkan lidah dan jari jemari kita daripada segala fitnah di luar sana. Amin.
Wallahu a'lam.


*Perkataan @ ucapan di zaman siber ini bolehlah disamakan juga dengan tulisan

http://mufakkir-islami.blogspot.com

Respon TGNA terhadap kenyataan Aziz Bari



Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004, dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi, berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya.

Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.

Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar?

Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.


Sekian, wassalam.

- YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Bahaya Aids Al Haraki Dalam Gerakan Islam

SUATU PERINGATAN DARI USTAZ FATHI YAKAN
( Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah Masa Kini )


Disediakan oleh :
Akhukum fiLlah, Ahmad Akhyari bin Ismail Az-Zahawiee UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.


Muqaddimah


Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, yang pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia.


Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.

Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan seseorang yang mengalami kehilangan daya tahan penyakit di dalam tubuh, sehingga menjadi mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan yang parah. Sehingga kini, penyakit yang disebabkan oleh virus HIV ini, masih belum ditemui ubat yang dapat menyembuhkan penyakit merbahaya ini. Para penghidap HIV/AIDS ini akan berhadapan dengan risiko kematian.

Dalam buku “Ihdzaruu Al-Aids Al-Harakiy (1989)”, Al-Ustaz Fathi Yakan secara khusus mengingatkan kes kehancuran harakah dan tanzim dakwah di Lubnan. Hal yang sama juga berlaku di beberapa Negara Muslim yang terdapat harakah Islamiah di situ. Beliau berpendapat, kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman jama`ah, yang seringkali terjadi di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi (Orbit Politik).

Hal ini sering terjadi ketika harakah Islamiah memasuki wilayah amal siyasi (kerja politik) untuk menyempurnakan wilayah `amal dakwah dan meningkatkan sasaran dakwah yang lainnya.


Mengapa terjadi seperti ini? Apakah penglibatan harakah Islamiah dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan dan kesilapan? Tentu saja tidak !! Bahkan ini adalah suatu kewajipan kita semua.

Konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam As-Syahid Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan gambaran pentingnya kita bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah. Sesungguhnya saat ini, Syumuliayatud Dakwah menuntut kita memasuki dan menguasai wilayah politik.

Mengenal Virus Merbahaya

Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.

Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan. Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata.

Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.

2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.

Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan mealisasikan tujuan-tujuannya.

Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.

3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemengan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya.

Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah.

Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka.

Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.

4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.

5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligent dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah.

Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.

Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.

Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.

Kewajipan Memelihara Asholatud Dakwah (Keaslian Dakwah).

Permasalahan dan penyakit yang berlaku di dalam harakah dakwah, hanya dapat dikawal dan diubati dengan memelihara keaslian dakwah yang kita warisi dari Baginda Rasulullah SAW.

Syeikh Mustafa Masyhur Rahimahullah, dalam sebuah tulisannya, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah, menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `Ala al-Asholah (memelihara keaslian dakwah), agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran.

Sekecil-kecil penyelewengan dari asholah dakwah, pasti akan melahirkan kegelinciran yang semakin hari semakin besar, serta menyeret harakah jauh dari jalan yang benar dan gagal mencapai sasaran harakah. Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna selalu menekankan agar jamaah beriltizam dengan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah serta melangkah ke medan dakwah berpandukan Sirah Rasulullah SAW ketika beliau menegakkan Daulah Islamiah pertama. (Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah).

Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan politik, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam.

Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya.

Kesimpulan

Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi.

Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di Negara kita.

Kepada para Pejuang yang merindukan kejayaan.....

Kepada Rakyat yang kebingungan di persimpangan jalan Kepada Pewaris peradaban yang telah menggoreskan

Sebuah catatan membanggakan di lembar sejarah manusia Wahai kalian yang rindu kemenangan…..

Wahai kalian yang turun ke medan Demi mempersembahkan jiwa dan raga Untuk Islam tercinta…..

http://nasrudintantawi.blogspot.com/

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates