Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Berbahagialah Sang Ghuraba'




1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib ]. Berdepan dengan manusia jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw. sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat jahiliah.

2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [Aslim Taslam ] Terima Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir sehinggalah setinggi - tinggi pangkat manusia seperti raja di istana menjadi sasaran risalah Islam.

3. Islam didokong dan diperjuangkan dengan gigih tanpa peduli pahit getir. Islam digalas dan dipertahankan dengan tabah tanpa peduli susah sukar. Gurun sahara diredah dan lautan luas diharungi demi menyemarakan kebangkitan Islam dan mendaulatkan syariatnya. Sabar membelah masa dan merempuh waktu menanti detik janji Allah ditunaikan. Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa.

4. Akhirnya Islam tegak berdaulat dengan bertiangkan aqidah, berdindingkan syariat, berbumbungkan jihad dan berlantaikan akhlak. Bumi diimarahkan dengan peraturan dan manhaj rabbani. Keadilan merata kepada semua tanpa membezakan latar belakang agama, bangsa, kaum dan bahasa lidah. Keamanan dan kesejahteraan dinikmati, bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang dan tumbuhan.

5. Namun Nabi saw telah menegaskan :

بَدَءَ الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بدء فطوبى للغرباء

Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam].

6. Hari ini Islam kembali ditertawa. Syariat dan syiar Islam dipersenda. Kerja dakwah menjadi bahan lelucon. Dunia kembali menganggap pelik cara kita berjuang dan mengajak ummat manusia kembali kepada Islam dan perjuangannya. Menyeru dan mengajak orang menyertai perjuangan Islam dianggap kerja bodoh sebagaimana tanggapan ummat jahiliah. Firman Allah swt :

و إذا قيل لهم ءامنوا كما ءامن الناس قالوا أنؤمن كما ءامن السفهاء ألا إنهم هم السفهاء ولكن لا يعلمون

dan apabila diseru kepada mereka , Berimanlah sebagaimana berimannya manusia yang lain. Mereka menjawab : Apakah kami akan beriman sebagaimana berimannya orang - orang yang bodoh. Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengerti.

Surah al Baqarah : Ayat 13

7. Sungguhpun Islam kembali menjadi asing dan pejuangnya ditertawa dan diperbodohkan, ianya adalah sunnah yang telah dijanjikan kebahagiaannya oleh Rasulullah saw kepada mereka yang tetap gigih berjuang, berjihad dan berdakwah. Biarpun Nabi saw telah sekian lama meninggalkan ummah, namun kesediaan para pejuang menggalas tugas besar untuk menyelamatkan manusia dari neraka Allah adalah tugas berat yang penuh dengan kemuliaan. Istiqamah dan iltizam bersama kerja - kerja amal Islami biarpun disinis dan disindir tajam, ia adalah ghuraba' yang dijanjikan kebahagiaan oleh Rasulullah saw.

8. PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut.

9. Adunan 3 elemen dari pakej itulah tercetusnya pelbagai slogan seperti :

Pemuda PAS adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Bermaksud Pemimpin dan anggota pemuda PAS turun ke medan, menyantuni masyarakat dengan penuh kasih sayang biarpun mungkin suatu masa dahulu, mereka adalah musuh kita. Mereka menentang kita dengan kejahilan dan hasad dendam yang menyelubungi jiwa mereka. Namun mereka mesti diselamatkan dari terus menjadi hamba nafsu dan syaithan yang menguasai diri mereka untuk memusuhi Islam.

Pemuda PAS adalah penyelamat, lalu selamatkan seramai mungkin manusia dari api dosa yang sedang membakar mereka. Orang Muda Geng Kite . Adalah slogan lanjutan untuk menterjemah "Duta Penyelamat dan Kasih sayang" bagi mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan latar belakang. Dari anak muda professional sehinggalah kepada anak muda yang bergelandangan. Mereka didekati oleh pemuda PAS dengan pelbagai cara dan kaedah. Tertubuhnya Alternative Riding Club [ARC] dan wujudnya aktiviti seperti Alternative Futsal Club, Alternative Band Club dan sebagainya adalah untuk melengkapkan usaha mendekati anak muda. Jom Sertai PAS .

Juga antara slogan popular PAS untuk mendekati semua golongan masyarakat agar mereka menyertai PAS. Menyertai PAS hanya semudah mengisi borang, membayar yuran tahunan dan bersedia mematuhi perlembagaan PAS atau undang - undang tubuh PAS. Penyertaan mereka akan diperkasa dari masa ke semasa melalui proses pentarbiyahan yang wujud di dalam PAS sehinggalah akhirnya mereka menjadi seorang ahli PAS yang soleh dan berjuang. Melalui slogan ini, telah ramai tokoh - tokoh yang suatu masa dahulu sangat memusuhi PAS namun kini berjuang bersama saf perjuangan PAS. Laksana tokoh - tokoh yang menentang Nabi saw kemudiannya menerima Islam lalu gigih berjuang disamping Nabi saw. Kepada mereka Nabi saw menyebut : خياركم في الجاهلية خياركم الإسلام إذا فقهوا

yang terpilih [hebat] di zaman jahiliah jua terpilih [hebat] di zaman Islam asal sahaja mereka memahami Islam.

PAS For All atau PAS Untuk Semua. Sebahagian dari slogan PAS yang berjaya meletakkan PAS dihati mereka. Bukan sahaja ummat Islam mahu menyertai PAS lalu menjadi ahli yang baik, malah non muslim turut melahirkan hasrat mahu bersama perjuangan Islam lalu tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP]. "PAS Untuk Semua" membawa maksud perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa dan bahasa malah juga bermaksud semua boleh menyertai PAS asal sahaja mereka bersedia untuk mematuhi dasar dan manhaj perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. 10. Alhamdulillah, melalui gerakkerja amal Islami bersandarkan slogan - slogan di atas, kini menjadikan keluarga PAS kian besar sehingga mencecah angka sejuta. Pada tahun 1985 saya menjadi ahli PAS yang ke 274,589. Kini angka keahlian tentunya telah mencecah 9 angka. Kita menyedari, ada yang menyertai PAS kemudian gugur ditengah jalan kerana gagal bertahan dengan ujian atau tribulasi perjuangan ini justeru itulah sunnatullah, namun kita jangan kecewa dan putus asa untuk terus berdakwah, menyeru dan mengajak masyarakat ummat Islam menyertai PAS dan non muslim menyertai DHPP.

Biarpun seribu manusia sedang mentertawakan gerakkerja Amal Islami yang dilakukan oleh saudara, lalu menganggap dakwah saudara sebagai suatu lelucon dan kebodohan politik, yakin lah saudara sedang menjadi manusia dagang dan asing dengan Islam yang diperjuangkan. Sedang Rasulullah saw pernah menegaskan : Berbahagialah Sang Ghuraba'



Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pesanan Utusan Allah..

Wasiat Nabi dalam Khutbah Terakhir

1. Jiwa dan harta setiap orang Muslim adalah amanah yang perlu diletakkan pada haknya.

2. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

3. Allah telah mengharamkan RIBA. Dan segala urusan mestilah jauh dari RIBA.

4. Berwaspada dengan tipu daya syaitan yang menyesatkan dan mengikut hawa nafsu.

5. Menunaikan hak-hak isteri bagi seorang suami.

6. Bersifat lemah lembut dengan wanita dan perempuan-perempuan kamu kerana wanita adalah teman dan pembantu yang setia.

7. Bagi isteri tidak dibenarkan membawa masuk sesiapa yang tidak dibenarkan oleh suami ke dalam rumahnya dan hendaklah menjauhi zina..

8. Sembahlah Allah dengan mendirikanlah solat lima waktu

9. Berpuasalah di bulan Ramadhan

10. Tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.

11. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

12. Semua manusia adalah sama tanpa membezakan bangsa dan keturunan, yang membezakan kamu adalah taqwa.

13. Orang Islam itu adalah bersaudara dan perlulah dijaga hak-hak sesama Muslim.

14. Semua manusia akan dihadapkan kehadapan Allah swt dan akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah dilakukan.

15. Tidak akan ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad saw. Dan tidak ada agama baru bagi kamu.

16. Nabi Muhammad saw meninggalkan 2 perkara sebagai rujukan dan panduan iaitu al-Quran dan Sunnahnya. Sesiapa yang berpegang teguh maka, insyaallah ia tidak akan sesat buat selama-lamanya.

17. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapan Nabi Muhammad saw, menyampaikan pula kepada orang lain.

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)

Kalau benar cintakan Allah..



Sebutlah nama Allah banyak-banyak. Maksud ayat al Quran dengan kalimah “berzikilah pada waktu pagi dan petang” itu ialah kita berzikir dengan kuantiti dan kuali yang tinggi. Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kepada membesarkan Allah, dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya, dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum-hakam-Nya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun bila Allah dilupakan, umat akan kurang menyebut nama-Nya lagi. Ketika itu hati-hati pun lalai daripada merasakan kebesaran dan keagungan-Nya. Akibatnya hukum-hakam-Nya diabaikan dalam tindakan dan perbuatan. Bila ini terhadi jangan ditangisi jika Allah “lupakan” kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa. Orang yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya – dengan lidah, hati dan perbuatan. Menjadi seorang muslim sahaja (bukan muttaqin), tidak melayakkan kita mendapat jaminan bantuan daripada-Nya. Siapakah kita, muttaqin atau hanya muslim?

Muslim, lebih-lebih lagi muslim yang fasik, kurang berzikir malah ada yang tidak berzikir langsung. Apakah Allah akan mengingati kita jika kita melupakan-Nya? Lalu terbiarlah kita dihina, dizalimi dan diperkotak-katikkan oleh musuh tanpa mendapat pembelaan.

Sayidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita. Kenapa orang melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah. Lupa zikir kepada-Nya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah.

Ya, masakan orang yang sentiasa ingatkan Allah tergamak bergelumang dengan dosa? Jika terlanjur sedikit pun mereka segera bertaubat. Orang yang beginilah akan mendapat bantuan Allah dalam apa yang mereka usahakan dan perjuangkan. Mereka disokong oleh kawan dan dihormati oleh lawan. Belum pun bertempik, hanya berbisik, orang akan akur dan tunduk.

When Allah is your “friend”, who is your enemy? Bila Allah akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita? King Richard yang berhati singa itu pun tunduk kepada Sultan Salehuddin Al Ayubi. Mengapa? Apakah hanya kerana kekuatan Salehuddin? Tidak, tetapi kerana akhlak dan keperibadiannya yang ditempa oleh zikirullah. Hasilnya, sifat pemaaf, kasih-sayang dan prihatinya, tidak terbatas. Merentas sepadan bangsa, negara dan agama.

Musuh tidak terlalu laju, tetapi orang Islam yang terlalu perlahan. Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih-sayang. Dengan cinta kita berdakwah, berhujah dan menjelaskan dengan penuh hemah dan hikmah tanpa dibauri oleh kebencian dan prasangka.

Dengan cinta kita tidak hanya menyebut nama-Nya, mengingati-Nya dan mendaulatkan hukum-hakam-Nya dalam diri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu ke dalam rumah tangga, organisasi, masyarakat dan negara.

Kalau benar cintakan Allah, cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingati-Nya. Bangun seawal Subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingati-Nya. Kemudian, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal dengan meninggalkan segala bentuk rasuah, riba dan penyelewengan.

Atur keluarga mengikut syariat. Jauhkan pendedahan aurat. Perangi pergaulan bebas, racun hedonisme dan fesyen bohemian dalam kehidupan diri dan remaja kita. Pacu kemajuan ekonomi, tetapi jangan lupakan hukum Ilahi. Bersiasahlah tetapi jauhi fitnah dan kepentingan diri. Ingat Allah! Jaga halal dan haram dalam setiap perilaku dan perbuatan.

Kalau benar cintakan Allah… ingatlah: Cinta itu bukan kata-kata. Love is a verb – cinta itu tindakan. Bangkitlah dengan kecintaan bukan dengan satu kebencian. Jangan marahkan orang yang tidak cinta… jika kita sendiri tidak cinta.

Marahkan diri kita dahulu, sebelum marahkan mereka. Tidak malukah kita kepada Allah, justeru jika demikian… bererti cinta kita hanya kata-kata? Hanya pura-pura?

fahamilah


PAS merupakan satu jemaah Islam yang menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai dasar perjuangan. Ini merupakan asas yang penting untuk membezakan antara persatuan-persatuan atau parti politik yang wujud disekitar negara kita. Ramai yang menganggap PAS sekadar sebuah parti politik yang hanya bertanding dalam pilihanraya dan hanya rakus untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Tanggapan ini sama sekali tidak betul.  Orang yang mempunyai tanggapan seumpama ini mungkin tidak memahami perjuangan yang cuba ditegakkan oleh PAS ataupun memang ingin melihat hukum Islam tidak tertegak di negara kita. Sama-samalah kita merenung dan mentadabbur ayat Al-Quran yang cuba diaplikasikan dalam PAS:

Demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Rasul-Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah mencipta besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan Agama Allah serta menolong Rasul-Rasulnya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa
-Surah Al-Hadid,ayat 25-

Lihatlah bagaimana Allah menerangkan ayat diatas supaya umat Islam dan manusia seluruhnya melaksanakan kandungannya yang tentu sekali akan membawa kepada keadilan dan menjatuhkan kezaliman. Lalu Allah menyebut tentang peranan besi yang boleh kita ibarat sebagai kekuasaan yang perlu dimiliki oleh Umat Islam. Justeru , PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa kerana dengan kuasa itulah keadilan dapat ditegakkan dan seterusnya menjadikan sebuah negara yang diredhai dan dirahmati.

Satu contoh yang jelas yang dapat kita perhatikan pada hari ini seperti yang berlaku di Kelantan. Selama 20 tahun PAS memerintah, pelbagai syariat-syariat Islam dan kebajikan dapat dilaksanakan. PAS begitu konsisten dalam mempertahankan hak-hak orang Islam dan hukum-hukum Allah. Selama tempoh itu juga, tiada rasuah  yang berlaku diperingkat pimpinan kerajaan negeri yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat. Antara kebajikan yang dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat hasil daripada mengaplikasikan Islam adalah:
·        
Pr
  • ·         Takaful khairat kematian: bantuan berbentuk wang ringgit kepada setiap waris.
  • ·         Program It’am: bantuan beras kepada fakir miskin.
  • ·         Kahwin beramai-ramai: usaha kerajaan negeri untuk membantu orang yang kurang kemampuan untuk berkahwin dan seterusnya membendung kejadian buang anak yang semakin serius.
  • ·         Bantuan perumahan dan dan banyak lagi.

Satu benda yang paling penting apabila PAS sebagai sebuah jemaah Islamiyah memerintah negeri Kelantan adalah mampu melaksanakan program tarbiyah dan mampu memberi kefahaman Islam yang syumul kepada seluruh rakyat. PAS mampu masuk kedalam setiap lapisan masyarakat untuk menyebarkan Islam melalui program tarbiyah secara umum seperti ceramah-ceramah dan kuliah mingguan dan program tarbiyah secara khusus iaitu usrah di seluruh kawasan.


Kepada mereka yang berfikiran dan berpendapat bahawa PAS sama sahaja dengan parti politik lain yang ada diluar sana, maka tolonglah ubah. Janganlah kita menjadi fitnah kepada perjuangan suci ini. Kami tidak kebuluran kuasa sehingga ramai pejuang PAS yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan dari perbagai sudut. Kami hanya ingin melihat ISLAM berada ditempat yang sepatutnya. Kami tidak nafikan yang kami mempunyai kelemahan dan kekurangan. Tapi keadaan tersebut bukanlah menjadi hujah dan alasan untuk tidak berjuang bersama PAS.  PAS sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan Islam walaupun terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri. Politik merupakan wasilah dalam perjuangan PAS,bukanlah matlamat.

PAS akan terus subur dan tidak akan mati selagi mana PAS menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar. Seperti mana Al-Quran yang Allah jamin akan memelihara sampai kehari kiamat,maka tiada sebab Allah tidak memelihara PAS yang menjadikan Al-Quran sebagai pegangan.
-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat-

Membangun bersama Islam.
Al-Faqir Ghuraba’



Sarawak: Satu Impian


Bismillahi wa solatu wassalam.

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi penduduk di negeri Sarawak kerana hari ini merupakan Pilihanraya Negeri Sarawak.Walaupun kita memandang Sarawak sebagai satu negeri yang tidak mungkin dimenangi Pakatan Rakyat, tetapi kesedaran yang diperolehi oleh segelintir masyarakat di Sarawak tentang kebenaran mengenai kerajaan tetap membanggakan.Ini dapat dilihat melalui apa yang ditulis oleh Malaysia Kini.

BN diramal tetap kekal kuasa dengan tipis, ramal penganalisis
(sumber:Malaysia Kini 16 April 2011)

 
AnalisisBarisan Nasional (BN) diramal mempertahankan kuasa pada pilihan raya negeri Sarawak hari ini namun Pakatan Rakyat dilihat terus memberi saingan menyengat yang tidak pernah disaksikan, kata penganalisis.

Pengundian bermula pagi tadi dan akan berahir 5 petang ini.

Menurut penganalisis, kuasa Pakatan Rakyat di Sarawak kini nampak lebih yakin di Sarawak yang mana gabungan tiga parti itu bertanding pada pilihan raya di bawah tiket Pakatan Rakyat.

Tiga penganalisis memberitahu The Malaysian Insider BN dilihat sekali lagi akan memenangi pilihan raya negeri Sarawak, namun kemungkinan gagal mendapat majoriti dua pertiga.

Mereka berkata demikian ekoran kempen Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan pengundi yang menentang kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang mana ia telah menimbulkan sama ada persoalan kenapa BN masih mampu mengekalkan kuasa di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walaupun pemimpin Pakatan Rakyat mengakui matlamat untuk menang besar agak mustahil, namun kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan satu keputusan matlamat itu boleh dicapai.

“Kami yakin kami boleh pergi lebih jauh, kami menolak BN yang monopoli kerajaan negeri,” katanya pada sidang media semalam.

Menurut sumber, Pakatan Rakyat dilihat akan memenangi 34 kerusi DUN dengan DAP menang 13 dari 15  kerusi, diikuti PKR dengan 19 dari 49 kerusi dan PAS menang dua dari lima kerusi. Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan kemenangan dua pertiga BN dan 36 kerusi untuk membentuk kerajaan baru di Sarawak.

Kemenangan Pakatan Rakyat itu dijangka diperoleh sebahagian besar dari kawasan bandar dan kawasan separa bandar, terutamanya yang terletak di bandar-bandar utama dan pinggir bandar.

Penganalisis dilihat sepakat mengatakan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar, menunjukkan suasana politik di Sarawak mula mengalami perubahan besar sejak minggu lalu.

Pengundi pula berkata mereka bukan sahaja tahu mengenai keadaan politik yang berlaku namun bersedia sepenuhnya membantah pentadbiran Sarawak sedia ada.

Menjelang keputusan yang akan diumumkan malam ini, penganalisis berkata, BN telah menggunakan jentera kerajaan dan jentera parti itu bagi meyakinkan pengundi.

Sebanyak 1,749 pusat mengundi dibuka hari ini dan 979,796 pengundi berdepan dengan pilihan sukar sama ada mahu “mengundi untuk perubahan” atau undi untuk “tranformasi”, dua mesej kempen olah Pakatan Rakyat dan BN sepanjang 10 hari berkempen.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak Dr Faisal Syam Haziz yang memerhati perjalanan kempen berkata sejak 10 hari lalu pengundi merentasi semua etnik komuniti melahirkan rasa kecewa kepada Taib atau lebih dikenali sebagai “Pek Moh”.

“Mesejnya jelas. Rakyat menuntut perubahan dan saya nampak ia walaupun di kawasan komuniti Dayak.

“Ramai dari mereka kecewa dengan BN... anda boleh rasa sentimen ini. Janji dibuat untuk sediakan air dan jalan, beri pekerjaan tapi ia hanya dibuat pada pilihan raya,” katanya.

Faisal berkata prestasi kempen yang dibawa Pakatan Rakyat menyebabkan berlaku undi protes - yang kecewa dengan BN tetapi tidak semestinya menyokong polisi Pakatan Rakyat.

Tetapi pensyarah itu berkata keadaan ini tidak akan menyerupai tsunami politik 2008 kerana Sarawak berbeza sama sekali dengan Semenanjung.

“Isunya berbeza di sini, biar saya katakan - saya rasa Pakatan Rakyat akan menang lebih kerusi dan boleh menafikan kemenangan dua pertiga tapi ia pertandingan yang sengit dan tiada siapa tahu parti mana akan menang,” katanya.

Faisal juga menekankan faktor utama adalah manipulasi dan sogokan, yang dijangkakan akan berlaku hari ini.

Bagaimanapun ia telah terjadi apabila ada aduan mengatakan ejen-ejen BN mula memberikan pengundi antara RM100 sehingga RM2,000.

Kampung dan kawasan pendalaman pula mendakwa menerima RM6,000.

“Dan lihat, Pakatan Rakyat bukan hanya berdepan BN yang telah gunakan jentera pilihan raya yang besar, ia juga berdepan seluruh kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Anda boleh perhatikan bagaimana ia sentiasa digunakan di kawasan luar bandar; Kemas, Jabatan Pelajaran, polis, semua jabatan dan menteri membantu kempen pilihan raya itu,” katanya.

Faisal menyifatkan ia sebagai “politik panadol” kerana ia akan sekat Pakatan Rakyat memenangi banyak kerusi.

“Ini yang buatkan rakyat selesa, projek mi segera dan pemberian diberikan supaya mengundi BN tapi lepas pilihan raya mereka menderita semula,” katanya.

Beliau mendakwa jika Pakatan Rakyat dan BN bertanding atas satu gelanggang yang sama rata, Pakatan Rakyat boleh menafikan kemenangan dua pertiga BN dan mempunyai peluang besar untuk memenangi pilihan raya negeri itu.

Pensyarah Universiti Putra Malaysia Profesor Jayum Anak Jawan kurang yakin peluang Pakatan Rakyat, tetapi bersetuju akan berlaku satu perubahan yang besar berbanding 2006.

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP hanya menang enam kerusi dan PKR satu kerusi. Jayum mengakui Pakatan Rakyat berdepan dengan kempen yang kuat dan telah berjaya menembusi kawasan bandar dan pinggir bandar.

“Saya melihat ramai yang begitu teruja pada pilihan raya kali ini, terutamanya di kawasan bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu dan Miri.

“Tapi kawasan Bidayuh dan Melayu/Melanau agak sukar... lagipun kawasan ini BN meletakkan muka baru,” katanya.

Tapi Jayum menjangkakan Pakatan Rakyat masih tidak akan memenangi pilihan raya negeri itu dan keputusan pada malam ini tidak mengejutkan.

Beliau menjelaskan kebanyakan komuniti seperti Melayu/Melanau, Iban dan Bidayuh setia kepada kerajaan negeri sedia ada.

“Mereka mungkin tidak gembira dan mengadu tanah mereka dicuri tapi pada pada masa sama mereka akan kekal mengundi BN. Jangan tanya saya kenapa, saya tidak boleh jawab,” katanya.

Jayum berkata lebih banyak diperlukan untuk “menggoncang” komuniti Dayak keluar dari politik sedia ada kerana mereka kelihatan tidak akan “bertukar kapal.”

“Atas dasar itu saya tidak yakin mereka akan tinggalkan kerajaan yang ada,” katanya.

Pensyarah Universiti Teknologi Mara Profesor Shaharudin Badaruddin bersetuju dengan pandangan itu dan berkata, ia adalah bertandingan yang paling sengit yang pernah disaksikan.

Beliau menjelaskan pada pilihan raya 2001 dan 2006, pengundi tidak keluar mengundi dan kebanyakan mereka lebih selesa menjalankan kerja seharian daripada menyertai mana-mana ceramah politik.

Shaharudin berkata beliau terkejut dengan perubahan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai “arus kuat” di negeri itu.

“Ia agak luar biasa untuk lihat perubahan ini, saya melihat pemandu lori kaum Cina mengibar bendera PAS.

“Saya cuba mengambil bendera PKR sekali tetapi dimarahi seorang wanita Bidayuh, memberi amaran jangan merosakkan bendera itu.

“Dan, ia berlaku di kawasan luar bandar. Ini juga akan berlaku protes bagi pengundi Melayu... jadi dengan mudah mereka akan dapat lebih 19 kerusi atau nafikan kemenangan dua pertiga BN,” katanya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Walaupun penat-lelah sekarang tidak memungkinkan PKR menguasai Sarawak, tetapi keyakinan PKR tidak pernah luntur untuk terus berusaha berkempen di Sarawak.Bagi mereka, kemenangan itu bukannya datang dengan cubaan sekali pilihanraya sahaja,.

Bagi Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasrudin Tantawi, Beliau sentiasa menyeru kepada semua ahli untuk mendoakan kemenangan Islam di Sarawak walaupun hanya bertanding 5 kerusi di Sarawak, termasuk daerah Sebuyau dan Tanjung Datu.Beliau mengatakan bahawa:

" Biarpun bergerak agak perlahan berbanding perubahan politik yang digerakkan oleh rakan - rakan Pakatan Rakyat yang lain di Sarawak dewasa kini, saya positif malah optimis bahawa PAS jua akan diterima dengan baik pada suatu masa kelak oleh rakyat di negeri Sarawak. Wajar diinsafi bahawa perjuangan PAS tidak sekadar menatang perubahan politik dan mengapung isu semasa sebaliknya PAS hadhir dengan cita - cita perjuangan Islam untuk :
  • membetulkan aqidah,
  • memurnikan akhlak dan
  • menjernihkan pemikiran ummat manusia .   "
Lebih mengejutkan lagi apabila menerima berita kematian petugas PAS,Mohammad Izan Yaakob,yang telah meninggal dunia secara mengejut di bilik gerakan induk PAS, dekat Pusa di Beting Maro tengahari tadi.Ia berlaku, ketika Mohammad Izan dari Machang, Kelantan, sedang berbual di bilik gerakan tersebut.Jenazah Allahyarham difahamkan akan diterbangkan ke Kelantan hari ini juga.Calon PAS yang sedang perjalanan dari rumah ibunya di Spaoh (kira-kira 30km) turut menziarahi jenazah Mohammad Izan.

p/s: Kemenangan itu tidak penting, tetapi usaha ke arah kemenangan itu lebih penting.Tujuan yang murni dalam menjalankan tugas sebagai khalifah Allah,kemenangan itu bukanlah matlamat yang dicari, tetapi yang lebih penting, usaha menyampaikan Islam itu kepada mereka yang kurang tahu mengenainya.Semoga matinya kita dalam keadaan masih bertatih dan berjalan dalam melakukan dakwah dalam perjuangan Islam.Ameen.

Takbir!!

Are you a carrot, an egg, or a coffee bean?

A certain daughter complained to her father about her life and how things have been so hard for her. She did not know how she was going to make it and she wanted to give up. She was tired of fighting and struggling. It seemed that just as one problem was solved another arose.



Her father, a chef, took her to the kitchen, filled three pots with water and placed the fire on high. Soon the three pots came to a boil. In one he placed carrots, in the other he placed eggs, and the last he placed ground coffee beans. He let them sit and boil, without saying a word.


The daughter sucked her teeth and impatiently wondered what he was trying to do. She had problems, and he was making this strange concoction. In half an hour he walked over to the stove and turned down the fire. He pulled the carrots out and placed them in the bowl. He pulled the eggs out and placed them in the bowl. Then he ladled the coffee out and placed it in a bowl.


Turning to her he asked. “Darling what do you see?

“Smartly, she replied. “Carrots, eggs, and coffee.

He brought her closer and asked her to feel the carrots. She did and noted that they were soft. He then asked her to take an egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hard-boiled egg. Finally, he asked her to sip the coffee. Her face frowned from the strength of the coffee.

Humbly, she asked. “What does it mean Father?”


He explained. “Each of them faced the same adversity, 212 degrees of boiling water. However each reacted differently. The carrot went in strong, hard, and unrelenting. But after going through boiling water, it softened and became weak. The egg was fragile. A thin outer shell protected a liquid center. But after sitting through the boiling water, it’s inside became hardened. The coffee beans are unique however. After they were in the boiling water, it became stronger and richer.


Which are you, he asked his daughter? When adversity knocks on your door, how do you respond? Are you a carrot, an egg, or a coffee bean?


Are you the carrot that seems hard, but with the smallest amount of pain, adversity, or heat you wilt and become soft with no strength.


Are you the egg, which starts off with a malleable heart? A fluid spirit. But after a death, a divorce, an accident you became hardened and stiff. Your shell looks the same, but you are so bitter and tough with a stiff spirit and heart, internally.


Or are you like the coffee bean? The bean does not get its peak flavor and robust until it reaches 212 degrees Fahrenheit. When the water gets the hottest, it just tastes better.

When things are there worst, you get better. When people talk the most, your praises increase. When the hour is the darkest, trials are there greatest, your worship elevates to another level. How do you handle adversity?

Are you a carrot, an egg, or a coffee bean?




p/s: untuk menjadi pendakwah sepanjang zaman, bergantunglah kepada Allah semata-mata, kerana kemenangan Islam itu bukan datang sekelip mata,banyak usaha perlu dipergiat,banyak ujian perlu dihadapi, tetapi kita yang memilih untuk menjadi telur, lobak merah atau kopi...=.=

Mari kenali pemimpin~

Latar belakang


Keluarga Dato' Hj Fadzil @ Ali bin Mohd. Noor dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd. Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Hj. Abdul Rahman. Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi.

Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama' yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan terkenal di Kedah.


Pendidikan

Sejarah awal pendidikan Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama hingga tahun 1962.


Tahun 1963 beliau telah menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut.

Perkahwinan

Dato' Hj Fadzil Mohd. Noor telah mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Setar, Kedah. Kemudian setelah berkahwin turut bersama melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar bersama suaminya.


Hasil perkahwinan beliau dikurniakan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna'izzah, Muhamad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.

Bakat Kepimpinan

Sememangnya diakui bahawa beliau memiliki bakat kepimpinan yang tinggi. Bakat kepimpinan beliau mula terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya ketika menuntut di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas.

Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah bahagian pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978. Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah.


Walau bagaimanapun, pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali bertugas sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau telah meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Negeri Kedah. Beliau pernah menganggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan memegang jawatan Setiausaha Penerangan Pertubuhan itu tahun 1973 hingga 1974.


Beliau pernah memangku jawatan Presiden Abim apabila Presiden ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA. Sepanjang penglibatan dalam Abim, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Selain itu beliau juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) tahun 1974.

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai Exco PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah meyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.


Tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS tahun 1989 sehingga sekarang dengan gelaran Presiden PAS. Pembabitan awal Dato' Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN kawasan tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan raya Umum 1995.
Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd. Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Hj. Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato' Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan terbaru pada Pilihan raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor masih menerajui kepimpinan PAS dan diamanahkan sebagai Presiden parti. Beliau adalah Preseden ke 6 PAS.

Kembali ke Rahmatullah

Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002 setelah dua minggu mengalami koma selepas pembedahan yang dijalaninya.

DILEMA ANTARA KELUARGA DAN JEMAAH: SATU PENYELESAIAN

Keperluan muslimat terlibat dengan jema'ah

Tajuk yang akan dibincangkan ini sangat relevan dan kena pada masanya. Kalau dulu kita jarang mendengar yang wujudnya dilema dikalangan muslimat, tetapi kini dengan lebih ramai muslimat yang aktif dalam jemaah PAS, dan mereka ini bukan sahaja terdiri daripada suri rumahtangga tetapi juga muslimat berkerjaya. Oleh kerana muslimat kini semakin serius dengan kerja- kerja jemaah dan mereka memandang kerja-kerja jemaah sebagai satu amanah dan bukan lagi sebagai satu kerja sampingan, maka sedikit sebanyak tumpuan terhadap tugas asas muslimat terhadap rumahtangga dan keluarga seolah-seolah terjejas akibat penglibatan mereka dengan jema'ah. Benarkah begitu ? Hanya muslimat .boleh menjawab persoalan ini.

Nas Al-Quran sudah jelas tentang penglibatan muslimat didalam kerja- kerja amar makruf nahi mungkar ini seperti yang difirmankan Allah s.w.t di dalam surah Al- Taubah, ayat 71:

"Dan mukmin dan mukminat, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat kejahatan, mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan Rasul Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah"

Kalau dahulu keterlibatan muslimat terhad pada masa-masa pilihanraya terutamanya tetapi kini muslimat terpanggil untuk melakukan gerak kerja secara konsisten dan tersusun. Kemenangan hanya akan tercapai sekiranya kerja-kerja jemaah dapat dirancang dengan rapi dan dapat dilaksanakan dengan licin.

Kewajipan kita melaksanakan kerja-kerja jemaah juga dijelaskan oleh firmanuLLah ayat 104: surah Ali Imran

"Dan hendaklah ada sekumpulan daripada kamu satu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh melakukan makruf dan melarang manusia daripada melakukan mungkar, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."

Kepentingan keterlibatan muslimat tidak boleh dinafikan lagi memandangkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia adalah wanita dan lebih 50% pengundi adalah juga wanita. Wanita, umumnya, berbanding dengan orang lelaki tidak begitu berminat dengan politik. Dari segi pendidikan, pembacaan dan pendedahan kepada isu-isu semasa pula dikatakan kurang daripada kaum lelaki.

Sumber maklumat wanita terutamanya suri rumah tangga adalah radio dan television. PAS, sebagai sebuah parti pembangkang tidak mempunyai peluang langsung untuk menerangkan kepada pendengar atau penonton mengenai perjuangan parti melalui kedua media ini. Jadi PAS terpaksa mencari jalan untuk mendampingi kaum wanita di dalam masyarakat melalui muslimat PAS sendiri. Kita semua tahu kerja mempengaruhi pemikiran orang lain bukanlah suatu kerja yang mudah. Ia memerlukan bukan sahaja masa untuk mendampingi masyarakat tetapi kita juga memerlukan juga berbagai kemahiran untuk melaksanakan tugas tersebut.

Jadi, orang-orang PAS mesti sentiasa dekat dengan masyarakat dengan berbagai aktiviti untuk mendidik dan memberi khidmat kepada masyarakat. Kita tidak boleh lagi keluar semasa musim pilihanraya kerana ketika itu kita sudah terlambat. Asakan dan dakyah musuh setiap hari melalui media perdana akan dipercayai masyarakat terutamanya wanita dan tanggapan negatif mereka terhadap PAS akan menjadi begitu tebal dan menjadi amat susah untuk dineutralkan apa lagi untuk mempengaruhi mereka menerima hujjah- hujjah kita.

Dengan masa hanya 24 jam sehari dan kita hanya mempunyai sepasang kaki dan tangan dan sebiji otak, dan senarai tugas yang tidak pernah berakhir , tentunya muslimat menghadapi dilema.



Dilema

Dilema ialah satu bentuk ketidaktenteraman atau kecelaruan di dalam diri kita yang dialami oleh apabila menghadapi dengan suasana yang bercanggah (biasanya satu keadaan yang ditanggapai sebagai satu masalah) yang menuntut seseorang itu membuat pilihan dan keputusan.

Akibat dilema ini seseorang itu merasakan apa pun yang dibuatnya serba tidak kena, bak kata perpatah - ditelan mati emak dan diluah mati bapa. Bagi seorang isteri, keluarnya daripada rumah mestilah dengan restu suami. Bila suami/keluarga seolah-olah tidak merestui, maka timbul rasa yang mungkin pemergiannya tidak diredhai dan mungkin berdosa pula. Kita tidak mahu menjadi para dai'e yang hebat tetapi isteri yang tidak solehah.

Dilema timbul apabila sungutan mula timbul daripada keluarga terutamanya sang suami. Pihak suami sering bersungut. Sebahagian daripada sungutan ialah

1. Kerja rumah yang tidak beres.

2. Layanan kepada suami/ahli keluarga terkurang.

3. Penjagaan dan pendidikan anak-anak terabai.

4. Bila balik daripada aktiviti muslimat keletihan.

5. Prestasi penjagaan rumahtangga merosot.

6. Menyusahkan pihak keluarga /suami untuk menghantar diri ke program

7. Sering tiada dirumah

8. Pandai melawan/menyanggah cakap suami

9. Bantuan dan sokongan (pekerjaan) kepada suami berkurang

10. Masalah kewangan

Kenapa sungutan-sungutan ini timbul? Adakah jalan penyelesaiannya?

Penyelesaian

Dimana punca masalah?

Terdapat 3 pihak yang terlibat didalam "percintaan tiga segi " ini

1.Empunya diri-muslimat

2.Keluarga/Suami

3.Jemaah

Saya samakan hubungan ketiga-tiga entiti ini sebagai cinta tiga segi. Bayangkan, muslimat yang sayangkan jema'ah dan perjuangan dan juga sayangkan suami dan keluarga - kedua-dua penting baginya. Kadangkala terpaksa membuat pilihan diantara keduanya. Suami pula sayangkan isteri tetapi pada masa yang sama mahu memberi sumbangan kepada jema'ah melalui tenaga dan masa isterinya, terpaksa membuat pengorbanan. Jema'ah pula memerlukan tenaga muslimat tetapi harus berhati-hati takut penglibatan muslimat menimbulkan masalah di dalam rumahtangganya.

MUSLIMAT

Dilema muslimat bertambah dengan peringkat penglibatan. Yang memegang jawatan menghadapi lebih banyak masalah kerana aktif atau tidak cawangan/kawasan bergantung kepada aktiviti yang diatur oleh jawatankuasa.

Muslimat yang tidak dapat menangani masalah biasanya akan gugur dengan sendirinya daripada program-program PAS dan kalau dia seorang ahli jawatankuasa akan sering tidak menghadirkan diri pada mesyuarat- mesyuarat. Berbagai alasan yang diberikan. Kebanyakan sebab yang diutarakan sepatutnya dapat diatasi samada secara persendirian atau secara jema'ah.

Biasanya masalah yang timbul adalah akibat daripada kelemahan muslimat sendiri samada:-

• gagal membuat perancangan yang rapi/pengurusan lemah

• tidak bijak mengurus masa,

• terlalu bergantung kepada orang lain untuk menghantar /tidak berdikari

• gagal membuat keutamaan (tugas rumah atau jema'ah)

• tidak melatih keluarga membantu tugas rumah

• tidak mendelegasi tugas (dirumah dan jemaah)

• tidak menyediakan minda keluarga (suami dan anak-anak)

• gagal memahami konsep wala' dan thiqah

• tidak memberi kefahaman tentang perjuangan kepada anak-anak



Penyelesaian



• Pengurusan masa yang berkesan

• Takwim program diberitahu awal kepada keluarga -persediaan mental

• Membuat persediaan yang sepatutnya -masak, sediakan pakaian dll

• Membuat keutamaan kepada senarai tugas. Dahulukan yang mana patut. Tangguhkan yang mana boleh sekiranya masa suntuk.

• Melatih keluarga untuk berdikari termasuk suami (sekali sekala buat "latihan kecemasan")

• Mendelegasi kerja-kerja yang kita tidak perlu buat sendiri.

• Tepati janji dengan keluarga.

• Boleh memandu -kalau ada kereta/motor. Berdikari dimana boleh. Tidak menyusahkan anggota keluarga jika mereka keberatan.



Jemaah (Cawangan/Kawasan/Negeri/Pusat)



Sering muslimat/para suami merungut yang aktiviti yang akan diadakan diberi notis yang singkat, orang yang sama juga yang terlibat, susunkerja muslimat tidak teratur, mesyuarat terlau panjang dll. Sungutan ini ada betulnay dan kita mengaanggap ini sebagai maklumbalas yang positif.



Penyelesaian



Untuk membantu dan memudahkan para muslimat untuk menyumbang dengan secara berkesan dan cekap (efektif dan efisien), jemaah (jawatankuasa) :-



1. mesti merancang aktviti-aktiviti dan mengeluarkan takwim tahunan atau bulanan. Ini akan memudahkan muslimat yang terlibat membuat perancangan dan persiapan mereka dengan keluarga. Janganlah kita beranggapan yang oleh kerana muslimat kita ramai yang terdiri daripada suri rumahtangga, maka kita mengambil mudah.



2. mendelegasi tugas kepada seramai yang mungkin supaya tidak menjadi beban kepada segelintir sahaja.



3. Memahirkan diri didalam pengurusan organisasi -mengendalikan mesyuarat dengan berkesan, fokus kepada perbincangan, lebih objektif dsbnya.



4. Menggunakan tenaga jema'ah secara kreatif. Kemampuan muslimat di dalam jema'ah tidak sama. Sumbangan setiap seorang berbeza.



5. Memantapkan ukhuwah dan mempraktikkan konsep takaful/tolong menolong

6. Berdikari di dalam menjalankan program.

7. Memberi penghargaan/mengambil berat tentang suami/keluarga yang mengiringi isteri mereka untuk kerja-kerja jema'ah.

Keluarga dan Suami

Kita dapat bahagikan keluarga/suami kepada beberapa kumpulan:

1. Suami yang bukan sahaja mengizinkan penglibatan isterinya tetapi turut menggalakkan, membantu dan sentiasa mengingati isterinya tentang program yang sepatutnya dihadiri isteri.

2. Suami yang memahami perjuangan dan memberi keizinan tetapi adakalanya menunjukkan sikap kurang sabar dan merungut apabila terpaksa membuat pengorbanan yang lebih.

3. Suami yang memberi izin tetapi mengenakan berbagai syarat terhadap isteri. Asalkan syarat-syarat tersebut dapat dipenuhi, dia tidak menghalang.

4. Suami yang turut aktif dalam jema'ah dan merasakan yang isterinya tidak perlu melibatkan diri kerana beliau sendiri sudah sibuk dengan jema'ah.

Penyelesaian

Tiada penyelesaian mutlak!

Walaupun secara teorinya, adalah mudah untuk kita katakan yang para suami yang kurang memahami perjuangan dan pengorbanan mesti diberi kefahaman, namun tidak semudah itu kerana biasanya suami ada egonya, jarang dapat menerima teguran dan tarbiyah daripada isteri ( tetapi kalau dari Tok Guru Nik Aziz mungkin dia dengar cakap.)

Secara proaktifnya:

1. kita boleh mencadangkan yang bakal-bakal suami biarlah daripada sesama jema'ah. Itu pun belum terjamin yang suami daripada kalangan jema'ah akan memberi sokongan padu pada muslimat.

2. Meletakkan syarat /mengadakan MOU (memorandum kesafahaman) dengan bakal suami untuk tidak menghalang kerja-kerja jema'ah

Kesimpulannya

Diantara keluarga dan jema'ah, kedua-duanya dekat dihati para muslimat yang ingin bersama di dalam perjuangan ini. Untuk setiap perjuangan pasti ada pengorbanan .Apa yang diharapkan muslimat mampu menggalas kedua-dua tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Tetapi jika salah satu yang harus dikorbankan, biarlah kita bersama perjuangan Islam hingga keakhir hayat walau pun mahal harganya.





Dr Siti Mariah Mahmud

AJK DMPP

Untuk

SEMINAR WANITA ISLAM ERA 2000

13 Rabiulawal 1421/16 Jun 2000 - Kolej Darul Ulum. Pokok Sena Kedah.

YAKIN DENGAN JANJI ALLAH - TG PRESIDEN



"Untuk menang bukan mudah, perlukan pengorbanan.."
22 Rabi'ul Akhir 1432 H | 27 Mac 2011

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan 
walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.
“Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

“Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini,” ujarnya.


“Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan,” ujarnya lagi.


Justeru, tegasnya perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan.


Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan membacakan dua rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930-an dalam usia muda.  


"Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa  yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti." - Harakahdaily

Apa nak jadi?

Warga Kuantan berdemo bantah Lynas di parlimen

Lebih 100 penduduk Kuantan bergerombolan dalam empat buah bas pagi ini bagi membuat demonstrasi aman membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Mereka terdiri daripada aktivitis termasuk dari NGO, Save Malaysia.

Menurut mesej yang dihantar oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, warga Kuantan yang sampai sekitar jam 9.30 pagi itu telah dihalang oleh pasukan polis dan FRU.

Sementara itu, menurut Ketua Pemuda PAS Pahang Suhaimi Saad, yang turut menyertai penduduk Kuantan ke parlimen itu, hanya 10 orang wakil penduduk yang dibenarkan memasuki parlimen.

Manakala yang lain berkumpul di hadapan pengawal parlimen sambil mengibarkan banner dan melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive dan Selamatkan Malaysia".

Lynas Corp ialah syarikat dari Australia, yang diizinkan beroperasi oleh kerajaan Pahang bagi projek bernilai RM700 juta itu. Syarikat berkenaan memproses bahan dari Australia, sementara sisa pemprosesannya yang mengandungi radioaktif akan dibuang di Kuantan.

Lynas, sebelum ini dikatakan telah ditolak di China dan negeri Perak daripada beroperasi kerana bimbangkan risiko.

Menurut Fuziah, pembuangan radioaktif itu di Kuantan, walaupun lima peratus, tetapi ia boleh memberi kesan seperti kanser dan kecacatan.

Kepentingan politik untuk menegakkan daulah Islamiyah

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا




{Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.} ( anNisa’ : 58)


Ayat di atas menunjukkan Allah memerintahkan umat Islam agar menyerahkan amanah mereka kepada orang yang layak. Dan di antara amanah yang paling besar ialah amanah untuk ‘menegakkan agama dan memerintah dunia ini dengan agama itu- إقَامَةُ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنيَا بِه ’.


Ini adalah amanah kepimpinan ummah dan negara. Kerana kewujudan kepimpinan ummah dan negara (politik) ialah untuk menegakkan agama dan memerintah dunia (politik) dengan agama itu. Oleh itu menjadi kewajiban apabila memilih pemimpin negara dan politik hendaklah memilih yang layak memikul amanah itu.

http://www.anwaribrahim.info/wp-content/uploads/2008/11/parti-islam-se-malaysia.jpg


Allah telah perjelaskan kepada kita ciri-ciri kepimpinan yang layak. Antaranya ialah :
إِنَّمَا وَلِيُّكُمْ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (55) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمْ الْغَالِبُونَ
{ Sesungguhnya pemimpin kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan mereka tunduk (kepada Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang} . (al-Maidah 55-56)



Kita tidak dapat melantik kepimpinan politik negara setakat ini melainkan melalui proses politik yang ada sekarang ini. Oleh itu menjadi tanggung jawab kita untuk melibatkan diri dengan perjuangan politik untuk menggangkat pemimpin politik dan negara yang layak. Melantik orang yang tidak layak untuk memikul amanah yang besar itu akan membahayakan ummah dan negara.


Sabda Rasulullah saw : Jika amanah disia-siakan, tunggulah saat kehancuran. Ada sahabat bertanya : bagaimana menyia-yiakannya ? Baginda saw menjawab : jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya (al-Bukhari)


Begitu juga Allah memerintahkan kita melaksanakan dan menghukum manusia dengan adil. Bagaimana kita hendak menghukum manusia dengan adil kalau kita tidak menguasai pemerintahan negara. Kita perlu kepada pemerintahan untuk mengubah dasar perundangan negara agar dasar itu berada dalam acuan Islam.


Bila dasar perundangan telah Islam, barulah mahkamah dapat memutuskan hukum berdasarkan hukum Islam yang adil. Ini juga memperlihatkan kepada kita betapa perlunya kita menegakkan pemerintahan Islam yang mana cara untuk menegakkannya adalah kembali kepada penglibatan dengan kerja-kerja politik.


Berkata Imam al-Mawardi : Tidak ada perbedaan pendapat di kalangan para ulama’ bahawa hukum menegakkan khilafah (daulah) adalah fardhu kifayah, seperti jihad dan sebagainya…(2)

Berkata Sheikh Taqiyuddin an Nabhani : Tanpa adanya daulah, kewujudan Islam sebagai aqidah dan sistem kehidupan akan menjadi pudar, yang ada hanya Islam sebagai upacara peribadatan serta sifat akhlakiyyah semata-mata. Kerana itu daulah Islam harus tetap ada dan keberadaannya bukan untuk sementara. (3)


Berkata asSyahid Abdul Qadir Audah : Sesungguhnya Islam mewajibkan seluruh manusia mematuhi seluruh hukum yang diturunkan Allah danmewajibkan mereka supaya berhakimkan kepada hukum itu dan menjalankan hukuman dan pemerintahan dengan hukum yang diturunkan Allah sahaja, bukan dengan hukum lain. Pengertian dan kesimpulan dari semuanya ialah bahawa hukum dan pemerintahan itu adalah salah satu dasar dan sumber asli Islam, yang merupakan tiang tempat tegaknya dan doktrin Islam (4)


Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi : …ijma’ umat yang kukuh, yang diyakini sepanjang sejarah, bahawa Islam adalah aqidah dan syariah, agama dan daulah, ibadah dan qiyyadah, salat dan jihad, bahawa Rasullullah saw adalah pemimpin pertama bagi daulah Islam, dan para penganti baginda selepas itu juga mengikuti jalannya yang telah diterokai…(5)


Berkata Dr al-Qardhawi lagi : Sejarah Islam telah mengungkapkan kepada kita bahawa Rasullullah saw telah berusaha sedaya mungkin dengan mengerahkan kekuatan dan pemikiran dengan dukungan wahyu untuk mendirikan daulah Islam bagi dakwah dan penyelamat ummah (6)

Proaktifkah anda sebagai pejuang?

Proaktif, berstrategi dan berakhlak. Ini peranan kita dalam gerakan Islam kerana apa yang kita cari di akhir nanti adalah daripada setiap amalan kita yang mendapat redha dan 'lampu hijau' daripada Allah. Ahli gerakan Islam yang proaktif menggunakan masa dan tumpuan mereka kepada penyelesaian, bukan permasalahan.



Semua orang boleh melihat masalah, tetapi orang berjaya sahaja yang yang mampu melihat jalan penyelesaian. Kita sebagai orang mukmin, pasti akan diuji di medan perjuangan ini. Tatkala kita diuji, asyik mengeluh dan merungut masalah, masalah dan masalah, kita sebenarnya akan gagal sebelum gagal. Tribulasi dalam perjuangan adalah sebagai kayu ukur sejauh manakah keberkesanan tarbiyah.



Jangan kita lemah dan berputus asa dengan seribu satu masalah dan luaran yang berduyun-duyun datang merapati kita.



Proaktif bermaksud, mengambil kawalan dan tanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Kita tidak meletakkan kualiti hidup kita atas sesuatu yang kita tidak boleh kawal.

Tidak menafikan masalah di pihak lain, tetapi melihat perubahan dan penyelesaiannya berada di tangan sendiri.


“Ana tak boleh buat apa-apa, kalau usrah macam ni, tak tersentuh hati, macam mana nak terus semangat dalam dakwah?”, kata seorang daie dalam sebuah jemaah. Susahlah begitu. Mungkin dia kena keluar masuk jemaah lain, atau duduk dengan jemaah yang hanya menyentuh soal hati.

“Kalau ukhuwah gloomy macam ini, saya memang depressed. Nak buat kerja pun rasa tak ada kebersamaan. Tak semangat!”, kata seorang lagi daie.


Kenyataan-kenyataan seperti ini, adalah seperti meletakkan remote controller kehidupan kita di pihak lain. Kita gembira atau sedih, kita bahagia atau derita, semua ditentukan oleh orang lain.

Tahap ukhuwah yang akan menentukan mood dan semangat juang kita.

Naqibah usrah yang akan menentukan saya boleh jadi baik serta semangat atau tidak dalam perjuangan.


"Pujuklah dirimu wahai si pengeluh, agar menjadi salah satu antara dua. Sama ada menjadi penyumbang kecemerlangan, atau menjadi penawar diri kepada penyelesaian. Bagi yang berjuang sekadar di pinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya Syurga tidak begitu mengalu-alukan penonton yang budiman."

-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Perbezaan yang jelas!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T..

Sudah lama rasanya tidak menulis sesuatu di sini.Namun, banyak perkara yang berlaku.Walaupun pilihanraya di Kerdau dan Merlimau sudah pun habis, namun saya kira isu yang dimainkan oleh BN amat tidak berasas sekali. Mereka mengatakan PAS telah menggadaikan prinsip Islam setelah bekerjasama dengan DAP dalam pakatan rakyat! Huh, mereka betul-betul melampau.Menyebarkan fitnah hanya kerana ingin menang! Begitu kotor taktik yang dimainkan! Mari ikuti penjelasan oleh Ustaz Idris Ahmad...

Perbezaan Kerjasama Pas Dengan PR Dan Kerjasama Umno Dengan BN
Idris Haji Ahmad
1/3/2011

Isu Yang Timbul
Pas dituduh bekerjasama dengan Dap, yang merupakan parti China.
Persoalannya apakah Mca dan Gerakan bukan parti China?
Pas sudah menggadaikan dasar Islam sejak bersama dengan PR.
Benarkah tuduhan itu?
Benarkah Pas rugi?


Hujah Pas

Pas ingin menegaskan bahawa kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat ialah Tahalluf Siasi untuk menentang perkara yang zalim dan memperjuangkan maslahat umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.


Pas berdalilkan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari qabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia meminta pertolongan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya , lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah saw telah bersabda,



“Daripada Talhah bin Abdullah bin Auf, bahawa Rasulullah saw bersabda”sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang amat aku suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”
Perbezaan Kerjasama Pas dan Umno
1.Perlu ditegaskan kerjasama Pas dengan bukan Islam ialah “Tahaluf Siasi” tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh Pas.

Sedangkan kerjasama umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk “wala’, yang menggadaikan prinsip Islam.


2.Pas sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. Pas sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik Pas bekerjasama dengan Bn untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.


3.Pas tidak menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika Pas bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya umno yang bekerjasama dengan Mca,Mic,Gerakan dalam Bn, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007, menutup surau di Puchong Perdana.



4. Tahaluf Siasi membolehkan Pas melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.



Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam memerintah, telah mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.



5.Kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat menentang undang-undang zalim seperti ISA, AUKU, OSA, Akta mesin cetak dan beberapa peraturan yang zalim. Sedangkan umno dengan rakan-rakan bukan Islam menyokong akta ISA walaupun bertentangan dengan Islam.



Pas tidak boleh bersatu dengan parti yang mengekalkan dasar zalim walaupun satu bangsa. Bukan Pas tidak sayang kepada bangsa, tetapi Pas tidak boleh bersama dengan bangsa yang khianat bangsa.


6.Kerjasama Pas dengan bukan Islam berusaha untuk memelihara harta negara supaya tidak musnah.
Kerjasama umno dalam BN telah mengkhianat khazanah negara, sehingga dikatakan oleh Datuk Idris Jala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, negara akan muflis pada tahun 2019 (8 tahun lagi).
7.Kerjasama Pas dengan PR telah menjinakkan orang bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih dekat



Umno bekerjasama dengan BN telah meliarkan orang bukan Islam dengan Islam. Contohnya Presiden Mca Datuk Dr Chua Soi Lek yang mempertikaikan hukum salam lelaki dengan perempuan ketika pilihanraya kecil Tenang. Menariknya yang menjelaskan kekeliruan ini ialah rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat. 53 tahun umno dengan Mca, tetapi gagal menjinakkan Islam walaupun dalam perkara asas.



8.Kerjasama Pas dengan PR bersatu menentang kezaliman yang dilakukan ke atas Kelantan dalam isu royalti minyak.



Kerjasama umno dengan Mca, Gerakan sanggup menindas sesama bangsa. Bertindak menyalurkan minyak ke Songkla walaupun JDA (Pendaratan minyak dan gas) sejauh 270 km, sedangkan ke Kelantan hanya 150 km, daripada Songkla ke Kedah pula 180 km. Bukankah ini kerjasama yang menindas sesama bangsa?



9.Kerjasama Pas dan PR mengukuhkan lagi kerusi parlimen orang Melayu/Islam, sedangkan kerjasama umno dan BN mengurangkan kerusi Melayu Islam di parlimen.



Umno menakutkan rakyat, dakwaan kerusi parlimen orang Melayu akan terhakis jika calon umno BN tumbang kepada Pakatan Rakyat. Walaupun hakikatnya kerusi Melayu bertambah di Parlimen apabila Pakatan Rakyat memerintah. Contohnya di Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan S.Vigneswaran a/l Msanase (MIC), Tan Sri Khalid Ibrahim telah memenangi kerusi Parlimen dengan menumpaskan calon BN Datuk Tan Chai Ho (MCA) yang telah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal sebelum ini. Datuk Kamarul Baharin PKR menewaskan Datuk S. Sothianathan Naib Presiden MIC, begitu juga Allahyarham Dr Zainal Abdin Ahmad menewaskan Datuk Palanivan Timbalan Presiden MIC di Hulu Selangor. Apa yang pelik pemimpin umno meratib, bila calon Bn kalah, kuasa melayu hilang, dan inilah juga dibincang dalam kursus Biro Tata Negara. Inilah antara strategi untuk menakutkan pengundi melayu. Pelik bin ajaib apabila kerusi yang tradisi ditanding oleh umno diberikan kepada bukan Melayu, walau pun majoriti hampir 70 %, contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Tan Lian Hoe menang menewaskan Dr Lolo’ Haji Ghazali Pas, begitu juga kawasan parlimen Gerik 2008 ditandingi oleh Datuk Tan Lian Hoe menewaskan Saudara Haji Mohd Nor Abd Rahman Pas. Apakah hendak salahkan DAP yang menyebabkan kerusi parlimen semakin berkurangan.



Sedangkan sebanyak 17 kerusi parlimen majoriti melayu Islam diberi kepada bukan melayu Islam hasil perkongsian umno BN, antaranya Alor Setar, Padang Serai,Grik,Lumut,Tanjung Malim, Cameron Highland, Raub, Hulu Selangor,Wangsa Maju, Alor Gajah, Air Hitam, Simpang Renggam, Teberau, Putatan,Beluran, Batu Sapi dan Tawau



Semoga dengan penulisan ini menjawab keraguan yang telah ditipu oleh umno.



Apakah Pas dan PR yang khianat atau Umno Bn yang khianat?



Kalau jawab pun biarlah dengan ilmiah, bukan emosi.

Menggapai Keikhlasan~



Ketahuilah wahai para aktivis dakwah…


Untuk menggapai keikhlasan ada lima hal yang perlu engkau perhatikan.

Pertama, hendaklah setiap amal yang engkau lakukan semata-mata hanyalah mengharapkan rahmat Allah swt.

Kedua, setiap aktivitas, amal perjuangan, dan perikehidupan sosial harus sesuai dengan tuntunan syariat Allah swt.

Ketiga, senantiasa bermuhasabah ‘mengevaluasi diri’, apakah sebenarnya yang engkau inginkan dari dakwah ini? Motivasi apakah yang hendak engkau capai dari misi yang mulia ini, apakah mengajak manusia ke jalan Allahswt., ataukah untuk kepentingan diri dan kelompoknya?

Keempat, senantiasa memperhatikan segala perbuatannya, apakah sudah sesuai dengan apa yang diucapkan lisannya?

Kelima, senantiasa waspada terhadap tipu daya syaitan yang senantiasa ammaratun bis suu’ (mengajak berbuat kejahatan), dan mendorong para aktivis berbuat riya’ dan memburu popularitas.

Seorang aktivis harus senantiasa mengingat dan menjadikan hal-hal di atas sebagai sebahagian keperibadiannya. Itulah yang harus engkau tampilkan di tengah-tengah masyarakat dengan penuh ‘izzah.

Tugas seorang aktivis adalah melaksanakan dakwah dengan penuh ikhlas dan istiqamah dalam menapaki perjalanan dakwah. Kita tetap yakin, bahawa suatu saat Allah akan melimpahkan rahmatNya kepada masyarakat berupa terpimpinnya mereka dengan syariat-syariat Islam, menaruh simpati, menyambut dakwah, dan menerima petunjuk Allah swt. dengan penuh kepatuhan, keinsafan, dan tanpa paksaan.


" Pemuda-pemudi Islam harapan agama mestilah mempunyai hubungan dengan PenciptaNya, supaya niat suci membawa agamaNya bukan sahaja sekadar percakapan, tetapi membuktikan kefahaman tujuan dia membawa agama Allah"

Komunikasi?

BAGAIMANA MENANGANI
KOMUNIKASI & INTERAKSI
DALAM JAMAAH INI

Saya bukanlah pakar motivasi dan juga psikologi. Cuma saya ada terbaca satu artikel seketika dulu dan mengingatkan saya beberapa isu yang ditimbulkan dalam komunikasi dan interaksi harian kita . Agak menarik dan wajar kita kongsi bersama .

Sebelumnya , Islam sendiri ada meletakkan formula atau prinsip umum berkait komunikasi dan interaksi agar kita dapat membentuk satu hubungan yang harmonis dan mencetus suasana damai .

Lebih - lebih lagi untuk hubungan kita sesama anggota Gerakan Islam dan antara kita sesama muslim yang lain . Contohnya firman Alah swt :

ادع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين

Serulah ( manusia ) agar kembali kepada Jalan Tuhanmu dengan hikmah ( bijaksana ) dan nasihat yang baik serta dialog/debat dengan mereka dalam suasana yang baik ( untuk tegak kebenaran ) . Sesungguhnya Tuhanmu , Dialah yang Maha Mengetahui perihal mereka yang tersasar ( sesat ) dari jalanNya dan Dialah jua Yang Maha Mengetahui siapa pula yang mendapat petunjuk .

Surah An Nahl . Ayat : 125

Petunjuk ayat :
Ayat ini telah meletak asas komunikasi dan interaksi dalam berdakwah mengajak manusia agar menerima risalah as samawi .

pertama : Bijaksana ( hikmah )
Kedua : Nasihat/tunjuk ajar yang baik ( Mauizah )
Ketiga : Dialog atau debat secara baik untuk mencari kebenaran dan keadilan ( mujadalah )

Firman Allah swt :

و عباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا إذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما

Hamba Allah ( ar Rahman ) ialah orang yang menjalani kehidupan di atas muka bumi secara merendah diri ( tidak sombong/angkuh ) dan apabila berkomunikasi dengan orang yang jahil mereka bercakap secara harmonis .

Surah al Furqan . Ayat : 63

Petunjuk Ayat :

Ini pula antara disiplin rabbani yang membentuk karektor kita sebagai insan yang layak mendapat rahmat Allah swt ialah :

Pertama : Merendah diri ( tidak angkuh/ego )
Kedua : Bercakap dengan baik ( sejahtera dan harmoni - tidak sinis dan menyakitkan )

Firman Allah swt :

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة أولئك الذين هداهم الله و أولئك هم أولوا الباب

( Antara sifat insan rabbani ialah ) orang - orang yang mendengar perkataan lalu ia ( hanya ) mengikut apa yang terbaik dan mereka adalah orang yang telah mendapat petunjuk Allah dan mereka adalah golongan intelektual .

Surah az Zumar . Ayat : 18

Petunjuk Ayat :

Sekali lagi Allah mendidik manusia agar tidak cepat menunjuk sikap menolak atau menidakkan orang lain sebaliknya dengar terlebih dahulu lantas buat pertimbangan untuk menerima apa yang baik sebagai tauladan sementara yang tidak baik diabaikan untuk menjadi sempadan . Sikap sedemikian disebut oleh Allah sebagai sifat para intelektual atau cendikiawan atau lebih jelas disebut sebagai orang yang memiliki aqal fikiran yang baik .

Kesilapan yang selalu berlaku dan perlu diberi perhatian .

Terkadang suasana harmonis dan damai ini sering tercabar dan tergugat angkara "lemah" atau "salah" komunikasi . Lebih malang dakwah dan mesej perjuangan kita juga turut terencat keberkesanannya lantaran komunikasi dan interaksi yang "rambang"

1 . [ Merasa diri hebat. ]

Samaada dalam kenyataan atau ucapan , kita sering dengar orang berkata " saya yang buat...." " saya yang beri ..." " saya lah yang mengasaskan....." " sayalah yang lakukan ...."

Mungkin secara umumnya , orang akan melihat ucapan seperti itu membawa kepada "ananiah" atau ke"aku"an dan ke"saya"an atau dengan maksud lain , hanya ana , hanya aku , hanya saya .....

Merasa diri hebat dan ditunjukkan pula dihadapan ramai adalah satu akhlak yang tidak baik malah sangat tidak disukai oleh orang lain . Sebagai ahli jamaah , kita sewajibnya mengelak dari menggunakan ayat - ayat sedemikian dalam komunikasi dan interaksi kita justeru kesannya amat buruk kepada hubungan ukhuwwah dan dakwah kita .

Sepatutnya kita [ merendah diri ]

Apa yang perlu ialah merendah diri walau kita hebat . Contohnya dari segi akademi kita "Phd" , jawatan kita "Ydp" , pengalaman kita "senior" , Penglibatan kita "veteran" , ilmu kita "ustaz" dan sebagainya adalah sekali - kali tidak salah jika kita merendah diri , malah kehebatan kita tidak terjejas hanya kerana kita merendah diri sebaliknya diri kita lebih dihargai .... tak percaya , tanyalah orang ramai ! tanyalah ahli ! bukalah al quran .... kita akan temui kebenarannya.

2. [ Merendahkan Orang Lain ]

" Awak telah silap.... " . " Awak apa Tahu.... " , " Kenapa awak buat begini .... " " Awak lupa ..."

Ayat sebegini pula mempunyai nilai merendahkan orang lain atau menafikan kebijaksanaan orang lain dan menonjolkan elemen negatif terhadap pihak lain seolah - olah kita menidak dan menghukumnya dalam perkataan kita .

Mungkin kita tidak bermaksud demikian , tetapi nilai komunikasi dan interaksi kita merosot dan persepsi terhadapnya negatif . Orang tidak suka kita menggunakan ayat seperti meng"hujum" atau menyerang mereka walau tidak bermaksud menyerang .

Justeru , kita boleh elakkan atau berhati - hati ketika menggunakan perkataan "awak" dan "kenapa" walaupun ia hanya sekadar ingin bertanya dan memohon penjelasan kerana ia seolah - olah mempersoalkan kebijasanaannya .

Biasanya orang guna "awak" dan "kenapa" dengan maksud di atas dalam debate untuk mematah hujjah lawan , ertinya ia tidak sesuai dalam komunikasi dan interaksi untuk membentuk suasana harmonis dan damai antara ahli - ahli jamaah Islam apatah lagi terhadap madu'u kita .

3. [ Panjang - panjangkan Perkara Remeh ]

Apabila kita bercakap sesuatu isu , tidak perlu kita babitkan perkara - perkara lain yang tidak ada sangkut paut dengan isu asal apalagi kalau ianya adalah perkara remeh temeh . Meskipun ia remeh , tetapi sikap kita memanjangkan perkara remeh akan merosakkan komunikasi dan interaksi kita sesama ahli Jamaah .

Termasuklah sikap suka bertengkar , bertekak atau bertegang urat dalam perkara yang tidak perlu semata - mata ingin menang pendapat , menang idea , menang pengaruh dan 1001 macam menang yang kita dambakan . Kenapa kita tidak beralah sesama kita .... ?

Inilah beberapa perkara yang saya mahu kongsikan dengan sahabat semua . Sedikit sebanyak saya juga mesti belajar bagaimana memperbaiki dan meningkatkan mutu komunikasi serta interaksi . Semoga berjaya .

Anda agen Penerangan...!

SEMUA AHLI ADALAH AGEN PENERANGAN PAS


26 Muharram 1432 H
1 Januari 2011

Semua petugas PAS diminta melakukan kerja secara bersistem dan berfokus agar objektif besar yang dihasrat parti untuk melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang dapat dicapai. Mereka perlu melaksanakan tanggung-jawab sebagai agen penerangan parti bagi memastikan rakyat memperolehi maklumat tentang pelbagai isu.

Negara diwarnai dengan bermacam-macam isu yang perlu diketahui oleh semua rakyat. Dan kerajaan UMNO-BN kini mengambil langkah yang 'baik' apabila menggunakan segenap media di bawah jajahan takluknya untuk memanipulasi isu-isu tersebut agar kelihatan kerajaan tidak bersalah, dan Pakatan Rakyat lah dalangnya.

Antara isu yang hangat diperdebatkan sejak kebelakangan ini:


Perjanjian APCO bersama kerajaan Malaysia - apakah sebenarnya yang dimerterai dan kesannya kepada negara apabila melantik sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan regim Israel

Penggantungan DS Anwar dan beberapa MP lain yang membangkitkan isu APCO di Parlimen - apa sebenarnya yang terjadi, dan adakah keadilan untuk membela diri diberikan kepada mereka?

Kenaikan harga bahan api yang mencetus kepada kenaikan harga barangan sedangkan kerajaan telah memberi jaminan tiada kenaikan pada tahun 2010

Saman kepada Felda - adakah PR tidak membuat sebarang kajian sebelum mengambil tindakan mahkamah kepada Felda, dan adakah dengan menolong para peneroka untuk mendapatkan hak mereka dianggap sebagai penghasut?

Berita-berita berunsur fitnah terhadap Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pindang dan Selangor, dan serangan berbentuk peribadi kepada kepimpinannya yang diberikan imej yang negatif


Oleh itu perlu setiap daripada kita yang mendokong perjuangan PAS ini menjadi penyalur maklumat kerana rakyat tidak mendapat berita secara adil. Bukan sahaja kita perlu menjelaskan semula isu-isu tersebut kepada mereka, tetapi ceritakan juga kejayaan-kejayaan yang dicapai di negeri-negeri Pakatan Rakyat agar minda mereka lebih terbuka dan tidak selamanya beranggapan 'UMNO-BN lah segalanya'.


Manfaatkan segala kepakaran yang dimiliki, berkorbanlah tenaga, masa dan wang ringgit, dan setiap daripada kita mesti berperanan sekalipun hanya mampu menampal sekeping poster. Ingat, kita tidak mempunyai masa yang banyak lagi. Salam perjuangan....

Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden Pas

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates